Anda di halaman 1dari 6

HUKUMAN DALAM KAWAD

Dengan sini semua sekalian, apabila dapat hukuman tiga


barisan di depan saya gerak. Skuad hendaklah sedia,
berlari dan berbaris dalam tiga barisan di hadapan di
tengah-tengah di mana saya menghadap. Faham tu
skuad. (Faham) Jadi tiga barisan cepat gerak.

Jadikan tiga barisan


Hukuman: Skuad masuk baris

Kesalahan biasa:
- datang beratur tiada berlari
- bercakap-cakap
-barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih

Paras
Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu
barisan.........paras/ Yang tinggi ke kiri, rendah ke kanan, dalam
satu barisan.........paras

Nombor
Hukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor!
Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor
genap satu langkah ke belakang......gerak
Hukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan,
nomb0r genap ke kiri. Barisan kanan dan kiri......Pusing
Hukuman : Jadikan tiga barisan......Cepat jalan.
Hukuman : Ke kanan lurus.

Kesalahan biasa :
- tidak bilang nombor dengan cepat
- menyebut nombor dengan suara yang perlahan
- lupa nombor masing-masing
Sedia
Hukuman : Skuad,skuad......sedia

Kesalahan biasa :
-kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan
-berdiri tidak tegap dan mata bergerak
-kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat
-tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan
-belakang tangan menghala ke hadapan
-badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata
-tidak memandang 200m ke hadapan
-semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapt dua bunyi

Senang diri
Hukuman : Senang ......diri

Kesalahan biasa :
-siku bengkok
-lutut tidak tegap dan tiada bertahan
-jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas
ukuran bahu
-menggerakkan kaki kiri
-pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan
-jatuh tumit atau hujung kaki dahulu

Rehatkan diri
Hukuman : Rehatkan ...... diri

Kesalahan biasa :
-kedua-dua tapak kaki bergerak
-menggeliat dan bercakap-cakap
Membetulkan barisan
Hukuman : Ke kanan...... lurus
Pandang......depan

Kesalahan biasa :
-kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan
semasa mengambil lurus
-pinggang lemah semasa kaki bergerak
-badan dan kepala tidak tegak
-siku bengkok
-turun tangan dengan lambat

Buka dan tutup barisan


Hukuman : Buka barisan......gerak
Tutup barisan......gerak

Kesalahan biasa:
-kedua-dua badan tidak rapat ke badan
-tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang
-tangan dan bahu bergerak
-mata pandang ke bawah
-badan tidak tegak

Berpusing
Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; bergerak ke
kiri, kiri ......pusing; menghadap ke belakang, belakang
.......pusing; menghadap ke hadapan, belakang ......pusing ;
bergerak ke kiri, belakang ......pusing; bergerak ke kanan,
belakang......pusing; menghadap ke belakng, kanan/kiri......pusing
; menghadap ke hadapan, kanan/kiri......pusing

Kesalahan biasa :
-badan berlonjak semasa berpusing
-tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing
-tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing
-kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki
-keberatan badan di atas kaki yang belakang
-menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di
belakang
-membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di
belakang

Bersurai dan keluar baris


Hukuman : Ber......surai
Hukuman : Keluar......baris

Kesalahan biasa ;
-bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris

Berjalan
Jarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit )
~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci
~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci
~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci
~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci

Masa berjalan
~Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit
~Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit
~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih
~ BErlari- 180 langkah dalam satu minit

Cepat jalan
Hukuman : Skuad, dari kanan/ kiri .......cepat jalan

Ingatan:
- Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke
hujung tangan, tingginya separas bahu.
- Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki.

Kesalahan biasa :
-lutut kendur
-lenggang tidak lurus
-hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit
-pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan
semasa berjalan mengheret tumit.
-apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak
sama dan turun naik tangan juga tidak sama

Berhenti
Hukuman : Skuad, skuad...... henti

Kesalahan biasa :
- bergoyang selepas berhenti
-badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti
-lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti
-turun tangan terlalu lambat
- menangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan

Pusing ke belakang
Hukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang......pusing

Kesalahan biasa :
- lutut bengkok semasa pusing
-membiarkan tangan berayun-ayun
-tidak mengangkat kaki cukup tinggi
-pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan

Tukar langkah
(cepat jalan)
Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah(ikut
keperluan)
Kesalahan biasa :
-melenggangkan bahu dan tangan
- tidak membongkokkan lutut
-tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga

(semasahentak kaki sahaja)


Hukuman : tukar langkah

Kesalahan biasa :
-badan seolah-olah mengeliat
-terlalu pantas

Hormat semasa berjalan


Ke kanan hormat
Hukuman : Hormat, hormat ke kanan ...... hormat
hadapan hormat
Hukuman : Hormat, hormat ke hadapan......hormat

Kesalahan biasa :
-melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke
hadapan.

Anda mungkin juga menyukai