Anda di halaman 1dari 1

Petang itu, sebaik sahaja tamat kelas tambahan di sekolah, aku segera balik ke

rumah. Perjalanan dari sekolah ke rumah memakan masa sebanyak 15 minit.


Setibanya di rumah, aku mengambil keputusan untuk berehat seketika
sebelum menyiapkan tugasan- tugasan sekolah. Namun, tidak sempat aku
melelapkan mata, aku mendegar suara jiranku, Ahmad memanggil namaku dari
luar rumah. Ahmad mengajakku untuk bermain basikal bersamanya. Hasratku
untuk menyiapkan segala tugasan sekolah tertangguh dek ajakan jiranku.Tanpa
membuang masa, aku terus menukar pakaian lalu keluar bermain bersama
Ahmad.
Di pertengahan jalan, hujan rintik-rintik mula turun kemudian bertukar
menjadi lebat. Air hujan yang lebat mula mencecah tanah, kami mula berasa
risau. Hujan diikuti dengan guruh dan kilat yang memancar. Bunyi dahan-
dahan pohon berkeriut-keriut di atas kepala kami. Tiba- tiba , sebatang pokok
tumbang tidak jauh di hadapanku. Mujur pokok itu tidak tumbang di atas
badan kami. Kami mengayuh basikal dengan laju untuk pulang ke rumah
dengan segera. Kerana kecuaianku, aku terjatuh ke dalam parit yang agak
dalam akibat tidak berhati-hati dan tidak perasan akan parit semasa mengayuh
basikal. Aku mengaduh kesakitan kerana luka di kakiku agak teruk. Ahmad
sangat terkejut dan cemas lalu dia terus mencampak basikalnya ke tepi jalan.
Ahmad cuba membantuku dengan menghulurkan tangannya supaya aku dapat
keluar dari parit tersebut.
Tanpa berfikir panjang, Ahmad terus menghubungi ibu bapaku untuk
memaklumkan kepada mereka akan kemalangan yang menimpa diriku. Aku
terdengar suara cemas ibu bapaku melalui telefon. Malangnya, mereka tiada di
rumah pada waktu itu kerana belum pulang dari pejabat lalu terus
menghubungi abangku. Mereka memberitahu abangku akan mengambil kami
dan membawaku ke klinik. Tidak sampai lima minit, kelihatan kereta abangku
tiba dan berhenti di hadapan kami. Jelas terpancar riak kerisauan di muka
abangku. Abang dan Ahmad memapahku masuk ke dalam kereta dan abang
terus memabawaku ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Apabila tiba di klinik, doktor membersihkan lukaku dan memberikan tiga
jahitan di lutut kakiku. Beliau juga membekalkanku ubat sapu dan ubat tahan
sakit. Sejurus sampai ke rumah, abang menasihati kami berdua untuk lebih
berhati-hati di lain hari kerana malang tidak berbau.

Anda mungkin juga menyukai