Anda di halaman 1dari 18

2021

SEKOLAH KEBANGSAAN LABANG, NABAWAN, SABAH.

MODUL
P d
BAHASA MELAYU TAHUN 4 P R
NAMA MURID
KELAS TAHUN 4
NAMA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN LABANG, PENSIANGAN.
TARIKH PELAKSANAAN 28 JUN 2021 – 09 JULAI 2021 ( TUGASAN 2 MINGGU )
NAMA GURU SUBJEK ENCIK MARLON HENRY

BAHASA MELAYU TAHUN 4

Komentar
TARIKH : 28 Guru
Jun
Disediakan : ( ISNIN
Oleh2021
: Encik )
Marlon Henry / Guru Bahasa Melayu Tahun 3 & Tahun 4
BIL PERKARA BUTIRAN CATATAN
1. SASARAN Murid Tahun 4
2. TEMA / TAJUK Saya Sihat Kemahiran
Mendengar
dan Bertutur.
3. OBJEKTIF 1. Murid dapat bertutur untuk menilai, dan
PEMBELAJARA memberikan alasan tentang sesuatu perkara secara
N bertatasusila mengikut konteks.
4. TEMPOH 1 Jam ( 60 Minit )
5. NOTA  Rujuk Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 halaman
22.
 Murid membaca dialog yang terdapat dalam buku
teks.
 Setiap murid boleh melayari internet atau pautan
you tube untuk menerokai daripada pelbagai sumber.
 Murid diberikan masa untuk membuat persediaan.
 Murid membuat persembahan melalui rakaman video
atau audio.
6. AKTIVITI 1. Murid membuat rujukan buku teks di muka surat 22.
2. Murid membaca dialog tersebut dengan sebutan
yang betul.
3. Murid boleh melayari pautan you tube untuk mencari
Cara Mencegah Jangkitan Selesema.
4. Murid dibenarkan untuk membuat persediaan
bersama ibu / bapa sebagai pasangan untuk
berdialog.
5. Murid membuat persembahan dalam bentuk rakaman
video atau audio.
7. PENTAKSIRAN S.P 1.2.1 Bertutur untuk menilai, dan memberikan alas an
tentang sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut
konteks.
8. KAEDAH PdPR Modul
AKTIVITI 1 PRAKTIS DSKP :
Kemahiran Mendengar dan Bertutur TP:

Arahan : Lengkapkan perbualan dengan memberikan alasan secara


bertatasusila. Kemudian, lakonkan.
Cara-cara Mencegah Jangkitan Selesema
Menjauhi orang ramai – Menutup hidung dan Menjauhi orang ramai –

mencegah kuman – di mulut – tisu – batuk mencegah kuman – di

dalam badan- tersebar atau bersin – tisu harus dalam badan- tersebar

dan menjangkiti orang dibuang – tong sampah dan menjangkiti orang

lain lain

Husna : Selamat pagi ,Fatimah. Mengapakah kamu tidak hadir ke sekolah Isnin

minggu lepas ?
Fatimah : Saya menghidap selesema. Oleh itu, saya perlu _________________

____________________________________________________
Husna : Oh, begitu! Apakah yang kamu lakukan agar orang lain tidak dijangkiti

selesema ?
Fatimah : Saya _______________________________________________

____________________________________________________.
Husna : Selain itu, untuk mencegah selesema, kita juga perlu _____________

____________________________________________________

____________________________________________________.
Fatimah : Betul, Husna. Amalan ini menyebabkan saya dapat mengelakkan orang

lain daripada dijangkiti selesema.


BAHASA MELAYU TAHUN 4

TARIKH : 30 Jun 2021 ( RABU )


BIL PERKARA BUTIRAN CATATAN
1. SASARAN Murid Tahun 4
2. TEMA / TAJUK Saya Sihat Kemahiran
Membaca dan
Kemahiran
Menulis
3. OBJEKTIF Murid dapat
PEMBELAJARA 1. Membaca dan menganalisis kandungan teks karya
N sastera dan karya bukan sastera.
2. Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan
soalan bertumpu dan bercapah secara kritris dan
kreatif.
4. TEMPOH 1 Jam ( 60 Minit )
5. NOTA  Murid membaca teks / petikan yang diberikan.
 Setiap murid boleh melayari internet atau pautan
you tube untuk menerokai daripada pelbagai sumber.
 Setiap murid boleh masuk ke laman sesawang untuk
mendapatkan maklumat tentang Lobak Merah dan
Pemakanan yang sihat.
6. AKTIVITI 1. Murid membuat rujukan buku teks di muka surat 23
- 25.
2. Murid membaca petikan yang diberikan.
3. Murid boleh melayari pautan you tube untuk mencari
khasiat Lobak Merah dan Pemakanan yang sihat.
4. Murid menjawab soalan latihan tersebut.
7. PENTAKSIRAN S.P 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks
karya sastera dan karya bukan sastera.
S.P 3.2.2 Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan
soalan bertumpu dan bercapah secara kritis dan kreatif.
8. KAEDAH PdPR Modul

AKTIVITI 1 PRAKTIS DSKP :


Kemahiran Membaca dan Menulis
TP:

Arahan :Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian,


lengkapkan peta bulatan dengan maklumat yang betul.
Peta Bulatan
Khasiat

Lobak Merah

Murid boleh mendapatkan jawapan di :


AKTIVITI 2 PRAKTIS DSKP :
 Petikan teks
Kemahiran Menulis
TP:
Internet
 You Tube

Arahan :Teliti maklumat di bawah ini. Kemudian, jawab soalan


berikut.

Keluarga sihat terdiri daripada ahli keluarga yang sihat dari segi fizikal,
psikologi, sosial, dan kerohanian. Antara amalan yang perlu dilakukan untuk
memperoleh keluarga sihat ialah :
Makanan secara sihat Bersenam
 Makan makanan berkhasiat  Lakukan pelbagai senaman ,
serta mengikut waktunya. permainan, dan aktiviti
 Makan bersama-sama ahli fizikal bersama-sama
keluarga bagi menjalinkan keluarga.
perhubungan yang baik  Bersenam sekurang-
antara ahli keluarga. kurangnya tiga kali
seminggu selama 20 hingga
30 minit setiap sesi
Tidak merokok

 Galakkan ahli keluarga


supaya tidak merokok. Amalkan Penjagaan gigi yang
 Sekiranya ada ahli keluarga baik
merokok,bantulah mereka
 Makan makanan berkhasiat
untuk berhenti merokok.
serta mengikut waktunya.
 Minta tetamu dan rakan-
 Makan bersama-sama ahli
rakan supaya tidak merokok
keluarga bagi menjalinkan
di rumah kamu.
perhubungan yang baik
antara ahli keluarga.
1. Apakah cara-cara untuk menjaga keluarga yang sihat?

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

2. Berapa lamakah kita perlu bersenam dalam seminggu ?


_____________________________________________

_____________________________________________

3. Apakh cara untuk memastikan ahli keluarga tidak merokok ?

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

4. Nyatakan tiga cara mengamalkan penjagaan gigi yang baik.

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

BAHASA MELAYU TAHUN 4

TARIKH : 05 Julai 2021 ( ISNIN )


BIL PERKARA BUTIRAN CATATAN
1. SASARAN Murid Tahun 4
2. TEMA / TAJUK Saya Sihat Aspek
tatabahasa
3. OBJEKTIF Murid dapat
PEMBELAJARA 1. Memahami dan menggunakan kata nama mengikut
N kontek tidak formal ; (iv) penjodoh bilangan
4. TEMPOH 1 Jam ( 60 Minit )
5. NOTA  Murid membaca teks halaman 27.
 Setiap murid boleh melayari internet atau pautan
you tube untuk menerokai daripada pelbagai sumber.
 Setiap murid boleh masuk ke laman sesawang untuk
mendapatkan maklumat tentang penjodoh bilangan.
6. AKTIVITI 1. Murid membuat rujukan buku teks di muka surat 27.
2. Murid membaca nota yang diberikan.
3. Murid boleh melayari pautan you tube untuk mencari
maklumat berkaitan penjodoh bilangan.
4. Murid menjawab soalan latihan tersebut.
7. PENTAKSIRAN S.P 5.1.1 memahami dan menggunakan penjodoh bilangan
mengikut konteks yang tidak formal.

8. KAEDAH PdPR Modul

Nota
 Penjodoh bilangan ialah kata yang menunjukan bilangan atau
jumlah.
 Penjodoh bilangan digunakan sebelum kata nama .

Penjodoh Contoh Ayat Contoh


Bilangan
angkatan tentera, polis, bomba Perarakan hari Kemerdekaan itu
disertai oleh beberapa angkatan
tentera.
baris Kedai, pokok, gigi Kamilia mempunyai sebaris gigi yang
cantik.
batang Pokok,pensel, sungai Mereka sedang menyusuri sebatang
sungai.
bentuk cincin, mata kail Di dalam bekas itu ada beberapa
bentuk mata kail.
berkas Lidi, rotan, kayu api Pekebun itu memikul seberkas rotan
semasa pulang dari hutan.
bidang Tanah, permaidani, Dia menghamparkan sebidang
sawah permaidani merah di ruang tamu.
biji Buah, cawan Kamal memetik beberapa biji buah
manga yang telah masak.
bilah Parang, pisau, keris Ayah menjumpai sebilah keris di
dalam peti berisi kepunyaan datuk.
buah Kereta,negeri,kotak, Terdapat beberapa buah kotak yang
buku berisi computer di dalam van itu.
buku Sabun, benang, roti Ibu meletakkan sebuku roti di atas
meja.
butir Peluru, beras, manik Anggota polis itu memasukkan
beberapa butir peluru ke dalam
pistol.
cubit Garam, gula, perasa Hasnah memasukkan secubit
serbuk perasa ke dalam sup ayam
itu.
das tembakan Beberapa das tembakan kedengaran
dari arah hutan itu.
ekor haiwan Beberapa ekor ikan emas berenang
di dalam akuarium.
gelung Dawai, tali, wayar Pekerja itu menggunakan beberapa
gelung wayar semasa melakukan
kerja pendawaian elektrik.
gerombolan Pengganas, lanun Segerombolan lanun telah merampas
beberapa buah kapal yang melalui
perairan itu.
gugus Anggur, pulau, kunci Dia mejumpai segugus kunci yang
tercicir di belakang kelas.
helai Kain, kertas , daun Fatin memasukkan beberapa helai
daun ke dalam beg plastik itu.
ikat Sayur ( diikat ) Harga seikat sayur sawi itu hanya
RM 2.oo sahaja.
jambak Bunga, kunci Ketua kelas itu meletakkan
sejambak bunga ros di atas meja
guru.
kaki payung, cendawan Beberapa kaki cendawan tumbuh di
atas sebatang punting kayu di tepi
hutan itu.
kawan Haiwan (dalam Sekawan burung sedang terbang di
kumpulan ) udara lalu hinggap di atas dahan
pokok.
keping Poskad, papan, kertas Pemuda itu memaku sekeping papan
pada dinding rumahnya.
ketul Ayam, tulang, daging Ibu merebus seketul daging lembu
di dalam air yang sedang
menggelegak itu.
kuntum bunga Husnah menyelitkan sekuntum bunga
pada sanggul rambutnya.
laras Senapang,meriam Bebapa laras senapang turut
ditemui di dalam bonet kereta itu.
longgok Sampah, tanah, pasir Terdapat beberapa longgok pasir di
hadapan rumah yang sedang dibina
itu.
naskhah Surat khabar, majalah Puan Shila sedang berehar sambil
membaca senaskhah majalah yang
baru dibelinya.
orang manusia Hanya seorang sahaja peserta yang
akan dipilih untuk mewakili sekolah
dalam pertandingan itu.
papan Petai, coklat, mercun Kanak-kanak itu membakar
beberapa papan mercun di halaman
rumah.
pasang Kasut, pengantin Sepasang pengantin diarak dengan
paluan kompang menuju ke dewan
itu.
pasukan Polis, tentera, Sepasukan pengakap menjalani
pengakap latihan kawad di padang.
pucuk Surat, pistol, rebung Ibu memasukkan sepucuk surat ke
dalam peti pos itu.
puntung Kayu api, rokok Guru disiplin itu menemukan
beberapa puntung rokok di belakang
tandas sekolah.
rangkap Pantun, sajak, syair Cikgu Shida meminta murid-
muridnya menghasilkan serangkap
pantun.
rawan Pukat, jala, jaring Nelayan itu sedang menyirat
serawan jala yang rosak di serambi
rumahnya.
ruas Tebu, buluh Li Hua memotong sebatang tebu itu
kepada beberapa ruas .
rumpun Pandan, serai, tebu Ibu menanam serumpun serai wangi
di belakang rumah.
Sikat/sisir pisang Peniaga itu memasukkan sesikat
pisang ke dalam plastik.
tandan Pisang, kelapa, pinang Terdapat setandan pisang emas di
dalam kereta sorong itu.
tangkai Padi, rambutan,langsat Jamal memberikan beberapa
tangkai buah langsat kepada
kawannya.
timbun Kayu, tanah, batu Terdapat setimbun batu di hadapan
rumah bangle yang ingin dibina itu.
titik Dakwat, air, darah Baju ayah kotor kerana terkena
beberapa titik dakwat.
tongkol jagung Adik Misha makan setongkol jagung
kerana lapar.
ulas Durian, Diana hanya makan beberapa ulas
cempedak,nangka nangka yang dihidangkan di dalam
piring itu.
urat Rambut, benang, dawai Suzy terkejut apabila mendapoti
ada seurat sambut di dalam mi
goring itu.
utas Jam tangan, tali, rantai Wanita itu kelihatan bergaya
apabila mengenakan seutas jam
tangan yang mahal.

AKTIVITI 1 PRAKTIS DSKP :


Aspek Tatabahasa
TP:
Arahan :Tandakan (  ) 1pada penjodoh bilangan yang betul.

1. Pengantin lelaki itu menyisipkan ______________ keris pada


pinggangnya semasa majlis perkhawinan itu.

A. Selaras
B. Sebilah
C. Sepucuk
D. sebatang

2. Kanak-kanak itu hanya memahami beberapa ____________


perkataan dalam Bahasa Inggeris.

A. Patah
B. Gugus
C. Baris
D. Kumpulan

3. Azrin telah mengirim beberapa ______________ surat kepada


kawannya di Sabah namun tidak ada satu pun yang dibalas.

A. Patah
B. Laras
C. Pucuk
D. Buah.
4. Ibu membeli dua ______________ pisang di gerai Pak Cik Abu
untuk dibuat pisang goreng.
A. Biji
B. Ulas
C. Ruas
D. Sikat

5. Kakak membaca beberapa _______________________ majalah


yang disimpan di atas rak buku itu.

A. Pucuk
B. Naskhah
C. Helai
D. Buku

6. Adik hanya makan beberapa ______________ nasi goreng itu


kerana rasanya agak pedas.

A. Pinggan
B. Suap
C. Mangkuk
D. Teguk

7. Petani itu mencabut ____________________ anak padi lalu


menanamnya di petak sawah.

A. Segamal
B. Seikat
C. Sengenggam
D. Sebidang
AKTIVITI 2 PRAKTIS DSKP :
Aspek Tatabahasa
TP:

Arahan :Bina ayat bagi setiap penjodoh bilangan.

1. Sepotong :
_______________________________________________
_______________________________________________

2. Sejambak :
_______________________________________________
_______________________________________________

3. Hiris :
_______________________________________________
_______________________________________________

4. Segerombolan :
_______________________________________________
_______________________________________________

5. Sebidang :
_______________________________________________
_______________________________________________
BAHASA MELAYU TAHUN 4

TARIKH : 07 Julai 2021 ( RABU )


BIL PERKARA BUTIRAN CATATAN
1. SASARAN Murid Tahun 4
2. TEMA / TAJUK Saya Sihat Aspek
tatabahasa
3. OBJEKTIF Murid dapat
PEMBELAJARAN 1. Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan
untuk membuat carta daripada pelbagai sumber.
4. TEMPOH 1 Jam ( 60 Minit )
5. NOTA  Setiap murid boleh melayari internet atau pautan
you tube untuk menerokai daripada pelbagai
sumber.
 Setiap murid boleh masuk ke laman sesawang untuk
mendapatkan maklumat tentang Piramid Makanan.
6. AKTIVITI 1. Murid melihat gambar maknan yang diberikan
melalui aplikasi whatapps..
2. Murid boleh melayari pautan you tube untuk
mencari maklumat berkaitan pyramid pemakanan
3. Murid melukis satu piramid makanan berserta
dengan maklumatnya.
4. Piramid makanan yang dilukis hendaklah diwarnakan
serta kemas.
7. PENTAKSIRAN S.P 3.5.2 mencatat maklumat yang betul mengikut
urutan untuk membuat carta daripada pelbagai sumber.

8. KAEDAH PdPR Modul


AKTIVITI 2 PRAKTIS DSKP :
Kemahiran Menulis
TP:

Arahan : Lukiskan sebuah piramid makanan berserta dengan


maklumat makanan. Kemudian, warnakan dengan kemas.

Anda mungkin juga menyukai