Anda di halaman 1dari 14

CIKGU HASNI BIN HASSAN

NOTA SAINS TAHUN 6


TAJUK MESIN
MESIN RINGKAS
Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal, yang memudahkan kita mengangkat
atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah pergerajkan atau
meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban. Dalam ayat yang
lebih mudah, mesin ringkas adalah alat yang membuatkan kerja kita menjadi
senang,

Mesin ringkas menggunakan satu daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke
atas satu beban. Beberapa mesin ringkas apabila digabungkan bersama untuk
membentuk mesin kompleks, akan mengurangkan daya yang diperlukan untuk
melakukan ‘kerja’ ke atas beban, seperti mengangkat atau menarik beban.

Mesin ringkas boleh dikelaskan kepada beberapa kategori :


• Tuas
• Takal
• Roda dan Gandar
• Satah Condong
• Baji
• Skru
• Gear

1. Tuas adalah mesin ringkas yang dibuat daripada sebatang kayu yang bebas
bergerak pada satu titik tetap yang dipanggil fulkrum. Tuas terdiri daripada tiga
bahagian, fulkrum , beban dan rod.

Tuas boleh dikelaskan kepada tiga kelas. Tuas kelas pertama, tuas kelas kedua
dan tuas kelas ketiga.
a) Tuas Kelas Pertama
Fulkrum berada di tengah – tengah. Beban berada pada satu hujung dan daya di
hujung yang satu lagi.

Contoh Tuas Kelas Pertama:


b) Tuas Kelas Kedua
Fulkrum berada pada satu hujung, beban berada di tengah – tengah, dan daya
berada pada hujung yang satu lagi.
Contoh Tuas Kelas Kedua:

c) Tuas Kelas Ketiga


Fulkrum berada pad satu hujung, daya di tengah dan beban pada satu hujung lagi.
2. Takal ialah mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang berputar pada
gandar dan tali.
Contoh–contoh takal ialah tiang bendera, layar bot dan kren. Takal membolehkan
kita menggerakkan objek ke atas, ke bawah dan susur tepi.

a) Takal tetap (tidak bergerak):

b) Takal bergerak:
Contoh-contoh takal:

3. Roda dan gandar. Gandar akan berputar apabila daya dikenakan pada roda.
Kereta, wagon dan peluncur beroda adalah contoh roda dan gandar. Roda dan
gandar menggerakkan objek dari satu tempat ke tempat yang lain.
4. Satah condong ialah mesin ringkas yang mempunyai permukaan rata yang
lebih tinggi pada satu bahagian. Satah condong membantu kita menaikkan dan
menurunkan sesuatu objek.
*semakin bertambah kecuraman satah condong, semakin bertambah daya
yang diperlukan untuk menolak beban.

Satah condong tidak mempunyai bahagian yang bergerak. Ia mengurangkan daya


yang diperlukan untuk menggerakkan objek dari satu ketinggian ke ketinggian
yang lain. Ia menjauhkan jarak yang dilalui
Beberapa contoh satah condong adalah penyendal pintu, tanjakan basikal,
gelongsor, bukit, tangga escalator dan anak tangga.
5. Baji adalah juga mesin ringkas. Baji adalah mesin yang membantu untuk
menolak dua objek berjauhan. Baji diperbuat kebanyakannya daripada dua satah
condong. Pisau, kapak, garpu dan paku adalah contoh – contoh mesin ringkas
baji.

Baji boleh terdiri daripada satu atau dua satah condong, yang mempunyai hujung
yang tajam, yang akan memisah, dan memotong atau menggerakkan, memegang
dan memberhentikan objek.Contoh-contoh baji:
6. Skru ialah mesin ringkas yang mana satah condong yang mengelilingi sebatang
rod. Skru digunakan untuk menurunkan dan menaikkan objek dan memegang
objek bersama. Beberapa contoh skru ialah pengapit, tangga berpilin, alat
pemegang paip, penutup bekas dan bicu atau jek.

Skru mempunyai dua fungsi utama.


1. Ia digunakan untuk memegang dan memasang beberapa objek
bersama.Contoh yang mudah ialah skru – skru kayu dan logam, dan juga skru
pada balang dan botol serta pada penutupnya.
2. Skru digunakan untuk mengenakan daya pada sesuatu objek, seperti fungsi
pada alat seperti ragum, pengapit G, pemegang paip dan alat pencabut gabus
seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah dibawah.

Contoh-contoh yang lain:


7. Gear adalah mesin ringkas seakan-akan roda dan gandar yang diubahsuai.
Gear merupakan mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang mempunyai gigi
atau bergerigi.

Sama seperti mesin ringkas yang lain, gear boleh mengubah arah apabila daya
dikenakan; atau meningkatkan atau mengurangkan daya, atau jarak di mana daya
dikenakan. Dalam kata lain, gear memudahkan pergerakan. Gear membantu
mengubah arah pergerakan dan kelajuan.

Gear berfungsi secara berkumpulan. Dua gear yang menjalankan


fungsi bersama dikenali sebagai gear
gabungan. Gear yang mana dikenakan daya
ke atasnya dikenali sebagai ‘gear pemutar’.
Gear yang terakhir dalam aturan kumpulan
dikenali sebagai ‘gear pengikut’.
Perhatikan arah anak panah pada gear
dalam rajah di atas. Menunjukkan bahawa
gear – gear bergerak dalam arah yang
berbeza.
Apabila satu gear berputar mengikut arah jam,
gear yang satu lagi berputar pada arah yang melawan arah putaran jam.

Apabila gear yang bersaiz besar berputar sekali, gear yang bersaiz kecil berputar
banyak kali. Oleh itu, gear yang bersaiz kecil berputar lebih cepat berbanding gear
yang bersaiz lebih besar. Dalam pasangan gear, gear yang lebih besar akan
berputar lebih perlahan berbanding gear yang bersaiz lebih kecil, tetapi berputar
dengan daya yang lebih besar.
Contoh peralatan yang menggunakan mesin ringkas gear ialah basikal, pemukul
telur dan jam tangan mekanikal.

Gear
besar

Gear kecil

MESIN KOMPLEKS

Apabila terdapat dua atau lebih mesin ringkas apabila bergabung untuk
melaksanakan suatu kerja bersama dikenali sebagai mesin kompleks.
Contoh-contoh mesin kompleks: Basikal, pengasah pensel

Anda mungkin juga menyukai