Anda di halaman 1dari 15

BACHELOR OF NURSING SCIENCE WITH HONOURS (BNS)

JANUARI / 2020

OUMH 1603

PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL SEBAGAI SATU JALAN


PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR.

NO. MATRIKULASI : 870920115804001


NO. KAD PENGNEALAN : 870920115804
NO. TELEFON : 0146094780
E-MEL : haidairmee@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : Kelantan Learning Centre

1
1.0 PENGENALAN

Hidup pada abad ke-21 memerlukan kita untuk melengkapkan diri dengan kemahiran
dan pengetahuan dalam menghadapi cabaran. Isu yang memerlukan perhatian kita adalah
berkaitan kelestarian alam sekitar. Alam bermaksud bumi dan segala yang terdapat di
permukaannya, sekitar pula bermaksud sekeliling sesuatu tempat (Dewan Bahasa dan Pustaka
[DBP], t.t). Dengan kata lain, alam sekitar ialah keadaan alam sekeliling (DBP, t.t). Alam
sekitar yang bersih akan memberi keselesaan dan kesejahteraan hidup kepada penghuninya.
Pada masa ini, setiap negara samaada di negara membangun mahupun di negara sedang
membangun, masalah pencemaran udara sering berlaku. Negara kita turut mengalami
masalah tersebut.

Namun begitu, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa. Menurut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP), pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan atau
mengotorkan. Contoh-contoh pencemaran alam sekitar ialah pencemaran udara, air, dan
tanah serta tidak lupa pencemaran haba, radiasi, bunyi dan cahaya yang berlebihan.
Pencemaran alam sekitar boleh menyebabkan kesan yang berbahaya.

Pada masa kini, di mana-mana negara sekalipun, baik di negara membangun mahupun
di negara yang sedang membangun, masalah pencemaran udara sering berlaku. Negara kita
turut mengalami masalah tersebut. Pencemaran udara boleh berlaku disebabkan oleh
pelbagai punca seperti pembakaran terbuka dan juga pencemaran bahan kimia. Baru-baru ini
negara telah dikejutkan dengan isu pencemaran udara yang disebabkan oleh pembuangan
bahan kimia di Sungai Kim-Kim Pasir Gudang, Johor (Fitri Nizam & Faris Fuad, 2019).

Melalui tugasan ini penulis telah memilih isu pencemaran alam sekitar sebagai fokus
utama. Penulis akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai isu pencemaran udara
dengan lebih lanjut. Objektif tugasan ini adalah untuk membincangkan mengenai bagaimana
kemahiran abad ke-21 boleh menyelesaikan isu alam sekitar. Seterusnya, penulis juga akan
menerangkan bagaimana Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global Citizenship
Education [GCED]) dapat memberi manfaat kepada masyarakat dalam menyelesaikan isu
alam sekitar.

2
2.0 BAHAGIAN A

2.1 Isu alam sekitar: Pencemaran udara.

Pencemaran udara ialah satu keadaan di mana bahan kimia, jirim zarah atau bahan
biologi boleh menyebabkan kemudaratan dan ketidakselesaan kepada manusia atau
organisma hidup yang lain. Bahan pencemar ini boleh merosakkan alam sekitar apabila ia
dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemaran udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur
dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa
radioaktif. Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap oleh industri terus ke udara,
kenderaan bermotor, asap rokok, pembakaran terbuka dan letusan gunung berapi
(Pencemaran, t.t).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 2018 memberi amaran bahawa 9 daripada 10


orang bernafas dalam udara yang mengandungi bahan cemar di paras tinggi terdiri daripada
sulfat, nitrat dan karbon hitam. Bahan cemar ini boleh merosakkan paru-paru dan sistem
kardiovaskular, seterusnya menyebabkan masalah pernafasan, penyakit kronik, peningkatan
risiko kemasukan ke hospital dan yang paling teruk ialah kematian awal. Tahap keterukannya
ditentukan berdasarkan konsentrasi jirim zarah (PM), iaitu zarah kecil yang terapung di udara
dan menjejaskan kesihatan kita. Zarah halus dengan diameter kurang daripada 2.5 µm
(biasanya dirujuk sebagai PM 2.5) lebih berbahaya kerana mudah diserap dalam darah
(Zulkifli Ismail, 2019).

Susulan epidemik jerebu yang melanda negara sejak beberapa minggu lalu, Malaysia
kini berada di kedudukan teratas dalam senarai negara dengan pencemaran udara tertinggi
dunia. Berdasarkan cerapan indeks pencemaran udara (IPU) oleh World Air Quality Index
(WAQI) pada Rabu jam 6.20 pagi, Malaysia mencatat bacaan IPU 266. Ia merupakan bacaan
tertinggi di dunia, diikuti Afrika Selatan (217), Indonesia (207), India (194) dan China (178)
(Astro Awani, 2019). Malaysia digemparkan dengan insiden pelajar dan guru yang
mengalami sesak nafas dan muntah yang dipercayai akibat dari pencemaran udara di
Pasir Gudang, Johor baru-baru ini (Rohaniza, 2019).

Penulis memilih isu pencemaran udara kerana ia adalah salah satu isu alam sekitar
yang besar serta boleh memberi kesan kepada penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan

3
pemanasan bumi. Selain itu pencemaran udara juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan,
keselamatan dan keselesaan manusia. Sekiranya isu pencemaran alam sekitar diabaikan
generasi akan datang pasti tidak akan dapat menikmati apa yang kita ada sekarang.

4
3.0 BAHAGIAN B

3.1 Video 1: 3 dimensi konsep utama (kemahiran kognitif, sosio-emosi dan tingkah
laku) dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED).

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=Bb6IfkMbYZU

Video di atas menerangkan tiga dimesi konseptual utama (kemahiran kognitif, sosio-
emosi dan tingkah laku) dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED). Konsep yang
pertama ialah, konseptual kognitif. Konseptual kognitif ialah kemahiran untuk mendapatkan
pengetahuan, pemahaman, dan pemikiran yang kritis berkaitan dengan isu-isu global,
serantau, kebangsaan dan tempatan serta saling berhubungan dan bergantungan antara
negara-negara dan penduduk.

Kedua ialah konseptual sosio-emosi. Konseptual sosio-emosi ialah untuk


membangunkan rasa kepunyaan sesama manusia, berkongsi nilai serta tanggungjawab,
empati, solidariti, dan memupuk rasa hormat kepada semua dengan cara menghormati
perbezaan dan kepelbagaian. Seterusnya untuk mencapai dunia yang aman dan lestari ialah
berdasarkan kepada konseptual yang ketiga iaitu tingkah laku. Ia meliputi maksud yang lebih
luas dalam pendidikan global iaitu dengan bertindak secara berkesan dan bertanggungjawab
di peringkat tempatan, kebangsaan dan global untuk dunia yang lebih aman dan mampan.

Dengan kata lain, GCED ialah pendidikan kepada masyarakat peringkat dunia yang
menginginkan kehidupan yang lebih aman, adil, terangkum dan lestari. Melalui
perkembangan maklumat dunia tanpa sempadan, berdasarkan perkembangan bidang
teknologi, ilmu pengetahuan media elektronik dalam berkomunikasi, menjadikan kehidupan
manusia lebih terbuka, tidak terbatas, semakin dekat dalam semua aspek politik, sosial dan
ekonomi. GCED memupuk masyarakat menjadi warganegara global yang menghormati nilai
keadilan, kepelbagaian dan kesalingbergantungan. Seterusnya dapat bertindak secara
berkesan untuk membuat perubahan demi mewujudkan dunia yang lebih aman dan adil
(GCED Youth Network, 2018).

5
3.2 Video 2: Isu pencemaran udara.

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=e6rglsLy1Ys

Merujuk kepada sumber yang diperoleh daripada (National Geographic, 2017)


pencemaran udara dapat diterangkan dengan lebih terperinci. Pencemaran udara terdiri
daripada bahan kimia atau zarah di atmosfera, yang menimbulkan ancaman yang serius
kepada kesihatan dan alam sekitar. Beberapa pencemaran udara berasal dari sumber semula
jadi seperti letusan gunung berapi, pembakaran terbuka, atau debu. Tetapi kebanyakan
pencemaran udara disebabkan oleh aktiviti manusia, seperti tenaga yang digunakan dalam
pertanian.

Terdapat perbezaan jenis pencemaran udara yang dibuat oleh manusia. Ketika proses
pembakaran bahan bakar fosil untuk menghasilkan tenaga, pembebasan gas rumah hijau ke
udara. Antara beberapa jenis gas rumah hijau ialah seperti karbondioksida, metana, nitro
oksida, dan gas fluorinat yang akan memerangkap haba dari matahari di atmosfera bumi yang
membawa kepada peningkatan suhu global. Ini mencipta kitaran di mana pencemaran udara
menyumbang kepada perubahan iklim. Seterusnya perubahan iklim mewujudkan suhu yang
lebih tinggi daripada yang sepatutunya. Suhu yang lebih tinggi menyebabkan beberapa jenis
pencemaran udara, contohnya perubahan iklim meningkatkan jerebu kerana ia terbentuk
dengan adanya haba yang tinggi dan meningkatkan tahap radiasi ultravoilet. Keadaan yang
lebih kerap berlaku seperti banjir menyumbang kepada keadaan yang lembap. Cuaca panas
lembap juga membawa kepada musim pendebungaan yang lebih lama, dan menyebabkan
lebih banyak pengeluaran debunga.

Selain itu, jerebu adalah sejenis pencemaran udara yang dapat mengurangkan
penglihatan dan mempunyai kesan kesihatan yang serius. Jerebu boleh dibahagikan kepada 2
kategori, sulfur dan fotokimia. Jerebu sulfur terdiri daripada sebatian kimia yang disebut
sulfur oksida. Ia terhasil daripada pembakaran bahan api fosil sulfur, seperti arang batu.
Jerebu fotokimia pula dikenali sebagai ozon paras bawah tanah, adalah hasil tindak balas
antara cahaya matahari dan nitrogen oksida serta sebatian organik meruap (VOC, volatile
organic compounds). Nitrogen oksida terhasil daripada asap kenderaan, loji janakuasa arang

6
batu, dan kilang. Pembebasan sebatian organik meruap terhasil dari petrol, cat dan cecair
pembersih. Jerebu tidak hanya mewujudkan asap berwarna coklat yang mengurangkan jarak
penglihatan, tetapi juga merosakkan tumbuhan, meyebabkan kerengsaan mata dan masalah
pernafasan.

Satu lagi kategori pencemaran udara adalah pencemaran toksik yang terdiri daripada
bahan kimia seperti merkuri, plumbum, dioksin dan benzin yang dibebaskan semasa
pembakaran gas atau arang batu, pembakaran sampah, atau pembakaran petrol . Selain
menyebabkan kesan alam sekitar yang buruk, pencemaran udara toksik juga boleh
menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti kanser, komplikasi pembiakan dan
kecacatan kelahiran.

Walaupun pencemaran udara mempunyai banyak kesan kepada planet kita, terdapat
jalan penyelesaian yang boleh diambil. Kita dapat mengurangkan pencemaran toksik, jerebu,
dan gas rumah hijau dengan mengurangkan penggunaan bahan api fosil seperti
pengangkutan, pembuatan, dan penjanaan elektrik. Mengurangkan pencemaran udara bukan
sahaja menyumbang kepada persekitaran yang bersih dan menyediakan kesihatan yang lebih
baik, tetapi juga dapat memperlahankan kadar pemanasan global.

7
4.0 BAHAGIAN C

4.1 Tiga dimensi konsep utama pendidikan kewarganegaraan global dan faedahnya
kepada masyarakat untuk menyelesaikan isu alam sekitar.

3 dimensi konsep utama pendidikan kewarganegaraan global terdiri daripada


kemahiran kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku. Kemahiran kognitif ialah kemahiran untuk
mendapatkan pengetahuan, pemahaman, dan pemikiran yang kritis berkaitan dengan isu-isu
pencemaran alam sekitar dalam masyarakat. Pendidikan Alam Sekitar yang formal dan tidak
formal dapat membantu masyarakat sejagat untuk menyedari dan memahami isu alam sekitar.
Seterusnya dapat menguasai kemahiran dan kesungguhan untuk mengatasi atau mengekalkan
kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu proses pendidikan tentang
alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar (Palmer & Neal, 1994). Proses ini
adalah untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana manusia
mengurus alam sekitar dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan manusia.
Pengajaran Pendidikan Alam Sekitar berkait rapat dengan matlamat negara untuk membina
masyarakat yang sensitif dan memiliki pengetahuan yang tepat, kemahiran dan nilai terhadap
isu alam sekitar dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan kepada penyelesaian masalah
alam sekitar (Mohamad Zohir dan Nordin, 2007).

Selain itu, peningkatan kesedaran alam sekitar merupakan salah satu elemen penting
dalam menyelesaikan isu pencemaran alam sekitar. Berdasarkan konseptual sosio-emosi iaitu
dengan adanya rasa kepunyaan sesama manusia, berkongsi nilai serta tanggungjawab, empati,
solidariti, dan rasa menghormati perbezaan dan kepelbagaian, isu pencemaran alam sekitar
dapat diselesaikan. Masyarakat akan merasa alam sekitar kepunyaan bersama, oleh itu
mereka akan lebih menghargai dan bertanggungjawab untuk sama-sama membantu
mencegah daripada berlakunya pencemaran alam sekitar.

Seterusnya konseptual yang ketiga ialah kemahiran tingkah laku. Masyarakat


seterusnya akan mengambil tindakan yang bijak dan pantas dan berkesan dalam menanggani
isu pencemaran alam sekitar. Menurut Kollmus dan Agyeman (2002), melalui model awal
tingkah laku proalam sekitar, terdapat hubungan linear di antara pengetahuan, kesedaran dan

8
sikap serta tingkah laku terhadap alam sekitar. Menurut model ini, dengan membekalkan
pengetahuan akan meningkatkan kesedaran dan sikap seterusnya akan melahirkan individu
yang mempunyai tingkah laku yang lebih positif terhadap alam sekitar. Masyarakat akan
bertindak secara berkesan dengan mengambil langkah-langkah awal untuk mencegah
daripada berlakunya pencemaran alam dan juga sama-sama berusaha untuk memulihkan
pencemaran alam yang telah berlaku.

4.2 Cara-cara menyelesaikan isu alam sekitar melalui Pendidikan Kewarganegaraan


Global.

Melalui Pendidikan Kewarganegaraan Global kemahiran kognitif adalah sangat


penting. Pengetahuan, pemahaman dan pandangan sesebuah masyarakat bergantung kepada
jumlah maklumat yang mereka perolehi mengenai alam sekitar. Di peringkat sekolah, guru
perlu memainkan peranan penting dangan memberi pendidikan secara formal dan tidak
formal kepada para pelajar mengenai alam sekitar dan kepentingannya. Ibu bapa juga perlu
sama-sama membantu dengan memberi pengetahuan dan pendedahan kepada anak-anak
tentang kepentingan menjaga alam sekitar bermula daripada rumah dengan menyemai sikap
positif terhadap alam sekitar. Mereka juga perlu dijelaskan kesan akibat daripada tidak
menjaga alam sekitar. Kajian oleh Geok, Kim dan Chuan (1998), mendapati para pelajar
memperolehi maklumat dan pengetahuan tentang alam sekitar menerusi majalah dan surat
khabar, media elektronik seperti radio, televisyen dan internet selain daripada pendidikan
alam sekitar di sekolah.

Seterusnya ialah melalui kosep sosio-emosi, untuk meningkatkan tahap kesedaran dan
rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar kepada masyarakat, pihak berwajib perlu
memainkan peranan dengan mengadakan kempen, program kitar semula dan membuat iklan-
iklan di media sosial bagi menarik minat generasi masa kini. Penggunaan media dalam
mengatasi isu-isu alam sekitar melalui kempen oleh media dan juga seminar dapat
mengetengahkan isu alam sekitar ke seluruh negara (Jamaluddin, 2002). Pihak NGO seperti
World Wide Fund for Nature (WWF) dan Persatuan Pencinta Alam, syarikat-syarikat besar
pula seharusnya menjadi penyumbang dana bagi menganjurkan aktiviti kesedaran alam
sekitar kepada masyarakat. Sasaran utama program kesedaran alam sekitar ini adalah kepada
pelajar dan generasi muda yang akan menjadi pelapis dan penggerak pembangunan negara
untuk masa akan datang.

9
Antara program-program yang telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) ialah
seperti program kesedaran bagi pelajar sekolah dan institusi pengajian Tinggi contohnya Kem
Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS), program kesedaran bagi masyarakat umum pula adalah
seperti Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (21–27 Oktober setiap tahun). Program
kesedaran bagi golongan sasaran tertentu seperti Kursus Fasilitator, Kem Kesedaran Alam
Sekitar (golongan pendidik), Program Bandar Lestari - Anugerah Alam Sekitar (bagi pihak
berkuasa tempatan), Persidangan Wanita dan Alam Sekitar (golongan wanita), “EnviroWalk”
(golongan pengurusan atasan industri), ceramah, pameran, lawatan, dailog dan pelbagai
aktiviti Penerbitan dokumen, risalah dan poster (Jabatan Alam Sekitar, 2006).

Seterusnya konseptual yang ketiga ialah kemahiran tingkah laku. Tindakkan yang
paling berkesan ialah penguatkuasaan undang-undang, ia boleh dilaksanakan dengan
melakukan pengawasan kualiti alam sekitar, program-program pemantauan dan sistem audit
alam sekitar. Dengan ini, penilaian keadaan alam sekitar boleh dibuat secara menyeluruh dan
berterusan.

Selain itu, dengan mengurangkan pengunaan sumber bahan api fosil seperti bahan
petroleum dan arang batu juga boleh membantu mengurangkan pencemaran udara. Bahan ini
boleh digantikan dengan pengeluaran metana untuk membekalkan tenaga pada logi kuasa
bahan api dan sistem lain yang biasanya menggunakan bahan api fosil. Selain itu, kuasa air,
kuasa pasang surut, dan tenaga angin serta tenaga suria boleh digunakan bagi menghasilkan
kuasa tenaga elektrik tanpa mengeluarkan nitrogen oksida, sulphur dioksida, CO2, atau zarah
asap. Kesemua pilihan ini, berfungsi untuk menghadkan pencemaran atmosfera. (J. S. Kidd &
Renee A. Kidd, 2012).

Selain itu, industri-industri digalakkan untuk mencegah dan mengawal pencemaran


dengan mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang mesra alam. Bidang pertanian pula
digalakkan menggunakan teknologi pertanian yang kurang menggunakan racun perosak dan
baja bukan organik. Disamping itu juga, penanaman semula juga perlu untuk menghijaukan
bumi contohnya penanaman pokok di persekitaran taman perumahan, kawasan pantai dan
ladang-ladang komersial dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu, juga dapat
mengurangkan kandungan karbon dioksida di dalam udara serta meningkatkan kandungan
gas oksigen melalui proses fotosintesis. Seterusnya dapat menghasilkan udara yang bersih,
nyaman dan segar untuk masyarakat seterusnya pada peringkat global.

10
Dalam erti kata lain, semua ini membuktikan bahawa teknologi hijau itu sangat
penting. Teknologi hijau merujuk kepada penggunaan sains dan teknologi untuk memelihara
dan melindungi alam sekitar. Pemahaman tentang konsep “hijau”, kesedaran tentang etika
alam sekitar, anjakan paradigma dalam proses pemikiran masyarakat, serta perubahan amalan
seharian masyarakat adalah sangat penting untuk menjamin kelestarian alam sekitar. Dengan
bertindak memilih “hijau” bermakna “menerapkan pengetahuan dan amalan yang membawa
kepada keputusan yang lebih mesra alam dan bertanggungjawab kepada ekosistem, serta gaya
hidup yang dapat membantu melindungi alam sekitar dan mengekalkan sumber semula jadi
untuk generasi kini dan akan datang” (Going green, t.t). Teknologi hijau boleh mengurangkan
gas rumah hijau dan komponen penting kepada Strategi Pertumbuhan Hijau.

4.3 Dua artikel / laman sesawang yang menyokong cadangan.


 https://www.doe.gov.my/portalv1/en/tentang-jas/pengenalan/dasar-alam-sekitar
 http://suhaimiomar.blogspot.com/2013/09/masalah-pembakaran-terbuka-di-
kawasan.html

11
5.0 KESIMPULAN

Jelas sekali daripada perbincangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa GCED amat
penting dalam mendidik masyarakat untuk menjaga dan seterusnya memulihara alam sekitar.
Pendidikan sangat penting untuk membantu masyarakat menangani isu-isu alam sekitar dan
serta sekali gus dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar. Kesedaran
alam sekitar dan etika, nilai dan sikap, kemahiran dan tingkah laku yang positif adalah
konsisten dengan pembangunan yang mapan.

Memandangkan pencemaran alam sekitar semakin berleluasa, langkah-langkah yang


berkesan perlu diambil. Telah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk melindungi alam
sekitar. Pihak kerajaan dan masyarakat kursusnya perlu bersama-sama memainkan peranan
dalam menangani masalah pencemaran. Sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan
pencemaran udara perlulah dielakkan. Masyarakat juga perlu dididik dengan nilai-nilai
kebaikan untuk memupuk kesedaran bagi menjamin kebersihan persekitaran di negara ini.
Dengan mengamalkan teknologi hijau atau pun penggunaan sains dan teknologi dapat
memelihara dan melindungi alam sekitar. Anjakan paradigma dalam proses pemikiran
masyarakat serta perubahan amalan seharian masyarakat dapat dibuktikan apabila adanya
pemahaman tentang konsep “hijau” dan kesedaran tentang etika alam sekitar. Seterusnya
dengan bertindak memilih “hijau” bermakna menerapkan pengetahuan dan amalan yang
membawa kepada keputusan yang lebih mesra alam dan bertanggungjawab kepada
ekosistem, serta gaya hidup yang dapat membantu melindungi alam sekitar dan mengekalkan
sumber semula jadi untuk generasi kini dan akan datang.

12
6.0 REFLEKSI

Sepanjang tempoh penulisan ini, selain dapat menambah pengetahuan berkaitan isu
alam sekitar, banyak perkara dan pengalaman yang telah penulis lalui. Secara kasarnya
penulis perlu celik digital untuk mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber rujukan di
internet. Penulis telah mengumpul pelbagai maklumat seterusnya menganalisisnya untuk
menjadi satu keputusan. Maklumat dirumuskan supaya menjadi lebih ringkas agar maklumat
yang hendak disampaikan menjadi lebih jelas. Untuk menyelesaikan tugasan ini dalam
tempoh yang ditetapkan, rasa tanggungjawab telah ditanam dalam diri penulis. Tugasan ini
juga menjadikan penulis berusaha kuat dan lebih berani untuk menyelesaikan tugasan yang
sukar.

Untuk berhadapan dengan teknologi terkini untuk menjadi pelajar abad ke-21 penulis
telah berusaha melengkapkan diri dalam meningkatkan kemahiran dan ilmu. Hasilnya
pelbagai maklumat yang telah penulis perolehi dan pelajari melalui kemahiran belajar untuk
abad ke-21. Selain itu, alam persekitaran yang serba canggih menjadikan sesi pembelajaran
secara global dan cara berfikir aras tinggi bagi mendepani alaf abad baru yang melangkaui
maklumat tanpa sempadan. Berpandukan pemikiran yang kreatif dan inovasi, penulis barjaya
menyelesaikan persoalan dalam tugasan ini.

Selain itu, tugasan ini dengan jayanya telah memberi pelbagai kemahiran kepada
penulis dari segi komunikasi dan kolaboratif. Semoga semua kemahiran pelajar abad ke-21
ini dapat terus diaplikasikan dengan berkesan untuk masa akan datang. Terima kasih
diucapkan kepada pensyarah dan pengurusan OUM serta tidak lupa kepada ahli keluarga.

13
RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka. (t.t.). Alam. Dicapai dari

http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=alam

Dewan Bahasa dan Pustaka. (t.t). Alam sekitar. Dicapai dari

http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=alam+sekitar

Dewan Bahasa dan Pustaka. (t.t). Sekitar. Dicapai dari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?


keyword=sekitar

Dewan Bahasa dan Pustaka. (t.t). Pencemaran. Dicapai dari

http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pencemaran

Fitri Nizam & Faris Fuad, (2019, Julai 3). Sisa toksik bawah tanah punca pencemaran di Pasir

Gudang. Berita Harian. Dicapai dari


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/580404/sisa-toksik-bawah-
tanah-punca-pencemaran-di-pasir-gudang

GCED Youth Network. (2018, Jun 30). Conceptual Dimensions of GCED. Dicapai dari

https://www.youtube.com/watch?v=Bb6IfkMbYZU

Geok, C. T, Kim, E. T. & Chuan, G. K. (1998). A Survey of environmental knowledge,

attitudes and behaviour of students in Singapore. International Research in

Geographical and Environmental Education 7(3): 181-202.

Haliza Abdul Rahman. (2019, September 9). Pembangunan lestari tangani isu alam

sekitar. Berita Harian. Dicapai dari


https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/09/605010/pembangunan-lestari-
tangani-isu-alam-sekitar

14
Jabatan Alam sekitar. (2006). Era Hijau, Pendidikan Alam Sekitar (Vol. 4). Malaysia.Dicapai
dari file:///C:/Users/Acer/Downloads/EraHijauVol.4-06.pdf

Jamaluddin, M.J. (2002). Pengursan Persekitaran di Malaysia: Isu dan cabaran. Bangi:
Pusat Pengajian Siswazah universiti Kebangsaan Malaysia.

Kollmuss, A. & Agyeman, J. (2002). Mind the gap: why do people act environmentally and

what are the barriers to prp-environmental behavior? Environmental Education


Research 8(3) 239-260.

Mohammad Zohir Ahmad & Nordin Abdul Razak. (2007). Pendidikan alam sekitar di
sekolah: Komitmen guru. Pendidikan Lestari. Jilid 7, Bil. 2/2007: 74-81.

Nailah Huda. (2019, September 19). Malaysia di tempat pertama pencemaran udara tertinggi
dunia. Astro Awani. Dicapai dari

http://www.astroawani.com/berita malaysia/malaysia-di-tempat-pertama-pencemaran
udara-tertinggi-dunia-217879

National Geographic. (2017, October 16). Air Pollution 101. Dicapai dari

https://www.youtube.com/watch?v=e6rglsLy1Ys

Palmer, J. & Neal, P. (1994). The handbook of environmental education. London: Routledge.

Pencemaran udara. (2019, July 2). Dlm. Wikipedia. Dicapai dari


https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara

Rohaniza Idris (2019, Jun 22). Gejala sesak nafas di Pasir Gudang sah akibat pencemaran
toksik. Berita Harian. Dicapai dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/576836/gejala-sesak-nafas-di
pasir-gudang-sah-akibat-pencemaran-toksik

Zulkifli Ismail. (2019, November 21). Pencemaran Udara dan Kesihatan. Dicapai dari
https://mypositiveparenting.org/ms/2019/11/21/pencemaran-udara-dan-kesihatan/

15

Anda mungkin juga menyukai