Anda di halaman 1dari 23

FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERUBAHAN BENTUK KELUARGA

PADA MASA KINI

Antara faktor yang mempengaruhi perubahan keluarga pada masa kini ialah
pengecilan saiz keluarga. Pada masa kini, ramai wanita yang mempunyai taraf
pendidikan yang tinggi. Mereka banyak menghabiskan masa untuk belajar dan tidak
memberikan tumpuan kepada pembetukan keluarga. Apabila semakin meningkat
usia, tahap kesuburan wanita semakin menurun dan hal ini akan menyebabkan saiz
keluarga bertambah kecil kerana mereka berkahwin pada umur yang agak lewat
iaitu dalam 30-an ke atas. Wanita tidak digalakkan untuk mengandung pada usia 40
tahun bagi mengelakkan sebarang komplikasi terhadap anak berlaku. Pendidikan
yang diterima pula kadang-kala memberi kesan kepada sesetengah wanita iaitu
mereka mesti mempunyai suami yang jauh lebih baik sistem pendidikannya kerana
tidak mahu pendapatannya melebihi suami. Hal ini akan menjejaskan sistem
kekeluargaan yang ingin dibina dan berlakulah pengecilan saiz keluarga berbanding
dahulu.

Selain itu, faktor yang mempengaruhi perubahan keluarga pada masa kini
ialah peningkatan bilangan ibu yang bekerja. Dahulu, ibu lebih sinonim berada di
rumah dan menyelesaikan segala tanggungjawab untuk menjaga rumah dan anak-
anak. Perhatian juga boleh diberikan sepenuhnya kepada anak-anak dan suami.
Namun kini, ibu bapa yang bekerja amat sibuk dengan tugasan di tempat kerja
malah apabila pulang ke rumah, mereka sudah terlalu penat dan tiada masa
diluangkan bersama suami. Suami isteri juga jarang berinteraksi dan hal ini
menyebabkan keluarga kini kian hambar dan tidak mengambil berat tentang
pasangan. Kesannya, anak-anak akan rasa terabai malah tanggungjawab sebagai
isteri juga sudah berkurang memandangkan mereka turut bersama-sama untuk
menambahkan pendapatan keluarga. Perubahan ini berlaku seiring dengan tahap
pendidikan yang diterima oleh kaum wanita.

Penceraian juga banyak berlaku kini. Kebiasaannya, penceraian berlaku


disebabkan umur yang terlalu muda dan hal ini turut mempengaruhi perubahan
keluarga masa kini. Sememangnya, dahulu ramai juga yang berkahwin pada usia
muda tetapi mereka sudah cukup matang kerana didedahkan dengan pelbagai
kemahiran rumah tangga. Selain itu, wanita juga mempunyai ekonomi yang kukuh
dan boleh menampung perbelanjaan hidup sendiri. Mereka tidak lagi memerlukan
lelaki dalam semua perkara. Hal ini menyebabkan masing-masing membawa haluan
sendiri dan mengambil keputusan untuk berpisah. Dahulu semamangnya kaum
wanita agak bergantung kepada lelaki namun perubahan pemikiran, keberanian
untuk berubah serta mempunyai semangat yang tinggi akhirnya menjadikan wanita
kini lebih berdikari. Sistem kekeluargaan akan turut berubah apabila penceraian
berlaku.
FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

Saya merupakan anak bongsu dalam keluarga. Pada usia 22 tahun ini, saya
telah melalui pelbagai pengalaman dalam kehidupan dan saya boleh lihat dengan
jelas bahawa keluarga mempunyai fungsi tersendiri. Antara fungsi utama keluarga
bagi saya adalah kasih sayang. Pada pendapat saya, kasih sayang merupakan
segalanya-galanya dan ia merupakan salah satu nikmat yang sangat berharga. Saya
amat menghargai kasih sayang yang diberikan oleh keluarga.

Sejak saya di tadika lagi, ibu dan ayah saya tidak pernah lupa menyambut
hari lahir saya. Setiap kali hari jadi semasa saya di tadika dan sekolah rendah,
mereka sentiasa menyediakan makanan untuk diberikan kepada rakan-raka sekelas
saya. Pada tahun 2006 iaitu hari lahir ke-12 saya, mereka menjemput rakan-rakan
saya dan kami membuat jamuan ringan. Saya berasa amat dihargai di dalam
keluarga.

Semasa saya di tahun 5, saya mengalami kemalangan dan terpaksa bercuti


selama seminggu kerana jari saya mempunyai keretakan. Ibu dan ayah saya tidak
perah leka menjaga saya. Mereka memberikan sepenuh perhatian terhadap saya.
Saya bersyukur kerana tidak sakit terlalu lama.

Sebelum memasuki Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, saya pernah


menuntut di MRSM Pontian di Johor. Apabila saya mengadu tentang kerja-kerja
harian di sekolah, ibu tidak jemu-jemu menasihatkan saya dan memberi motivasi
kepada saya. Ayat yang selalu digunakan ialah “ Sesenang air di daun keladi, harap-
harap semuanya mudah bagi adik.” Itulah ayat yang mesti dituturkan apabila saya
meminta nasihat ibu saya. Kasih sayang yang diberikan cukup mendalam sehingga
saya sangat bermotivasi untuk belajar dengan lebih bersemangat.

Pernah pada suatu ketika, saya begitu menginginkan kek. Walaupun dalam
perjalanan ke Putrajaya bagi menghadiri sambutan kemerdekaan ke 50, ibu saya
telah meminta abang saya berhenti semata-mata untuk memenuhi keinginan saya.
Apabila difikirkan kembali, saya berasa amat terharu dengan perhatian dan kasih
sayang yang diberikan.
Sambutan Hari Lahir…
Selain kasih sayang, keluarga saya juga berfungsi untuk menyediakan
pendidikan yang terbaik bagi saya. Melalui pendidikan, saya melihat bahawa ibu
bapa saya telah memberikan pendidikan yang terbaik bagi saya. Pendidikan yang
utama bagi keluarga saya adalah pendidikan agama. Sejak kecil lagi, saya dihantar
kepada ustaz yang boleh mengajar saya membaca Al-Quran. Saya diajar sehingga
saya lancar membacanya sehingga sekarang. Saya juga menghadiri sekolah dua
sesi iaitu sekolah kebangsaan pada sesi pagi dan sekolah agama pada sesi petang.
Pada pendapat saya, kedua-dua aliran ini penting dalam mendidik saya menjadi
seorang insan yang seimbang.

Selain menghadiri kelas biasa, saya juga mengikuti tuisyen untuk PMR dan
juga belajar berkaitan komputer. Walaupun saya dalam keluarga yang sederhana,
ayah saya berusaha untuk menyediakan pendidikan yang sempurna.

Semasa ditawarkan untuk menjadi pelajar di MRSM pontian, ibu agak berat
hati dan bertanya kembali adakah saya sanggup untuk pergi belajar di Johor
memandangkan Johor agak jauh dari Selangor dan akan memakan masa lebih
kurang 5 hingga 7 jam. Apabila saya ingin bersekolah di sana, ibu akur dan
memberikan restu dan sepenuh sokongan untuk saya. Ibu dan ayah sanggup
berjauhan dari saya asalkan saya mendapat pendidikan yang terbaik.

Seterusnya, saya juga sempat belajar di Kolej Matrikulasi Perak dan saya
amat gembira serta tenang belajar di sana. Namun, apabila permohonan kali kedua
untuk masuk ke Institut Pendidikan Guru diterima, keluarga sangat menyokong saya
untuk pergi belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang dulu dikenali
sebagai Maktab Perguruan Ulu Kinta. Keluarga saya mengatakan bahawa guru
merupakan kerja yang terjamin. Mereka hanya mahukan yang terbaik untuk saya
dan saya bersetuju walaupun pada mulanya agak berat apabila kursus yang
ditawarkan sangat berbeza dengan kemahiran saya. Saya memohon opsyen
matematik sebagai pilihan pertama namun saya akur, saya bakal menjadi guru
prasekolah, muzik dan pendidikan jasmani.

Selain pendidikan berbentuk formal, keluarga juga ada mendidik saya cara
menghormati orang, cara melayan orang lain, perkara yang perlu dibuat apabila
orang datang ke rumah dan juga mendidik saya tentang menjaga solat 5 waktu
sehari semalam. Pendidikan ini berlagsung secara tidak formal. Saya masih ingat
ketika saya berumur 7 tahun, ibu menyuruh saya bersembahyang dan saya
menangis-nangis kerana tidak mahu bersembahyang. Ibu mengatakan bahawa
syaitan bertepuk tangan kerana saya melakukan perkara yang tidak baik iaitu tidak
mahu bersembahyang. Saya berasa takut dan mengerjakan sembahyang. Sejak itu,
saya akan sembahyang dan menjaga waktu solat. Saya juga dididik untuk berhenti
melakukan kerja apabila telah masuk waktu sembahyang.

Gambar saya menerima pendidikan awal

MRSM Pontian: Johor (2004-2005)


Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng (2006)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (2006-2011

Keluarga juga berfungsi menyediakan ekonomi yang diperlukan. Keluarga saya


menyediakan keperluan seperti makanan dan minuman. Keperluan dari segi
makanan dan minuman sentiasa dipenuhi malah kadang kala agak berlebihan.
Ketika saya pulang ke kampung halaman, saya akan disajikan dengan makanan
yang berkhasiat, sedap dan pelbagai contohnya ikan siakap masam manis, kerabu
mangga, sotong goreng tepung, dan sayur-sayuran. Menu akan sangat pelbagai
apabila adik beradik saya yang lain berkumpul di rumah. Apabila saya pulang ke
kampung, ibu dan ayah saya selalu memberi duit untuk makanan dan duit belajar.
Ibu dan ayah akan selalu bertanya sama ada saya memerlukan apa-apa barang
untuk dibawa balik ke Ipoh.

Ibu bapa saya merupakan ibu bapa yang terbaik. Seboleh-bolehnya,


kemahuan saya akan dituruti tambahan pula saya anak yang terakhir. Semasa saya
tahun 3, saya pernah meminta kasut tumit tinggi yang saya lihat di pasaraya. Saya
sempat singgah di sebuah pasaraya dan saya amat teringin untuk memakai kasut
tumit setinggi 3 inci. Mungkin, saya begitu bersungguh-sungguh menghendakinya
dan ayah saya bersetuju untuk membelinya. Walaupun pada ketika itu, ekonomi
keluarga hanyalah sederhana memandangkan ayah saya bekerja sebagai seorang
pengawal.
Pada seawall usia 18 tahun, saya disahkan menghidap penyakit Thyroid.
Pada mulanya, saya berdaftar di hospital kerajaan tetapi ibu dan ayah saya sangat
risau dan berusaha untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital swasta. Walaupun
ekonomi kami sederhana, namun ibu dan ayah saya sangat menitikberatkan
kesihatan dan akan memberi priority utama kepada masalah kesihatan terlebih
dahulu. Pengorbanan mereka terlalu besar kerana menyediakan doktor pakar untuk
saya. Sehingga sekarang, saya masih lagi makan ubat yang ditetapkan. Mereka
telah menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk mengubati penyakit saya.

Ibu dan ayah saya juga memperuntukkan sejumlah wang untuk anak-anak.
Saya juga tidak mengetahui jumlah sebenar kerana setiap kali mereka mendapat
bonus, mereka akan memberikan sedikit kepada akaun anak-anak. Sehinggakan
adik beradik saya yang lain terkejut saya mempunyai wang sebanyak itu. Selain itu,
mereka juga ada membuka akaun Tabung Haji untuk saya dan tidak membenarkan
saya mengusik duit tersebut. Dari segi ekonomi, keluarga saya bukan sahaja
memenuhi keperluan semasa malah turut memikirkan masa depan.

Fungsi lain yang pernah saya alami dalam keluarga saya adalah
menyediakan aktiviti rekreasi. Sebenarnya, sejak saya kecil lagi, keluarga selalu
membawa saya bermandi-manda di Teluk Batik. Kami gemar ke sana sekeluarga
malah kadang-kala turut bersama-sama dengan keluarga mak cik saya yang
menetap di Teluk Intan. Bagi kami, berkelah boleh menenangkan kerana
pemandangan yang sangat cantik boleh dilihat. Kami lebih suka meluangkan masa
bersama dengan cara melancong atau melawat tempat-tempat bersejarah. Antara
tempat yang telah kami pergi ialah Teluk Batik, Cameron Highland, Bukit Tinggi di
Pahang, Langkawi, dan juga Tawau Sabah. Saya juga ada pergi ke tempat-tempat
permainan seperti di Time Square. Selain itu, saya dan keluarga juga pernah pergi
ke i-City di Shah Alam dan juga Eye on Malaysia.

Selain melancong, kadang kala, saya juga sempat melakukan aktiviti riadah
bersama kakak,abang, kakak ipar dan dan abang ipar. Malah, kadang-kala, anak
buah saya yang masih kecil juga ikut serta. Kami selalunya berjanji di satu tempat
dan ‘jogging’ bersama-sama. Saya rasa amat seronok dan berpedapat bahawa
riadah amat penting dalam menjaga kesihatan dan secara tidak langsung dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Berdasarkan pengalaman yang telah dilalui, fungsi utama keluarga bagi saya
ialah memberi kasih sayang, menyediakan pendidikan dan ekonomi serta
menyediakan aktiviti rekreasi bagi menjamin kehidupan yang bermakna sepanjang
hayat.

Tempat yang Pernah Dilawati bersama Keluarga

A
Eye on Malaysia
Cameron Highland

i-City di Shah Alam Selangor


GAYA KEIBUBAPAAN DALAM MENDIDIK ANAK DAN BAGAIMANA GAYA

TERSEBUT MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU DAN EMOSI


Saya telah memerhati gaya keibubapaan yang digunakan oleh Puan
Rinairyani Bt Ahmad dan Nor Azmi Sungip ke atas anaknya, Muhammad Nurirfa
Irsyad Bin Nor Azmi. Saya telah mengenalpasti tiga gaya keibubapaan yang
berbeza-beza contohnya autoritarian iaitu mengawal ketat akan tingkah laku anak.
Permisif pula menggambarkan gaya keibubapaan yang bersifat terbuka dan bebas.
Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang bersifat autoritatif iaitu tegas dan bersifat
terbuka. Setelah membuat pemerhatian kepada corak keibubapaan yang digunakan
oleh Puan Rinairyani dan Encik Nor Azmi, ternyata gaya yang digunakan lebih
cenderung kepada gaya keibubapaan permisif. Antara ciri-cirinya ialah komunikasi
terbuka, kurang kawalan, tidak menggunakan kekerasan, memberikan kebebasan,
memenuhi permintaan anak dan juga boleh menerima idea yang diutarakan oleh
anaknya.

Sepanjang saya, mereka tidak terlalu garang dan bersifat terbuka dalam
mendidik anak-anak. Ibu dan ayahnya mengamalkan komunikasi terbuka dengan
anak-anak. Mungkin pada pendapat orang luar, cara mereka berinteraksi agak kasar
tetapi sudah menjadi adat orang Jawa menggunakan panggilan ‘Aku’, dan ‘Kau’.
Ibunya juga boleh mendengar masalah yang diceritakan Irfam sekiranya ada. Ibu
dan ayahnya juga tidak kisah sekiranya Irfan ingin bergurau dan bermain dengan
mereka kerana bagi mereka komunikasi amat penting dalam membentuk
perkembangan anak mereka. Antara kesan apabila ibu bapa tidak meletakkan had
dalam komunikasi ialah dikhuatiri Irfan tidak tahu adab dengan orang tua tetapi dari
sudut emosinya, Irfan akan stabil dan tenang memandangkan dia mempunyai
tempat untuk bercerita, berkongsi idea, dan juga tempat bergurau senda.

Walaupun mengamalkan komunikasi terbuka, ayah dan ibunya kurang


menekankan tingkah laku baik anak. Mereka hanya menegur “Jangan!” , “Tak
boleh.” dan lain-lain tanpa menyatakan sebab apa tingkah laku itu disekat atau
dihalang. Mereka tidak menerangkan akibat daripada sesuatu tingkah laku dan hal
ini sebenarnya membuatkan Irfan tidak mengetahui sebab yang kukuh mengapa
tingkah lakunya disekat. Apabila tingkah laku yang tidak baik tidak ditegur, kesannya
akan kelihatan kepada tingkah laku anak tersebut. Contohnya, apabila Irfan
bergaduh, ibunya tidak menegur malah membiarkan sahaja Irfan bergaduh. Hal ini
akan memberikan satu persepsi bahawa pergaduhan itu bukan suatu masalah dan
ia bukan tingkah laku negatif kerana orang lain tidak menegur kesalahan tersebut.
Sekiranya tidak ditegur segera, Irfan boleh bertindak agresif apabila tidak berpuas
hati dengan seseorang malah emosinya turut terganggu dan mungkin boleh bersifat
pendendam.

Melalui pemerhatian yang dijalankan, ibu dan ayahnya memberikan


kebebasan kepada anaknya malah tidak kisah sekiranya Irfan duduk seharian
dengan neneknya. Hal ini tidak menjadi masalah pada mereka memandangkan
rumahnya dan rumah nenek hanya mengambil masa lebih kurang 5 ke 10 minit
sahaja. Dia juga tidak kisah dengan aktiviti yang dilakukan oleh Irfan kerana
beranggapan kanak-kanak perlu diberikan ruang untuk meneroka dunia mereka
sendiri. Kesannya kepada tingkah laku Irfan ialah Irfan lebih berani untuk mencuba,
bebas meneroka, mempunyai pelbagai pengalaman serta mempunyai emosi yang
stabil serta fleksibel mengikut masa dan situasi. Kanak-kanak amat sukakan
kebebasan dan ruang yang cukup harus disediakan oleh orang dewasa.

Semasa pemerhatian dijalankan, saya tidak dapat melihat sebarang bentuk


kekerasan kepada Irfan. Oleh itu, saya boleh menyatakan bahawa ayah dan ibu
Irfan tidak atau kurang menggunakan kekerasan. Mereka tidak mendenda,
memukul, mencubit atau merotan tetapi mereka lebih suka untuk bermain dengan
psikologi Irfan. Contohnya, kadang-kala ibunya merajuk apabila Irfan bertingkah laku
negatif. “Adik nak ikut jalan-jalan tak? Kalau nakal-nakal, ibu tak nak kawan adik.”
Kesan yang dapat saya lihat melalui gaya keibubapaan ini ialah anak-anak akan
mudah memberi kerjasama apabila ibu bapa tidak menggunakan kekerasan. Anak
juga mendapat peluang untuk membuat perubahan secara perlahan-lahan. Emosi
mereka juga tidak terganggu dan mereka akan lebih berupaya untuk mengekalkan
tingkah laku yang diingini oleh ibu bapa. Emosinya akan berkembang dengan baik
kerana tidak perlu menghadapi sebarang tekanan ataupun penderaan.

Selain itu, gaya permisif juga dikatakan melayani dan memenuhi kehendak.
Ibunya berusaha memenuhi kehendak anaknya iaitu meminta makanan dan mainan.
Walaupun begitu, terdapat juga permintaan yang tidak dipenuhi kerana tidak
mempunyai kepentingan dalam perkembangannya. Irfan suka membeli mainan
seperti kereta, motor dan lain-lain. Walaupun stok alat permainan banyak di rumah,
namun ibunya tetap memenuhi kehedaknya asalkan coraknya berbeza. Gaya ini
iaitu melayani kehendak amat memberi kesan negatif kepada anak tersebut kerana
apabila keinginannya sentiasa dipenuhi, dia tidak dapat membezakan antara
kehendak dengan keperluan. Selain itu, anak yang diasuh begini berpotensi untuk
bersifat ego iaitu orang lain perlu tunduk pada permintaannya. Kesannya kepada
emosi Irfan pula ialah dia akan sentiasa merasakan segala kehendaknya perlu
dipenuhi dan dari sudut emosi, dia akan berasa puas apabila mendapat apa yang
diinginkan.

Irfan juga diberikan kebebasan mengatur aktiviti iaitu hendak pergi ke pasar,
bermain di taman permainan atau bersiar-siar serta apa jua cadangan aktiviti. Irfan
akan diberikan masa untuk berfikir tentang aktiviti yang ingin dilakukan. Kesan
daripada kebebasan memilih aktiviti kesukaan ialah dia boleh menjadi lebih kreatif,
berfikiran luas dan mencapah, serta berani menyatakan pendapat yang sesuai. Dia
juga akan sentiasa tenang dan mempunyai emosi yang terkawal atau gembira
kerana diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri.

Sebagai kesimpulannya, ibu dan ayahnya mengamalkan corak keibubapaan


permisif iaitu pendidikan bebas dan terbuka. Gaya keibubapaan ini mempunyai
kesan positif dan juga kesan negatif yang tersendiri terhadap tingkah laku dan juga
emosi anak.

TINGKAH LAKU NEGATIF IRFAN YANG MEMPENGARUHI GAYA


KEIBUBAPAAN DAN CADANGAN GAYA KEIBUBAPAAN YANG SESUAI BAGI
IRFAN
Tingkah laku negatif Muhammad Nurirfan Irsyad ialah dia tidak tahu
mengekspresikan perasaan marah atau dia akan melakukan tindakan yang agresif
ketika marah. Irfan akan mengamuk, menjerit-jerit malah memaksa orang lain
menuruti kehendaknya sehinggalah ia dipenuhi. Dia juga kadang-kala memukul,
menghentak-hentak kaki atau mengamuk ketika baring dan menghentak-hentakkan
badannya.

Sebenarnya, ibu dan ayahnya tidak mahu mencari masalah dengan bertindak
kasar dengannya. Oleh itu, mereka berlembut dan selalu menuruti kehendak Irfan.
Mereka perlu berusaha supaya permintaan Irfan dipenuhi dengan cepat. Ibu dan
ayahnya tidak mahu mengongkong kebebasan anaknya kerana tidak mahu Irfan
lebih memberontak. Mereka juga mempunyai pendirian tersendiri dalam memberi
didikan kepada anak mereka iaitu dengan mendekati dan menasihati serta
berbincang secara terbuka dengan anak. Mereka berpendapata bahawa cara terbaik
dalam memberi didikan kepada anak adalah dengan memberi kebebasan
sewajarnya kepada anak untuk berkembang secara holistik.

Pada pendapat saya, setiap ibu bapa akan mencuba untuk mendidik anak
dengan cara yang terbaik namun saya ingin mengutarakan cadangan bagi gaya
keibubapaan yang lebih sesuai dengan Irfan iaitu gaya keibubapaan autoritatif. Ibu
bapa Irfan perlu lebih tegas dalam mendidik anak bagi mengelakkannya terlalu
manja. Walaupun mempunyai sifat tegas, mereka masih perlu bersedia mendengar
pandangan Irfan. Mereka juga perlu bertolak ansur mengikut keadaan dan anak
dididik dengan penuh kemesraan.

Kemesraan juga termasuk dalam kasih sayang. Ibu dan ayahnya perlu
memberikan kasih sayang secara konsisten kepada Irfan supaya dia yakin bahawa
orang terdekat dengannya amat menyayanginya dan menghargainya. Bagi mendidik
Irfan menggunakan gaya keibubapaan autoritatif, ibu dan ayahnya perlu mempunyai
peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak. Walaubagaimanapun, syarat-syarat yang
ditetapkan perlulah dibincang dengan lebih awal dengan anak. Peraturan yang telah
dipersetujui perlulah dilaksanakan dengan tegas supaya tidak berlaku kekeliruan
kepada anak. Ayah dan ibu berperanan untuk bersikap realistik terhadap
kemampuan anak anda seiring dengan perkembangan umurnya. Hal ini penting agar
ibu dan ayah tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi atau tidak realistik. Harapan
tidak realistik dikhuatiri boleh menyumbang tekanan ke atas anak-anak.

Pengurusan disiplin yang salah boleh membawa implikasi kepada anak-anak


terutama dari segi kognitif, emosi dan tingkah laku. Disiplin sebenarnya melibatkan
langkah pencegahan dan pemulihan. Langkah pencegahan termasuklah pengajaran
dan latihan untuk membina kebolehan anak serta penyediaan sempadan bertingkah
laku. Pemulihan pula bertujuan membetulkan tingkah laku negatif dan membantu
anak supaya tidak mengulangi tingkah laku yang jelas bertentangan dengan norma
masyarakat dan agama. Peraturan sepatutnya diwujudkan sejak di peringkat awal
lagi. Ini boleh dimulakan dengan membuat peraturan-peraturan yang mudah.
Peraturan perlu dilaksanakan secara konsisten dan tidak bersikap berat sebelah.

Selain itu, ibu dan ayah Irfan juga perlu menujukkan komitmen yang tidak
berbelah bagi supaya anak juga boleh mendapat inspirasi dan motivasi daripada
sikap ibu dan ayahnya. Sebagai ibu dan ayah, mereka perlu mengambil tahu tentang
apa yang dikehendaki oleh anak. Permintaan yang diutarakan boleh dipenuhi tetapi
perlu sesuai dengan anak. Dari segi komitmen juga, ibu dan ayah sebenarnya perlu
meluangkan masa untuk mengenali rakan-rakan anak. Melalui cara ini, mereka
boleh megetahui dengan siapa anak mereka berkawan.

Ibu dan ayah seharusnya menjadi orang pertama yang menegur kesalahan
anak. Sebagai ibu bapa, meurut gaya autoritatif, ibu bapa perlulah peka dengan
tingkah laku yang dipamerkan oleh anak kerana apabila tingkah laku negatif
ditunjukkan, ibu da ayah seharusnya memberi teguran membina kepada anak.
Mereka perlu menerangkan konsekuen yang bakal menimpa sekiranya tingkah laku
yang ditunjukkan tidak dihapuskan.

Komunikasi memainkan peranan yang sangat penting. Walaupun ibu dan


ayah Irfan bersikap terbuka dan bebas, namun dikhuatiri perbualan atau interaksi
yang berjalan adalah tidak berkualiti. Bagi memperbaikinya, ibu bapa perlu
menekankan kepentingan penggunaan masa. Interaksi juga bukan hanya perlu
apabila timbul konflik sahaja tetapi mereka perlu melatih anak untuk menghargai
kejayaan anak.
Secara keseluruhannya, gaya keibubapaan yang digunakan adalah
bergantung kepada tingkah laku yang ditunjukkan anak. Sekiranya gaya
keibubapaan yang sesuai dan tepat digunakan, anak akan berkembang dengan
persekitaran yang membina dan positif.

Tingkah laku negatif yang ditunjukkan:

REFLEKSI KENDIRI
Disediakan oleh: Siti Noor Jannah Bt Ahmad

No. Kad Pengenalan: 880730-43-5160

Apabila saya mendapat tugasan ini, saya beranggapan bahawa tugasan


projek ini sesuatu kajian ringkas yang menarik memandangkan saya perlu
mengenalpasti fungsi utama keluarga yang saya pernah alami sendiri. Tugasan ini
memerlukan kejujuran memandangkan ia merupakan perkara yang pernah dialami
dalam kehidupan. Keluarga saling melengkapi dan kejayaan seorang anak amat
bergantung pada gaya atau pendekatan yang digunakan dalam mendidik anak-anak.

Antara kelebihan yang telah dikenalpasti ialah saya sedar dan amat
bersyukur kerana masih dikurniakan keluarga yang bahagia iaitu keluarga yang
selalu memberi dorongan tanpa jemu dan perhatian serta kasih sayang yang tidak
berbelah bagi. Apabila saya menghuraikan isi berkaitan kasih sayang, saya begitu
terharu sehingga menitiskan air mata dan menelefon keluarga untuk menenangkan
diri. Tugasan ini membuatkan saya sedar tentang segala maksud tersirat yang
dilakukan oleh keluarga ke atas saya selama ini.

Selain itu, tugasan ini juga membuka mata saya betapa besar pengorbanan
ayah yang berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan saya mendapatkan
pendidikan yang terbaik. Sebelum ini, mungkin terdapat juga rungutan daripada saya
berkaitan pendidikan yang diterima namun setiap tempat yang saya pergi tetap akan
memberikan saya sesuatu iaitu untuk bersikap lebih matang dan berdikari.

Saya juga sedar bahawa keluarga selalu menyediakan keperluan asas malah
amat mengambil berat kesihatan saya. Sebenarnya, saya sudah jemu untuk makan
ubat setiap hari tetapi apabila saya membuat tugasan ini, saya berasa bersalah
kerana tidak menjaga diri sendiri sedangkan keluarga telah menyediakan khidmat
doktor pakar untuk saya. Saya tidak boleh membuat mereka risau akan kesihatan
saya lagi.

Antara kelemahan yang saya telah kenalpasti, saya mendapati agak sukar
sebenarnya untuk mengenalpasti gaya atau pendekatan keibubapaan yang
digunakan. Hal ini adalah kerana ibu dan ayah yang diperhatikan kadang-kala
menunjukkan gaya yang berubah-ubah. Namun, saya mengatasi masalah ini
dengan mengenalpasti kecenderungan yang lebih banyak berkaitan ketiga-tiga gaya
iaitu authoritarian, permisif dan autoritatif. Saya membuat pemerhatian berdasarkan
satu gaya sahaja pada satu masa bagi mendapatkan keputusan yang jitu.

Saya juga menghadapi masalah untuk memberi cadangan gaya keibubapaan


yang sesuai memandangkan saya sendiri tidak dapat menjangkakan tingkah laku
dan emosi anak apabila ibu dan ayahnya menggunakan gaya atau pendekatan yang
berbeza. Walaupun saya sudah sedia maklum tentang gaya yang terbaik iaitu gaya
autoritatif namun saya juga agak khuatir sekiranya gaya tersebut tidak sesuai
dengan anak. Setiap anak memerlukan pendekatan yang berbeza-beza dan saya
mengatasi masalah ini dengan membuat penambahbaikan berdasarkan apa yang
kurang dari gaya permisif. Contohnya, gaya permisif terlalu memberikan kebebasan
dan saya menghadkan kebebasan kepada perkara yang perlu sahaja dengan
menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi.

Sepanjang membuat pemerhatian, kadang-kala ibu dan ayahnya kurang


memberikan kerjasama kerana bimbang tentang laporan yang bakal ditulis. Mereka
juga melihat kembali gambar-gambar yang telah diambil kerana sangat bimbang
saya membuat laporan yang negatif ke atas anaknya. Walaupun begitu, saya
meyakinkan mereka bahawa ini hanyalah kajian untuk melihat sejauh mana
keberkesanan sesuatu gaya yang digunakan dalam mendidik anak-anak. Apabila
saya menerangkan bahawa hanya pensyarah yang akan membacanya dan
maklumat disimpan dengan baik, dia bersetuju dan mula memberikan kerjasama.

Melalui seluruh kajian yang dijalankan, saya menyedari bahawa komunikasi


sangat memainkan peranan penting dalam kehidupan. Melalui komunikasi, orang
yang sedang marah boleh bertukar tenang, orang yang sedang sedih boleh kembali
tersenyum dan orang yang lalai boleh disedarkan. Komunikasi antara ahli keluarga
amat penting dalam membentuk perkembangan sihat anak-anak.
Sebagai guru, saya juga perlu mengetahui kaedah yang sesuai dalam
meneruskan pendidikan awal oleh ibu bapa. Akhir kata, gaya keibubapaan
sebenarnya memberikan impak yang amat besar kepada perkembangan anak-anak
kerana tingkah laku dan emosi yang digambarkan oleh anak-anak merupakan
cermin kepada cara kita mendidiknya. Pada saya, guru dan ibu bapa tidak jauh
bezanya.

Sebagai penutup, Saya tertarik dengan kata-kata terjemahan yang dipetik


daripada Dorothy Law Notle dan saya ingin berkongsinya di sini.

”Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia belajar memaki.

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, dia belajar berkelahi.

Jika anak dibesarkan dengan cemuhan, dia belajar rendah diri.

Jika anak dibesarkan dengan penghinaan, dia belajar menyesali diri.

Jika anak dibesarkan dengan toleransi, dia belajar menahan diri.

Jika anak dibesarkan dengan dorongan, dia belajar percaya diri.

Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia belajar memaki.

Jika anak dibesarkan dengan pujian, dia belajar menghargai.

Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang baik, dia belajar keadilan.

Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, dia belajar menaruh kepercayaan.

Jika anak dibesarkan dengan dokongan, dia belajar menyayangi dirinya.

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan,

dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai