1. Nama Guru
MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL GHANI
Sebagai pendidik pertama dalam keluarga, ibu bapa juga memainkan tanggungjawab yang
penting dalam mengasuh dan mendidik anak mereka. Oleh itu, penglibatan ibu bapa secara
berterusan dalam proses pembelajaran anak amat perlu untuk menjamin sokongan dan keperluan
pendidikan anak disekolah. Dengan itu dapat dikatakan bahawa sumbangan ibu bapa juga tidak
kurang pentingnya dalam menjamin perkembangan, kemajuan dan kejayaan pendidikan anak
Secara keseluruhan penerangan dan gambaran tentang kepentingan penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan anak di rumah sangat jelas dan terperinci. Penulis juga menggunakan laras bahasa
dan susunan ayat yang mudah difahami dalam menjelaskan kepentingan pendidikan anak
dirumah dan implikasinya untuk kejayaan anak pada masa akan datang. Selain itu setiap hujah
dan pernyataan yang dibawakan penulis sangat releven, mudah dan praktikal untuk dilakukankan
oleh ibu bapa dirumah.
Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak dapat menyokong perkembangan kognitif anak,
seterusnya membangunkan potensi dan memberikan kesan positif terhadap pencapaian
akademik. Guru sebagai penggerak kepada perubahan ini perlu bertindak sebagai orang tengah
dan mentor kepada penglibatan ibubapa dalam pengajaran pelajar di rumah bersesuaian dengan
suasana pandemik covid 19 sekarang demi meneruskan kelangsungan pembelajaran anak-anak
dirumah.
........................................................ ........................................................
( MUHD FIRDAUS ) ( )
Lampiran C
2. Judul 3. Bidang:Pendidikan
SEKOLAH BERKESAN: TEORI DAN AMALAN
4. Tarikh Pembentangan 2 julai 2021 5. Masa:2.30 ptg
6. Tempat Pembentangan
Secara maya (GM) *Lokasi masing-masing
7. Sinopsis
Sebenarnya perbincangan mengenai sekolah berkesan telah menarik minat ramai pendidik dan
pengkaji sejak sekian lama. Malah, pada peringkat antarabangsa kebanyakan Negara telah
menetapkan pencapaian akademik murid sebagai penanda aras kepada keberkesanan sesebuah
sekolah. Walaupun penanda aras tersebut mempunyai tumpuan yang terhad, namun kajian telah
menunjukkan bahawa wujud satu perkaitan antara pencapaian akademik sekolah yang tinggi
dengan keberkesanan pengajaran guru, persekitaran pembelajaran murid yang kondusif, tahap
perkembangan profesionalisme guru yang tinggi, pemuafakatan yang erat antara sekolah dengan
masyarakat serta pemimpin sekolah yang sentiasa ingin menambah baik pencapaian sekolah
Usaha mewujudkan keberkesanan sekolah bukan usaha individu tetapi memerlukan kolaboratif
dan kolektif semua pihak berkepentingan dalam pendidikan khusunya penggubal dasar,
pengetua, guru, ibubapa, murid dan masyarakat. Ini bertepatan dengan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 dan selari dengan perkembangan Revolusi Perindustrian keempat (IR 4.0).
........................................................ ........................................................
( MUHD FIRDAUS ) ( )
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
6. Tempat Pembentangan
Secara maya (Google Meet)*Lokasi masing-masing
7. Sinopsis
Di awal tahun 1940-an bumi Malaya telah dijajah oleh sebuah Negara yang di beri jolokan
Negara Matahari Terbit iaitu Jepun, selama tiga tahun lapan bulan (1941-1945). Walaupun
pendudukan jepun hanya bertahan dalam waktu yang singkat, namun telah meningggalkan kesan
mendalam kepada masyarakat Tanah Melayu. Dasar dan pendekatan tentera Jepun (MMA) di
Tanah Melayu bercorak keras dan kasar berbanding dengan cara yang diamalkan oleh British.
Senario ini menyebabkan kesan psikologi kepada rakyat setempat lantaran timbul perasaan
resah, gelisah dan takut dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu.
Apa yang menarik perhatian terhadap penceritaan dalam buku ini ialah penulis cuba
mengetengahkan aspek dasar dan kesan pendidikn Jepun terhadap masyarakat ketika itu kerana
kebanyakan pengkaji sejarah penjajahan Jepun lebih memberi tumpuan kepada aspek lain seperti
ekonomi, ketenteraan dan suasana sosial masyarakat ketika itu. Ini dibuktikan dengan kesan
positif yang timbul kepada sebilangan anggota masyarakat di Tanah melayu yang menjadi tokoh
berjasa dalam pelbagai bidang kesan daripada pembentukan sikap dan keperibadian yang kental
semasa zaman penjajahan Jepun.
Yang paling penting adalah buku ini juga sesuai dijadikan sumber rujukan umum masyarakat di
segenap peringkat usia dalam usaha memupuk semangat patriotik dan perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dalam bidang pendidikan pula nilai-nilai positif
dan terpuji dalam corak pendidikan Jepun perlu segera diadaptasikan dalam sistem pendidikan
negara selaras dengan hasrat Y.A.B Perdana Menteri Malaysia agar mengamalkan Dasar
Pandang ke Timur. (DPT) pada tahun ini.
........................................................ ........................................................
( MUHD FIRDAUS ) ( )
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
1. Nama Guru
MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL GHANI
HUBUNGAN ETNIK DI SEKOLAH:
MEMPERTINGKATKAN KESEPADUAN DALAM
2. Judul 3. Bidang:Pendidikan
KEPELBAGAIAN
6. Tempat Pembentangan
Secara maya (Google Meet)*Lokasi masing-masing
7. Sinopsis
Sistem pendidikan negara memainkan peranan dan tanggungjawab yang penting sebagai teraju
pembentukan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat multietnik. Sehubungan dengan itu,
institusi sekolah yang menampung murid yang terdiri daripada latar belakang ras dan etnik yang
berbeza diberikan kepercayaan yang tinggi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
sesuai bagi pembentukan hubungan etnik dalam kalangan murid berbilang etnik. Dalam hal ini
sekolah bertindak sebagai satu kuasa unggul yang mampu meransang, memperkukuh dan
memperkasa hubungan etnik dalam kalangan murid.
Secara umumnya buku ini sesuai sebagai bacaan para pendidik di sekolah rendah dan
menengah dan guru yang berwawasan yang ingin melihat perubahan besar dalam pembentukan
hubungan etnik dalam kalangan murid. Buku ini juga sesuai sebagai bacaan umum tidak kira
peringkat umur secara am. Yang paling penting adalah buku ini juga sesuai dijadikan sumber
umum rakyat Malaysia untuk merealisasikan usaha kerajaan dalam merealisasikan gagasan
“Satu Malaysia” dan Transformasi Nasional 50 (TN50)
........................................................ ........................................................
( FIRDAUS ) ( )
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
1. Nama Guru
MUHAMMD FIRDAUS BIN ABDUL GHANI
6. Tempat Pembentangan
SECARA MAYA (GOOGLE MEET)
7. Sinopsis
Mengikut pakar-pakar psikologi, banyak faktor yang mentukan kebahagian manusia,tetapi faktor yang
paling penting adalah hubungan yang rapat dengan seorang manusia lain. Hubungan yang rapat
seperti itu boleh didapati melalui proses bercakap-cakap dan berbual-bual. Percakapan dan
perbualan yang bermutu tinggi dapat membuatkan dua orang yang pada mulanya asing antara satu
sama lain ,menjadi sangat rapat dan ntim.
Kesimpulannya orang orang yang bijak berkomunikasi dengan orang lain adalah orang orang yang
dipandang sebagai memiliki daya tarikan nyang tinggi dan kerana itu mereka disukai oleh orang
orang yang berinteraksi dengan mereka. Natijahnya berkatalah perkara yang baik kerana ia dapat
mengubah sesuatu pandangan manusia tentang perkara tersebut.
Kemahiran berkomunikasi dengan baik adalah wajar dikuasai oleh setiap insan yang bergelar
pendidik kerana apabila kita menyampaikan sesuatu ilmu dengan baik ianya akan memberi
pengetahuan yang bermakna kepada pelajar di sekolah selaras dengan aspirasi KPM bagi
mewujudkan penyampaian ilmu secara “deep learning”.
........................................................ ........................................................
( FIRDAUS ) ( )