Anda di halaman 1dari 1

LAMPIRAN 1-5

AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan


Saya telah melaksanakan pemerhatian terhadap perhimpunan rasmi sekolah tersebut iaitu
pada hari pertama sesi persekolahan pada 31/03/2019 selepas cuti seminggu.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan

2.1 Kekuatan

 Perhimpunan rasmi telah dihadiri oleh semua guru di sekolah tersebut. Murid-murid telah
berbaris mengikut barisan kelas masing-masing.
 Murid-murid juga menyanyi lagu kebangsaan negara Malaysia, lagu negeri Kedah dan
juga lagu rasmi bahasa Tamil serta melafazkan Rukun Negara dengan penuh
semangat.
 Guru bertugas telah memberikan ucapan yang berkaitan dengan budaya salam dan juga
budaya mengucapkan terima kasih kepada para murid agar murid dapat mengamalkan
amalan-amalan murni tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

2.2 Kelemahan

 Murid-murid tidak mematuhi peraturan dan etika ketika menyanyikan lagu Negaraku.
 Mereka tidak berdiri tegak dan menggerakkan anggota badan ketika nyanyian lagu
Negaraku.
 Seterusnya, terdapat juga murid-murid yang tidak memberikan perhatian yang
sepenuhnya terhadap ucapan yang diberikan oleh guru bertugas.

3. Cadangan Penambahbaikan

 Guru-guru dan juga pengawas sekolah perlu mengawal tingkah laku murid dan
memberikan maklumat mengenai etika dan peraturan ketika menyanyikan lagu
Negaraku.

(Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda)

Anda mungkin juga menyukai