Anda di halaman 1dari 7

1.0.

PENGENALAN

Bahasa Melayu menurut Datuk Seri Najib dalam ucapannya di majlis Malam Kemuncak
Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2016,Putrajaya,
“Bahasa Melayu telah pun diangkat sebagai satu daripada 10 bahasa utama dunia,dengan
angka melebihi 300 juta orang penutur dan bahasa Melayu diberikan darjat yang tinggi sebagai
bahasa kelima terbesar di dunia.”(Utusan Malaysia,23 Julai 2016)

Namun,lain pula halnya apabila ada sesetengah pihak dilihat cuba untuk
memprovokasikan penggunaan Bahasa Melayu di negara Malaysia ini.Pihak ini merupakan
golongan yang sentiasa mencuba untuk mencari kesempatan bagi memastikan Bahasa Melayu
tidak mempunyai kepentingan lagi sebagai bahasa kebangsaan.Tidak kurang juga terdapat
golongan yang sentiasa berusaha membangunkan dan memperkasakan nilai Bahasa Melayu
sehingga ke persada dunia.Golongan inilah yang digelar pejuang bahasa.

Justeru,hasil daripada perbezaan pendapat dua golongan ini,maka tercetuslah konflik


yang akhirnya membuahkan beberapa isu yang boleh dianggap kritikal dalam bidang Bahasa
Melayu.Isu-isu ini perlulah ditangani dengan fikiran yang waras dan rasional supaya
kemandirian Bahasa Melayu itu dapat dikekalkan.

1.1.PENDIDIKAN

Satu lagi aspek yang dianggap merunsingkan apabila dibicarakan kerana aspek
pendidikan memainkan peranan yang besar dalam melestarikan penggunaan Bahasa
Melayu.Para pelajar pada peringkat inilah yang akan melonjakkan nama sesebuah bahasa itu
kerana mereka boleh dianggap sebagai pewaris bahasa Melayu.Maruah sesuatu bahasa itu
dinilai berdasarkan kebijaksanaan penuturnya untuk mengembangkan lagi bahasa itu sehingga
ke penghujung dunia sekalipun.

Isu yang diketengahkan disini adalah perlaksanaan Program Dwibahasa(Dual Language


Program).Usaha kerajaan untuk menyemarakkan lagi penggunaan Bahasa Inggeris dalam
sistem pendidikan ini merupakan kesinambungan daripada dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah gagal lalu
dimansuhkan pada tahun sebelumnya.Walaubagaimaanapun,strategi kerajaan ini sekali lagi
membawa awan mendung kepada Bahasa Melayu dan telah ditentang oleh para pejuang
Bahasa Melayu.
Tindakan ini tidak sepatutnya dilakukan kerana usaha ini akan memburukkan lagi
penggunaan Bahasa Melayu.Hal ini sewajarnya diteliti dimana para pelajar mungkin akan
mengalami kekeliruan dalam pembelajaran mereka apabila menggunakan bahasa yang
berlainan pada satu-satu masa.Mereka juga berpotensi untuk menggunakan bahasa rojak
dalam karangan jawapan mereka semasa peperiksaan nanti.

Selain itu,pendidik di sekolah juga berisiko tidak dapat mengenal pasti bahasa yang
mana satu mereka harus fokuskan dalam pengajaran mereka nanti.Malah,dikatakan hanya 25.7
peratus guru sahaja yang menggunakan bahasa baku di sekolah.(Pendekatan dan Teknik
Pendidikan Bahasa Melayu,S.Nathesan,1999).Terbukti disini bahawasanya Bahasa Melayu
tidak sepatutnya dikelirukan dengan penggunaan program dwibahasa ini dalam pembelajaran.

Langkah cadangan yang dirasakan perlu dilakukan adalah memperbaik kembali sistem
pendidikan agar mengikut acuan negara Malaysia sendiri iaitu dengan mementingkan bahasa
kebangsaan negara.Inisiatif lain juga adalah berusaha mengadakan ‘Bulan Kebangsaan
Bahasa Melayu’bagi menarik minat pelajar mahupun masyarakat menyelami dengan lebih
mendalam lagi penggunaan Bahasa Melayu standard dalam kehidupan mereka.

1.2.POLITIK

Benarlah pepatah pernah menyebut “bagaimana acuan,begitulah kuihnya”.Apa yang


digambarkan melaui pepatah ini adalah sikap orang yang berkuasa memegang sesuatu tampuk
kakuasaannya itu bertanggungjawab di atas segala yang disampaikannya kepada orang yang
berada dibawahnya.

“..Datuk yang Dipertua,on behalf of pakatan rakyat,dengan izin,we would like…”

Berikut adalah petikan ucapan ahli parlimen Gombak,Dato' Seri Mohamed Azmin bin
Ali,dalam Sidang Perbahasan Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhimatan(GST)
pada tahun 2014.

Sudah terang lagi bersuluh,ahli politik negara Malaysia dilihat lebih berminat menjadikan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa dalam ucapan mereka terutamanya dalam majlis rasmi.Malah
bahasa ini dirojakkan pula oleh mereka tanpa sekelumit rasa bersalah pun.Merujuk kepada
penulisan Awang Sariyan dalam bukunya‘Warna Dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu
Di Malaysia Edisi Kedua’yang mengambarkan bahasa adalah cerminan akal dan budi
bangsa.Maka,sepatutnya para pemimpin menunjukkan contoh yang baik dalam menggunakan
bahasa yang menepati syarat-syarat Bahasa Melayu untuk mencerminkan bangsa Melayu itu
sendiri.

Tambahan pula mereka merupakan ahli politik yang sentiasa berurusan dengan pihak
luar negara dalam pelbagai aspek untuk menjaga hubungan dengan pihak luar negara.Oleh hal
demikian,mereka sewajarnya menggunakan Bahasa Melayu dalam komunikasi mereka
bukannya mereka yang perlu belajar bahasa luar untuk berdiplomatik.Biarkan ia menjadi suatu
tradisi bagi para ahli politik,agar berfikiran sesiapa yang ingin berurusan dengan kerajaan yang
bertutur dalam Bahasa Melayu,maka pihak tersebut perlu mempelajari Bahasa Melayu tersebut.

Sehubungan dengan itu,penulis mencadangkan agar diberikan kursus Bahasa Melayu


kepada pelawat yang ingin mengunjungi Malaysia.Hal ini bermakna,Bahasa Melayu penting
untuk pihak luar pelajari ataupun mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam negara
ini.Walaupun perkara ini tidak mudah untuk dilakukan namun kita negara yang mempunyai
kelebihan dari segi sumber ekonomi seperti getah.Maka,tidak mustahil negara luar yang
menginginkan bahan mentah tersebut akan patuh dengan peraturan ini.Selain itu,hal ini juga
dapat merealisasikan hasrat Datuk Sri Najib,perdana menteri Malaysia sekarang,yang
menginginkan Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan bahasa utama Asean di peringkat
global.

1.3.MEDIA SOSIAL

Malaysia kini tidak terlepas daripada arus kemodenan globalisasi malahan turut sama
melalui perkembangannya merentasi zaman.Seperti masuk telinga kanan,keluar telinga kiri
apabila dilontarkan isu mengenai Bahasa Melayu dalam konteks penggunaan teknologi dan
aplikasi pada zaman ini. Penggunaan ayat yang ternyata salah dalam dialog perbualan di
ruangan sembang siber.Antara ruang sembang siber yang masyhur dalam kalangan generasi
hari ini adalah ‘whatsapp’,’line’,’wechat’ dan sebagainya.

Implikasi daripadanya dapat dilihat menerusi penggunaan bahasa rojak dalam kalangan
penggunanya.Bahasa rojak adalah bahasa yang dicampur dengan beberapa bahasa yang
lain.Tidak kurang daripada itu,kata ganti nama diri juga telah dikeluarkan dalam pelbagai versi
seperti perkataan ‘aku’ telah digantikan dengan perkataan ‘gua’.Perkataan seperti inilah yang
merosakkan imej bahasa Melayu kerana mereka lebih berminat menggunakan bahasa yang
mempunyai nilai ekonomi sedemikian berbanding bahasa Melayu yang standard.
Tuntasnya,penulis kurang berpuas hati dengan masalah yang timbul kerana generasi
hari ini tidak mengambil perhatian tentang sensiviti Bahasa Melayu,sehinggakan generasi yang
dianggap berintelektual dan moden ini tidak mahu menggunakan bahasa Melayu yang
sebenarnya,yang melambangkan identiti mereka sebagai rakyat Melayu di negara ini.

Golongan ini sebenarnya mudah terpengaruh dengan unsur-unsur moden yang dibawa
oleh Barat.Oleh sebab itulah,penulis mahu pihak yang dirasakan bertanggungjawab memantau
ataupun menggunakan strategi yang lebih agresif iaitu dengan menyekat penggunaan aplikasi
seperti ini untuk mengelakkan Bahasa Melayu disalahgunakan.

Selain itu,lahirkan juga suatu program mencipta ruangan perbualan siber yang
mematuhi syarat-syarat dalam berbahasa.Negara mampu menghasilkan produk sendiri
disamping mengilap bakat-bakat warga tempatan dalam bidang rekacipta bagi kemahiran
teknologi dan maklumat ini.Tidak mustahil jika produk tersebut mampu mengangkat Bahasa
Melayu ke persada dunia sebagaimana Bahasa Inggeris yang dapat dikomersialkan melalui
‘facebook’.Apabila sudah tercipta aplikasi itu maka sekatlah penggunaan aplikasi yang lain iaitu
yang datang daripada luar.Maka dengan itu,masyarakat akan terikat hanya dengan
menggunakan aplikasi yang dibenarkan sahaja.

1.4.ANTARABANGSA

Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu(PABM) buat julung kalinya diadakan


lagi di Dewan Plenari,Putrajaya pada 23 Julai 2017 baru-baru ini.Pemidato luar negara yang
memenangi tempat pertama adalah Lisa Shimazaki dari Jepun.Perancangan pengembangan
Bahasa Melayu ini telah mendapat respons yang positif daripada pihak luar negara ini berjaya
melahirkan penutur Bahasa Melayu selain daripada bangsa Malaysia sendiri.

Namun,isu yang berbangkitnya adalah pertandingan pidato ini hanya dianjurkan di


Malaysia sahaja.Dimana,penganjuran ini tidak dilakukan di luar negara secara
khusunya.Maka,penumpuan hanyalah terhadap penganjuran di Malaysia sahaja.

Maka,dapat dilihat daripada sudut yang lain iaitu pengembangan Bahasa Melayu itu
tidak berlaku secara berkesan diluar negara.Hal ini bermaksud hanya sesetengah individu yang
berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu ini sahaja seperti pemidato Lisa tersebut yang
akan dapat menguasai Bahasa Melayu.Padahal,jika penganjuran pertandingan ini dilakukan di
negara lain juga akan dapat menarik minat para penonton luar negara yang menyaksikan
pertandingan ini.Maka,daripada itu pendedahan terhadap Bahasa Melayu secara tidak
langsung berlaku dalam masyarakat.

Iktibarnya daripada isu ini,penganjuran pertandingan pidato peringkat antarabangsa ini


perlu dilakukan di luar negara dengan kerjasama dan bantuan daripada pihak
Malaysia.Mungkin pertandingan ini boleh dianjurkan di universiti luar negara yang mempunyai
kursi Bahasa Melayu di universiti mereka.Selain memastikan pengembangan Bahasa Melayu
berlaku dalam kalangan masyarakat,ia juga mampu menjadi platform untuk para peserta dari
luar negara mencuba untuk bertanding di tempat mereka sendiri.Malahan,pemidato Melayu
juga dapat merasai suasana menuturkan Bahasa Melayu di tempat asing.

1.5.KAKITANGAN AWAM

“KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan diminta menarik balik keputusan


melonggarkan syarat lulus Bahasa Melayu (BM) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
bagi mengisi jawatan pegawai perubatan kontrak UD41.”

Berikut adalah keratan petikan akhbar Berita Harian yang bertarikh Selasa, 4 Julai 2017
pada waktu 11:06 pagi.Berita yang masih hangat-hangat pisang goreng ini telah hebat
diperdebatkan terutamanya dalam kalangan golongan pejuang bahasa.Berita ini berkaitan
pengisytiharan kelonggaran kelayakan untuk lulus dalam subjek bagi kakitangan perubatan
yang akan menjalani latihan kontrak selama lebih kurang dua tahun.

Penulis berpandangan isu ini telah merendahkan martabat bahasa Melayu itu sendiri
walaupun tujuan kerajaan sebenarnya adalah untuk membantu kakitangan perubatan yang
tidak mempunyai kelayakan dalam bahasa Melayu berkhidmat di negara ini.Contohnya,pelajar
yang mendapat pendidikan di luar negara sewaktu kecil lagi.

Inilah yang dikatakan menanam tebu di bibir mulut,hanya pandai bermadah manis
bicara namun perlakuannya tetap tidak mengambarkan apa yang dikatakannya.Janji para
pemimpin untuk mendaulatkan bahasa Melayu telah dianggap dogma-dogma farasi sahaja.Ada
yang mengatakan bahawa tujuan murni kerajaan adalah untuk meningkatkan taraf mutu
perubatan di Malaysia.Cacat cela sedikitpun tidak kelihatan jika para ini doktor bercakap dalam
Bahasa Melayu.
Malah menurut Dr.Rais Yatim yang juga menentang isu ini berkata doktor pada zaman
dahulu yang berbangsa Inggeris pun mempelajari Bahasa Melayu untuk merawat orang
Melayu.

Justeru,inisiatif yang sewajarnya diambil adalah menetapkan kembali syarat tersebut


untuk melahirkan masyarakat yang sentiasa berdaya saing dalam apapun jua bidang yang
dicenuri.Sikap ini tidak dapat dipupuk melalui penggunaan bahasa asing namun dapat dibentuk
melalui penguasaan bahasa ibunda sendiri.Berikan peluang kepada para kakitangan perubatan
yang belum mengetahui bahasa ibunda mereka untuk mengenalinya

Pihak kerajaan perlulah mantap dalam mengorganisasikan syarat-syarat ini melalui


kebenaran supaya hanya Bahasa Melayu sahaja yang perlu diambil oleh mereka dalam Sijil
Peperiksaan Malaysia(SPM).Hal ini bermakna,kelonggaran dalam syarat pengambilan subjek
dalam Sijil Peperiksaan Malaysia ini yang perlu diberi perhatian bukannya mengambil cara
mudah dengan melonggarkan syarat kelayakan seperti dalam isu di atas.

1.6.RUMUSAN

Kesimpulannya,dapat penulis rumuskan bahawa penggunaan Bahasa Melayu yang


cemerlang bermula dengan kerjasama daripada semua pihak.Hal ini demikian,tanpa gabungan
yang bersatupadu daripada pihak ini maka bahasa Melayu yang diagung-agungkan mungkin
akan lenyap kerana bahasa memerlukan penuturnya.

Penulis tidak ingin nasib bahasa Melayu menjadi seperti nasib bahasa di negara
Bangladesh,Afrika,Jamaica yang menggunakan bahasa asing sebagai bahasa ilmu
mereka.Akhinya,negara tidak mampu maju ke hadapan seperti negara yang menggunakan
bahasa ibunda sendiri.

Harapan akhir,jangan biarkan nasi menjadi bubur.Begitu juga dengan Bahasa Melayu
apabila dipengaruhi bahasa asing mungkin tidak akan menjejaskan negara namun ingatlah
Bahasa Melayu yang menjadi identiti bangsa Melayu inilah yang perlu dijaga daripada
kepupusan.
BIBLIOGRAFI

Bahasa Melayu Komunikasi 1,(1997),Ab.Rahman Ab.Rasyid dan Yap Kim Fatt,Longman


Malaysia Sdn.Bhd,PetalingJaya,Selangor.

Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu,(1999),S.Nathesan,Dewan Bahasa dan


Pustaka,Kementerian Pelajaran Malaysia,Kuala Lumpur.

Warna dan Suasana:Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia,(2006),Awang Sariyan,Dewan


Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pelajaran Malaysia,Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Edisi Keempat,(2016),Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.

https://www.malaysiakini.com/news/335334#DkXTOMAttxgrHVHh.97

https://www.bharian.com.my/node/298744

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memperkasa-bahasa-melayu-1.510399

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/bahasa-melayu-patuhi-perlembagaan-1.499173

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2015&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pemidato-jepun-afghanistan-dan-malaysia-ungguli-
pabm-2017-1.507855

https://www.youtube.com/watch?v=WNkTzWHcHcc

Anda mungkin juga menyukai