Anda di halaman 1dari 4

CONTOH CADANGAN PENYELIDIKAN

MASALAH KERJA DAN KEPERLUAN LATIHAN DALAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA: SATU KAJIAN
MENGENAI KEBERKESANAN FUNGSI DAN MATLAMAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA,
BADAN PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (BPR).

1. Pengenalan  dan Latarbelakang Kajian 

Pembangunan Sumber Manusia merupakan aset terpenting kepada sesuatu organisasi dan negara
umumnya dan hangat diperbincangkan di dekad ini. Pelbagai langkah penyelesaian telah di ambil
baik untuk jangkamasa pendek mahupun jangka panjang seperti pengambilan tenaga-tenaga buruh
asing, peningkatan had kerja lebih masa, libatkan tenaga wanita, pertubuhan universiti-universiti
oleh kerajaan dan badan korporat seperti TELEKOM, Tenaga Nasional Berhad, Petronas dan pelbagai
langkah lagi. Dasar kerajaan adalah untuk menarik dan mengekalkan anggota yang terbaik dan
bermotivasi di dalam perkhidmatan awam. Ini penting kerana perkhidmatan awam berfungsi dalam
persekitaran yang dinamik dan mencabar. Cabaran dan perubahan yang memberi implikasi kepada
perkhidmatan awam termasuk cabaran globalisasi dan liberalisasi, “convergance” dalam bidang IT,
telekomunikasi dan multimedia peralihan kepada “knowledge economy”, tumpuan kepada
memperluaskan konsep “governance”, ekspektasi “stakeholder” dan pelanggan yang tinggi dan
tekanan berterusan kepada anggota perkhidmatan awam untuk memberi perkhidmatan yang tinggi.
Sebagai respon kepada cabaran-cabaran ini, BPR telah mewujudkan Bahagian Pembangunan Sumber
Manusia yang berperanan mengurus perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan sumber
manusia terutama keperluan latihan bagi menyokong dan memudahkan pelaksanaan ke arah
mencapai visi dan misi BPR secara umumnya. Ini adalah selaras dengan keperluan perkkhidmatan
awam yang mengkehendaki anggota yang professional dan kompoten yang berdaya saing, daya tahan
dan daya maju, berfikiran strategic dan global serta mampu bertindak dalam apa jua situasi.

Keperluan latihan merupakan satu proses pembelajaran yang disusun untuk merubah sikap,
mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran agar prestasi pekerja dapat dipertingkatkan.
Pelbagai masalah berlaku dalam BPR berhubung dengan sumber manusia memerlukan penyelesaian
di mana fungsi utama latihan adalah untuk cuba mengatasinya. Kebanyakan organisasi merasakan
bahawa latihan dapat mengubati segala penyakit dalam organisasi sehingga tidak jelas tentang
mengapa sesebuah organisasi melaksanakan sesuatu program latihan dan faedah yang bakal
diperolehi dari aktiviti tersebut (Ibrahim Mamat, 1996). Keperluan organisasi terhadap sumber
manusia dapat dilihat sebagai untuk mencapai objektif bagi meningkatkan produktiviti, kualiti
keuntungan sekaligus kos yang optima. Selain itu, sebagai anjakan paradigma menerusi kepentingan
kepada hasil kerja yang berkualiti pekerja, lebih telus dan mampu memanifestasikan misi, objektif
dan sasaran oraganisasi.

Signifikan pengurusan sumber manusia kepada organisasi antaranya;

i) Sumber manusia merupakan sumber penting kepada organisasi kerana keupayaan teknologi adalah
terhad.

ii) Dapat mengurus dan mengendalikan pekerja dengan lebih berkesan untuk membantu organisasi
mencapai kelebihan bersaing.

iii) Memainkan peranan utama mengenalpasti masalah sumber manusia sesebuah firma dan
membekalkan penyelesaian kepada firma tersebut.

vi) Mempengaruhi dan meningkatkan komitmen pekerja disamping memotivasikan mereka dan dapat
meningkatkan prestasi organisasi melalui peningkatan produktiviti tenaga kerja.

v) Strategi pengurusan sumber manusia menggambarkan strategi organisasi berkenaan pekerja,


keuntungan dan keberkesanan secara keseluruhan aktiviti dan juga program pengurusan.

vi) Sumber manusia yang berkesan akan dapat menjamin keberkesanan organisasi dan seterusnya
membantu organisasi mencapai kelebihan bersaing.
Sumber manusia perlu diurus dengan baik oleh organisasi bagi membantu organisasi mencapai
matlamat/objektif dan misi. Selain untuk menyampaikan dasar pengurusan sumber manusia kepada
semua pekerja, pengurusan yang baik akan dapat membantu mengekalkan tanggungjawab sosial dan
dasar etika dan sekaligus dapat membekalkan organisasi dengan pekerja yang terlatih dan
bermotivasi. Perubahan yang semakin pesat dewasa ini, membuatkan para pengurus lebih
menyedari kemestian untuk menghadapi kenyataan bahawa pembangunan yang pesat membawa
maksud mereka mesti sentiasa peka terhadap persekitaran di luar organisasi untuk terus wujud.
Oleh kerana itu, pengurusan sumber manusia dibuat dengan bertujuan untuk memastikan bahawa
manusia yang diambil bekerja oleh sesebuah organisasi digunakan dengan cekap dan berkesan juga
berupaya menjadi penyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi.

2. Pernyataan Masalah

Dalam memenuhi kewajipan sejagat untuk memastikan pengurusan pencegahan rasuah secara


berkekalan, BPR memerlukan kakitangannya yang “flexible” dan “adaptable”, responsive dan
proaktif. Dengan peningkatan kes rasuah, kesalahan tatatartib dan salah laku, keperluan lebih ramai
pekerja berilmu, iaitu mereka yang mempunyai pelbagai kemahiran (multiskills) dan berketrampilan
untuk memahami dan menyelesaikan sesuatu isu amatlah ketara dan signifikan. Mereka perlu
berupaya menggunakan daya pemikiran yang lebih berbanding kekuatan fizikal. Justeru semua ini
perlu ditangani melalui halacara baru iaiatu menerusi penerapan konsep “reinventing government”
dan pelbagai tindakan melalui pembangunan sumber manusia di kalangan semua lapisan kakitangan.

Gilbreths (1868-1924) berpendapat bahawa setiap pekerja, selain menjalankan tugas dan
tanggungjawabnya, juga akan melatih pekerja-pekerja lain supaya pekerja yang dilatih itu akan
dapat menggantikan pekerja lama yang mungkin akan berpindah ke tempat lain atau dinaikkan
pangkat suatu ketika nanti.

Organisasi berperanan dalam memberikan latihan kepada pekerja untuk memberi peluang kepada
para pekerja membangunkan kemahiran bekerja, pengalaman dan pengetahuan yang mereka
perlukan untuk melaksanakan kerja atau meningkatkan prestasi kerja mereka. Latihan yang
biasanya diperlukan untuk pekerja adalah latihan dalaman untuk menambahkan pengetahuan
teroritikal, memberikan pendidikan, kemahiran serta keterampilan yang sesuai dengan apa yang
diperlukan oleh organisasi.

Tidak dapat dinafikan, terdapat masalah majikan-majikan yang mengambil dan menamatkan
perkhidmatan pekerja-pekerja kerana berpunca dari kurangnya mengambil perhatian pada peringkat
pengambilan pekerja-pekerja tersebut. Majikan-majikan lebih cenderung mengambil seseorang
pekerja yang menawarkan diri untuk bekerja tanpa memeriksa latar belakang dan tidak mengambil
perhatian untuk memastikan pekerja itu berkebolehan melakukan sesuatu tugas atau kerja dan
bersesuaian dengan budaya organisasi lebih-lebih lagi ketika masalah kekurangan buruh atau
pekerja timbul. Setelah menjadi pekerja dan bekerja dengan tidak memuaskan, majikan akan mula
merasa kurang selesa samada untuk menamatkan perkhidmatan mereka atau terus bekerja dengan
tidak memenuhi kehendak perhidmatan yang sebenarnya. Antara masalah-masalah yang berlaku
ialah apabila;

1. Kakitangan mulai mengalami kemerosotan dalam prestasi kerja, produktiviti dan motivasi.

2. Komunikasi yang kurang berkesan terhadap sesama kakitangan.

3. Perubahan sikap yang ketara seperti kurang berpegang teguh dengan peraturan kerja dan
mempunyai persepsi yang kurang membina terhadap organisasi.

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji mengenai keberkesanan dan matlamat
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan diharap akan dapat memberi gambaran dan penjelasan
masalah dan keperluan yang diiginkan oleh kakitangan BPR.

1. Apakah sebenarnya yang diperlukan oleh kakitangan dari segi latihan untuk mempertingkatkan
prestasi kerja mereka?

2. Sejauh mana presepsi kakitangan terhadap latihan yang telah mereka lalui?
3. Apakah kaedah yang bersesuaian, pratikal dan efisyen yang boleh digunakan untuk meningkatkan
prestasi mereka?

4. Apakah keupayaan seseorang pekerja mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran sesuai dengan
tugas-tugas jawatannya ?

3. Kepentingan Kajian

Umumnya kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan fungsi dan matlamat Bahagian
Pembangunan Sumber Manusia, BPR selaras dengan kesesuaian teras tugasnya dalam menyediakan
latihan dan mengatasi masalah kerja.

Hasil kajian yang akan dijalankan ini diharapkan dapat memberi kesedaran dan idea baru tentang
penubuhan pembangunan sumber manusia dalam sesebuah organisasi ke arah memberikan
peningkatan kemahiran (enhancement of skill) dan menjuruskan skop kepakaran sebagai pekerja
yang berpengetahuan (knowledged wokers) dan berprestasi tinggi bagi mencapai visi dan misi
jabatan.

4. Objektif Kajian

Objektif Am

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan fungsi dan matlamat
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, BPR mengenai masalah kerja dan keperluan latihan.

Objektif Khusus

1. Mengenalpasti latar belakang program latihan dan pembangunan kakitangan di BPR.

2. Mengenalpasti masalah-masalah kerja di kalangan kakitangan BPR.

3. Mengenalpasti persepsi kakitangan BPR terhadap program latihan yang disediakan oleh Bahagian
Pembangunan Sumber Manusia.

4. Mengenalpasti keperluan latihan dan kursus yang diperlukan oleh pekerja selaras dengan
matlamat melahirkan pekerja berpengetahuan (k-wokers).

5. Mencadangkan kaedah latihan yang sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi prestasi, motivasi
dan komunikasi kakitangan BPR.

Definisi Istilah

Masalah Kerja

Konsepsual : Perkara-perkara yang timbul menggugat prestasi berkaitan tugasan semasa


melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja.

Operasional: Masalah-masalah kerja yang berlaku seperti produktiviti yang rendah, motivasi rendah,
komunikasi yang kurang berkesan sesama kakitangan dan pegawai atasan.

Keperluan Latihan

Konsepsual: Menentukan kehendak kakitangan BPR dalam latihan atau kursus yang ingin diikuti.

Operasional: Keperluan dalam kajian ini akan ditentukan dengan menggunakan soal selidik yang
direka sendiri berdasarkan soalan-soalan yang berkaitan dengan bentuk latihan yang dikehendaki.

5. Limitasi Kajian
Kajian ini hanya terhad kepada kakitangan BPR sahaja. Responden adalah terdiri daripada pegawai
kumpulan A, B, C dan D. Hanya pegawai yang bertugas di Ibu Pejabat BPR sahaja yang dipilih
sebagai responden untuk mendapatkan maklumat dan tidak melibatkan pegawai di daerah lain.

Dapatan kajian bergantung kepada keupayaan responden menggunakan persepsi, pemahaman dan
pengetahuan mereka tentang perkara yang dikaji dan ketepatan hasil kajian juga bergantung
kepada kejujuran responden dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan semasa pentadbiran
borang soal selidik.

Kajian juga tidak boleh dilakukan secara menyeluruh disebabkan tempoh masa yang terhad.
Tambahan pula, pengkaji perlu menggunakan sumber kewangan sendiri dalam menjalankan kajian
ini. Sehubungan dengan itu, kajian hanya dapat dibuat untuk bilangan sampel yang kecil sahaja.

7. Metodologi Kajian: sama ada:

i. kajian kepustakaan
ii. pengambilan foto kawasan kajian
iii. menemubual
iv. menggubal soal selidik
v. mendapatkan data primer dan data sekunder yang merangkumi data kuantitatif dan data
kualitatif
vi. mengadakan observasi melalui lawatan.
vii. kajian lapangan.

8. Sumber Data Primer


8.1. Kajian Lapangan / Pemerhatian :
8.2. Borang Soal Selidik :
8.3. Kaedah Temubual :

9. Sumber Data Sekunder


9.1. Kajian Kepustakaan
9.2. Mana-mana dokumen, buku jurnal, majalah ilmiah, akhbar dan seumpamanya.
9.3 Elakkan menggunakan buku PMR, SPM atau STPM. Ingat status anda sebagai mahasiswa.

10. Penutup

11. Rujukan