Anda di halaman 1dari 2

CLUSTER OF BUSINESS AND MANAGEMENT

SEPTEMBER / 2018

MPU3122

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NO. MATRIKULASI : 9
NO. KAD PENGNEALAN : 9
NO. TELEFON : 0
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : Kuala Selangor Learning Centre

.
MPU3122

LAPORAN REFLEKTIF
MPU3122 (TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA)

Terdapat pelbagai informasi berkaitan bagaimana tamadun dunia berkembang sebagai contoh
Tamadun Melayu, Islam, Cina dan India, kepelbagaian budaya dan agama yang tercetus dari
pembinaan tamadun tersebut. Dengan lahirnya pelbagai tamadun, saya juga dapat mengenali
pelbagai tokoh yang dapat dijadikan sebagai idola dan iktibar untuk diri sendiri dan rakan
rakan yang mempelajari topik ini. Selain itu, saya juga amat bersyukur kerana mempelajari
latar belakang dan asal usul pelbagai bangsa yang kini merupakan komponen utama dalam
masyarakat majmuk di Malaysia.

Sepanjang mengikuti kursus MPU3122 melalui pembelajaran jarak jauh ini, ianya amat
mencabar bagi saya kerana saya harus banyak membaca nota, bertanya kepada rakan rakan
untuk betul betul memahami ilmu yang ingin disampaikan. Ianya amat bernilai untuk diri
saya sendiri apabila saya dapat meneladani dan menghargai perjuangan datuk dan nenek
masa lalu. Ini juga amat berbeza dari zaman persekolahan yang saya akan ke bilik darjah
untuk belajar dan kini hanya melalui internet di alam maya. Saya harus fokus dan berdisiplin
kerana konsep pembelajaran tidak lagi seperti dahulu dan saya berjaya membahagikan masa
untuk belajar disamping bekerja untuk mencari rezeki.

Pembelajaran secara maya ini amatlah harus dimanfaatkan sebaiknya dan terdapat beberapa
cadangan untuk kita meningkatkan lagi kualiti pembelajaran melalui maya ini. Antaranya
adalah dengan mempunyai sesi lawatan dan kajian ke lokasi besejarah supaya ilmu dan idea
dari buku teks dapat difahami dan digunapakai dalam kehidupan seharian. Selain itu, pihak
universiti juga boleh memberi akses kepada bank soalan dari ‘digital library’ untuk kegunaan
pelajar. Ini kerana saya sendiri lebih menggemari untuk belajar melalui menjawab soalan
untuk pengertian yang lebih mendalam daripada hanya membaca nota teks yang disediakan.
Perkongsian nota ringkas melalui sesi ‘forum’ dapat diperbanyakkan lagi untuk
meningkatkan kefahaman pelajar semasa melayari ‘VLE – myINSPIRE. Semoga apa yang
telah saya cadangkan akan digunakan untuk sesi akan datang untuk kebaikan saya dan rakan
rakan yang lain.

(299 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai