Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP – AT 31

PENYELIDIKAN ILMIAH
( SHP 4133 )

TAJUK:
KAEDAH PENULISAN ILMIAH

DI SEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. MATRIKS


MAWARNI BINTI JAFFAR D20071029741
MARIANI BINTI NURDIN D20071029743
NUR ATIQAH BINTI BASRI D20071029746
NORAINI BINTI ANGKUM D20071029758
SITI ZAWANI BINTI SARUMAT D20071029775

DISEDIAKAN UNTUK:

PROF DR. SUPLI EFFENDI RAHIM


JABATAN KEMAHIRAN HIDUP
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALIM, PERAK
TAHUN 2010

ISI KANDUNGAN

1
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN 1

2 JENIS- JENIS PENULISAN ILMIAH 2

3 KAEDAH- KAEDAH PENULISAN ILMIAH 3- 11

4 PERBINCANGAN DAN KEBAIKAN 12- 13

5 PENUTUP 14

6 BIBLIOGRAFI 15

7 LAMPIRAN 16

1.0 PENGENALAN

Penyelidikan atau penulisan ilmiah adalah proses mengumpul, menganalisis dan


menterjemahkan informasi atau data secara sisitematik untuk menambah pemahaman

2
terhadap sesuatu fenomena tertentu yang menarik perhatian manusia. Penulisan ilmiah adalah
suatu tulisan yang membahas suatu permasalahan. Pembahasan itu dilakukan berdasarkan
penyelidikan, pengamatan dan pengumpulan data yang diperolehi melalui suatu penelitian.
Penulisan ilmiah melalui penelitian dengan menggunakan metod ilmiah yang sistematik bagi
memperolehi jawapan secara ilmiah terhadap permasalahan yang dikaji. Untuk memperjelas
jawapan ilmiah berdasarkan penelitian, penulisan ilmiah hanya dapat dilakukan setelah timbul
suatu masalah dan kemudian dibahas melalui penelitian serta kesimpulan dari penelitian
tersebut.

Penulisan ilmiah sebagai medium komunikasi ilmu pengetahuan yang berbentuk


tulisan menggunakan sistematik yang dapat diterima oleh komuniti ilmu melalui suatu
sistematik penulisan yang dipersetujui. Dalam penulisan ilmiah, ciri-ciri keilmiahan dari suatu
karya harus dipertanggungjawabkan secara empiris dan objektif. Teknik penulisan ilmiah
mempunyai dua aspek iaitu gaya penulisan dalam membuat pernyataan ilmiah serta teknik
inotasi dalam menyebutkan sumber pengetahuan ilmiah yang digunakan dalam penulisan.
Penulisan ilmiah harus menggunakan bahasa yang baik dan benar. Setiap pelajar di institusi
pengajian tinggi akan berhadapan dengan tatacara berfikir, berbicara dan menulis secara
ilmiah. Pernyataan ilmiah ini digunakan untuk pelbagai tujuan sesuai dengan bentuk
argumentasi yang diajukan. Pernyataan tersebut dapat digunakan sebagai definisi dalam
menjelaskan suatu konsep atau dapat digunakan sebagai premis dalam pengambilan
kesimpulan pada suatu argumentasi.

Namun begitu, penulisan ilmiah adalah teras kepada penglahiran dan penterjemahan
pemikiran pelajar menerusi teks penulisan hasil daripada proses pembelajaran di universiti.
Oleh itu, penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh seseorang pelajar mestilah dapat memberi
gambaran tentang sikap, keindahan dan kualiti pemikiran imiah yang dimilikinya. Bagi
penghasilan penulisan ilmiah yang baik, terdapat kaedah yang boleh diikuti untuk memastikan
agar hasil penulisan ilmiah menepati ciri- ciri sesuatu penulisan ilmiah yang diperlukan.

2.0 JENIS- JENIS PENULISAN ILMIAH

Jenis-jenis penulisan ilmiah yang utama ialah esei ilmiah, kertas kerja, laporan kajian, tesis
dan disertasi.

3
1.1.1 Esei ilmiah merujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau
permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan /
atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif.

1.1.2 Kertas kerja ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta
atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.
Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan
objektif. Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau
dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengikel dan sebagainya.

1.1.3 Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang


menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain.
Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data
kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.

1.1.4 Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Tesis
mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau
penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi
membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda
Kepujian dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel viva-você.

1.1.5 Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki


pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D).
Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi
saintifik dan analisis yang terperinci. Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan
dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-você.

3.0 KAEDAH PENULISAN ILMIAH

Bahagian asas dalam penulisan ilmiah adalah seperti berikut. Gaya susunan bahagian ini
dianjurkan sebagai gaya penulisan ilmiah terbitan Penerbit UKM.

4
(a) Tajuk
(b) Pengarang
(c) Abstrak
(d) Teks
(e) Pengenalan
(f) Bahan dan kaedah
(g) Hasil
(h) Perbincangan
(i) Penghargaan
(j) Catatan hujung
(k) Rujukan
(l) Alamat lengkap pengarang

3.1 Tajuk

Tajuk rencana adalah penting kerana bahan tersebut yang pertama dilihat atau dibaca oleh
pembaca. Tajuk juga dicetak di dalam:

(a) Bibliografi.
(b) Indeks subjek.
(c) Sistem perolehan maklumat.
(d) Petikan dalam terbitan akan datang.

3.1.1 Tajuk yang Baik

Ringkas dan tepat. Kebanyakan jurnal menghadkan tajuk tidak lebih daripada 15 perkataan
atau kurang daripada itu. Tajuk yang baik menerangkan kandungan penulisan dengan tepat,
penggunaan kata kerja yang sesuai, menggunakan perkataan yang mudah difahami,
mengandungi kata kunci untuk kemudahan sistem perolehan maklumat.

Seorang penulis penulisan ilmiah yang baik akan menolak judul yang menggunakan
kiasan atau metafora. Judul begini hanya sesuai dilakukan dalam penulisan jurnal sastera atau
puisi. Contohnya tajuk “Manusia tidak boleh bergantung hidup dengan roti sahaja: Nilai zat
makanan padi IR64”, tidak sesuai dijadikan judul untuk penulisan ilmiah. Judul mestilah
tepat dan spesifik. Tajuk yang digunakan juga perlu bersesuaian dan tidak berlebih- lebihan
berbanding dengan isi kandungan sesebuah penulisan ilmiah.

3.2 Pengarang

Berikut adalah beberapa panduan hak pengarang dalam sesuatu penulisan ilmiah dari segi
etika, amalan dan hak intelektual:

3.2.1 Hanya individu yang memberi sumbangan penting dalam merancang dan melaksanakan
penyelidikan dianggap sebagai pengarang. Sumbangan penting bermaksud mereka terlibat
dalam merancang penyelidikan, menganalisis, menginterpretasi data atau kedua-duanya dan
merangka makalah. Seseorang yang hanya memberi nasihat, atau membantu mengumpul data
tidak dianggap sebagai pengarang, tetapi boleh diberi penghargaan. Seseorang boleh juga
dianggap sebagai pengarang jika beliau membantu mendraf rencana atau menyemak
bahagian-bahagian penting penulisan tersebut.

5
3.2.2 Juruteknik atau individu lain yang turut membantu perlu disebutkan di dalam
penghargaan. Mereka tidak dianggap pengarang kecuali mereka memberi sumbangan besar.
Seseorang juruteknik yang hanya menurut arahan tidak dianggap sebagai pengarang
sebaliknya seseorang juruteknik yang memberi saranan penting yang dapat menyelesaikan
masalah boleh dianggap pengarang bersama atau tambahan. Pengumpul data sahaja tidak
melayakkan seseorang itu dianggap pengarang.

3.2.3 Alamat tempat pengarang bekerja haruslah disertakan di dalam nota penyampaian
rencana atau pada halaman akhir selepas rujukan. Sesetengah jurnal menerbitkan alamat
penuh surat-menyurat, sekurang-kurangnya alamat pengarang utama supaya pembaca boleh
menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut. Menyenaraikan kelulusan akademik
pengarang tidak diamalkan.

3.3 Abstrak

Sesebuah abstrak melaporkan kandungan ringkas makalah lazimnya antara 150- 250 patah
perkataan. Abstrak mestilah lengkap dan boleh berdiri sendiri. Abstrak mestilah
mengandungi:

a) Tujuan dan tumpuan kajian: mengapa kajian dijalankan.


b) Bahan dan kaedah: bagaimana kajian dijalankan.
c) Penemuan (hasil utama).
d) Kesimpulan yang penting dan utama.

Di dalam abstrak hindarkan:

a) Merujuk jadual atau rajah.


b) Menggunakan kependekan atau akronim kecuali seragam atau diberi penerangan.
c) Memasukkan rujukan lengkap. Jika sebuah penerbitan lain dipetik, rujukan lengkap
mestilah dibuat (pengarang, judul, jurnal, tarikh dan sebagainya).
d) Jangan menyatakan sebarang maklumat atau kesimpulan yang tidak terkandung dalam
rencana.
e) Jangan membuat kenyataan yang terlalu umum. Pastikan penemuan berdasarkan
kenyataan berkaitan.

Perkara di atas mestilah dirangkumkan dalam beberapa ayat yang mudah. Oleh kerana
abstrak disimpan dalam bentuk data untuk tujuan pertukaran maklumat, abstrak biasanya
mempunyai kata kekunci. Hindarkan semua perkataan yang tidak perlu. Abstrak jenis yang
diterangkan di atas adalah lazim bagi jurnal primer. Adakalanya abstrak yang deskriptif lebih
sesuai. Jenis ini biasanya dipaparkan dalam bentuk senarai kandungan yang mudah. Senarai
ini mengandungi perkara-perkara yang disentuh dalam sesebuah makalah tetapi maklumat
tidak cukup untuk berdiri sendiri. Sebuah makalah ulasan boleh menggunakan abstrak
deskriptif. Abstrak ini disimpulkan dengan kata kekunci yang menggambarkan fokus makalah
itu. Bahan ini akan dimasukkan ke dalam sistem perolehan maklumat supaya mudah dicapai
pembaca. Abstrak mestilah tepat dan terperinci.

3.4 Teks

6
3.4.1 Pengenalan

Pengenalan untuk rencana jurnal sepatutnya ringkas berbanding pengenalan lebih panjang di
dalam manuskrip atau kertas kerja prosiding. Pengenalan yang baik akan menerangkan
kedudukan dan sejauh mana kajian dijalankan mengenai sesuatu permasalahan. Selain itu,
pengenalan yang baik mengaitkan penyelidikan itu dengan penyelidikan sebelumnya iaitu
tinjauan ringkas penyelidikan sebelum ini berkaitan masalah yang dikaji. Pengenalan juga
perlu menerangkan tujuan dan kaedah penyelidikan termasuk sebab dan mengapa sesuatu
kaedah itu dipilih. Ia juga penting bagi menyatakan hasil penting penyelidikan dan
menerangkan istilah atau kependekan tertentu yang terdapat di dalam teks.

3.4.2 Bahan dan Kaedah

Bahagian ini menyediakan maklumat yang membolehkan ahli sains yang lain menilai
penyelidikan itu atau mengulangi penyelidikan tersebut serta menguji hasil-hasilnya.
Kandungannya pelbagai bergantung kepada jenis uji kaji dan disiplin. Bahagian ini sebaiknya
mengandungi:

a) Reka bentuk uji kaji.


b) Jika tumbuhan atau haiwan dikaji, beri penerangan yang tepat (genus, spesies, kultivar,
jalur dan lain-lain).
c) Bahan yang digunakan perlu dinyatakan dengan spesifikasi teknikal dan kuantiti serta
sumber atau kaedah penyediaan nama-nama genetik atau nama kimia adalah lebih baik
daripada nama dagangan yang mungkin tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.
d) Andaian-andaian yang dibuat.
e) Kaedah yang diikuti, lazimnya disusun secara kronologi dan diterangkan dengan jelas dan
terperinci. Kaedah yang piawai hendaklah dinyatakan dalam rencana. Ubahsuai pada
kaedah piawai hendaklah dinyatakan.
f) Kaedah yang baru hendaklah diterangkan dengan terperinci. Kaedah mentafsir data dan
mencari data hendaklah diterangkan.

3.4.3 Hasil Kajian

Ini adalah bahagian terpenting dalam sesebuah rencana. Semua data dikemukakan di dalam
bahagian ini. Persembahan yang baik itu mestilah:

a) Ringkas dan jelas.


b) Laporan yang mewakili data, lebih baik daripada data mentah yang berulang-ulang.
c) Kurangkan kesilapan akibat data yang berlebihan, gantikan dengan ralat piawai atau rumus
piawai.
d) Laporkan data yang berulang-ulang dalam jadual dan rajah, bukan dalam teks.
e) Hanya penemuan yang penting yang ditunjukkan pada jadual dan rajah diulas dalam teks.
f) Masukkan data negatif (apa yang tidak ditemui) sekiranya data memberi kesan dalam
mentafsirkan hasil.
g) Masukkan data yang berkait dengan subjek rencana sahaja seperti yang dijelaskan dalam
bahagian pengenalan.
h) Jadual dan rajah dinomborkan supaya mudah dirujuk dalam teks.
i) Masukkan jadual, rajah dan graf yang perlu dalam bentuk yang kemas.

7
3.4.4 Perbincangan

Pada bahagian ini, pengarang menerangkan tujuan, hasil dan kesannya kepada kajian masa
hadapan. Ciri perbincangan yang baik adalah tidak mengulang perkara yang telah dinyatakan
dalam bahagian hasil kajian dan mengaitkan hasil kajian dengan persoalan yang dinyatakan
dalam bahagian pengenalan. Selain itu, perbincangan yang baik memperlihatkan hubungan
antara fakta yang dicerap semasa penyelidikan dijalankan dan menyatakan kepentingan
(signifikan) hasil kajian.

Perbincangan dalam penulisan ilmiah perlu mencadangkan penyelidikan akan datang


yang dirancang atau diperlukan bagi menyusuli kajian ini. Bahagian ini juga menyatakan
kesimpulan dengan memberi bukti- bukti kepada setiap hasil kajian dan menunjukkan
bagaimana hasil kajian bertepatan atau tidak dengan hasil kajian yang telah diterbitkan
sebelumnya. Bahagian perbincangan adalah bahagian paling sukar dalam sesebuah rencana
serta menjadi bahagian yang memerlukan penyemakan rapi.

3.5 Bahan Akhiran

3.5.1 Catatan hujung

Pada umumnya, catatan kaki dielakkan. Jika sesuatu kenyataan itu berguna, ia mestilah
diterangkan dengan jelas dalam teks. Bagaimanapun, adakalanya sesuatu kenyataan itu
penting tetapi jika dinyatakan juga akan menjejaskan aliran teks. Dalam hal ini, catatan
hujung boleh digunakan. Catatan hujung tidak memasukkan bahan rujukan dan bibliografi.
Bahan rujukan disenaraikan dalam bahagian berasingan. Catatan hujung mestilah ditaip
langkau dua baris selepas penghargaan sebelum rujukan.

3.5.2 Penghargaan

Dalam ruangan ini, pengarang berkesempatan menyampaikan ucapan terima kasih atau
penghargaan kepada mana-mana institusi atau orang perseorangan yang membantu dalam
sesuatu kajian itu. Penghargaan juga diberi kepada badan atau firma yang memberi dana
makmal yang menyediakan ruang atau bahan atau orang perseorangan yang turut memberi
nasihat dan pandangan.

3.5.3 Rujukan

Kebanyakan jurnal mempunyai pilihan tersendiri dalam gaya dan cara penyampaian rujukan
dalam teks dan senarai rujukan pada bahagian akhiran rencana. Gaya Penerbit UKM
menggunakan kaedah rujukan yang terbahagi kepada dua iaitu kaedah rujukan dalam teks
atau dikenali sebagai sistem pengarang-tarikh dan senarai rujukan iaitu susunan pembutiran
rujukan dicetak di akhir rencana.

3.6 Petikan

8
Petikan terbahagi kepada 2 jenis iaitu petikan langsung dan petikan tidak langsung. Petikan
tak langsung merupakan pengungkapan kembali pendapat, gagasan pokok, ringksan atau
kesimpulan daripada sebuah tulisan dengan gaya penulis sendiri. Teknik menyatakan sumber
informasi dalam petikan tak langsung adalah sama seperti teknik catatan pustaka.

Petikan langsung pula ditulis dalam susunan ayat asalnya tanpa sebarang perubahan
dan diberi tempat tersendiri serta terpisah daripada teks. Petikan langsung kadang kala
diperlukan untuk mempertahankan keaslian penyataan yang dipetik, menunjangi hujah atau
memberi maklumat tambahan. Petikan langsung diberi tanda petik (“ “) padanya dan diikuti
oleh catatan pustaka. Biasanya petikan langsung ditulis rapat (satu spasi) ataupun dikecilkan
saiz huruf seperti contoh yang berikut:

“segala sesuatu cakap yang pendek yang melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa
lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan besar tujuannya dipakainya sebagai
sebutan-esbutan orang sebagai bandingan teladan dan pengajaran”.
(Za’ba, 1965 : 165).

Sementara Clifford dan Swettenham menyatakan hasil pemerhatian mereka iaitu:

“.......peribahasa merupakan bahasa diplomatik, amat sesuai untuk mengelakkan diri


daripada terlalu berterus-terang”.
(Brown, 1951 : X).

3.7 Huruf Condong

Oleh kerana huruf condong /italic mempunyai tempat yang luas dalam karya ilmiah,
pengarang hendaklah berhati-hati apabila menggunakannya. Sekiranya huruf condong
diperlukan gunakan fon huruf condong yang disediakan.

3.8 Penulisan Nama dalam Teks

Menurut Anglo-American Cataloguing Rules terdapat peraturan tertentu untuk menulis nama
Melayu, Arab, Cina dan Barat. Contoh penulisan nama yang betul adalah seperti berikut:

a) Nama Melayu iaitu A. Samad Said bukan Said, A. Samad.


b) Nama Arab iaitu Abu al-Barakat Hibat Allah ibn ‘Ali bukan Hibat Allah ibn ‘Ali, Abu al-
Barakat.
b) Nama Cina iaitu Chiang Kai Shek bukan Kai Shek, Chiang.
c) Nama orang Barat iaitu John F. Kennedy bukan Kennedy J. F.

3.9 Singkatan

a) Gunakan singkatan SI dalam bentuk singular misalnya cm (bukan sm tetapi dieja


sentimeter), 3 mm (bukan 3mms).
b) Singkatan bagi unit tidak diberikan tanda noktah kecuali pada hujung ayat.
c) Jika terdapat keraguan seperti 1 untuk liter tuliskan dengan lengkap misalnya 3 liter
(bukan 3l).
d) Dalam jadual dan graf gunakan singkatan nama bulan misalnya Jan., Feb., dsb.
e) Singkatan untuk nama orang diberikan ruang misalnya A. H. Zakri, bukan A.H.Zakri.

9
f) Singkatan semua huruf besar tidak diberikan titik misalnya OUP, PFB, UMNO dsb.

3.10 Sistem Pengarang-Tarikh (Author-Date System)

Bentuk asas dalam sistem pengarang-tarikh mengandungi nama pengarang dan tarikh terbitan
tanpa tanda baca apabila digunakan di dalam teks. Sistem ini memungkinkan pemakaian
rujukan dalam teks yang membutirkan nama pengarang dan tarikh terbitan dalam sesuatu
ayat. Maklumat sumber sepenuhnya disenaraikan di hujung rencana atau buku, dipanggil
rujukan. Ini memudahkan atur huruf. Oleh kerana sistem ini ringkas, menjimatkan kos dan
tempoh penerbitan tanpa menjejaskan mutu ilmiah.

3.10.1 Rujukan dalam Teks

1. Rujukan dalam kaedah Pengarang-Tarikh mengandungi nama pengarang dan tarikh


terbit tanpa tanda baca di antara nama dan tarikh:

(Ismail 1997) atau Ismail (1997).

2. Halaman khusus, bahagian, persamaan atau bahagian lain yang dipetik diletakkan
selepas tarikh dipisahkan dengan tanda koma. Titik bertindih boleh juga digunakan
antara tarikh dan halaman:

(Wan Hashim 1997, 47)


(Zakaria 1994: 23-6)

3. Untuk menyatakan jilid dan halaman rujukan pengarang tunggal tanda koma dan titik
bertindih (:) digunakan:

(Barns 1983, 3:124)

4. Rujukan berbilang pengarang, gunakan hanya dua atau tiga pengarang. Perkataan
‘dan’ boleh digantikan dengan ampersand (&):

(Kamal Roslan dan Che Aziz 1996)


(Md. Nor & Ong 1993)
(Mohd. Ghazali, Zawiyah, dan Rosnah 1992)

5. Rujukan lebih daripada tiga pengarang, gunakan nama yang pertama disusuli dengan
et al.:

(Dahlan et al. 1997)

6. Untuk sebuah buku atau risalah yang tidak menggunakan nama pengarang yang
diterbitkan atau dibiayai persatuan agensi kerajaan atau kumpulan:

(Bank Pembangunan Malaysia 1985)

10
7. Jika menggunakan beberapa sumber rujukan daripada pengarang yang sama gunakan
tarikh yang dipisahkan dengan tanda koma; jika nombor halaman diberi rujukan
dipisahkan oleh tanda titik berkoma dan nama diulangi:

(Sham 1996a, 1996b)


(Dahlan 1997a, 20; Dahlan 1983, 12)

3.11 Senarai Rujukan

Maklumat berikut mestilah dinyatakan untuk sebuah buku.

a) Nama pengarang atau pengarang-pengarang, editor atau institusi yang


bertanggungjawab dalam penerbitan bahan tersebut. Atur senarai pengarang mengikut
abjad.
b) Tarikh terbitan.
c) Judul penuh buku termasuk judul kecil jika ada (dihuruf condongkan).
d) Judul siri jika ada dan jilid atau nombor siri.
e) Bilangan jilid atau keseluruhan nombor jilid daripada bahan yang diterbitkan dalam
beberapa jilid.
f) Edisi jika bukan edisi asal/ pertama.
g) Bandar/ tempat terbitan.
h) Nama penerbit.

3. 11.1 Pengarang Tunggal

Athi Sivan Mariappan. 1997. Hamzah Hussin: Sekitar pemikiran seni untuk seni. Bangi:
Penerbit UKM.

3.11.2 Pengarang Bersama

Aminuddin Mohd. Yusof & Mohd. Ali Kamarudin. 1988. Kepimpinan pemuda UMNO:
Antara personaliti dan situasi. Bangi: Penerbit UKM.

3.11.3 Penyunting (sunt.) atau Terjemahan (terj.)

Sidi Gazalba, dan Zainab Ismail, sunt. 1993. Dakwah Islamiah Malaysia masa kini. Bangi:
Penerbit UKM.

3.11.4 Organisasi/ Institusi

Jabatan Perangkaan Negara. 1993. Laporan banci penduduk dan perumahan Malaysia 1991.
Kuala Lumpur: Jabatan percetakan Negara.

3.11.5 Majalah dan Surat Khabar

11
Gamal Nasir Mohd. Ali. 1994. Erti toleransi dalam Islam. Utusan Malaysia, 23 Mac.

3.11.6 Bahagian Buku

Nor Aini Hj Idris. 1997. Tenaga buruh wanita. Dlm. Pembangunan sumber manusia di
Malaysia, disunting oleh Supian Ali, Rahmah Ismail dan Muhammad Anuar Adnan.
Bangi: Penerbit UKM.

3.11.7 Edisi

Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam pendidikan sains sosial. Edisi Kedua. Bangi:
Penerbit UKM.

3.11.8 Kertas Kerja/Pasca Sidang jika dicetak dianggap sebagai bahagian buku:

Jambari Hj. Ali. 1994. Kepelbagaian siput air tawar Malaysia. Dlm. Kesatuan dalam
kepelbagaian penyelidikan biologi, disunting oleh Rohani Ahmad, Aminah Abdullah,
Mohd. Khan Ayub dan S. Fatimah al-Junid. Bangi: Penerbit UKM.

3.11.9 Kertas kerja dibentang dalam persidangan/simposium

Ishak Shari. 1996. Kemiskinan bandar: Konsep dan isu. Kertas kerja dibentangkan di Seminar
Kemiskinan Bandar, anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 12-13 Julai,
Kuala Lumpur.

3.11.10 Disertasi atau Tesis

Zaiton Harun. 1992. Anatomi sesar-sesar utama Semenanjung Malaysia. Disertasi Ijazah
Doktor Falsafah, Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
D. E.

3.11.13 Program Komputer

Statistical Package for the Social Sciences Level M Ver. 8 (SPSS Lev. M 8.1). SPSS,
Chicago. Lotus 1-2-3 Rel. 2. Lotus Development Corporation, Cambridge, Mass.

3.11.14 Untuk jurnal atau terbitan berkala, maklumat yang dimasukkan adalah seperti
berikut:

a) Nama pengarang
b) Tahun
c) Judul rencana
d) Judul jurnal/terbitan berkala (dihuruf condongkan)
e) Jilid/bilangan keluaran
f) Halaman rencana

Contoh:
Fatimah Abdullah. 1995. Pola sosialisasi kanak-kanak keluarga Melayu bandar. Jurnal

12
Antropologi dan Sosiologi 22: 55-71.

3.12 Senarai Semakan

Sebelum menyerahkan sesebuah manuskrip kepada jurnal semak setiap perkara yang berikut
untuk memastikan manuskrip itu lengkap.

1. Halaman teks draf akhir dinomborkan berurutan bermula dengan halaman judul.
2. Rajah-rajah dan jadual dinomborkan mengikut susunan petikan teks.
3. Catatan pinggir hendaklah dibuat pada rajah atau jadual itu disebut dan ditempatkan.
4. Tuliskan nombor rajah dan nama pengarang pada rajah yang disampaikan dengan
menggunakan pensil di belakang rajah.
5. Setiap rajah asal mestilah disampaikan dengan satu salinan fotokopi.
6. Setiap sumber rujukan yang dipetik dalam teks, jadual dan peta hendaklah disenaraikan di
dalam senarai rujukan.
7. Sumber rujukan yang disenaraikan dalam senarai rujukan hendaklah dipetik sekurang
kurangnya sekali dalam teks, jadual atau peta.
8. Semua rujukan dalam senarai rujukan pada draf akhir mestilah disahkan dengan sumber
makalah.
9. Draf akhir hendaklah disemak dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali, kali pertama
disemak dengan draf yang terdahulu.
10. Surat-surat kebenaran hak cipta sumber gambar mestilah disertakan.
11. Alamat surat-menyurat dan alamat penyampaian pruf hendaklah dinyatakan pada halaman
akhir makalah itu.

4.0 PERBINCANGAN DAN KEBAIKAN

4.1 Jenis - jenis penulisan ilmiah

13
Jenis-jenis penulisan ilmiah terbahagi kepada 5 iaitu esei ilmiah, kertas kerja, laporan kajian,
tesis, dan disertasi. Kaedah penulisan ilmiah sama sahaja dan ia lebih kepada huraian yang
lebih ringkas tetapi padat dan mudah difahami.Esei ilmiah ialah karangan ilmiah yang pendek
tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan
perpustakaan atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif.
Kebaikan dalam penulisan esei ilmiah ialah ia dapat menghuraikan sesuatu permasalahan
dengan lebih ringkas dan seterusnya dapat menyampaikan maklumat dengan lebih tepat dalam
keadalam yang lebih mudah dan ringkas.

Kertas kerja ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan
berdasarkan data kerja lapangan atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja
adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya ditulis
untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti
seminar, bengikel dan sebagainya. Kebaikan kertas kerja pula ialah ia lebih bersifat terperinci
walaupon masih lagi ringkas. Selain itu juga, kertas kerja lebih bersifat formal kerana setiap
permasalah akan dibincangkan dalam seminar atau perjumpaan.Laporan kajian atau
penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu
kepada pihak lain. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan
berdasarkan data kerja lapangan atau rujukan perpustakaan. Kebaikan dalam penyediaan
laporan kajian pula ialah ia dibentuk bg menyampaikan fakta atau sesuatu kepada pihak lain
yang mungkin bertujuan untuk menyampaikan input berguna kepada pihak tertentu. Ia
merupakan fakta yang mempunyai rujukan dan lebih bersifat saintifik.

Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Tesis mengungkapkan
pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan
ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis
oleh pelajar peringkat Sarjana Muda Kepujian dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan
di hadapan panel viva-você. Kebaikan dalam penyediaan tesis ialah ia lebih bersifat fresh iaitu
ia ditulis oleh para siswazah yang bertjuan untuk membuat sesuatu kajian dan ia lebih
menguntungkan semua pihak kerana hasil penulisan di kongsi dan permasalahan dirungkai.

Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik,
iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D). Disertasi melibatkan fakta berupa
penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci.
Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau
lembaga viva-você. Kebaikan dalam penghasilan disertasi pula ialah ia lebih komplik dan
hasil penulisan dapat diguna pkai untuk memperbaiki sesutu permasalahan.

4.2 Kaedah dalam penulisan ilmiah

14
Reka bentuk penulisan lebih sesuai dimulakan dengan memikirkan proses penulisan secara
berurutan dan langkah demi langkah. Semasa proses ini berjalan penulis akan melakukan
pembetulan dan penyesuaian sedikit langkah-langkah penulisan. Sebelum menulis kertas
laporan penulis perlu sedar bahawa kertas laporan membentangkan apa yang telah dilakukan.
Oleh itu tumpuannya adalah kepada hasil, implikasi, kesan, dan impak tujuan asal kertas
cadangan kajian atau kertas kerja diadakan. Laporan digunakan dengan meluas untuk
menyimpan rekod dan menyampaikan hasil sesuatu kerja. Laporan juga memberi asas untuk
membuat keputusan dan melaksanakan tindakan. Tajuk yang dimuatkan dalam laporan ilmiah
ialah:

a) Abstrak - memuatkan tiga perkara: mengapa kajian dijalankan, bagaimana ia dijalankan,


dan apakah hasilnya (nama untuk bahagian ini berubah-ubah mengikut jenis kajian yang
dijalankan – sinopsis untuk karya kreatif, dan ringkasan untuk bahan lain yang
berbentuk akademik/ilmiah), dan mengikut manual penerbitan APA (American
Psychological Association) abstrak tidak boleh lebih daripada 1 m.s., jika boleh hadkan
pada 1 perenggan sahaja yang mengandungi 120 perkataan/970 aksara/spaces.
b) Jadual Isi Kandungan (elok dimasukkan jika hasil penulisan itu mengandungi lebih
daripada 20 m.s. double spacing)
c) Pengenalan dan Latar Belakang (mestilah ringkas)
d) Tinjauan Bacaan (ringkas, yang penting sahaja)
e) Metodologi (yang telah diluluskan dan dijalankan, secara ringkas, termasuk sedikit
maklumat tentang responden, instrumen penyelidikan, dan cara data dianalisis)
f) Analisis Data (yang telah diluluskan dan digunakan, secara ringkas)
g) Keputusan dan Perbincangan (kesan terhadap subjek kajian dan juga sumbangan kepada
bidang ilmu, secara terperinci kerana inilah bahagian/perkara yang terpenting di dalam
laporan dengan merujuk kepada soalan kajian/hipotesis)
h) Penutup (jangkaan dan pandangan untuk masa hadapan – memberi pandangan, hala tuju,
pegangan dan pendirian penulis tentang tajuk itu)
i) Bibliografi/Rujukan
j) Lampiran/Apendiks (Appendix)

Oleh itu, kaedah dalam penulisan ilmiah tidaklah begitu mudah dan ia memerlukan
strategi dan kaedah yang betul supaya dapat menghasilkan penulisan yang baik bergantung
kepada situasi yang betul. Oleh itu, kebaikan dalam mematuhi kaedah dalam penulisan
ilmiah ialah penulis akan dapat menghasilkan penulisan yang lebih strategik dan lebih
berkesan dan selain itu juga hasil penulidan lebih menarik dan segala mesej yang ingan
disampaikan berjaya disampaikan.

4.3 Sistem pengarang

Sistem pengarang adalah penting kerana sistem pengarang akan menjadikan penulisan
ilmiah kita lebih komplik dan ia juga menjadi bukti bagi penulisan yang baik. Selain itu
juga sistem pengarang akan menjadi panduan kepada penulisan ilmiah yang baik dan
berkesan.

5.0 PENUTUP

15
Kesimpulannya, kaedah- kaedah seperti yang diutarakan di atas amat penting dalam
menyediakan sesebuah penulisan ilmiah. Dalam membuat penulisan ilmiah, langkah demi
langkah harus diikuti dengan betul bagi mendapatkan hasil penulisan ilmiah yang menarik
dan baik. Penulisan ilmiah mempunyai kebaikan tersendiri dan ia merupakan langkah
strategik dalam penyelesaiaan sesuatu masalah dan situasi. Penulisan ilmiah merujuk
penulisan yang berlandaskan metodologi keilmuan atau metodologi saintifik. Metodologi
saintifik ialah pendekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran
melalui bebarapa langkah seperti perumusan masalah, pembentukan hipotesis, deduksi
hipotesis dan pengujian kebenaran.

Bahasa penulisan ilmiah biasanya memilih kata, istilah, ungkapan dan ayat yang
maknanya bersifat denotasi iaitu tepat dan jelas supaya tidak disalahertikan dengan makna-
makna lain. Dengan demikian karangan ilmiah harus bersifat objektif, jujur dan tepat. Selain
itu juga, pelbagai karya atau hasil daripada penulisan ilmiah yang dihasilkan ini mempunyai
objektifnya yang tersendiri kerana ianya bertujuan untuk menyampaikan maskud samaada
untuk kepentingan sendiri ataupun kepada kepentingan bersama. Setiap penulisan ilmiah
biasanya akan dipamerkan kepada umum untuk tujuan menyampaikan maklumat. Sesebuah
penulisan ilmiah yang menarik akan berjaya memikat hati orang ramai untuk mengatahuinya.

Kaedah penulisan ilmiah yang telah dinyatakan boleh digunakan untuk menghasilkan
sebuah karya atau hasil penulisan ilmiah yang menarik dan teknik-teknik tersebut haruslah
bersesuaian dengan masalah yang ingin dikaji.

6.0 BIBLIOGRAFI

16
Diperolehi pada 13 Ogos, 2010 daripada laman web
http://search.conduit.com/Results.aspx?q=kaedah%20penulisan
%20ilmiah&start=10&ctid=CT2418376&SearchSourceOrigin=2
Diperolehi pada 12 Ogos, 2010 daripada laman web http://myais.fsktm.um.edu.my/1950/
Diperolehi pada 13 Ogos, 2010 daripada laman web
http://personajohor.blogspot.com/2010/05/garis- panduan-penulisan-ilmiah-versi-
2.html
Diperolehi pada 07 Ogos, 2010 daripada laman web scribd. http:/www.
Pkukmweb.ukm.my/~penerbit/Pdnrencana.pdf.
Diperolehi pada 12 Ogos, 2010 daripada laman web
http://www.ump.edu.my/pekeliling/penerbitan/PANDUAN_PENULISAN
%20JURNAL.pdf
Diperolehi pada 07 Ogos, 2010 daripada laman web
scribd.www.Staff.iiu.edu/mascitah/kaedah.doc

17