Anda di halaman 1dari 1

LAMPIRAN 1-5

AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan

Pemerhatian terhadap program pemantapan prestasi murid Tahun 6 yang bakal menduduki
UPSR

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan

2.1 Kekuatan

 Murid-murid aktif dalam menghadiri kelas tambahan tersebut tanpa rasa jemu dan
bosan.
 Murid-murid meminta latihan tambahan daripada guru-guru untuk memantapkan lagi
tahap pencapaian mereka.
 Guru-guru juga sanggup mengorbankan masa mereka untuk mengajar kelas tambahan
kepada murid-murid tahun 6 selepas waktu persekolahan.

2.2 Kelemahan

 Terdapat juga murid-murid yang berada dalam keadaan yang mengantuk dan kurang
memberi fokus terhadap pelajaran.

3. Cadangan Penambahbaikan

 Guru-guru perlu mengubah cara pengacaraan pada waktu petang supaya para murid
dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran sepenuhnya.

(Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda)

Anda mungkin juga menyukai