Anda di halaman 1dari 12

MEMIMPIN SESUATU PERUBAHAN DI SEKOLAH/ ORGANISASI

Untuk menjayakan sesuatu perubahan, seorang pemimpin perlu mempunyai


pendekatan yang sistematik, berstruktur dan terancang. Tujuan melaksanakan
perubahan perlulah jelas iaitu merujuk kepada pencapaian organisasi, bukan
kepentingan diri pemimpin. Ia termasuk memastikan perubahan berlaku dengan
meningkatkan motivasi, kecekapan, keberkesanan serta dapat mengurangkan konflik
dalam organisasi.
Model yang paling sesuai dalam memimpin perubahan di sekolah adalah Model 8
Langkah Kotter yang mana model ini dibina menggunakan asas Model Perubahan
Kurt Lewin.

Model Perubahan Kurt Lewin

Model Perubahan 8 Langkah Kotter

1
Dalam Model Perubahan 8 Langkah Kotter, tiga langkah pertama merupakan langkah
fasa pencairan, tiga langkah seterusnya merupakan fasa perubahan dan baki dua
langkah lagi adalah fasa pembekuan semula. Kotter juga ada menyebut dalam buku
beliau bahawa sekiranya salah satu langkah diabaikan, boleh menyebabkan
keseluruhan proses perubahan akan gagal.
Oleh itu, sepatutnya setiap pemimpin sekolah yang melaksanakan perubahan perlu
mengikut setiap langkah dalam 8 Langkah Perubahan Kotter. Perbincangan berkaitan
setiap langkah yang sepatutnya berlaku di sekolah dan yang kebiasaan berlaku di
dalam jadual di bawah;

Langkah 1: Cipta Keperluan/ Kesedaran Untuk Berubah


Amalan Sepatutnya Berlaku Amalan Biasanya Berlaku
Menyediakan seluruh warga organisasi Pemimpin menunjukkan kehendak untuk
kefahaman keperluan untuk berubah berubah dengan memaksa warga
(need for change) bukan kehendak mengikut arahan-arahan dari masa ke
untuk berubah (want for change). masa
Penambahbaikan
Dalam hal mencipta kesedaran untuk berubah, pemimpin seharusnya menyediakan
suasana perubahan secara menyeluruh supaya seluruh warga sekolah sedar akan
keperluan untuk berubah. Ini dapat dilaksanakan dengan mengkaji secara
mendalam data-data menggunakan alat-alat yang sesuai. Dengan mempamerkan
data dan masalah yang ada, akan mendorong warga sekolah untuk melaksanakan
perubahan.

Langkah 2: Bentuk Pakatan/ Pasukan yang Kuat


Amalan Sepatutnya Berlaku Amalan Biasanya Berlaku
Membentuk satu pasukan yang terdiri Pemimpin sekolah mengamalkan pilih
dari pelbagai kemahiran dan kasih (favoritism). Hanya satu pasukan
pengalaman dalam membantu yang bergerak untuk berubah dan
menyebar dan membimbing perubahan mengabaikan warga yang tiada
sefahaman walaupun mempunyai
kemahiran dan pengaruh dalam
organisasi.

2
Penambahbaikan
Pemimpin sepatutnya tiada sifat pilih kasih. Mempunyai keterbukaan dalam
menerima idea dan kritikan dari semua warga sekolah. Perlu melibatkan semua
kepakaran yang ada dengan memaksimumkan keupayaan pasukan perubahan
yang dibentuk. Mempunyai sifat mudah didekati dengan meletakkan pandangan
positif pada semua warga dapat mengelakkan dari mempunyai sikap favoritism.
Sentiasa rasional dalam menyatakan pendirian dalam menggerakkan pasukan
perubahan.

Langkah 3: Cipta Visi Perubahan


Amalan Sepatutnya Berlaku Amalan Biasanya Berlaku
Visi, Misi, dan Matlamat yang hendak Visi, Misi dan Matlamat hanya sekadar
dicapai perlu jelas dan difahami oleh ada. Ianya tidak menjelaskan perubahan
seluruh warga sekolah. yang perlu dilakukan. Pemimpin sendiri
tidak memiliki pemahaman yang jelas.
Penambahbaikan
Visi sepatutnya jelas dan mudah difahami. Oleh itu, penulisan dan pemilihan visi
perlu jelas menjawab soalan apa yang hendak dicapai di masa hadapan. Perlu
menghasilkan misi mengikut acuan dan kemampuan sekolah.

Langkah 4: Menyalurkan Visi/ Menyebarkan Visi Perubahan


Amalan Sepatutnya Berlaku Amalan Biasanya Berlaku
Visi yang jelas perlu disalurkan/ Visi hanya ada dalam buku, papan
disebarkan dengan bantuan pasukan kenyataan dan dinding-dinding.
kuat yang telah dibentuk supaya setiap Penyebaran tidak berlaku secara
warga kuasai visi perubahan yang menyeluruh dalam warga sekolah.
sedang berlaku Hanya pemimpin sahaja bercakap
tentang visi.
Penambahbaikan
Pemimpin perlu gerakkan pasukan yang telah dibina supaya dapat menyampaikan
visi perubahan yang akan/ sedang dilaksanakan. Dengan ini pemahaman dan
penguasaan visi sekolah lebih menyeluruh dan perubahan dapat dilaksanakan
dengan baik. Pemimpin juga perlu sering katakan tentang visi perubahan, secara

3
terbuka dan jujur menanggani kerisauan dan pandangan orang lain supaya semua
jelas. Sentiasa terapkan visi dalam setiap operasi kerja dan menunjukkan contoh
melalui tauladan

Langkah 5: Hapuskan Halangan/ Menurunkan Kuasa


Amalan Sepatutnya Berlaku Amalan Biasanya Berlaku
Pemimpin perlu kenal pasti halangan Pada peringkat sekolah, perkara ini
yang akan kurangkan peluang jarang berlaku iaitu kenal pasti dan
perubahan seperti struktur, sistem atau hapuskan halangan pada peringkat
prosedur. Ia juga boleh dilaksanakan awal. Tiada penurunan kuasa berlaku
dengan memperkasakan individu/ untuk sediakan warga sekolah
kumpulan dengan pengetahuan, sumber melaksanakan perubahan. Hanya akan
dan kemahiran dalam mendepani selesaikan apabila halangan tersebut
halangan dari peringkat awal timbul tanpa ada mekasnisme atau
persediaan awal dari segi pengetahuan,
kemahiran mahupun sumber
Penambahbaikan
Pemimpin perlu menguasai alat-alat untuk mengenalpasti masalah dan
menyelesaikan masalah. Perlu juga sentiasa membuka ruang yang cukup kepada
semua warga sekolah untuk suarakan pendapat, kerisauan dan pandangan. Dan
mengambil kira semua pandangan warga sekolah supaya perubahan berjalan
lancar tanpa ada seretan dari masalah-masalah yang boleh diselesaikan peringkat
awal.

Langkah 6: Sasaran Masa Pendek/ Kejayaan Jangka Pendek


Amalan Sepatutnya Berlaku Amalan Biasanya Berlaku
Kejayaan jangka pendek perlu ada Sentiasa mengharapkan terus hasil akhir
sepanjang melaksanakan perubahan. perubahan tanpa mencipta kejayaan-
Kejayaan ini penting dalam kejayaan kecil sepanjang proses
menunjukkan makna perubahan yang perubahan. Tidak meraikan dan terus
sedang dilaksanakan. Ia juga bertujuan memaksa warga sekolah berubah
memberikan motivasi kepada warga kepada yang ditetapkan.
sekolah.

4
Penambahbaikan
Perlu memotivasikan warga sekolah dengan hasil-hasil dalam proses
melaksanakan perubahan. Menjelaskan dengan membandingkan perubahan yang
telah dilaksanakan dengan sebelum perubahan berlaku dapat menaikkan semangat
warga sekolah untuk meneruskan perubahan. Sentiasa meraikan kejayaan-
kejayaan kecil supaya perubahan yang sedang berlaku nampak realistik, bukan
hanya omongan kosong.

Langkah 7: Teruskan Perubahan/ Kukuhkan Penambahbaikkan


Amalan Sepatutnya Berlaku Amalan Biasanya Berlaku
Dengan kejayaan kecil yang dicipta, Pemimpin cepat berpuas hati dengan
pemimpin akan gunakan momentum kejayaan-kejayaan kecil. Tiada
yang terhasil untuk menyelesaikan peningkatan dilakukan kerana cepat
halangan-halangan yang lebih besar. selesa dengan kejayaan kecil yang telah
Perlu sentiasa lakukan penambahbaikan dicapai.
melalui analisis yang sesuai untuk
meningkatkan lagi pencapaian.
Penambahbaikan
Sentiasa perlu tanam dalam diri seorang pemimpin bahawa kejayaan-kejayaan kecil
sebernarnya dapat dijadikan lebih besar dan memacu perubahan secara
menyeluruh dengan sedikit modifikasi yang sesuai supaya dapat meningkatkan lagi
pencapaian. Ini sedikit sebanyak dapat mendekatkan lagi perubahan yang
dilaksanakan kepada visi yang dirancang.

Langkah 8: Kukuhkan Perubahan/ Pembudayaan Perubahan


Amalan Sepatutnya Berlaku Amalan Biasanya Berlaku
Pembudayaan amalan yang Meraikan kejayaan pencapaian dengan
dilaksanakan tidak cukup jika hanya melupakan keperluan membudayakan.
berlaku sepanjang proses perubahan. Ia Ini biasa berlaku kerana perubahan yang
sepatutnya dijadikan satu budaya. Untuk berlaku secara mendadak, secara paksa
membudayakan, pemimpin perlu bukan secara biasa. Jadi tidak akan
sentiasa mendorong dan mempamerkan wujud pembudayaan. Tiada

5
kelebihan-kelebihan amalan yang pemantauan selepas berjaya juga selalu
dilakukan supaya menjadi satu budaya berlaku
Penambahbaikan
Pemimpin harus bersabar dalam melaksanakan perubahan dengan mengambil kira
semua faktor. Jangan ingin melakukan perubahan kerana terpaksa, sebaliknya
keinginan perubahan itu selaras dengan kehendak untuk berubah seluruh warga
sekolah. Sentiasa memantau dengan pelbagai kaedah seperti OPPM untuk
memastikan pembudayaan berterusan.

Memimpin sesuatu perubahan di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya juga
bukan merupakan satu proses yang cepat. Pelbagai perancangan perlu dilaksanakan
sebelum, semasa dan selepas melaksanakan perubahan. Tiada persediaan yang
rapi, gagal meneliti keseluruhan keperluan perubahan akan menjadi punca kepada
kegagalan untuk berubah.

Oleh itu, dapat disimpulankan bahawa penggunaan Model 8 Langkah Kotter sangat-
sangat membantu dalam memimpin perubahan di sekolah.

MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN


Semasa proses melaksanakan perubahan, pasti banyak keputusan yang perlu dibuat.
Keputusan yang dibuat mestilah menjurus kepada kepentingan sekolah. Oleh yang
demikian, untuk meyakinkan semua warga sekolah, sebarang keputusan yang dibuat
mestilah dilengkapkan dengan pelbagai sumber data, pandangan pelbagai pihak dan
melibatkan ahli-ahli dalam organisasi sekolah.
Kebiasaan yang berlaku, di sekolah kebanyakan pemimpin hanya membincangkan
keputusan berdasarkan satu data sahaja. Sebagai contoh, keputusan UPSR
menurun, hanya difokuskan kepada GPS sekolah sahaja. Dengan pantas membuat
keputusan untuk menambahkan lagi kelas-kelas tambahan. Ini yang selalunya
berlaku.
Sepatutnya pemimpin hari ini perlu melengkap diri dan organisasi dengan alat-alat
membuat keputusan. Ini dapat membantu mencari keputusan yang lebih tepat
seterusnya menyelesaikan masalah. Bagi contoh di atas, sepatutnya seorang
pemimpin yang bagus, perlu meneliti data secara menyeluruh. Boleh menggunakan

6
alat seperti Pokok Diagnostik untuk menentukan punca sebenar UPSR menurun.
Apabila punca sebenar dikenal pasti, barulah boleh melaksanakan strategi dengan
analsis SWOT seterusnya merangka pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah.
Barulah terhasil keputusan yang luar biasa dan meyakinkan.

Pokok Diagnostik

Proses membuat keputusan perlu melalui Tujuh Langkah (7) iaitu;


Langkah Perkara
1 Mendefinisikan Keputusan
Seorang pemimpn atau pembuat keputusan kena kenal pasti keputusan
apa yang perlu dibuat, samada hala tuju organisasi atau menyelesaikan
masalah.
2 Kumpul data-data yang berkaitan
Data yang dikumpul perlu ada perkaitan dengan tujuan membuat
keputusan. Data dalaman atau data dari luaran perlu diambil kira selagi
ada kaitan dengan keputusan yang akan dibuat.
3 Mengenalpasti Pilihan
Semasa proses pengumpulan data berlaku, pasti akan wujud pelbagai
alternatif pilihan untuk penyelesaian masalah. Jadi perlu senaraikan
semua pilihan yang berkaitan

7
4 Menilai Pilihan
Proses ini ini memerlukan perbincangan dan input dari perlbagai pihak
dan sumber. Perlu ada imaginasi atau simulasi masa hadapan atas
setiap pilihan yang mungkin. Semasa ini, alat yang sesuai digunakan
adalah Matrik Keputusan/ Matrik Ranking
5 Membuat Pilihan
Dari senarai yang telah dijana, pilihan perlu dibuat dengan memilih
penyelesaian yang paling baik. Boleh juga pilihan dilaksanakan dengan
mengabungkan beberapa pilihan yang ada.
6 Melaksanakan Pilihan
Melaksanakan pilihan keputusan yang terbaik.
7 Menilai Pilihan dan Kesan Pilihan tersebut
Setelah dilaksanakan pilihan keputusan, perlulah penilaian semula
pilihan serta menilai kesan-kesan dari pilihan yang telah dibuat. Jika
masalah tidak selesai, perlu lihat semula mana-mana langkah untuk
tambahbaik.

MENYELESAIKAN MASALAH TERTENTU


Di sekolah, tidak dapat lari dari sebarang masalah. Semasa melaksanakan
perubahan, pasti akan bertemu dengan pelbagai masalah.
Kebiasaan yang berlaku, penyelesaian masalah oleh pemimpin sekolah akan
menyebabkan wujudnya masalah lain. Ini kerana, penyelesaian masalah
dilaksanakan secara logik dengan tidak merujuk kepada data atau maklumat yang
berkaitan. Dengan kata lain, hanya selesaikan masalah di peringkat permukaan,
bukan peringkat dasar.
Bagi seorang pemimpin yang hebat, beliau akan melihat masalah sebagai satu
peluang. Dengan menggunakan pendekatan yang tepat, penyelesaian yang betul
sekolah akan menjadi lebih hebat. Oleh itu setiap masalah yang berlaku perlulah
dianalisis secara medalam dengan mengambil kira pelbagai sumber, data dan
maklumat dengan mengukan alat-alat yang sesuai.
Untuk menyelesaikan masalah secara berkesan, seorang pemimpin boleh
menggunakan 6 langkah berikut;

8
Model 6 Langkah Penyelesaian Masalah

Langkah 1-Kenal Pasti Masalah


Sebelum memulakan proses, masalah yang ingin diselesaikan perlu di kenal pasti
terlebih dahulu. Sejauh mana kandungan masalah tersebut, latar belakang masalah
dan sintom-simtom yang ditunjukkan oleh masalah.

Langkah 1

Langkah 2-Tentukan Punca Sebenar Masalah


Dalam proses ini, pelbagai alat yang boleh digunakan. Antara alat yang boleh
digunakan adalah Gambarajah Tulang Ikan, Analisis 5 Langkah, Analisis Pareto dan
lain-lain lagi. Untuk mendapatkan punca secara lebih tepat, perlu melibatkan pelbagai
pihak dan data.

Langkah 2

9
Langkah 3-Membina Alternatif Pilihan Penyelesaian
Selalunya, langkah ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan COWS Matrik.
Boleh senaraikan alternatif pilihan penyelesaian dengan ambil kita kekuatan dalaman
dan peluang-peluang yang ada.

Langkah 3

Langkah 4- Membuat Pilihan Penyelesaian


Dalam membuat pilihan, kita boleh gunakan alat seperti Matrik Kedudukan (Matrixs
Ranking), Analisis Force Field dan Diamond Nine. Melalui penggunaan alat-alat ini
dapat memilih penyelesaian terbaik.

Langkah 4

10
Langkah 5- Melaksanakan Pilihan Penyelesaian
Langkah ini perlukan perancangan yang rapi setelah kita memilih penyelesaian yang
terbaik. KPI perlu ditetapkan untuk meneliti kadar kejayaan penyelesaian masalah.

Langkah 5

Langkah 6- Menilai Hasil/ Kesan


Pada proses ini, kita nilai semula adakah masalah telah diselesaika dengan
melaksanakan proses pemantaun yang berterusan.

Langkah 6

Di peringkat sekolah, proses-proses ini berlaku. Tetapi tidak menyeluruh. Selalunya


pemimpin gagal pada peringkat menyediakan pilihan alternatif dan pemantaun. Oleh
itu setiap pemimpin perlu melaksanakan proses penyelesaian masalah dengan
mengikut langkah-langkah yang telah di bincangkan.

11
PENUTUP
Memimpin perubahan bukan sesuatu yang mudah. Terdapat pelbagai cabaran yang
perlu dihadapi. Dalam masa yang sama, pelbagai keputusan yang perlu dibuat. Tidak
kurang dengan pelbagai masalah yang timbul. Dengan menggunakan bantuan Model-
Model dan Alat-alat yang ada, seorang pemimpin pasti tidak gagal dalam Menerajui
Perubahan.

RUJUKAN
1. Bahan e-Resos lama e-NPQEL
2. Modul Latihan Alat Coaching and Mentoring dalam Pendidiakan tulisan Abdul Razak
bin Alias
3. Laman ACCIPIO (https://www.accipio.com/)
4. Laman UMass (https://www.umassd.edu/)
5. Laman Free Managemnet E-Book (http://www.free-management-ebooks.com/)
6. Majalah Dimensi KOOP Bil.51,2016

12

Anda mungkin juga menyukai