Anda di halaman 1dari 10

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

JXEA 1104
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

KERJA KURSUS
TOKOH FALSAFAH
KONFUSIUS

Nama Pelajar:
BONG SUZ KIEN

No. Matrik :
JEA080008

No. Kumpulan Tutorial :


SELASA: 2:00-3:00

Nama Pensyarah :
PROF. DR. AMRAN MUHAMMAD

Nama Tutor :
CIK . FATMAWATI

1
Isi kandungan:

Bil Perkara Muka Surat


1. PENGENALAN 3
2. EPISTEMOLOGI KONFUSIUS 4-8
AJARAN KONFUSIANISME
3. KESIMPULAN 9
4. BIBIOGRAFI 10

2
Confucius

PENGENALAN

Konfusius
merupakan pengasas falsafah Konfusianisme yang juga disebut Falsafah Ru
China.Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek
falsafah, keagamaan, dan sosiapolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius
(551SM-479SM). Konfusius merupakan seorang ahli fikir serta ahli falsafah sosial yang
termasyur di China. Konfusius dilahirkan di zaman Zhou iaitu wilayah Sandong yang
terletak di negeri Lu pada zaman Chungqiu, China dan beliau wafat di Negara Lu pada
tahun 479 SM. Konfusius banyak membaca mengenai kerajaan dan pentadbiran dan ini
telah memungkinkannya dilantik menjadi menjadi menteri keadilan dan kemudian
sebagai perdana menteri di wilayah Lu. Tiga belas tahun selepas konfusius meletakkan
jawatan, beliau mengembara dari sebuah wilayah lain di Negara China dan menasihati
pembesar-pembesar feudal cara pentadbiran yang baik.

AJARAN KONFUSIANISME(epistemology konfusius)

3
Falsafah Konsianisme menekankan tentang prinsip moral peribadi dan politik,

ketepatan hubangan sosial, keadilan dan keikhlasan. Nilai ajarannya adalah terkenal di

dunia berbanding ultradgn dan Taoisme. Segala pengajaran Konfusius adalah

menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia. Ajaran konfusius juga

menekankan keperluan menjaga keharmonian manusia dengan alam dan masyarakat.

Manusia mesti mengikut perubahan alam.Keharmonian masyarakat ialah peraturan yang

harus diikuti oleh setiap rakyat dan pemerintah dalam mewujudkan satu keadaan yang

sesuai bagi kehidupan.

Salah satu ajaran yang diujarkan oleh Konfusius ialah (Xiao) iaitu merujuk

kepada ketaatan kepada ibu bapa. Ini digambarkan Sebagai pengabdian dan

penghormatan orang-orang yang lebih muda kepada para tertua dalam keluarga. Sebagai i

anak kita harus taat, sayang, dan hormat kepada ibu bapa kita dan sentiasa mengambil

berat tentang kebajikan mereka. Konfusius berkata "Seorang pemuda harus menjadi anak

yang baik dalam rumah dan patuh arahan ibu bapa dan jangan membuat ayah dan ibumu

kuatir, kecuali kamu sakit." Ini menunjukan bahawa sebagai anak kita harus patuhi

kepada arahan dan perintah ibu bapa kita dan jangan melawan kata-kata mereka serta

tidak boleh menyakiti hati mereka. Apa yang ditekankan dalam ajaran Konfusius ialah

ibu bapa kita telah berkorban banyak untuk mendidik dan membesar kita. Lantaran itu,

Kita mesti menjadi anak yang taat setia kepada mereka dan membalas jasa mereka selagi

mereka masih hidup.Xiao amat ditekan oleh konfusius.Contohnya, konfusius telah

melaksanakan perkabungan selama 3 tahun bagi menunjukkan betapa dalamnya taat setia

, sikap kasih , hormat dan kesedihan hati yang luar biasa kepada ibu-bapa pada saat

peninggalan mereka. Menurut Konfusius, hal tersebut merupakan tugas yang paling

4
fundamental bagi semua manusia.( max Mueller, edu, Sacred Books Of The East, Krishua

Press, 1879-1910, Vol III,hal 448).

Ajaran kedua yang ditekankan oleh Konfusius ialah mengenai cara menjalani

kehidupan yang harmonis dengan mengutamakan moralities dan juga kebajikan serta

perikemanusiaan iaitu (Jen). Jen adalah kaedah timbal balik; ertinya, konfusius berkata,

jangan memperlakukan orang lain dengan cara tertentu jika anda tidak mau diperlakukan

seperti itu.Inilah kebajikan yang paling mulia menurut cara hidup Konfusian; jika prinsip

ini dapat diamalkan, maka manusia akan mencapai kedamaian dan keharmonisan

Seseorang dilahirkan untuk menjalani hubungan tertentu sehingga setiap orang

mempunyai kewajipan tertentu. Sebagai contoh, kewajipan terhadap negara, terhadap

orang tua, sentiasa menolong teman kita, dan juga sesuatu kewajipan umum terhadap

manusia. Menurut Konfusius, jika seseorang dapat mengamalkan kelima-lima nilai moral

iaitu kerendahan hati, kemurahan hati, ketulusan hati, kerajinan dan juga kejujuran akan

disukai dan didekati oleh orang ramai. Manakala jika kita mempunyai ketulusan hati

yang nyata dan mendalam, kita akan sentiasa dipercayai oleh orang ramai. Inilah “

kebajikan” yang paling mulia menurut cara hidup Konfusius, jika prinsip ini dapat

diamalkan oleh manusia, maka kita akan dapat mencapai mencapai kedamaian dan

keharmonian.

Ajaran ketiga yang diunjarkan oleh Konfusius pula adalah kesusilaan (li). Iaitu

etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkat laku. Ia menekankan bahawa dalam

kehidupan, kita harus menjaga kesopanan dan kesantunan dalam kelakuan dan tingkah

laku kita. Konfusius menyatakan bahawa dari segala yang ada di sekitar manusia, Li

5
adalah yang terhebat. Tanpa Li, kita tidak tahu bagaimana menyembah roh-roh yang ada

di dunia dengan benar; atau bagaimana menetapkan dengan benar status raja dan menteri,

pemerintah dan yang diperintah, dan tua-tua dan anak muda; atau bagaimana menetapkan

hubungan moral antara orang tua dan anak, dan antara saudara; dan dalam keluarga.

Itulah mengapa seorang pria sejati memegang teguh Li.

. Kesemua nilai murni ini yang diajarkan oleh konfusius bertujuan untuk

menciptakan manusia yang berbudi pekerti luhur yang disebut Budiman( Cun zi). Jika

seseorang telah menguasai keseluruhan sifat yang luhur seperti kebenaran , budi pekerti,

kebijaksanaan, kepercayaan, bakti, persaudaraan, kesetiaan dan kesedaran diri. Maka

orang itu layak digelar sebagai Budiman. Budi lahir dari akal pemikiran, hati, dan

perasaan yang mahukan sesuatu yang dianggap kebaikan dari seseorang. Melalui budi itu,

dapat menyatakan kecantikkan, kehalusan, dan kebaikan.

Selain itu, ajaran politik yang diujarkan oleh Konfusius ialah pemerintahan pada

masa itu adalah berasaskan paternalistic( kebapaan), terjalin sikap saling menghormati

dan menghargai antara pemerintah dan rakyat. Pemimpin Negara haruslah menciptakan

kesempurnaan moral dengan cara memberikan contoh yang benar dan baik kepada

rakyat. Dalam ajaran Konfusius, beliau menekankan sistem pemerintahan secara

pembahagian kuasa dan juga pemusatan kuasa bagi mengelakkan berlakunya pergolakan

politik. Sifat kerjasama bukan sahaja di kalangan pegawai bahkan perlu juga melibatkan

rakyat yang paling pentinglah dalam memelihara keharmonian dan kedamaian dalam

sesebuah mansyarakat. Pemimpin Negara seharusnya mempunyai semangat perjuangan

yang kuat demi membangunkan nusa dan bangsa yang berakhlak mulia dan juga segala

6
kelebihan yang harus dimiliki semua manusia. Sekiranya raja dapat mengikuti arahan

ini, maka amanlah dunia ini.

Wen. Konsep Wen menunjuk pada seni kedamaian yang sangat Konfusius

hargai. Hal ini meliputi musik, puisi, dan seni. Konfusius merasa bahawa semua seni

kedamaian itu, yang berasal dari zaman Chou, merupakan simbol kebajikan yang harus

dimanifestasikan di seluruh lapisan masyarakat. Konfusius mengutuk budaya pada

masanya kerana menurutnya tidak memiliki kebajikan.

Konfusianisme mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan

antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. Penganutnya diajar supaya

tetap mengingat nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini. Ajaran ini

merupakan susunan falsafah dan etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah

laku.Konfusius tidak menghalangi orang Tionghoa menyembah keramat dan penunggu

tapi hanya yang patut disembah, bukan menyembah barang-barang keramat atau

penunggu yang tidak patut disembah, yang dipentingkan dalam ajarannya adalah bahawa

setiap manusia perlu berusaha memperbaiki moral.

Konfusius juga membahagikan hubungan dalam masyarakat kepada lima

bentuk:

1. Hubungan bapa dengan anak, iaitu bapa harus berhati baik dan anak harus

berkewajipan terhadap orang tua.

2. Hubungan suami isteri di mana suami harus jujur terhadap isteri dan isteri harus

tunduk dan mendengar serta patuh kepada suami.

7
3. Hubungan saudara tua dengan saudara muda, iaitu yang tua harus bermurah hati dan

membantu dan yang muda harus tunduk dan hormat.

4. Hubungan raja dengan pengawai, iaitu raja mesti bersifat perikemanusiaan dan

pengawai harus taat.

5. Hubungan antara sahabat di mana kejujuran menjadi pedoman.

Tegasnya hubungan-hubungan ini menitikberatkan kejujuran dan kebaikan dan

sekirannya keadaan ini tidak dipatuhi nescaya keadaan kucar-kacir akan wujud.

8
Kesimpulan

Kesimpulannya, berdasarkan kajian terhadap tokoh falsafah, saya memilih

konfusius sebagai tokoh falsafah yang ingin saya kupaskan kerana segala yang

disampaikan oleh beliau adalah menepati falsafah yang perlu diamalkan oleh semua insan

manusia. Konfusius merupakan seorang tokoh yang bijak dan falsafahnya mementingkan

moraliti peribadi dan pemerintahan. Konfusianisme merupakan pengajaran falsafah

untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.Ajaran konfusius telah

diterima baik oleh masyarakat cina dan sangat berpengaruh dalam budaya cina.. Segala

ajaran yang disampaikan oleh beliau telah menjadikan kehidupan aman dan harmoni jika

diamalkan dengan baik. Konfusius berjaya kerana dia benar pada dirinya dan apa yang

diajarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa. Nilai-nilai yang didukung oleh konfusius

seperti kebajikan dan kasih sayang meruoakan prinsip asas yang mengikat hubungan

antara manusia. Pengagungan luar biasa kepada konfusius akhirnya telah menukar

falsafahnya menjadi sebuah agama baru dengan perayaan tertentu bagi

mengenangkannya. Konfusius telah disembah sebagai seorang dewa dan meskipun dia

sebenarnya adalah manusia biasa. Pengagungan yang luar biasa akan Konfusius telah

mengubah falsafahnya menjadi sebuah agama dengan diadakannya perayaan-perayaan

tertentu untuk mengenang Konfusius.

9
BIBIOGRAFI

Qu, chunli. 2005. Riwayat Hidup Konfusius.Institusi Kajian Dasar (IKD) .817.p

http: // id. wikipedia .org /wiki /analek konfusius.

http: // af .wikipedia .org /wiki/konfusius

10