Anda di halaman 1dari 2

KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN SINAR/ SURIA

D/A N0 22, LORONG SINAR 2 . TAMAN SINAR


14300 NIBONG TEBAL

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
YB ZULKIFLI BIN IBRAHIM
Pusat Khidmat Adun Sungai Acheh,
No 40 Jalan Permatang Keling,
Taman Fajar,
14300 Nibong Tebal,
Pulau Pinang

Tuan,

PERMOHONAN PEMASANGAN BEKALAN ELEKTRIK DI KABIN TAMAN SINAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Permohonan mendapatkan bekalan elektrik ini bertujuan untuk :


i. Menjayakan program KOSPEN
 Penyediaan prasarana yang selesa dan kondusif kepada penduduk
Taman Sinar / Suria
ii. Meningkatkan prasarana di “ One Stop Centre “ Taman Sinar / Suria
 Tempat ini merupakan pusat penyebaran maklumat secara tidak rasmi
kepada penduduk Taman Sinar / Suria. Selain itu, ianya juga menjadi
salah satu tempat untuk penduduk menjalankan aktiviti sukan dalaman.
iii. KRT dalam perancangan menubuhkan pasukan SRS untuk Taman Sinar /
Suria bagi mewujudkan sifat kejiranan yang prihatin dengan situasi semasa. Ini
adalah langkah – langkah bagi mengelakkan kejadian jenayah yang tidak
diingini dan ditakuti .

3. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini untuk
kemudahan penduduk Taman Sinar / Suria. Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan amatlah
dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,


………………………………..
( MD. AKHIR BIN ARSHAD)
Pengerusi KRT Taman Sinar/Suria
Nibong Tebal.

Anda mungkin juga menyukai