Anda di halaman 1dari 4

َ ‫ون َوالَّ ِذ‬

َ ‫ين اَل يَ ْعلَ ُم‬


‫ون‬ َ ‫قُلْ هَلْ يَ ْستَ ِوي الَّ ِذ‬
َ ‫ين يَ ْعلَ ُم‬
“Katakanlah, ‘tidak mungkin disamakan antara orang-orang yang berilmu dan
orang-orang yang tidak berilmu.” (QS. Az-Zumar[39; 9)

Dari segi bahasa, ilmu berasal dari perkataan ‘Alima-Ya’lamu-‘Ilman yang bererti


mengetahui. Ilmu adalah bentuk kalimah isim “Masdar ghoiru mim” yang bererti
pengetahuan. Ilmu adalah cahaya Allah dan merupakan salah satu dari Asmaul husna. Jadi,
orang yang berilmu, kedudukannya di hadapan Allah SWT lebih tinggi daripada orang yang
tidak berilmu, seperti firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat 11,” Allah akan dan terus
mengangkat (kedudukan) orang-orang yang beriman dari kamu sekalian dan orang-orang
yang berilmu dengan beberapa derajat”.
Secara bahasa adalah lawan dari Al Jahl (kebodohan): iaitu mengetahui sesuatu sesuai
dengan keadaan yang sebenarnya dengan pengetahuan yang pasti.

Secara umumnya peranan ilmu dalam membangun masyarakat yang bertamadun


amatlah penting kerana tanpa ilmu, sesuatu masyarakat itu akan menjadi mundur dan
ketinggalan. Di antara peranan ilmu adalah seperti berikut: 

Pertama : Ilmu sebagai Asas Kemakmuran.

 Manusia dipilih oleh Allah S.W.T menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Khalifah
yang bertanggungjawab mentadbir di dunia ini sebagaimana yang telah diterapkan oleh
Khaliqnya  (penciptanya), khalifah yang bertanggung jawab memakmurkan di dunia dengan
kemajuan di dalam segenap bidang. Semua ini tidak mungkin akan dapat dilaksanakan
dengan sebaik mungkin melainkan dengan mendalami ilmu.
Dengan adanya ilmu, hidup manusia akan menjadi lebih teratur. Jika kita imbas
kembali sejarah Islam di mana, setelah hadirnya Islam yang mementingkan ilmu pengetahuan
telah mengubah mentaliti masyarakat Arab ketika itu. Kehidupan mereka semakin aman dan
tiada pertelingkahan. Dengan adanya ilmu pengetahuan, mereka menjadi masyarakat yang
bertamadun, serta digeruni oleh masyarakat lain.
Kedua : Ilmu sebagai pembina Aqidah / Keimanan.
       Walau setinggi manapun ilmu seseorang di dalam hal-hal dunia, walaupun dia
mempunyai beberapa ijazah Ph.D, walaupun dia mampu mencipta roket menembusi angkasa
lepas, namun segalanya itu tidak berguna selagi ia tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk
mengenali Tuhannya, ilmu yang dapat membina aqidah yang betul yang yang dapat
menjamin kebahagiaannya di dunia dan akhirat. Proses pembinaan yang bermula di Mekah
erjaya membentuk asas masyarakat Islam supaya terus maju dan  menjadi asas kepada
pembinaan tamadun Islam yang cemerlang di Kota Madinah. Firman Allah S.W.T yang
bermaksud:
2) “Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, menyakini bahwasanya Al-Quran
itulah yang hak dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepada
nya dan sesungguhnya Allah S.W.T adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang
beriman kepada jalan lurus”
(Surah al-Haj, ayat 54)
 Maka peranan ilmu sebagai pembina aqidah atau keimanan yang betul merangkumi
beberapa aspek iaitu : 
2) Satu-satunya sumber ilmu yang boleh membawa manusia kepada aqidah yang sahih
adalah melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya segala perkara ghaibiah
seperti Allah sendiri, malaikatnya, syurga, neraka, peristiwa-peristiwa di akhir zaman
dan yang seumpamanya adalah di luar bidang kuasa pemikiran akal manusia. Sabda
Rasulullah s.a.w : Aku telah meninggalkan kepada kamu dua perkara tidak akan sesat
kamu selepasnya, kitab Allah S.W.T dan Sunnahku. Hadis diriwayatkan dari Abu
Hurairah r.a. Hadis ini dengan jelas telah menunjukkan bahawa sumber yang dapat
menjamin manusia dari kesesatan hanyalah Al-Quran dan As-Sunah.
  Oleh yang demikian, dengan adanya ilmu yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah
ini, manusia tidak akan sesat. Hal ini kerana Al-Quran merupakan sumber ilmu yang utama,
samada bagi perkara yang telah berlaku atau yang akan berlaku. Tamadun manusia juga
dibina atas ilmu daripada Al-Quran dan Sunnah. Sekiranya kita tinjau kembali, kebanyakan
alim ulamak dahulu datang daripada orang Islam sendiri. Mereka telah berjaya mencipta
pelbagai teori samada dari segi kejuruteraan, kedoktoran dan lain-lain lagi.
2) Ilmu juga diperlukan di dalam usaha untuk menolak segala bentuk khurafat. Mempercayai
benda-benda khurafat boleh menjejaskan aqidah dan boleh membawa kepada syirik kepada
Allah S.W.T.  Syirik inilah yang menjadikan sesuatu masyarakat itu mundur kerana terlalu
taasub terhadap perkara-perkara khurafat. Dengan adanya ilmu, manusia dapat berfikir secara
rasional dan menimbang baik buruk sesuatu perbuatan lantas merubah keadaan mereka
menjadi lebih baik.                                                                                           

Ketiga : Ilmu Sebagai Petunjuk Ke Arah Amalan Yang Betul

         Iman Bukhari telah menamakan salah satu bab di dalam kitabnya sebagai : “Bab ilmu
sebelum perkataan dan amalan”. Apa yang di maksudkan di sini ialah ilmu memainkan
peranan yang penting demi menjamin kesahihan amalan dan ianya diterima oleh Allah
S.W.T.
Telah Berkata umar bin Abdul Aziz : Sesiapa yang membuat amal tanpa ilmu sesungguhnya
apa yang dirosakkan lebih banyak dari apa yang dibaiki.
 Ini semua menunjukkan bahawa hanya ilmu sahajalah yang dapat membetulkan
amalan seseorang sebagaimana yang dituntut oleh Syariah. Perlu diingat bahawa amalan yang
dimaksudkan di sini bukan hanya yang bersangkutan dengan amal ibadat peribadi seorang
hamba kepada Allah S.W.T, tetapi ia bersangkutan dengan segala amalan di adalam
kehidupan seharian, baik di bidang perniagaan, pembelajaran, sukan, penyiaran dan
sebagainya, bagi menjamin semuanya itu diterima dan diredhai Allah S.W.T, dikira sebagai
ibadah dan mendapat ganjaran daripadaNya. Segala amalan yang dilakukan akan menjurus ke
arah yang betul. Sebagai contoh, dengan adanya ilmu, masyarakat arab tidak lagi membunuh
anak perempuan hidup-hidup kerana mereka telah mengetahui bahawa kepercayaan mereka
terhadap perkara karut itu adalah salah dan perlu kepada perubahan.
Begitu juga dalam bidang perniagaan, dimana masyarakat yang berilmu akan sentiasa
berada di hadapan mengatasi masyarakat-masyarakat yang lain. Mereka sudah pandai
menjalankan perniagaan sehingga ke pelusuk dunia. Sepertimana yang kita ketahui, dalam
sejarah Kesultanan Melayu Melaka, antara saudagar yang paling banyak bertandang ke
Melaka adalah saudagar daripada negara-negara Arab. Ini menunjukkan bahawa penguasaan
ilmu itu amatlah penting dalam membangun masyarakat yang bertamadun.

Keempat: Ilmu sebagai Pembina Akhlak

        Salah satu peranan ilmu yang penting ialah untuk membina akhlak terpuji dan
membimbing manusia  ke arah jalan tarbiyah yang betul. Akhlak yang baik akan melahirkan
masyarakat yang bersikap terpuji. Akhlak yang baik juga melahirkan masyarakat yang
bertamadun.
Al-Hasan berkata, ‰Andai kata tidak ada orang yang berilmu, tentu manusia
tidak berbeza dengan binatang.‰ Begitulah gambaran buruk bagi orang yang
tidak berilmu.

Dalam Islam, ada dua kategori ilmu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.1.

Ilmu Fardu Ain Ilmu Fardu Kifayah


 Ilmu fardu ain a d alah ilmu  Ilmu fardu kifayah adalah ilmu yang wajib
yang wajib dipelajari dan dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu
diamalkan oleh setiap individu Muslim dengan tujuan untuk menegakkan
Muslim. Ia merupakan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran,
tanggungjawab individu hadis dan sebagainya
 Fardu ain meliputi ilmu:  Contoh fardu kifayah adalah:
(i) Tauhid (i) Perubatan
(ii) Fikah (ii) Kejuruteraan
(iii) Tasawuf atau akhlak (iii) Politik
 Kesemua perkara ini mesti (iv) Ekonomi
dipelajari dan diamalkan oleh (v) Sosial
setiap individu Islam (vi) Perundangan
 Contoh fardu ain adalah:
(i) Pengetahuan agama
(ii) Konsep ketauhidan
(iii) Akhlak dan adab
(iv) Ibadah
(v) Fikah
(vi) Hukum-hakam yang
berkaitan dengan
kehidupan seharian

Antara hak asasi bagi sesebuah masyarakat ialah


1. Hak beragama
2. Hak

Anda mungkin juga menyukai