Anda di halaman 1dari 30

2.

Pertumbuhan Dan
Perkembangan Individu
• Konsep pertumbuhan dan
perkembangan
• Prinsip-prinsip asas
pertumbuhan dan
perkembangan
• Faktor-faktor yang
mempengaruhi pertumbuhan
dan perkembangan individu
Konsep Pertumbuhan Dan Perkembangan
Pertumbuhan
• Pertumbuhan adalah perubahan yang terjadi pada manusia terutama
berkaitan dengan perubahan fizikal dalam bentuk pertambahan
ukuran, berat badan, tinggi, tulang rangka badan bertambah.
• bersifat irreversible (tidak dapat kembali ke asal) dan akan berhenti
apabila mencapai kematangan fizikal.
• Perubahan yang boleh dinilai atau diukur secara kuantitatif dari satu
peringkat kepada peringkat yang lain.
Ciri-ciri pertumbuhan
Perkembangan
• Perkembangan merupakan proses perubahan yang terjadi dalam diri
individu sebagai akibat dari kematangan dan pengalaman.
• Bersifat kualitatif kerana ia tidak dapat diukur tetapi menunjukkan
perubahan yang jelas jika dibandingkan dengan peringkat awal.
• Tidak dapat dijelaskan dalam bentuk angka. Contohnya kanak-kanak
yang berumur 10 tahun mungkin tidak sama tahap perkembangan
pemikirannya dengan rakan-rakan sebaya dengannya.. Mungkin
cepat mungkin lambat..
Ciri-ciri Perkembangan
Pertumbuhan dan perkembangan adalah saling berkait.

Bermaksud

Jika pertumbuhannya bagus maka perkembangan juga biasanya akan


menjadi baik
Prinsip-prinsip asas pertumbuhan dan
perkembangan
Terdapat beberapa prinsip pertumbuhan dan
perkembangan yang terjadi pada setiap
individu yang bersifat umum iaitu terjadi
kepada setiap bangsa atau di mana tempat
sekalipun.

Ini menunjukkan semua manusia akan


mengalami pertumbuhan dan perkembangan
ini walaupun keadaan dan situasinya serta
aspek2nya berbeza bergantung kepada
factor-factor penyebabnya.
Prinsip pertama, perkembangan kanak-kanak
berlangsung dari kepala ke bawah (dari atas ke bawah) ’
cephalocaudal’.
• Ini bermaksud kanak-kanak pada dasarnya akan mula mengawal
diri mulai dengan kawalan di bahagian kepala.
• Kepala kanak-kanak kecil biasanya berat kerana perkembangan
sudah banyak berlaku di bahagian kepala dibandingkan dengan
bahagian lain misalnya, bahagian kaki.
• Ini kerana apabila kanak-kanak ditiarapkan, dia hanya dapat
mengangkat dadanya apabila ia dapat mengangkat kepalanya.
• Kemudian kawalan di bahagian tangan di mana mereka
mempelajari untuk memegang objek-objek. K
• emudian mereka akan membina kekuatan dan kawalan pada
bahagian kaki dan bermula untuk merangkak, berdiri dan
berjalan.
Prinsip kedua, perkembangan kanak-kanak berlangsung dari
tengah badan ke bahagian luar (tengah ke
tepi) ‘proximodistal ‘ dan hingga ke hujung anggota.

• Saraf tunjang berkembang dahulu daripada bahagian-bahagian badan


yang lain.
• Sewaktu di dalam kandungan, iaitu ketika bahagian kepala dan badan
sudah dikatakan cukup terbentuk, bahagian anggota kaki dan tangan
hanya merupakan puntung-puntung yang belum tumbuh.
• Secara beransur-ansur, puntung tangan ini akan memanjang dan
berkembang menjadi tangan dan jari.
• Contohnya, bahagian lengan kanak-kanak berkembang dahulu
daripada bahagian telapak tangan dan bahagian tangan dan
kaki berkembang dahulu daripada jari-jari tangan dan kaki.
Prinsip-prinsip asas pertumbuhan dan
perkembangan yang ketiga dan keempat
Prinsip-prinsip asas pertumbuhan dan
perkembangan yang kelima dan keenam.

Dan berterusan
Prinsip ketujuh, perkembangan kanak-kanak bergantung
kepada kematangan dan pembelajaran yang ada
dipersekitaran mereka.
• Kanak-kanak akan bertambah baik dalam pemikiran (kognitif) dan
kemahiran psikomotor (fizikal) mereka apabila otak dan sistem saraf
berkembang dengan pembelajaran baru yang berterusan daripada
persekitaran.
• Kanak-kanak mesti matang ke satu tahap tertentu sebelum mereka dapat
memperoleh kemahiran baru. Contohnya, seorang bayi empat bulan tidak
boleh berbahasa kerana sel-sel otak bayi untuk bahasa belum matang lagi.
• Kematangan di sini merujuk kepada apa-apa sahaja perubahan yang
berlaku dengan perubahan umur yang bergantung pada tumbesaran fizikal.
• Pola kematangan telah terprogram oleh keturunan, urutan perubahan
badan adalah seragam di antara individu-individu walau bagaimnapun,
terdapat perbezaan dalam kadar perubahan.
Prinsip kelapan, perkembangan kanak-kanak
berlangsung daripada mudah (konkrit) kepada yang
lebih kompleks.
• Kanak-kanak hanya boleh memahami contoh-contoh konkrit (barang
maujud) semasa awal kanak-kanak.
• Mereka hanya memahami konsep-konsep yang abstrak dan kompleks
apabila mencapai zaman keremajaan.
• Kanak-kanak menggunakan kemahiran kognitif dan bahasa yang
mudah dalam zaman awal kanak-kanak untuk memberi
sebab-musabab dan menyelesaikan masalah.
• Selepas itu, kuasa penghujahan mereka bertambah baik kerana ketika
itu mereka sudah boleh membezakan dan mengklasifikasikan
objek-objek.
Prinsip yang terakhir yang kesembilan adalah
kadar tumbesaran dan perkembangan tersendiri.

• Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan kadar tumbesaran


mereka juga adalah berbeza-beza.
•Walaupun pola, urutan tumbesaran dan perkembangan
adalah serupa bagi semua kanak-kanak, tetapi kadar
pencapaian peringkat tumbesaran bagi setiap kanak-kanak
adalah berbeza.
•Terdapat satu julat umur bagi setiap tugas perkembangan
untuk berlaku. Walau bagaimanapun, ianya tidak seragam di
dalam diri seseorang individu kanak-kanak.
Faktor-faktor yang
mempengaruhi
pertumbuhan dan
perkembangan
individu
Baka /
genetik
Jantina

•Faktor yang mempengaruhi perkembangan dan


pertumbuhan manusia berikutnya adalah jenis
jantina.
•Laki-laki dan perempuan tentu akan memiliki proses
tumbuh kembang yang berbeza, baik secara fizikal
mahupun mental/pemikiran.
•Perkembangan perempuan untuk menjadi dewasa
juga biasanya lebih cepat berbanding lelaki.
Nutrisi dan Pemakanan

•Untuk fugsi tubuh yang lebih optimal, pengambilan nutrisi


juga harus seimbang.
•Kecukupan gizi memainkan penting sebagai faktor yang
memengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia.
•Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan terbantutnya proses
ini. Selain itu, pemakanan yang tidak seimbang dan
berlebihan juga akan menyebabkan berlakunya masalah
kesihatan.
Aktiviti Fizikal

•Aktivitas fizikal amat penting dalam meningkatkan


pertumbuhan seseorang.
•Jika seseorang melakukan aktiviti fizikal yang baik,
kekuatan otot dan tulangnya akan tumbuh dengan
baik.
•Selain itu, ia turut memainkan peranan penting dalam
meningkatkan tahap kesihatan dan
mampu meningkatkan sistem imun tubuh.
Pendidikan

•Pendidikan, baik sekolah mahu pun keluarga, penting


dalam meningkatkan perkembangan seseorang.
•Pendidikan yang baik akan memberikan kesan yang
positif bagi mental, intelektual, emosional, dan
kemampuan sosial.
•Proses penerapan pendidikan juga akan membimbing
kedewasaan anak untuk menjadi lebih baik.
Persekitaran
•Persekitaran juga dianggap penting sebagai faktor yang
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan
manusia.
•Faktor persekitaran ini amat luas, dari masyarakat,
kemampuan ekonomi, keluarga, rumah tangga,
kemajuan teknologi, penyediaan nutrisi, hingga geografi.
•Persekitaran yang sihat akan memberi pengaruh yang
baik bagi pertumbuhan dan perkembangan seseorang,
begitulah juga sebaliknya.
Kepentingan untuk Guru mempelajari dan
Memahami Proses pertumbuhan dan
Perkembangan
Rujukan tambahan..

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDUP3023 (versi suara) PERBEZAAN PERTUMBUHAN DAN


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK – YouTube

Perbedaan Pertumbuhan dan Perkembangan - YouTube


Terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai