Anda di halaman 1dari 8

Kod Kertas IKBN.A1.11.04.

3(T) Page 1 of 8

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

TAHAP A1

11. PAPAN SUIS


DUTI

TASK 11.04 BANK KAPASITOR

SUB TASK 11.04.3 PENGATUR FAKTOR KUASA

MEMBERI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BERKAITAN


NILAI FAKTOR KUASA SUPAYA DAPAT MEMASTIKAN
OBJEKTIF PEPASANGAN DALAM KEADAAN YANG MEMUASKAN
PENCAPAIAN PIAWAI MENGIKUT PERATURAN YANG DITETAPKAN SERTA
MEMAHAMI PRINSIP KENDALIAN ALAT PEMBETULAN
FAKTOR KUASA

TAJUK PENGATUR FAKTOR KUASA

KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN


TUJUAN
Pengatur faktor kuasa

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.04.3(T) Page 2 of 8

PENGENALAN

1. Pembaikan Tunggal.
Pembaikan secara tunggal ini kebiasaannya digunakan untuk pemasangan yang kecil,
seperti kepada motor yang sering digunakan atau, di dalam kes tarif Permintaan Maksimun,
kepada motor tertentu yang diketahui beroperasi semasa pemintaan yang maksimun. Ia tidak
boleh digunakan kepada motor yang digunakan untuk pemunggahan, kren, kapal angkut atau
dimana songsangan terus berlaku. Jika pembaikan adalah perlu, pemuat tidak boleh disambung
terus kepada komponen yang mempunyai kelajuan yang rendah tetapi dengan susunan
penyentuh.
Pada amnya, cara ini tidak menguntungkan untuk motor yang berkadar kurang dari
10kW.

Kebaikan Pembaikan Tunggal


Cara ini dapat mengurangkan arus beban kepada sistem agihan dan dapat membaiki
pengaturan voltan. Disamping itu tidak ada peralatan suis tambahan diperlukan kerana pemuat
disambung terus kepada pangkalan motor dan oleh itu, ianya boleh dimulakan bersama
pemula motor berkenaan.

Keburukan Pembaikan Tunggal.


Pemasangan beberapa pemuat kepada tiap-tiap beban mungkin menjadi mahal
dibandingkan dengan pemasangan pemuat secara pusat. Pemasangan tunggal menghasilkan
faktor penggunaan yang rendah kerana pemuat tersebut akan hanya beroperasi jika beban
berkenaan digunakan.

Pertimbangan am.
1. Satu kadar pemuat akan memberikan nilai faktor kuasa yang tetap
pada julat beban biasa kerana perubahan kepada kVAR motor adalah
kecil.
2. Olek kerana pemuat dipasang terus kepada motor, maka arus beban
motor berkurangan dengan ini beban lebih pemula hendaklah
disetkan pada kadar yang lebih rendah, untuk mendapatkan
perlindungan yang sama nilainya.
3. Apabila pemula bintang-delta digunakan, pangkalan piawai
hendaklah dipasang, dengan menyambungkan pemuat secara delta
yang memberikan pembaikan faktor kuasa yang maksimun semasa

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.04.3(T) Page 3 of 8

permulaan iaitu semasa faktor kuasa motor berada pada kadar yang
paling rendah.
4. Untuk mengelakkan ujaan-auto (iaitu ujaan diri motor oleh cas
pemuat yang tersimpan semasa bekalan motor tiada) pastikan arus
pemuat adalah sama atau lebih kecil dari arus kemagnetan motor.
Nilai kebiasannya ialah 90% dari arus tanpa beban motor berkenaan.
5. Kadar pemuat yang diperlukan boleh dikira dengan menggunakan
formula berikut :-

kVAR = kW motor x % beban penuh x ( tan ø1 – tanø2)


kecekapan ( pada % beban penuh di atas)

Dimana :-
Tan ø1 ialah faktor kuasa asal.
Tan ø2 ialah faktor kuasa yang diperlukan.
6. Motor kebiasannya diperbaiki kepada faktor kuasa 0.98 menyusul
pada 75% beban penuh.
7. Peralatan kimpalan pada amnya mempunyai faktor kuasa yang
rendah, lebih kurang 0.35 menyusul tetapi oleh kerana beban
kimpalan terputus-putus dan mempunyai faktor beban yang rendah,
ianya kebiasaanya diperbaiki kepada di antara 0.6 hingga 0.8
bergantung kepada kadar kVA.
8. Rajah 2 di bawah menunjukkan cara sambungan pemuat untuk
membaiki faktor kuasa secara tunggal kepada sebuah motor.

SAMBUNGAN PEMUAT UNTUK MEMBAIKI FAKTOR KUASA SECARA TUNGGAL.

SUPPLY MAIN SWITCH

COMMON FUSE

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CAPACITOR BANK WITH
---- DISCHARGE RESISTOR
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.04.3(T) Page 4 of 8

motor

2. Pembaikan cara pusat.


Pembaikan cara pusat digunakan apabila jumlah beban regangan berubah-rubah
sepanjang hari, tetapi peralatan yang dipasang adalah terlalu kecil untuk memungkinkan
pembaikan secara tunggal dibuat, kerana ianya menjadi terlalu mahal. Di samping itu, adalah
juga sukar untuk memasang terlalu banyak pemuat di beberapa tempat kerana suhu ambien
yang tinggi, ruang yang mungkin tidak mencukupi atau kehadiran gas atau bahan kimia yang
banyak dibeberapa tempat.

Kebaikan Pembaikan Pusat.


Cara ini sebenarnya merupakan cara terbaik untuk memasang pemuat pembaik faktor
kuasa kerana ianya dapat memberikan keuntungan dari segi elektrik dan kewangan. Cara ini
juga memudahkan penyeliaan dan penyelenggaraan serta dengan menggunakan sistem
kawalan automatik. Kebaikan dari segi ekonomi dan kemudahan yang diperolehi dapat
mengatasi kos modalnya.

Keburukan Pembaikan Pusat.


Dengan cara ini, beban yang diagihkan tidak terlibat dan tidak berkurangan. Pemuat
juga perlu dirangkaikan dengan peralatan suis dan peralatan perlindungan. Pensuisan boleh
juga dibuat secara insani, tetapi memerlukan pengukuran dari masa ke semasa yang tentunya
sukar dilakukan. Walau bagaimanapun kawalan yang boleh dibuat secara automatik dan ini
pastinya memerlukan kos yang tinggi.

Pertimbangan am.
1. kelengkapan sebuah bank-pemuat ( capacitor bank) terbahgai
kepada satu atau lebih langkah. Tiap-tiap satu langkah atau pemuat
dikawal oleh satu penyentuh.
2. Penyentuh ini dikawal oleh satu fasa geganti regangan. Geganti
regangan ini mengandungi satu gegelung upaya yang disambungkan
melintangi dua fasa bekalan masuk dan satu gegelung arus yang
disambung ke fasa ketiga di pengubah arus. Sambunga ini dibuat
untuk mendapatkan anjakan fasa sebanyak 90º pada faktor kuasa
uniti ( satu).

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.04.3(T) Page 5 of 8

3. Jumlah peringkat langkah yang dipasang selalunya bergantung


kepada keperluan teknikal dan kos yang terlibat. Matlamat utamanya
ialah untuk menentukan tiap-tiap pensuisan penyentuh pada kadar
kemuatan yang maksimun, dan pada waktu yang sama, membahagi
bank-pemuat mengikut cara yang paling ekonomik dan faktor kuasa
dapat diperbaiki walaupun ada perubahan beban.
4. Untuk menentukan kadar pemuat yang diperlukan, rujuk formula
dibawah :-

Pr = Pw ( Tan ø 1 - Tan ø 2 ).

Dimana :-
Pr ialah kadar pemuat di dalam kVAR.
Pw ialah beban pepasangan di dalam kW.
Tan ø 1 ialah faktor kuasa asal.
Tan ø 2 ialah faktor kuasa yang diperlukan.

Formula ini diterbitkan dari rajah dibawah.


Ic

V
ø1
ø2
I2

I1 Ic

Di mana :-
V = voltan sistem
I1 = arus asal
I2 = Arus akhir
Ic = Arus pemuat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.04.3(T) Page 6 of 8

5. Adalah penting bagi geganti disetkan untuk beroperasi selaras


dengan arus bagi pengubah yang digunakan. Bagi kebanyakkan
geganti, ianya boleh diperolehi dengan menggunakan kaedah set C/K
di mana ;
C = saiz pemuat yang disuis ( di dalam kVAR) dan
K = nisbah arus pengubah antara utama dan sekunder.

Contoh :- jika C = 150 kVAR dan K = 1000/5 = 200

C/K = 150/200
= 0.725.

6. Untuk mengelakkan ‘hunting’ iaitu persuisan ke dalam dan keluar


yang berterusan bagi tingkat-tingkat pemuat, had kepekaan pengatur
disetkan supaya lebih besar dari arus satu langkah pemuat.
Kebiasannya pengatur disetkan agar bertindak kepada perubahan
berkadar 2/3 daripada arus satu langkah pemuat.

3. Perkara-perkara am.
6.1: Pemilihan Pengubah Arus (current transformer).
1. Kadar arus utama pengubah adalah berdasarkan arus talian dalam sistem mengikut
faktor kuasa asal.
2. Kadar arus sekunder pengubah adalah berdasarkan arus bagi geganti faktor kuasa
yang digunakan kebiasannya ialah 5A.
3. ‘Burden’ sesuatu pengubah adalah bergantung kepada VA kegunaan geganti yang
kebiasaannya adalah 5A. Jika pengubah ditempatkan jauh daripada bateri, pengubah
10 VA mungkin terpaksa digunakan untuk mengambil kira kehilangan I²R di dalam
kabel.
Di sini pengubah arus utama ( CT 1 dan CT 2 ) adalah dipasang sefasa mengikut
litarnya. Jika kedua-dua pengubah arus utama mempunyai nisbah 600/5 dan 200/5
dan pengubah arus penjumlah mempunyai bisbah ( 5 + 5 ) / 5, maka jumlah kepada
nisbah pengubah adalah :

600 + 200 = 160.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.04.3(T) Page 7 of 8

5
4. Pengubah arus hendaklah dengan ketepatan mengikut kelas C atau D ( kelas 1).

Kapasitor

Kapasitor digunakan secara meluas untuk memperbaiki faktor kuasa kerana kos yang rendah,
ruang yang kecil, kehilangan kuasa yang boleh diabaikan dan senggaraan yang ringkas.

Kebaikan dan keburukan pemasangan kompensasi individu dan berpusat.

Kebaikan dan keburukan pemasangan kompensasi individu dan berpusat.

Cara Kompensasi

Ciri-ciri

Kebaikan

Keburukan

Individu

 Berkaitan kepada peralatan yang berada di dalam keadaan berbeban sentiasa.


 Kadaran setiap satu kapasitor adalah sesuai dengan peralatannya.
 KVAR yang dihasilkan ketika itu juga.
 Susutan voltan dan kehilangan kabel utama berkurangan.
Alatan pensuisan dapat dikurangkan.

 Kos bagi beberapa buah kapasitor adalah lebih mahal berbanding dengan sebuah
kapasitor yang mempunyai jumlah kadaran yang sama.

Berpusat

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.04.3(T) Page 8 of 8

 Unit kapasitor disambung pada masukan utama

 Kos bagi unit kapasitor dikurangkan.

 Arus tidak dikurangkan pada kabel utama.

Prinsip –prinsip bagi ‘Automatik Capacitor Bank’.

Oleh kerana kuasa reaktif yang diperlukan adalah berubah, kompensasi (berkumpulan)

kerapkali membabitkan ‘Automatik Capacitor Bank’.

Setiap ‘Bank’ terbina daripada bahagian individu kapasitor-kapasitor yang tertentu dan di

tempatkan di dalam kumpulan selari dan disuiskan dengan sesentuh-sesentuh.Pensuisan bagi

sesentuh-sesentuh kapasitor di kawal oleh reaktif power relay atau automatic power factor

regulator atau AQR.

Bilangan bagi setiap individu kapasitor biasanya dirujuk sebagai ‘tingkat’ ( the step)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)

Anda mungkin juga menyukai