Anda di halaman 1dari 12

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA SERU

Kata Seru
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan atau menggambarkan perasaan
seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, benci, kagum dan kecewa.

Contoh:

Aduh    : Menyatakan perasaan sakit.


Aduhai : Menyatakan perasaan sedih atau dukacita
Ah        : Menyatakan penolakan/tidak bersetuju/bantahan
Amboi  : Menyatakan perasaan kagum/hairan.
Cis/Cih : Menyatakan perasaan marah, mengejek, menyindir.
Eh        : Menyatakan perasaan hairan/terkejut.
Hai       :Menyatakan perasaan menegur/menyapa, menarik perhatian seseorang.
Nah      : Menarik perhatian/menyatakan persetujuan.
Wah      : Menyatakan perasaan kagum/takjub.
Wahai   : Menyatakan perasaan dukacita atau ingin mendapat perhatian.
Syabas/bagus : Menyatakan rasa gembira/puas hati.
Hai       : Menarik perhatian.
Oh        : Menyatakan rasa hairan, terkejut atau kagum.
Au        : Menyatakan perasaan sakit.

Nota:

1. Semua ayat seruan diakhiri dengan tanda seru '!'.


2. Tanda seru '!' mesti diletakkan di hujung ayat seruan dan bukannya selepas kata seru.
3. Gunakan kata seru yang betul untuk menggambarkan perasaan yang dinyatakan.

Contoh ayat:

Wah ! cantiknya baju awak. (SALAH)


Wah ! Cantiknya baju awak. (SALAH)
Wah, cantiknya baju awak! (BETUL)

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 1
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA SERU

KATA SERU
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 _ _, pedihnya hatiku setelah ditinggalkan kekasih!

A Aduh
B Wah
C Cis

2 _ _, pedihnya perutku kerana tidak bersarapan tadi!

A Cis
B Nah
C Aduh
D Wahai
D Eh

3 _ _ pemuda pemudi, hendaklah kamu menjauhi najis dadah!

A Amboi
B Wahai
C Wah
D Cis

4 _ _, lihatlah gambar ini sebagai bahan bukti yang ada pada masa ini!

A Syabas
B Aduh
C Nah
D Eh

5 _ , pelik betul pakaian kamu lain daripada orang lain!

A Eh
B Syabas
C Amboi
D Aduhai

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 2
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA SERU

6 _ , atas kejayaan merebut Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut!

A Aduh
B Wahai
C Syabas
D Aduhai

7 _ , bila agaknya tarikh pengumuman keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini!

A Aduhai
B Wahai
C Wah
D Eh

8 _ , cuba kamu perhatikan wanita yang berbaju merah di hujung sana!

A Hai
B Wah
C Wahai
D Syabas

9 _ _, aku tidak bersetuju menjual tanah pusaka itu untuk kegunaan masing-masing!

A Ah
B Hai
C Syabas
D Aduhai

10 _ , cantik sungguh model kereta Proton Persona keluaran terbaru Syarikat Proton!

A Oh
B Wah
C Aduh
D Wahai

11 _ , terimalah bayaran wang yang kamu pinta tempoh hari!

A Nah
B Cis
C Aduhai
D Celaka

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 3
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA SERU

12 _ , besar sungguh rumah Datuk Kamal ini bagaikan istana raja!

A Wah
B Aduh
C Syabas
D Aduhai

13 _ , maafkan daku kerana tidak dapat menerima dirimu lagi!

A Oh
B Cis
C Wahai
D Aduhai

14 _ , sudah lama kita tidak bertemu sejak tamat pengajian di maktab dulu!

A Wahai
B Aduh
C Hai
D Eh

15 _ , dasar tidak malu hidung tak mancung pipi tersorong-sorong!

A Nah
B Cis
C Amboi
D Syabas

16 _ , tidak sangka Rahim pun turut serta dalam pertandingan badminton ini!

A Eh
B Wahai
C Syabas
D Aduhai

17 _ , bingitnya telingaku mendengar muzik yang keluar dari pembesar suara itu!

A Oh
B Cis
C Aduh
D Wahai

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 4
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA SERU

18 _ , engkau pun sama suka memerah keringat orang dengan membayar upah yang
kecil!

A Ah
B Nah
C Amboi
D Wahai

19 _ rakan-rakanku, janganlah kita takut untuk menentang musuh yang akan


menjajah negara ini!

A Wahai
B Wah
C Oh
D Eh

20 _ , enaknya rasa masakan yang terdapat di restoran kari kepala ikan ini!

A Wwah
B Hai
C Nah
D Amboi

21 _ _, hati ini terguris dengan sikap cemburu mu!

A Aduhai
B Cih
C Cis
D Eh

22 _ _, ambillah bayaran yang kau pinta!

A Aduhai
B Nah
C Hai
D Ah

23 _ _ kawanñkawanku, kita akan berusaha lagi pada tahun hadapan!

A Hai
B Aduh
C Wahai
D Aduhai

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 5
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA SERU

24 _ _, bukankah awak yang baru berpindah ke rumah besar itu!

A Eh
B Cis
C Hai
D Wah

25 _ _, Anuar telah pulang ke kampung!

A Eh
B Ah
C Cih
D Wah

26 _ _, melepas juga aku untuk menonton berita tadi!

A Hai
B Aduh
C Wahai
D Aduhai

27 ì__ , cantik sungguh baju kamu!î Sindir Leha kepada Shima.

A Eh
B Hai
C Aduh
D Amboi

28 _ _, aku enggan bertemu dengannya walaupun dia merayu!

A Ah
B Cih
C Cis
D Wah

29 _ _ tidak sangka makanan yang terdapat di sini murahñmurah sahaja!

A Eh
B Nah
C Wah
D Aduh

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 6
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA SERU

30 _ _ muridñmuridku, jangan sesekali kamu ingkar perintah cikgu!

A Cis
B Hai
C Wahai
D Amboi

31 ì__ , atas sikap berani kamu menewaskan pembahas dari MRSM!î kata Cikgu
Lokman kepada Amirul.
A Wah
B Aduh
C Syabas
D Aduhai

32 _ _, di sini rupanya kunci rumah saya yang tertinggal!

A Oh
B Ah
C Hai
D Aduh

33 _ _, ini wang yang aku janjikan tempoh hari!

A Aduhai
B Nah
C Cis
D Oh

34 _ _, bukan main marah lagi tuan pengarah kita hari ini!

A Eh
B Oh
C Hai
D Wah

35 _ _, kalau begini keputusan kamu, aku akan menarik diri!

A Oh
B Ah
C Nah
D Amboi

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 7
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA SERU

36 _ _, kalau begini caranya, lebih baik aku tidak menolongnya hari itu!

A Aduhai
B Amboi
C Oh
D Eh

37 _ _, begini rupanya cara hidup orang kaya !

A Eh
B Oh
C Wah
D Amboi

38 _ _, kamu juga mendapat jemputan kahwin daripada Datoí Karim!

A Oh
B Eh
C Wah
D Aduh

39 _ _, malang sungguh nasib Mak Limah!

A Aduhai
B Wah
C Cis
D Eh

40 _ _, pengikutñpengikutku, hendaklah kamu semua terus berjuang sekiranya aku


gugur dahulu!
A Aduhai
B Wahai
C Ah
D Oh

41 _ _, sakitnya gigiku!

A Aduh
B Wah
C Cis
D Eh

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 8
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA SERU

42 _ _, malang sekali nasib Si Buta itu!

A Eh
B Hai
C Wah
D Aduhai

43 _ _, enaknya bau kek coklat ini!

A Syabas
B Aduhai
C Wahai
D Wah

Gambar 4

44 _ _, kamu yang meminjam buku saya!

A Aduh
B Nah
C Oh
D Cis

45 _ _, indahnya pemandangan di sini!

A Eh
B Wah
C Aduhai
D Wahai

46 _ , cikgu kita pun ada di sini!

A Syabas
B Amboi
C Nah
D Eh

47 _ _, memang dasar perempuan penipu!

A Syabas
B Aduh
C Cis
D Amboi

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 9
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA SERU

48 _ _, engkau pun sama dengan dia!

A Wahai
B Amboi
C Nah
D Ah

49 _ _, bingitnya telinga aku mendengar bunyi muzik itu!

A Syabas
B Aduh
C Wah
D Eh

50 _ ,inilah masanya yang sesuai untuk membalas dendam!

A Nah
B Wah
C Hai
D Eh

51 _ _, adinda, pulanglah ke pangkuanku!

A Syabas
B Wahai
C Aduh
D Eh

52 _ _, menyampah aku melihat mukanya!

A Wahai
B Celaka
C Cis
D Eh

53 _ _, atas kemenangan pasukan kamu!

A Wah
B Amboi
C Syabas
D Aduhai

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 10
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA SERU

54 _ , bisanya sengatan ikan keli ini!

A Eh
B Wah
C Nah
D Aduh

55 _ , kerana dipilih sebagai Tokoh Murid pada tahun ini!

A Syabas
B Aduhai
C Hai
D Eh

56 _ , lihatlah gambar ini!

A Eh
B Oh
C Nah
D Aduh

57 _ , saya memang tidak percaya!

A Amboi
B Wah
C Hai
D Ah

58 _ , cantiknya kasut baharu kamu!

A Wah
B Hai
C Eh
D Ah

59 _ , bergaya betul wanita itu!

A Ah
B Cis
C Hai
D Amboi

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 11
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA SERU

60 _ ,kasihan saya melihat nasib anak-anak yatim itu!

A Oh
B Syabas
C Wahai
D Aduhai

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 12

Anda mungkin juga menyukai