Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1. Penghargaan 2

2. Pengenalan 3

3. Latar belakang klien 3-4

4. Permasalahan klien 4

5. Latar belakang teori 4

6. Teori yang diaplikasikan 5-6


kepada klien

7. Perbandingan kelebihan 6
dan limitasi teori kaunseling

8. Rujukan 7

1
PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya
menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana memberi peluang kepada
saya menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti e-
perpustakaan bagi memudahkan saya untuk mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan
dengan tajuk tugasan saya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Latifah yang telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan kepada
saya bagi menjalankan tugasan ini dengan sempurna.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya di samping dapat menjadi seorang bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu, harapan saya
agar dapat memberi manfaat kepada saya sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar
kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan
maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam masyarakat setempat
khususnya.

2
PENGENALAN

Dalam arus perdana masyarakat kini, menubuhkan dan membangunkan masyarakat


sejahtera adalah merupakan persoalan yang amat penting untuk diwancanakan secara
serius. Sebilangan penduduk di Malaysia mempunyai tingkah laku yang negatif dan semakin
meningkat dari masa ke masa. Hal ini kebiasaannya adalah disebabkan oleh emosi yang
tidak begitu stabil.Tingkah laku negatif selalunya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran
rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Selain itu juga
persekitaran sekolah yang mementingkan peperiksaan yang mana akan menyebabkan
murid-murid khasnya dari golongan remaja akan berasa tertekan dan menunjukkan tingkah
laku negatif serta strategi pembelajaran dan pengajaran yang membosankan dan tidak
menarik. Oleh yang demikian mereka akan berasa tertekan dan stress lalu mengambil
langkah mudah iaitu dengan membunuh diri. Namun tingkah laku negatif ini dapat diatasi
dan secara tidak langsung mensejahterakan kehidupan insan. Teori boleh dimaksudkan
sebagai satu set prinsip dan definsi. Dengan mendalami dan memahami secara terperinci
dan mendalam tentang sesebuah teori, seseorang individu itu boleh menghasilkan sebuah
cara penyelesaian yang kritis dan kreatif dalam menghadapi masalah yang dihadapi. Dalam
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, teori pembelajaran menjelaskan tentang cara
manusia belajar dan memberi cara untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi
oleh klien. Oleh yang demikian, perkara ini telah membuktikan bahawa sangatlah penting
bagi seorang kaunselor untuk memahiri dan menguasai kesemua teori yang terdapat dalam
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling agar dapat memudahlan kaunselor untuk
mengendalikan kes-kes yang bakal dihadapi oleh klie-klien. Teori-teori yang dikuasai oleh
kaunselor dapat dijadikan sebagai satu panduan dalam membuat keputusan dan seterusnya
mengatul langkah-langkah yang perlu diambil serta dapat membuat keputusan yang tepat
dan teliti. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak tajuk-tajuk yang keluar di dada akhbar
yang menunjukkan berita tentang gejala sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan
remaja sangat merisaukan dam membimbangkan. Setiap hari pasti ada saja berita yang
menunjukkan permasalahn yang dialami oleh remaja-remaja zaman sekarang.

LATAR BELAKANG KLIEN

Klien saya merupakan seorang murid lelaki yang berusia 12 tahun yang bersekolah
di Sekolah Kebangsaan Sering di Bachok, Kelantan. Nama samaran bagi klien ini ialah Lip .
Identiti atau nama sebenar klien ini dirahsiakan kerana dia meminta saya agar merahsiakan
namanya. Klien ini dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian pada
tahun 2008. Dia juga merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik. Klien saya datang

3
dari keluarga yang serba kekurangan ataupun dikategorikan sebagai keluarga miskin. Ibu
klien bekerja sebagai seorang penjahit manakala bapanya bekerja sebagai seorang buruh.
Pendapatan bulanan keluarga klien ialah sebayak RM1300 sebulan. Ibu dan bapa klien
terpaksa bekerja lebih masa demi untuk menyara klien dan adik beradiknya yang masih
bersekolah.

PERMASALAHAN KLIEN

Berdasarkan pemerhatian saya maslah klien ialah dia suka memberontak dan gemar
untuk menggunakan perkataan tidak elok semasa bercakap. Oleh kerana ibu dan bapanya
yang terlalu sibuk bekerja demi menyara hidup mereka sehinggakan mereka tiada masa
untuk bersama dengan klien lalu mengakibatkan klien terabai dan bertindak mengikut
kemahuan diri serta pengaruh rakan-rakan. Dia juga selalu melakukan perkara yang tidak
berfaedah seperti lepak dan bergaduh.

LATAR BELAKANG TEORI

Teori yang saya gunakan untuk menyelesaikan masalah klien saya ialah teori kognitif
tingkah laku yang dicipta oleh Aaron Temkin Beck yang juga pengasas kepada Terapi
Kognitif Behavior atau dipanggil Cognitive Behavioral Therapy (CBT). Teori ini adalah
gabungan diantara teori Kognitif yang mana dipelopori oleh beberapa tokoh Kognitif iaitu
Jean Piaget, Gagne dengan teori Behaviorisme atau dikenali sebagai Tingkah Laku yang
mana telah dipelopori oleh Pavlov, Watson dan Skinner. Prinsip asas kepada terapi CBT ini
adalah cara kita berfikir dalam situasi tertentu akan mempengaruhi emosi dan fizikal yang
akan mengubah tingkah laku. Secara ringkasnya, manusia akan bertingkah laku mengikut
system kepercayaan atau apa yang difikirkanya iaitu “mindset” atau “belief system”.

Pandangan teori CBT terhadap manusia ialah CBT mengidentifikasikan pemikiran,


perasan dan tingkahlaku yang akan membentuk reaksi terhadap apa yang difikirkan. Selain
itu, CBT berandaian bahawa keyakinan seseorang mempengaruhi emosi dan perilaku. Di
samping itu, cara manusia berfikir itu terbahagi kepada sama ada perkara yang difikirkan itu
dapat membantu ataupun tidak dapat membantu. Seterusnya, CBT membantu individu
untuk memahami masalah perilaku seperti agresif, gangguan identiti, ketidakpatuhan dan
kecelaruan.

4
TEKNIK YANG DIAPLIKASIKAN KEPADA KLIEN

Teknik yang diaplikasikan oleh saya kepada klien ialah teknik dialog skema. Dalam
teknik ini, klien belajar untuk menolak perasaan yang disebabkan oleh skema pemikiran
yang menimbulkan masalah kepada dirinya. Kaedah teknik ini dijalankan ialah dengan
kaunselor akan mengambil tiga biji kerusi kosong untuk digunakan sepanjang sesi
dijalankan. Kerusi pertama digunakan oleh kaunselor untuk duduk menghadap kepada klien.
Kerusi kedua pula digunaka oleh klien untuk meluahkan perasaan kepada kaunselor yang
melakukan sesi kaunseling. Manakala kerusi ketiga adalah merupakan pemikiran rasional
klien. Sebagai contoh, klien akan duduk di kerusi yang ketiga sekiranya kaunselor bertanya
tentang tanggapan bapa klien terhadap klien dan klien boleh mengubah kedudukan kerusi
berdasarkan watak yang dipegangnya dalam dialoh yang berlangsung tersebut.

Pada awalnya klien tidak mahu memberikan kerjasama terhadap sesi yang
dijalankan dengan mendiamkan diri sahaja selepas kaunselor bertanyakan soalan. Namun
setelah dipujuk rayu oleh kaunselor, akhirnya klien bercakap dan menjawab semua soalan
yang ditanya. Dia menyatakan bahawa ibu dan ayahnya membenci dia. Disebabkan itulah
dia klien selalu memberontak dan selalu meluangkan masa dengan melepak. Seterusnya,
klien mengambil tempat pada kerusi yang ketiga iaitu suara yang akan diberikan oleh orang
lain kepada klien. Perkara yang berlaku di kerusi kosong ini dapat mencungkil perkara-
perkara yang dipendam dalam diri mereka. Perkara yang mungkin akan diluahkan oleh klien
ialah seperti keadaan mereka, keadaan yang menganggu mereka dan pristiwa traumatik.
Sebagai contoh kemalangan, pencerobohan fizikal, penderaan atau penyalahgunaan
pencerobohan fizikal.

Dengan cara yang sebegini, klien dapat memberikan suara dan pemahaman yang
berbeza kepada peristiwa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Walaupun perkara
tersebut tidak dapat merubah keadaan yang telah berlaku namun pemikiran masa yang
telah berlaku klien tersebut akan dapat menyatakan apa yang dia tidak dapat pada masa
tersebut. Teknik kerusi kosong ini dapat menghasilkan kesan skrin di mana klien menaruh
perhatian, untuk mendapatkan orang yang bersentuhan dengan emosi dan cara mereka
mempengaruhi kehidupan mereka. Hal ini dapat memberikan makna yang berbeza kepada
cara klien merasaknnya.

Dengan menggunakan imaginasi orang itu untuk membangkitkan angka penting


yang mana tidak lagi wujud dalam realiti fizikal tetapi dalam realiti yang psikologikalnya
apabila klien itu duduk pada kerusi kosong tersebut. Walaupun teknik kerusi kosong adalah
alat yang berguna yang kelihatan mudah untuk digunakan. Namun ia harus dibawah
pengawasan ahli terapi yang pakar dan berkemahiran. Penggunaan teknik ini tidak boleh

5
dijalankan untuk semua orang. Oleh itu pentingnya teknik ini untuk digunakan oleh ahli
terapi yang mahir sahaja.

PERBANDINGAN KELEBIHAN DAN LIMITASI TEORI KAUNSELING

Terdapat banyak kelebihan yang terdapat dalam teori Kognitif Tingkah Laku ini,
antaranya ialah teori ini akan membuahkan satu hasil yang kokrit iaitu perubahan perilaku
yang berkekalan. Kebanyakan klien menikmati terapi ini kerana ia mengajar klien tentang
strategi yang praktikal yang mana boleh digunakan dan diaplikasikan oleh klien dalam
kehidupan harian klien. Ia menyediakan klien dengan dengan cara penyelesaian untuk
meningkatkan pemikiran mereka.

Namun begitu bukan semua perkara baik ada buruknya. Antaranya ialah
penggunaan teknik ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Kaunselor atau ahli terapi
tidak boleh membantu sekiranya klien tidak dapat memberikan kerjasama. Selain itu,
kekerapan terapi ini dijalankan juga merupakan satu cabaran jika klien mempunyai gaya
hidup yang agak sibuk. Disebabkan teori Kognitif Tingkah Laku ini yang agak berstruktur, ia
berkemungkinan bukan satu pilihan yang bai sekiranya klien mempunyai masalah mental
yang rumit dan juga menghadapi kesukaran dalam belajar.

Kesimpulannya teori CBT ini bukanlah sesuai untuk semua orang. Walaupun ia
menjadi keajaiban untuk klien-klien yang lain namun mungkin sesetengah klien tidak dapat
manfaat daripada teori tersebut.

6
RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi keempat.). Kuala


Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohamad, H. F. (2020, July 10). Berita Harian Online. Had Pendapatan Kemiskinan
Dinaikkan Dari RM980 Kepada RM2,208. Retrieved September 23, 2020, from
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/07/709264/had-pendapatan-
kemiskinan-dinaikkan-dari-rm980-kepada-rm2208

Beck, A. T. (1997). The past and future of cognitive therapy. The Journal of


psychotherapy practice and research, 6(4), 276.

Beck, A. T. (Ed.). (1979). Cognitive therapy of depression. Guilford press.


Kementerian Penerangan Malaysia. (1987). Kenyataan akhbar oleh Y.B. Datuk DR Noor
Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kementerian Malaysia. Putrajaya: Kementerian
Kesihatan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai