manusia, tidak kira bangsa, agama dan negara. Pada era globalisasi ini,
alam sekitar semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan
sisa toksik ke dalam sungai, pembakaran terbuka, pembalakan haram
dan sebagainya. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita
seharusnya mensyukuri nikmat Tuhan yang amat berharga ini. Oleh
itu, beberapa langkah proaktif haruslah diambil bagi memelihara
keindahan alam sekitar.