Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 1 : UNIT 4

( KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN )


DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN GAS
SEMESTER 2
SESI MEI-OKTOBER 2021

PENSYARAH: PUAN JULIA BINTI HAMZAH

NAMA AHLI KUMPULAN:


1.NURASYRINA BINTI ROSLAN
2.NOR FATEHAH NABILA BINTI ROSZAIDI
3.MUHAMMAD AZIZULHAKIM BIN MUSA
4.MUHAMMAD ZARYF IQHWAN
5.MUHAMMAD IZZUL FADHLI BIN AZIM
Malaysia telah melalui pelbagai pengalaman pahit sebelum berdiri teguh dan kukuh sebagai
negara membangun. Pasti pengalaman dijajah oleh negara asing tidak akan diulangi lagi
sepertimana yang kita ketahui penjajahan Malaysia dimulai dengan Portugis, Inggeris,
Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi selepas itu. Teriakan dan sorakan keramat
‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957 adalah tidak semudah yang disangka untuk dilalui dan
memaknakan kemerdekaan tersebut. Bagi memastikan negara tidak dijajajah dan digugat
oleh negara asing, perpaduan kaum sangat penting demi menjamin ketenteraman negara
ini. Kita tiada seorang pahlawan seperti Rentap yang menentang kubu Raja Brooke di
Nanga Skrang pada tahun 1983, ataupun Dol Said yang melakukan penentangan terhadap
kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau gerakan penentangan Inggeris di
Sabah yang gagah diketuai oleh Mat Salleh pada tahun 1884 hingga 1900. Yang kita ada
adalah Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md Yasin iaitu ketua barisan pemimpin negara yang
merangkap sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tanpa kegagahan seperti tokoh zaman
dulu-kala, yang perlu hanyalah semangat Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira kaum
dan agama seperti kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, peganglah
pepatah ini sebagai prinsip di dalam hidup demi menjamin keamanan dan kesejahteraan
negara.

Sudah terangkan lagikan bersuluh .Dalam nada yang lain, perpaduan kaum dapat
memajukan ekonomi negara. Masyarakat yang bersatu pada tentulah akan menggembleng
tenaga bersama agar dapat memajukan negara mengikut kebolehan dan kepakaran
masing-masing tanpa mengira ras dan agama masing-masing. Tamsilnya, dalam
perniagaan, masyarakat Melayu tidak hanya akan membeli barang dari penjual Melayu
tetapi mereka akan turut membeli barang-barang yang dijual oleh kaum lain. Diskriminasi
dalam kumpulan masyarakat dan pekerjaan dapat dielakkan kerana semua orang yang
mempunyai semangat cinta akan negara mempunyai tujuan dan matlamat yang sama iaitu
untuk menaikkan taraf hidup rakyat negara kita. Sesungguhnya, perpaduan kaum amat
penting bagi meningkatkan ekonomi negara untuk memperbaiki taraf hidup rakyat.

Seterusnya, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan
untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini
berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini
seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada
rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa
berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang.
Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian
rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat
nasionalisme dan patriotik yang tinggi. Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara
kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta
kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat
adalah peraturan yang sentiasa dipatuhi dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia
terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan.
Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada
31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad
S.A.W.

Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan
kehidupanmasyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun
semangattolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu
perkara.Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang
bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan,
tidak mungkinkeharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.
Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negarayang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri
yangdilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan
masyarakatTanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah
membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Implikasinya,masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah.
Perpaduan yangtelah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang
harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Selain itu, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam masyarakat juga dapat
menarik kedatangan pelancong ke Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, salah satusumber
ekonomi negara adalah dalam sektor pelancongan yang dapat menjana ekonominegara.
Asas perpaduan yang kukuh dan kebudayaan yang unik di samping kepelbagai adat resam
yang membentuk identiti sesebuah masyarakat dapat memikat hati pelanconguntuk
berkunjung. Sebagai tamsilnya, pelancong amat tertarik dengan kepelbagaian kaum
dinegara kita iaitu terdiri daripada tiga kaum yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India
yangdapat menonjolkan imej negara. Hal ini, seterusnya mampu menarik kedatangan
pelancongdan dapat menjana ekonomi Malaysia secara tidak langsung. Pelabur dari luar
negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang
mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara lain.

Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat
kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara
kaum.Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara
Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang
mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit
hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman
berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan
perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

Kesimpulannya, imej negara akan dapat ditingkatkan melalui perpaduan kaum. Kita boleh
lihat sendiri sikap toleransi dan hormati-menghormati yang dicerminkan oleh masyarakat kita
apabila menyambut perayaan kaum masing-masing. Contohnya, kaum Melayu menghormati
perayaan Tahun Baru Cina yang diadakan, malahan turut ikut serta memeriahkan perayaan
tersebut dan berkongsi euforia momen-momen terindah bersama. Keadaan inilah yang
menarik perhatian pelancong-pelancong asing untuk datang ke Malaysia bagi menyaksikan
suasana yang amat jarang dilihat di negara asal mereka. Perpaduan kaum menjadikan
rakyat Malaysia mudah untuk bergaul mesra dengan masyarakat luar kerana terbiasa hidup
dalam komuniti yang mempunyai kaum yang pelbagai. Konsekuensinya, masyarakat
Malaysia boleh bersikap ramah dengan para pelancong yang datang dari pelbagai pelosok
dunia. Intihanya, perpaduan kaum secara tidak langsung dapat meningkatan imej negara
kita sebagai negara yang sejahtera, bertoleransi dan bersatu padu di mata dunia.

Harapan saya agar semua rakyat Malaysia, terutama generasi muda, perlu menghayati
konsep perpaduan dengan setiap orang menerima keunikan orang lain supaya kita dapat
hidup bersama dalam saling menghormati dan percaya. Ini kunci kepada negara yang aman
dan kesejahteraan rakyat. Bangsa dan pembangunan negara tidak akan bermakna jika
generasi muda tidak diserapkan dengan nilai-nilai yang sesuai untuk mengisi peranan
warganegara dan kepemimpinan hari ini. Belia mempunyai kuasa untuk mengubah negara
menjadi tempat yang lebih baik dan membawa perubahan positif di negara ini. Dilengkapi
dengan nilai-nilai yang baik dan positif, mereka dapat mempengaruhi rakan untuk
menyumbang kepada pembangunan negara. Oleh itu, kita perlu memberi peluang kepada
anak muda kita untuk membuktikan diri mereka dan untuk mencapai kecemerlangan. Kita
juga perlu menanamkan nilai sosial dan moral yang baik di dalamnya untuk menangani
konflik secara positif dan menangani masalah yang berkaitan dengan gangguan sosial.
Justeru, belia kita mesti mempunyai keupayaan dan mengambil inisiatif untuk menjadi
‘pembina jambatan antara etnik’ untuk meningkatkan hubungan etnik di negara ini dengan
meneutralkan politik kebencian, polarisasi kaum dan eksklusif kaum yang nampaknya
semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai