Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan

“Guru Pemacu Transformasi Pendidikan” merupakan tema hari guru pada tahun 2018.
Tema ini menerangkan bahawa guru ialah individu yang penting sebagai pendidik yang
merupakan penggerak usaha yang lebih cepat dan berkesan dalam membawakan pendidikan
ke arah yang lebih baik dan sempurna. Selanjutnya, guru dianggap sebagai agen penting dalam
menjayakan transformasi pendidikan negara berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Selain itu, guru juga haruslah komited dalam melahirkan murid yang memenuhi enam
aspirasi murid seperti yang dirangka dalam PPPM serta berkebolehan untuk menerajui negara
ke arah kemajuan pada peringkat global selaras dengan pencapaian matlamat Transformasi
Nasional 2025 (TN50). Akhir sekali, bagi menunaikan hasrat melahirkan warga yang berakal
nasional dan internasional, guru perlu bersedia untuk berubah untuk pelaksanaan tugas dengan
pemikiran aras tinggi dan berasaskan ciri futuristik.

 2.0 Peranan guru sebagai pemacu transformasi pendidikan negara

PERANAN GURU SEBAGAI PEMACU


TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Pengajar Pemimpin Motivator

Menyampaikan ilmu Merancang PdP dengan Mendorong murid untuk


pengetahuan pendekatan yang sesuai memahami dan
memanfaatkan potensi diri
Mengaplikasi KBAT dalam Mempamerkan personaliti
PdP yang positif Memberi pujian kepada
pencapaian murid
Menghubungkaitkan ilmu
dalam teks dengan kehidupan Mewujudkan persaingan yang
sebenar sihat

Rajah 1. Peranan guru sebagai pemacu transformasi pendidikan negara.


2.1 Guru sebagai pengajar

Seorang guru berperanan sebagai pengajar untuk menyampai ilmu pengetahuan


kepada murid-muridnya melalui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Ilmu
pengetahuan yang disampaikan bertujuan untuk meningkatkan daya intelek murid-murid dalam
memenuhi kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Bagi
merealisasikan harapan TN50, iaitu melahirkan warga masyarakat yang berdaya saing pada
tahap antarabangsa, guru haruslah memberi penekanan kepada aplikasi Kemahiran Berfikir
Asas Tinggi (KBAT) dalam PdP. Kesediaan guru dalam mengaplikasi KBAT memerlukan
komitmen dan usaha yang berterusan, antaranya guru haruslah melengkapkan diri dengan
bidang ilmu tertentu dan mempelbagai kemahiran pedagogi yang dapat merangsang kemahiran
berfikir murid-murid contohnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan
peta pemikiran. Tambahan pula, guru haruslah sentiasa mendedahkan kepada murid-murid
mengenai aplikasi ilmu dalam kehidupan sebenar supaya mendorong mereka untuk
memaksimumkan penggunaan ilmu dengan pemikiran secara kritis dan kreatif dalam
menyelesaikan masalah yang kelak dihadapi.

2.2 Guru sebagai pemimpin

Menurut Hendra Rofita (2016), dalam proses PdP, guru bertindak sebagai seorang
pemimpin yang mengetuai dan mengawal keadaan bilik darjah. Satu aspek yang perlu
ditekankan dalam peranan guru sebagai pemimpin ialah guru haruslah bertanggungjawab untuk
membuat perancangan dengan bijak dan teliti sebelum melaksanakan PdP. Ini adalah untuk
memastikan murid-murid terlibat secara aktif dalam PdP. Prasyarat bagi melakukan
perancangan yang sesuai adalah seorang guru haruslah menguasai pelbagai pendekatan
dalam PdP yang memenuhi aspek dalam Pendidikan Abad ke-21, contohnya kaedah Think,
Pair and Share, kerja berkumpulan dan sebagainya. Dengan ini, murid-murid dapat memahami
konteks pembelajaran dengan lebih mudah, secara tidak langsung juga akan meningkatkan
kemahiran memimpin dan nilai kerjasama dalam kalangan murid misalnya dalam kerja
berkumpulan. Selain itu, sebagai seorang pemimpin, guru haruslah mempamerkan personaliti
yang positif supaya dijadikan teladan kepada para murid untuk membentuk sahsiah dan
keperibadian yang baik yang memenuhi aspek etika dan kerohanian dalam aspirasi murid.
2.3 Guru sebagai motivator

Menurut Elly Manizar (2015), motivasi dalam diri murid adalah sangat penting dijadikan
sebagai daya penggerak kepada murid yang menimbulkan keinginan belajar yang tinggi dan
seterusnya menjamin kelangsungan dalam pembelajaran. Dalam hal ini, guru memegang
peranan yang penting sebagai seorang motivator yang memberi dorongan kepada murid-murid.
Dalam konteks ini, seorang guru haruslah bersikap terbuka terhadap kelebihan dan kelemahan
murid untuk mengelakkan perasaan rendah diri dalam kalangan murid. Selain itu, guru perlu
memberi dorongan kepada murid supaya mereka memahami seterusnya memanfaatkan
potensi diri serta dapat menetapkan kejayaan yang dijadikan sebagai tujuan pembelajaran.
Tambahan pula, guru sewajarnya memberi pujian kepada setiap pencapaian yang baik oleh
murid-murid untuk meningkatkan keyakinan diri mereka. Di samping itu, persaingan yang sihat
dalam kalangan murid haruslah diwujudkan supaya murid-murid akan bersungguh-sungguh
untuk memperoleh hasil yang terbaik secara serentak dapat merangsang pemikiran inovatif
dalam melakukan pembaharuan.

3.0 Langkah-langkah untuk meningkatkan profesionalisme kendiri guru

Profesionalisme kendiri seseorang guru perlu ditingkatkan bagi demi merealisasikan


transformasi pendidikan yang dirancang dalam PPPM. Salah satu langkah yang boleh diambil
oleh seorang guru dalam meningkatkan profesionalisme kendiri adalah dengan menghadiri
kurusus pendidikan sebagai tujuan menaikkan taraf profesionalisme keguruan. Dalam hal ini,
pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan satu program Pembangunan Profesional
Berterusan (PPB) yang bertujuan melengkapkan diri guru dengan nilai profesional,
pengetahuan dan kemahiran pengajaran terkini sebagai kesediaan dalam menghadapi
perubahan pesat dalam bidang pendidikan. Oleh itu, guru haruslah mengambil bahagian secara
aktif dalam kursus yang disediakan untuk memenuhi keperluan diri dalam memastikan
keberkesanan aktiviti PdP.

Selain itu, guru juga boleh menjalankan penyelidikan untuk mengenalpasti kelemahan
atau masalah yang terdapat dalam proses PdP. Dengan ini, guru akan lebih mahir dalam
membuat perancangan aktiviti PdP dengan menentukan strategi dan kaedah mengajar yang
sesuai disertakan dengan bahan bantu mengajar yang berkesan. Penyelidikan yang dijalankan
boleh ditafsirkan dalam penulisan untuk dijadikan rujukan kepada guru-guru yang lain. Ini
secara serentak dapat merealisasikan anjakan ke-4 dalam PPPM dengan membudayakan
kecemerlangan bersama melalui teladan rakan setugas.
Di samping itu, seorang guru haruslah bersikap gigih dalam memperkembangkan lagi
konsep kendiri. Dalam konteks ini, guru haruslah melakukan refleksi terhadap kelebihan dan
kelemahan dalam pengajaran dan memperihalkan aspek yang perlu diperbaikan. Pembentukan
konsep kendiri adalah penting dalam memupuk kebolehan interpersonal misalnya kebolehan
memimpin murid dan kepekaan dalam mengesan keperluan murid. Konsep kendiri yang baik
adalah seperti berkeyakinan tinggi, bersikap terbuka dan amanah. Dengan ini, guru akan
melaksanakan peranan dengan lebih berkesan dan ini turut akan meningkatkan kualiti
pengajaran.

Langkah yang terakhir dalam meningkatkan profesionalisme kendiri ialah guru haruslah
sentiasa meyelusuri perkembangan pendidikan dan teknologi semasa. Profesionalisme guru
haruslah dilengkapkan dengan usaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan secara
berterusan untuk menghadapi perubahan dalam sistem pendidikan. Sebagai contoh, kesan
daripada perkembangan teknologi terkini, guru disarankan untuk memanfaatkan penggunaan
TMK dalam proses PdP. Oleh hal yang demikian, guru haruslah menguasai kemahiran dalam
aplikasi TMK untuk menyediakan satu medium yang berkesan dalam menyampaikan
pengajaran bersesuaian dengan keperluan sistem pendidikan. Tambahan pula, guru juga perlu
prihatin terhadap isu-isu pendidikan semasa dan bersedia diri dengan menganalisis langkah-
langkah untuk menangani isu yang berkaitan.

4.0 Kesimpulan

Guru sebagai agen yang sangat penting dalam merealisasikan transformasi pendidikan
yang dirangka dalam PPPM 2013-2025. Oleh itu, setiap guru haruslah memberi komitmen yang
tinggi dalam melaksanakan peranan mereka bagi memastikan keberhasilan murid. Sehubungan
dengan itu, guru juga haruslah sentiasa mengambil inisiatif dalam peningkatan profesionalisme
kendiri sebagai usaha mempersiapkan diri untuk menghadapi pelbagai cabaran ke arah
mencapai transformasi pendidikan. Secara konklusinya, kejayaan dalam transformasi
pendidikan sangat mementingkan kualiti profesion dan peranan guru yang mendukung hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam melahirkan masyarakat yang seimbang dan
harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek yang bakal memimpin negara kepada
kejayaan yang lebih tinggi pada peringkat global.

(988 patah perkataan)


Bibliografi

Blandford, S. (2007). Mengurus pembangunan profesional di sekolah. (Munirah Mustaffa).


Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan Negara Malaysia Berhad. (karya asal diterbitkan pada
tahun 1999)

Elly Manizar. (2015). Peran guru sebagai motivator dalam belajar. Jurnal Pendidikan Agama
Islam, 1(2), 171-187.

Hendra Rofita. (2016). Bentuk peranan guru dalam memberi pendidikan kepimpinan. Jurnal
Kependidikan Islam, 2(1), 85-103.

Irma-Ain Binti Mohd Md. Som. & Zolkepeli Bin Haron. (2017). Kesediaan guru
mengimplementasikan kbat dalam pembelajaran dan pengajaran matematik sekolah
rendah.
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 18(14), 147-161.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-


2025. https://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/pelan-pembangunan-pendidikan-
malaysia-2013-2025

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Guru pemacu transformasi pendidikan.


https://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4010-tema-hari-guru-
2018-guru-pemacu-transformasi-pendidikan

Noraiti A. Rashid, Lee, K.C, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah dan
pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tan, B.P, Rahimah Wahid & Zuraini Zamil. (2015). Peranan guru dalam membina iklim moral
dalam bilik darjah. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7(3), 87-95.

Anda mungkin juga menyukai