Anda di halaman 1dari 10

SEMESTER 1

EDUP2102
SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

TUTORIAL 5

Membincangkan dengan kritis, membuat perkaitan dan menganalisis pola/trend


terhadap mobiliti sosial dan perubahan pendidikan: Konsep dan jenis mobiliti sosial
di Malaysia, dan Faktor yang mempengaruhi mobiliti sosial.
1. Nyatakan konsep mobiliti Sosial ? Sertakan Rujukan.
2. Jelaskan jenis-jenis mobiliti sosial. Sertakan Rujukan.
3. Bincangkan secara Kritis faktor-faktor yang mempengaruhi mobiliti (Berikan
contoh dan sertakan rujukan).
4. Apakah implikasi mobiliti sosial terhadap pendidikan (Berikan contoh dan sertakan
rujukan)

Nama No. Matrik


Norazlin Shahila Binti Saharan D21062700
1. Nyatakan konsep mobiliti Sosial

Menurut A.Aziz Deraman, (2012), mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan
individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam
satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial amat berkait rapat dengan struktur sosial
sesuatu masyarakat. Dalam sistem yang lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial
adalah terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yang
bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku.

Manakala menurut Nor Hayati Sa’at (2011), mendefinisikan mobiliti sosial


sebagai satu proses perubahan atau pergerakan seseorang atau sesuatu kelompok
daripada satu kedudukan kepada kedudukan yang lain dalam sesebuah masyarakat.
Malahan, perubahan tersebut boleh berlaku antara generasi dan juga secara inter-
generasi.

Manakala menurut Nora Aini Haji Idris (2004), Mobiliti sosial adalah perubahan
kedudukan status sosioekonomi yang berlaku di kalangan anggota masyarakat
disebabkan oleh proses pembangunan ekonomi. Dalam erti kata lain, mobiliti sosial
tindakan yang melibatkan perubahan kedudukan dalam sistem susun lapis atau satu
proses pergerakan individu dari satu strata ke strata yang lain. Perubahan tersebut
boleh berbentuk ke atas atau ke bawah, iaitu penambahan atau pengurangan dalam
kekayaan, kuasa dan prestij. Mobiliti sosial secara mendatar adalah pergerakan
seseorang individu dalam status yang sama. Manakala mobiliti sosial secara
menegak melibatkan pergerakan dalam status yang berbeza. Mobiliti menegak boleh
dilihat atau dikaji melalui mobiliti antara generasi (intergenerational) dan mobiliti
dalam generasi itu sendiri (intragenerational).

Secara kesimpulannya, mobiliti sosial adalah proses perubahan kedudukaan


sosio-ekonomi seseorang individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada
lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial dan amat berkait rapat
dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Mobiliti sosial boleh memberi kesan
positif dan negatif bergantung kepada bentuk mobiliti yang berlaku. Mobiliti menegak
ke atas akan memberi kesan positif jika individu tersebut dapat menyesuaikan diri
dengan kedudukan, persekitaran, nilai dan adat. Manakala mobiliti menegak ke
bawah akan menimbulkan kesan negatif sekiranya individu yang mengalaminya
mempunyai perasaan rendah diri, kecewa dan mungkin juga boleh menjerumuskan
mereka ke arah gejala sosial yang negatif.
A.Aziz Deraman (1994), Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia‟, Kuala Lumpur:
Perpustakaan Negeri Malaysia.

Nor Hayati Sa’at (2011), Mobiliti Sosial Dalam Kalangan Komuniti Pesisir Pantai:
Kajian Kes Di Kuala Terengganu. Kuala Terengganu.

Nora Aini Haji Idris (2004), Mobiliti Sosial di Kalangan Generasi Kedua Felda
Social Mobility Amongst the Second Generation of Felda. Kuala Lumpur.

2. Jelaskan jenis-jenis mobiliti sosial. Sertakan Rujukan.

Mobiliti sosial terbahagi kepada 2 iaitu Mobiliti Horizontal dan Mobiliti Vertikal. Mobiliti
horizontal ialah pergerakan seseorang daripada satu kedudukan sosial kepada yang
laindalam status yang sama. Contoh: tukang kayubertukar menjadi mekanik atau
menjadi buruh separuh mahir. Manakala Mobiliti Vertikal pula ialah pergerakan
seseorang daripada satu kedudukan sosial kepada yang lain dalam status yang
berbeza. Mobiliti Vertikal ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Mobiliti
Intergenerasi yang dapat dilihat menerusi situasi anak mempunyai kedudukan baik
(doktor) berbanding ibu bapanya (kerani). Bahagian yang kedua pula ialah Mobiliti
Intragenerasi contohnya seorang guru naik pangkatmenjadi guru besar dan setelah
beberapa tahunbertukar pekerjaan menjadi seorang pensyarah.

Menurut Soekanto (1985), sistem hierarki dalam komuniti terbahagi kepada 2


iaitu; Sistem Tertutup dan Sistem Terbuka. Sistem Terbuka menghadkan
pergerakan/mobiliti seseorang dari satu aras ke satu aras. Cara untuk bergerak
dalam sistem ini ialah melalui kelahiran. Manakala Sistem Terbuka memberi peluang
kepada individu untuk meningkat ke aras sosial yang lebih tinggi. Pendidikan salah
satu cara dalam sistem ini.

Rujukan :

Nor Hayati Sa’at (2011), Mobiliti Sosial Dalam Kalangan Komuniti Pesisir Pantai:
Kajian Kes Di Kuala Terengganu. Kuala Terengganu.
3. Bincangkan secara Kritis faktor-faktor yang mempengaruhi mobiliti (Berikan
contoh dan sertakan rujukan).

3.1 Faktor Pendidikan dan Pekerjaan

Pendidikan merupakan faktor penting yang boleh menggerak dan meningkatkan taraf
hidup seseorang. Setiap pemimpin negara di seluruh dunia ini ingin melihat rakyat
mereka maju dan berdaya saing dalam bidang pendidkan. Sebagai contoh, Negara
Negara yang bertaraf kelas pertama di dunia ini seperti amerika syarikat dan juga
England yang mana negara-negara ini mempunyai sistem pendidikan yang teguh
seperti mempunyai pakar dalam pelbagai bidang yang hebat. Keadan yang sama
berlaku di Malaysia pada masa kini, yang mana boleh dilihat bahawa bidang
pendidikan negara telah mengalami perubahan yang pesat terutama dalam
merealisasikan wawasan 2020. Kewujudan dasar pendekmorasian pendidikan, telah
membolehkan seluruh rakyat di Malaysia berpeluang dan diberikan berhak untuk
mendapat pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat universiti.
Sebagai contoh, masyarakat daripada golongan petani yang berstatus miskin
berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Malah, mereka berpeluang untuk
mengubah mobiliti diri dan keluarga ke arah yang lebih tinggi melalui pendapatan
dan kemahiran diri yang mereka diperolehi. Secara amnya, masyarakat yang tidak
mempunyai pendidikan yang cukup, kebiasaannya mereka susah untuk
mendapatkan pekerjaan yang memperoleh gaji yang besar khususnya pekerjaan
seseorang melambangkan status dan kebolehan seseorang. Contohnya, pekerjaan
sebagai seorang operator pengeluaran mempunyai jurang perbezaan yang amat
ketara dengan pegawai di sebuah bank. Keadaan adalah sama dengan pekerjaan
sebagai seorang nelayan yang mana tidak sama dengan ahli perniagaan. Oleh itu
orang yang tidak mempunyai pekerjaan yang tinggi biasanya kurang diberi
penghargaan daripada masyarakat keliling. Berdasarkan hakikat tersebut
menunjukan nilai pendidikan adalah tinggi, berkualiti dan ia berkait rapat dengan
pekerjaan.

3.2 Kebolehan Individu dan Bakat Semula Jadi

Faktor individu atau bakat semulajadi juga perlu diambilkira dalam penentuan
mobiliti sosial. Menerusi baka dan kemahiran yang dimiliki seseorang itu boleh
menjadi terkenal, kaya dan disanjung tinggi. Sebagai contoh mereke berkebolehan
untuk menyanyi, bermain sukan, berpidato, dan mencipta sesuatu alat yang baru .
Jadi jika seseorang itu mempunyai bakat dan berasal daripada keluarga miskin
sudah tentu dengan bakat yang ada padanya dapat meningkatkan mobiliti diri dan
keluarga.

3.3 Pelaburan
Penglibatan dalam bidang peniagaan boleh meningkatkan imej seseorang dalam
masyarakat. Penglibatan dalam bidang ini akan menyebabkan sesorang menjadi
kaya dan memiliki Pelbagai kemewahan dan Pengumpulan harta yang banyak. Ini
menunjukkan kejayaan dalam bidang pelaburan adalah perkara yang penting dalam
menaikkan identiti dan lambang kedudukan seseorang.

3.4 Kuasa
Orang yang mempunyai kuasa ialah penghulu, pegawai atasan di sesenuah pejabat,
JKKK, ketua unit dalam sesuatu jabatan, wakil rakyat, polis, dan pekerja beruniform
yang lain. Walaupun sesetengah jenis pekerjaan tersebut bukanlah mempunyai
pekerjaan yang berpangkat tinggi, namun kuasa yang ada pada mereka
menyebabkan mereka dihormati. Isteri dan keluarga mereka akan dapat menumpang
rasa ego dan megah dengan kuasa yang dimiliki itu.

3.5 Perkahwinan

 Perkahwinan juga adalah faktor yang mempengaruhi mobiliti sosial. Secara


dasarnya, bagi meningkatkan status sosial ke arah yang lebih tinggi seseorang akan
dapat melakukannya melalui perkahwinan. Contoh seseorang wanita yang berasal
dari keluarga sangat sederhana berkahwin dengan seorang lelaki dari keluarga kaya
dan dihormati masyarakat. Perkahwinan ini dapat menaikkan status wanita tersebut.

3.6 Perubahan Tempat Tinggal

 Selain itu,perpidahan seseorang ke satu temapat yang lain seperti berpindah


tempat tinggal atau rumah kediaman juga boleh menaikkan status sosial seseorang.
Contohnya, jika dia berpindah dari rumah lama yang kecil ke rumah baru yang besar
dan cantik, atau pun mengubah suai rumah sedia ada menjadi sebuah
banglo yang indah dan cantik.
BUKU
Mohd Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah & Pendidikan
Selangor Darul Ehsan: Thinker’ S Library Sdn. Bhd.
4. Apakah implikasi mobiliti sosial terhadap pendidikan (Berikan contoh dan
sertakan rujukan)

Mobiliti sosial telah memberi kesan kepada Pendidikan Pendidikan di negara kita
yang telah mengalami perubahan dalam sistem pendidikan. Perubahan ini
memperlihatkan perbandingan antara sebelum dan selepas kemerdekaan terutama
dari aspek sosial iaitu pembangunan insan dan negara. Oleh itu, terdapat
perbandingan yang jelas hasil daripada perkembangan sistem pendidikan di negara
ini.

4.1 Kesan dari aspek falsafah Pendidikan Falsafah


Falsafah pendidikan negara mempunyai perbezaan yang jelas sebelum dan selepas
kemerdekaan. Sebelum kemerdekaan falsafah pendidikan kita lebih bercorak
tradisional. Hal ini demikian disebabkan, masyarakat lebih mementingkan
kecerdasan dan kemahiran untuk meneruskan hidup dengan bekerja yang
bersesuaian dengan kemahiran dan bakat yang dimiliki. Falsafah pendidikan
masyarakat tradisional lebih cenderung kepada aspek-aspek kerohanian, akhlak dan
moral. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan penubuhan sekolah-sekolah pondok dan
madrasah yang memberi pengajaran dan pembelajaran seperti membaca al-Quran
dan tajwid, Tafsir al-Quran, Hadis, Fiqah dan Tauhid. Pada zaman penjajahan,
falsafah pendidikan lebih tertumpu kepada menjaga kepentingan British di Tanah
Melayu. Senario ini memperlihatkan kepada kita bahawa pendidikan yang
diperkenalkan oleh penjajah telah melebarkan jurang pendidikan, perpaduan dan
integrasi antara kaum. Sistem ini mengakibatkan masyarakat Melayu terus berada di
Kampung, Cina menguasai bandar dan India akan bermastautin di ladang-ladang.
Pendidikan yang diperkenalkan adalah bertujuan untuk mengelakkan peningkatan
taraf hidup masyarakat pribumi. Pihak penjajah memperkenalkan pendidikan bebas
untuk mengelakkan berlakunya penentangan dalam masyarakat pribumi. Pada era
selepas kemerdekaan, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan yang
menekankan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. Di samping itu, FPN merupakan roh, nadi dan penjana kepada keutuhan
sistem dan dasar pendidikan negara. FPN merupakan perkara penting untuk dijana
demi memastikan generasi pelapis yang merupakan aset terpenting negara di masa
hadapan mampu untuk berperanan di tengah-tengah gelombang kemodenan dan
arus globalisasi yang kian mencabar. Pembentukan masyarakat madani yang
diimpikan memerlukan percambahan dan pemupukan nilai-nilai agama, moral dan
etika. Kesemua elemen-elemen tersebut penting agar segala cita-cita murni yang
sering dicanangkan benar-benar dapat direalisasikan ke arah mencapai wawasan
negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Jelaslah disini
menunjukkan bahawa terdapat perbandingan yang nyata antara falsafah pendidikan
negara sebelum dan selepas kemerdekaan.

4.2 Kesan dari aspek dasar pendidikan


Dasar pendidikan di negara kita mempunyai perbandingan yang ketara antara
sebelum dan selepas merdeka. Pada era penjajahan, pihak kolonial Inggeris telah
memperkenalkan dasar pendidikannya tersendiri. Antaranya ialah dasar penyekatan
yang bersifat menghalang kemajuan orang Melayu. Pihak Inggeris lebih cenderung
untuk memastikan masyarakat Melayu kekal sebagai petani, nelayan dan
memuliakan kerja buruh. Menurut Sufean Hussin (1996), dasar sekatan ini bertujuan
untuk mengongkong dan membendung pemikiran tradisional serta primitif atau
kekampungan orang-orang Melayu. Hal ini menyebabkan pembelajaran di sekolah
vernakular Melayu adalah sekadar membasmi buta huruf pada tahap minimum.
Kesan langsung dari dasar ini mewujudkan satu fenomena status dalam pendidikan
yang menyebabkan golongan yang mampu akan mendapatkan pendidikan dan
masyarakat bawahan terus disisihkan kerana dasar yang diperkenalkan tidak
menyedarkan masyarakat tentang kepentingan pendidikan. Kesedaran yang tinggi
terhadap sistem pendidikan kolonial yang ditinggalkan penjajah mendorong kerajaan
merangka dasar pendidikan yang lebih baik untuk menyelesaikan
ketidakseimbangan dalam pendidikan antara kaum di Malaysia. Langkah utama yang
dilakukan oleh kerajaan Perikatan selepas merdeka ialah membetulkan dan
menyusun semula sistem pendidikan yang diwarisi dari penjajah. Dasar yang
dirangka diperkukuhkan oleh perlembagaan dan undang-undang untuk memastikan
setiap dasar yang dilaksanakan berkesan dan berjaya. Antara dasar yang dirangka
ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berfokuskan kepada satu sistem pelajaran
yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Selain itu, dasar kesejagatan dan
penyeragaman yang berfungsi untuk menggunakan satu sukatan pelajaran dan
peperiksaan yang sama untuk kepelbagaian etnik, bahasa, budaya, agama dan latar
belakang geografi. Salah satu tindakan yang diambil untuk memperkasakan dasar ini
adalah melalui pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agar
memudahkan perhubungan antara masyarakat. Justeru, bagi memantapkan lagi
sistem pendidikan yang sedia ada dasar demokrasi diperkenalkan. Dasar ini
bertujuan untuk mengembangkan potensi individu itu sendiri dengan memberi
keutamaan kepada pelajar yang mempunyai kemajuan tanpa mengira latar
belakang, agama, bangsa dan bahasa. Jelaslah bahawa terdapat perbezaan dalam
usaha pembangunan insan dan negara dari aspek dasar pendidikan di Malaysia
sebelum dan selepas kemerdekaan.

4.2 Kesan dari aspek pembentukan perpaduan

Perpaduan merupakan elemen penting dalam pembentukan sebuah masyarakat


yang pelbagai kaum di Malaysia. Jika diperhatikan perbandingan yang jelas wujud
dalam sistem pendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan dalam pembentukan
perpaduan etnik yang pelbagai iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat majmuk di
negara ini mampu merencatkan perpaduan jika tidak ditangani dengan betul dan
berhemah. Menurut Sanusi Osman (1985), masalah sebenar yang kita hadapi bukan
berpunca daripada berbagai kumpulan etnik yang ada di negara ini, tetapi yang lebih
penting ialah perasaan perkauman dalam kalangan rakyat di negara ini terlalu
dibesar- besarkan. Sejarah telah membuktikan sebelum mencapai kemerdekaan
perpaduan sukar dicapai kerana dasar pendidikan penjajah yang berbeza untuk
setiap kaum di Malaysia pada ketika itu. Setiap bangsa dibahagikan kepada
kurikulum pendidikan yang berbeza. Melayu diajarkan teknik penternakan dan
pertanian di samping membaca, mengira dan menulis. Kaum Cina mengambil sistem
kurikulum dan guru dari negara China manakala kaum India, kurikulum mereka
berdasarkan Kod Buruh. Pendidikan bersifat bebas yang diperkenalkan oleh British
menyebabkan perpaduan sukar dicapai. Dasar pecah dan perintah yang
diperkenalkan oleh British juga melebarkan lagi jurang perpaduan antara masyarakat
dan akhirnya membawa kepada tradegi hitam dalam sejarah negara iaitu rusuhan
kaum 13 Mei 1969. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan kerajaan telah
merangka beberapa pelan dasar pendidikan untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Kesedaran terhadap tragedi
rusuhan kaum yang mampu membantutkan perpaduan, maka DEB telah
diperkenalkan untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi masyarakat. Selain itu,
kerajaan telah menggubal Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu
sebagai pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan
kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Di samping itu, dasar
pendemokrasian pendidikan dilaksanakan pada tahun 1962 dengan memberi
pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan perubahan
dasar untuk melanjutkan pendidikan universal dari 9 tahun kepada 11 tahun pada
tahun1992. Kesamarataan dan peluang pendidikan kepada semua masyarakat yang
diperkenalkan oleh kerajaan mampu membentuk perpaduan yang utuh. Jelaslah
bahawa usaha dan tujuan pendidikan kita dalam membentuk perpaduan kaum
mempunyai perbezaan mengikut zaman dari dahulu hingga kini.

4.3 Kesan Dari Aspek Pembangunan Modal Insan


Pembangunaan modal insan merupakan salah satu matlamat utama dalam
pendidikan. Menurut Becker (1987), modal insan ialah yang berkaitan dengan
pengetahuan, maklumat, idea-idea, kemahiran dan tahap kesihatan yang dimiliki
oleh individu dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Sistem ini berdasarkan
konsep warisan. Ibu bapa akan mengajar segala kemahiran yang dimiliki kepada
anak-anak. Oleh itu, modal insan yang dilahirkan hanya mempunyai kemahiran yang
diberikan oleh ibu bapa mereka. Masyarakat tradisional ini juga menerapkan
menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok dan madrasah. Pendidikan
semasa era penjajahan dilihat kurang signifikan dalam membangunkan modal insan.
Hal ini disebabkan hala tuju dan falsafah pendidikan Inggeris tidak memberi peluang
kepada masyarakat Melayu khususnya untuk mengembangkan bakat dan
kebolehan. Selain itu, jenis pendidikan yang bersifat bebas menyebabkan terdapat
perbezaan jurang dalam pendidikan yang akhirnya membantutkan pembangunan
modal insan. Perbandingan yang jelas dapat dilihat pada zaman pascamerdeka.
Usaha dalam membangunkan insan dan negara pada ketika ini lebih bercorak untuk
membangunkan modal insan. Hal ini selaras dengan ucapan YAB Dato’ Seri
Abdullah Ahmad Badawi sempena Hari Pekerja (2000) menyeru rakyat berganding
bahu agar pendidikan negara mampu melahirkan modal insan yang kekal relevan
dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu bersaing di peringkat
antarabangsa. Di samping itu, kerajaan juga memperkenalkan j-QAF untuk
memastikan pelajar mempunyai kemahiran dalam tulisan jawi, Al-Quran, Bahasa
Arab dan Fardhu Ain untuk melahirkan insan yang cemelang akademik dan sahsiah.
Komitmen kerajaan untuk melahirkan modal insan terserlah melalui pelancaran PIPP
yang mengariskan pembangunan modal insan sebagai teras kedua untuk
memperkukuhkan hala tuju dan falsafah pendidikan negara.

 Yahya Ibrahim, 2003, Penilaian Dampak Sosial. Utusan Pubication & Distribution
Sdn. Bhd. Banks.

Fauzana, 2008, Sejarah Sosial Pendidikan Islam. Kencana Prenada Media Group.
Jakarta Putera Grafik.

Kamsiah Abdullah, 2007, Benih Budiman: Suatu Analisis Sosio Sejarah


Persekolahan Melayu di Singapura. Penerbit Universiti Sultan Idris, Tanjong
Malim Perak.

Nor Aini Hj Idris, 2004, Mobiliti Sosial generasi Kedua Felda. hlm. 83-95. Sidek Baba
(2010), Kehidupan Sejahtera Terbina Atas Pendidikan Bersepadu.

Anda mungkin juga menyukai