Anda di halaman 1dari 3

Pendahuluan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan
faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai
matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan
pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa implikasi terhadap sistem
pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi
beberapa aspek iaitu:-

Implikasi Kurikulum
 Perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu
seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM).
 Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-
bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam
semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis.
 Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara kita
yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum.
 Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam
bidang teknologi, teknik dan vokasional.

Perubahan di atas adalah kerana sebelum ini ia tidak sepadan dengan matlamat pendidikan
iaitu memperkembangkan individu secara menyeluruh dan memnekankan pendidikan dalam
bidang 3M.

Sebelum kewujudan KBSR dan KBSM iaitu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Ia
mempunyai kelemahan seperti isi kandungan pelajaran yang berulang dan tiada berkaitan
dengan mata pelajaran. Sukatan pelajaran yang butiranya terlalu banyak dan seterunya
membebankan dan membosankan murid. KLSR juga mendesak guru dan murid menghabiskan
sukatan pelajaran terutamannya apabila ada peperiksaan. Pengajaran dan pembelajaran hanya
berdasarkan buku. Ini secara tidak langsung menghadkan penggunaan teknik dan bahan
pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.
Oleh itu, bagi mencapai matlamat yang ditetapkan oleh FPK, maka wujudnya KBSR dengan
perrubahan supaya mencapai kemahiran dalam 3 bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang
manuai dngan lama sekelilingya dan bidang perkembangan diri dan individu sesuai dengn
keperluaan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid.

Implikasi Terhadap Pendidik

 Perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas
atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 Selain itu, perubahan positif ini telah mengubah strategi dan teknik pengajaran yang
sesuai untuk melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia,
dan berketerampilan.

FPK telah membawa perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas
sejajar dengan tujuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidik merupakan guru dan ahli
masyarakat yang mempunyai tanggungjawab untuk mendidik murid-murid disekolah. Seorang
guru mesti mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tenang mata pelajaran yang
diajar olehnya kepada murid.

Selain itu guru juga perlu menguasai segala kaedah atau cara penyampaian dalam pengajaran
supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan. Seorang guru juga perlulah
mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta contohi oleh muridnya Sahsiah yang
baik merangkumi tingkahlaku dana sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa
bersifat penyayang.

Implikasi Falsafah terhadap Institutsi Pendidikan


 Perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi
mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani,
emosi, sosial dan jasmani secara seimbang.
 Akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni
dalam jiwa para pelajar.
Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang
menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di
kalangan mereka.

Rumusan
Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur strategi
bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya dapat memberi impak positif
dalam perkembangan sistem pendidikan di negara kita.

Rujukan

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin, Zakiah Noordin. (2016). Falsafah &
Pendidikan di Malaysia, Edisi Ketiga. Selangor, Oxford Fajar.

Prof Datuk DR Sufean Hussin.(2018) Kejayaan dan Impak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dalam Membentuk Pendidikan di Malaysia
Dilayari pada 19.06.2021
https://conference.iium.edu.my/sfpk2018/wp-content/uploads/sites/3/2018/11/Prof-Datuk-Dr-
Sufean.pdf

Mohd Fathi Bin Adnan, Rohana Bt. Hamzah & Amirmudin Bin Udin. (2010). Implikasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia.
Dilayari pada 18.06.2021
http://eprints.utm.my/14917/1/Implikasi_Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan_d
alam_Pendidikan_Teknik_dan_Vokasional_di_Malaysia-eprint2.pdf

https://www.moe.gov.my/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Malaysia

Anda mungkin juga menyukai