Anda di halaman 1dari 7

Latihan Kebakaran SK CIJ 1 (Sekolah Berprestasi Tinggi )

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka surat


1. Isi Kandungan i
2. Kertas Kerja
3. Laporan Post-Mortem 1-2
3.1 Tarikh sebenar
3.2 Masa sebenar
3.3 Tempat sebenar
3.4 Perasmi
3.5 Kehadiran
3.6 Ulasan Guru Besar
3.7 Kebaikan
3.8 Kekurangan
3.9 Penambahbaikan
3.10 Rumusan
4. Lampiran
Lampiran – Gambar Aktiviti

(i)

LAPORAN POST-MORTEM
Latihan Kebakaran SK CIJ 1 (Sekolah Berprestasi Tinggi )

BIL PERKARA BUTIRAN

1. Tarikh Sebenar 5 Oktober 2017

2. Masa Sebenar 8.15 pagi hingga 10.15 pagi

3. Tempat Sebenar Padang SK Convent Infant Jesus (1)

4. Perasmi Pn Kamarih binti Mohd Dawam

5. Kehadiran Tetamu Kehormat : Tiada


Para PIBG/ibu bapa: 3 orang AJK PIBG
Para guru : 32/32 orang (100%)
Staf sokongan : 2/2 (100%)
Murid : 300 /307 orang (97.7 %)

6. Ulasan Guru Besar Program ini amat bermanfaat kepada para semua murid SK CIJ1, seluruh
warga SK CIJ(1) dan para ibu bapa. Program ini ternyata dapat memberi
impak yang sangat positif dalam membina kesedaran dan memahami
tentang bahaya musibah kebakaran, cara-cara mengatasi dan teknik-
teknik/langkah-langkah yang perlu di ambil jika berlaku kebakaran.
Seterusnya program yang dianjurkan ini dapat memupuk persefahaman
dan kerjasama antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan
warga SK CIJ(1) dan para ibu bapa. Demonstrasi kebakaran dan taklimat
yang dijalankan oleh pihak bomba dan penyelamat yang melibatkan
warga sekolah dan para ibu bapa telah memberi satu pengalaman yang
sangat berguna dan tidak ternilai harganya kerana telah memberi
kesedaran dan ilmu pengetahuan tentang keselamatan diri dan harta
benda.

7. Kebaikan / Impak a) Pn. Elmi menyatakan program telah memberi pengetahuan yang
jelas tentang bahaya bencana kebakaran dan langkah-langkah
positif
yang perlu diambil oleh seluruh warga sekolah dan para ibu bapa.
b) En Sufian menyatakan bahawa latihan kebakaran ini telah
memberi pengalaman kepada warga sekolah cara-cara
menggunakan alat pemadam api yang disediakan jika berlaku kes
kebakaran.
Latihan Kebakaran SK CIJ 1 (Sekolah Berprestasi Tinggi )

c) En Ahmad Saufi Taklimat dan demonstrasi oleh pihak bomba


dan penyelamat sangat jelas untuk difahami oleh orang dewasa
dan kanak-kanak kerana mereka seolah-olah terlibat dalam
situasi sebenar kebakaran.
d) Pn Azalia menyatakan program ini memberi penglaman yang
sangat berguna sebagai persediaan kepada guru-guru, murid-
murid dan ibu bapa jika berlaku kes kebakaran. Program ini juga
sangat menarik kerana pihak bomba dan penyelamat turut
membuat pameran alatan dan jentera pihak bomba dan
penyelamat serta demonstrasi bantuan kecemasan.

8. Kekurangan / Impak a) Pn. Chandra menyatakan bahawa perlu juga diadakan pameran
negatif visual di dewan sekolah untuk program pada tahun hadapan.
b) Pn. Zubaidah menyatakan bahawa setiap guru kelas dan guru
mata pelajaran perlu lebih mengawasi dan bertindak dengan lebih
pantas jika berlaku kes kebakaran seperti mana yang telah
ditetapkan oleh jawatankuasa keselamatan sekolah melalui
taklimat yang telah disampaikan.
c) Pn Ramlah mencadangkan agar AJK pemantauan setiap blok
bangunan sekolah perlu ditambah agar tindakan menyelamat
berlaku dengan lebih pantas sebelum ketibaan pihak bomba dan
penyelamat.
d) Pn Rasidah menyatakan bahawa kawasan perhimpunan semasa
kecemasan perlu ditambah baik supaya tidak berlaku suasana
yang tidak teratur bagi memudahkan guru-guru dan murid-murid
mancatat dan melaporkan kehadiran bagi tujuan operasi
menyelamat.

9. Cadangan a) Surat permohonan kepada pihak bomba dan penyelamat pada


Penambahbaikan tahun hadapan akan memohon agar mereka mengadakan
pameran visual di dewan sekolah.
b) Taklimat tentang tindakan-tindakan/langkah-langkah yang perlu
diambil sekiranya berlaku kebakaran akan diadakan sekurang-
kurangnya tiga kali setahun terutama bagi murid-murid tahap 1.
Namun begitu, guru-guru kelas disarankan untuk memberi
taklimat di dalam kelas seberapa kerap yang boleh.
c) AJK pengwasan setiap blok akan ditambah kepada 2 orang guru
untuk setip blok bagi meningkatkan lagi operasi menyelamat.
d) Perbincangan dan ketetapan tentang kedudukan kawasan
perhimpunan jika berlaku kecemasan akan diadakan dengan
pihak SK CIJ(2) bagi mengatasi suasana yang tidak teratur.
Latihan Kebakaran SK CIJ 1 (Sekolah Berprestasi Tinggi )

10. Rumusan Program Kolaboratif dan Jalinan Bersama Pihak Bomba dan Penyelamat
dan SK CIJ(2) Peringkat Sekolah ini perlu diteruskan pada masa akan
datang dan melakukan penambahbaikan berdasarkan pengalaman
program yang telah dijalankan.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

........................................... ...........................................

(En Zairil Azhar bin Ab Rahman) (Puan Kamariah bt. Mohd Dawam)

Penyelaras Jawatankuasa Keselamatan Guru Besar SK CIJ 1, Melaka

Demonstrasi Kebakaran
Latihan Kebakaran SK CIJ 1 (Sekolah Berprestasi Tinggi )

Kehadiran jentera bomba dan penyelamat

Murid dan guru berkumpul di tapak perhimpunan kecemasan


Latihan Kebakaran SK CIJ 1 (Sekolah Berprestasi Tinggi )

Operasi menyelamat mangsa

Taklimat latihan kebakaran/kecemasan oleh Pegawai Bomba (En Sufian bin Hasan)
Latihan Kebakaran SK CIJ 1 (Sekolah Berprestasi Tinggi )

Latihan memadam api

Anda mungkin juga menyukai