Anda di halaman 1dari 13

Pendahuluan

Etika, disebut juga falsafah moral, adalah cabang falsafah yang berbicara tentang tindakan

manusia dan merefleksikan ajaran moral. Lebih jauh lagi, Etika tidak mempersoalkan

keadaan manusia, melainkan mempersoalkan bagaimana manusia harus bertindak. Dalam

kaitannya dengan hal tersebut, Dr . Irmayanti, dkk. juga Popon Sjarif menyoroti sejauh

mana etika mengatur tindakan manusia dan peranannya dalam kehidupan sehari-hari.

Menurut mereka, dalam kehidupan nyata etika setidaknya mempunyai 3 fungsi iaitu

sebagaimana yang akan dikemukakan berikut ini.

1.      Fungsi etika dalam tingkah laku dan pergaulan hidup manusia

Etika tidak langsung membuat manusia menjadi lebih baik (kerana iaitu ajaran moral), tapi

etika merupakan sarana untuk memperoleh orientasi kritis berhadapan dengan pelbagai

moralitas yang membingungkan. Etika ingin menampilkan ketrampilan intelektual yaitu

ketrampilan untuk berargumentasi secara rasional dan kritis.

Orientasi etika ini diperlukan dalam mengambil sikap yang wajar dalam suasana

pluralisme. Pluralisme moral diperlukan kerana:

(a)  Pandangan moral yang berbeza-beza kerana adanya perbezaan suku, daerah budaya

dan agama yang hidup bersampingan;

(b) Modenisasi membawa perubahan besar dalam struktur dan nilai ketubuhan masyarakat

yang akibatnya menentang pandangan moral tradisional;


(c) Berbagai ideology menawarkan diri sebagai penuntun kehidupan, masing-masing

dengan ajarannya sendiri tentang bagaimana manusia harus hidup.

Selama manusia berupaya mencari jati dirinya, eksistensi dirinya dan berada dalam suatu

“ situasi “ kehidupan, manusia memerlukan kompas moral, pegangan, dan orientasi krisis

agar tidak terjebak, bingung atau ikut-ikutan saja dalam pluralisme moral yang ada dan

terlebur dalam kehidupan yang nyata.

Perancangan etika menjadi nyata agar orang tidak mengalami krisis moral yang

berkepanjangan. Etika dapat membangkitkan kembali semangat hidup agar manusia dapat

menjadi manusia yang baik dan bijaksana melalui eksistensi, profesinya.

 2.      Fungsi etika dalam pergaulan ilmiah

etika keilmuan bagaimana peranan seorang mahasiswa, ilmuwan terhadap kegiatan yang

sedang dilakukan. Tanggungjawab mahasiswa dan ilmuan dipertaruhkan ketika ia dalam

proses kegiatan ilmiahnya terutama dalam sikap kejujuran ilmiah.

Hal lain yang disorok sebagai fungsi etika dalam pergaulan ilmiah adalah masalah bebas nilai.

Bebas nilai adalah suatu posisi atau keadaan di mana seorang ilmuan (atau calon

ilmuah/mahasiswa) yang memiliki hak berupa kebebasan dalam melakukan kegiatan ilmiahnya.

Mereka boleh meneliti apa saja sejauh itu sesuai dengan keinginan atau tujuan penelitiannya.

3.      Fungsi etika profesional

Bagi seorang profesional yang bergerak di bidang tertentu, etika profesional dituangkan ke

dalam suatu bentuk yang disebut dengan ‘kod etika’. Kod etika adalah sistem norma, nilai dan
aturan profesional tertulis yang secara tegas menyatakan apa yang benar dan baik dan apa yang

tidak benar dan tidak baik bagi profesional. Kod etika menyatakan perbuatan apa yang benar

atau salah, perbuatan apa yang harus dilakukan dan apa yang harus dihindari.

Adapun peranan kod etika adalah sebagai berikut:

Pertama, sebagai “kompas” moral, penunjuk jalan bagi profesional yang berdasarkan nilai-nilai

etika: hati murni, kebebasan-tanggungjawab, kejujuran, kepercayaan, hak-kewajiban dalam

bentuk pelayanan/jasa sebaik-baiknya terhadap kliennya.

Kedua, adanya kod etika akan melindungi klien dari perbuatan yang tidak profesional sehingga

diharapkan dapat menjamin kepercayaan masyarakat (klien-klien) terhadap pelayanan yang

diberikan oleh profesional.

Kes jenayah semakin menjadi-jadi di Negara kita. Peristiwa pembunuhan Dato’ Sosilawati

bersama beberapa orang yang lain antara peristiwa jenayah yang paling menggemparkan

yang bukanlah jenayah pembunuhan episode pertama di dalam negara kita dan juga

pastinya bukanlah yang terakhir. Peristiwa yang cukup mengejutkan apabila penjenayah

terbabit dikaitkan dengan beberapa siri jenayah pembunuhan yang belum dapat diselesaikan

sebelum ini.

Tetapi pada hari ini apabila seorang peguam yang dikatakan menjadi ahli seumur hidup

salah sebuah komponen parti pembangkang disamping pernah menjadi peguam kepada

sebuah pertubuhan perkauman yang diharamkan, ditangkap kerana disyaki terlibat di

dalam kejadian pembunuhan jutawan kecantikan, Dato Sosilawati dan 3 orang yang lain

bayang pemimpin pembangkang pun tidak kelihatan membantu keluarga yang terlibat,
tetapi  melantik diri sendiri sebagai  peguam pemerhati. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek dipercayai terbabit

membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah

anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.

Beliau berkata hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam

membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum

memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa. Ini menunjukkan betapa

banyaknya kes jenayah pembunuhan yang tidak mampu dibongkar di Negara ini.

Antara aspek yang perlu difikirkan bersama ialah aspek etika. Ini kerana,

pengamalan etika antara aspek yang memberikan kesan pertambahan dan pengurangan

jenayah itu sendiri. Setelah polis berjaya menangkap penjenayah setelah berhempas pulas

mempertaruhkan nyawa dan jiwa mereka, ianya akan diserahkan kepada mahkamah untuk

dibicarakan. Apabila dibicarakan, akhirnya hakim akan membuat keputusan berdasarkan

ruang lingkup perundangan yang sedia ada, bukan menurut kehendak dan keinginan

hakim itu sendiri. Di sinilah titik terakhir dalam proses penyelesaian kes-kes yang

melibatkan jenayah.

Penguatkuasaan undang-undang menjadi mekanisme utama dalam mengawal tingkah laku

professional(peguam). Walaubagaimanapun, undang-undang sendiri ternyata agak kurang

berkesan kerana amalan salah laku antara profesional masih berlaku dari masa ke semasa.

Pertimbangan sewajarnya perlu di buat terhadap calon-calon yang memasuki bidang

profesion tertentu. Mereka sepatutnya mempunyai sikap etika untuk memikul

tanggungjawab sebagai seorang professional. Golongan professional (peguam) sentiasa


mempertahankan sistem penguatkuasaan peraturan sendiri dengan mengatakan bahawa

hanya merekalah yang berkepakaran untuk menilai perbuatan salah laku perbuataan lain.

Sebenarnya kebanyakan masalah etika yang dihadapi oleh golongan professional (peguam)

berpunca daripada kegagalan profesion berkenaan menyemak semula prinsip etika yang

diamalkan selama ini untuk disesuaikan dengan perubahan masyarakat dan peranan

pengamal profesion itu sendiri. Kajian etika professional tidak akan secara automatis

menjadikan seseorang profesional itu beretika. Walaupun pendidikan akademik biasa tidak

dapat merangsang motivasi kepada tindakan beretika, namun ramai daripada kita masih

berkeinginan untuk membuat sesuatu yang betul dari segi etika. Oleh itu, kajian etika

professional diharapkan dapat menyedarkan professional tentang kepentingan dimensi etika

amalan profesional dan seterusnya menjadi panduan untuk memikirkan dengan tepat

tentang masalah etika tersebut.

Dari segi konsep etika peguam tersebut perlu mengikuti teori wajiban seperti mana yang

terdapat dalam kajian etika profesional. Teori ini menekankan prisip tanggugjawab dalam

melakukan kebaikan yang perlu dilakukan oleh seseorang profesional itu. Tanggungjawab

ini tidak terikat dengan akibat satu-satu tindakan, sebaliknya dilakukan semata-mata

kerana sebagai satu tanggungjawab. Teori-teori etika boleh digunakan sebagai panduan

oleh golongan professional apabila berdepan dengan dilemma etika


Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi mati dibunuh?

BANTING: Polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang

lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai

berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin,

berkata polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya

perkara tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, hari ini.Tiga

lagi individu ialah pemandu, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru,

Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

– Bernama

Peguam, adik dan enam pekerja ditahan

BANTING – Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja

kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga

lagi dipercayai dibunuh.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kesemua

suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya

dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd. Bakri berkata,

polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang.

Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan,

manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

Beliau berkata, hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa

kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati

dan membakar mayat kesemua mangsa.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank

CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul

Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian

tanah.

Bagaimanapun, Mohd. Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua

mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos

sehinggalah semalam.

Mengenai motif kejadian, beliau berkata, ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga

kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati.


 Nampaknya kisah Suspek Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati semakin lama semakin banyak

kes yang timbul. Ini berikutan setelah dua ahli perniagaan hilang,seorang lagi ahli perniagaan

turut hilang lebih setahun dahulu yang berkemungkinan menerima nasib yang sama. Namun

tiada pengesahan lagi setakat ini cuma laporan polis telah dibuat oleh isteri peniagaan tersebut.

Menurut Isteri S.Anpalagan 43 yang telah hilang 4 ogos yang lalu,Suami beliau turut berkawan

rapat dengan peguam yang kini ditahan bagi membantu siasatan Kes pembunuhan Jutawan

Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dam tiga lelaki lain. Beliau yang berasal banting kali terakhir

dikatakan telah menemui seorang pegawai polis bernama "MANIAM" di Bukit Sentosa Rawang.

Kes Datuk Sosilawati nampaknya semakin reda maklumat yang diperolehi namun bagi aku ini

adalah petanda baik kerana senang pihak polis untuk menjalankan tugas.  Laporan DNA belum

diperolehi lagi dan sememangnya ini sudah dijangka dari awal lagi kerana Prosedur DNA

sememangnya rumit. Diharap pihak Polis dapat menemui bukti kukuh untuk sabitkan penjenayah

dan diberi hukuman yang sewajarnya.


KUALA LUMPUR 13 Sept. – Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pembunuh

profesional atau kumpulan samseng dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati

Lawiya dan tiga yang lain.

Pembunuh profesional atau kumpulan samseng itu dikatakan bekerjasama dengan dua peguam

adik-beradik yang ditahan sebagai suspek utama termasuk salah seorangnya bergelar Datuk bagi

melakukan pembunuhan kejam itu sebelum membakar mayat mereka. Menurut sumber, siasatan

juga mendapati Datuk itu pernah memberi bantuan guaman kepada pertubuhan haram Hindraf

dan menjadi ahli seumur hidup kepada sebuah parti politik.Selain itu, kata sumber tersebut,

setakat ini pihak polis telah mendapat maklumat penting berhubung pemilikan suspek terhadap

beberapa hartanah yang dipercayai diperolehi secara tidak sah, selain kes-kes membabitkan

penipuan terancang.Semalam, polis mengesahkan Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga lelaki

iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin ,44, pegawai Bank CIMB, Noorhisham

Mohamad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, yang hilang sejak 30 Ogos

lalu dibunuh.

Mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai

berdekatan Ladang Gadong, di Morib.Selain Datuk itu dan adiknya, polis turut menahan enam

individu lain termasuk dua wanita.Mengulas lanjut, sumber berkenaan memberitahu, kejayaan

polis membongkar kes pembunuhan itu dalam tempoh singkat berpandukan kepada maklumat

yang diperoleh daripada pesanan yang ditinggalkan Sosilawati.“Polis bernasib baik kerana

mangsa sempat meninggalkan pesanan kepada ahli keluarganya memaklumkan lokasi dan

individu yang mahu ditemui pada hari dia dilaporkan hilang.


“Maklumat penting ini membolehkan polis menjejaki suspek dua beradik terbabit sebelum

berjaya diberkas Sabtu lalu,” katanya ketika dihubungi.Difahamkan, siasatan polis juga

mendapati suspek bergelar Datuk tersebut kerap menghulurkan pelbagai bentuk bantuan

termasuk menawarkan khidmat guaman secara percuma.Malah, dia juga dikatakan bijak menarik

perhatian masyarakat menyebabkan firma guamannya menjadi popular dan ramai pelanggan

berminat mendapatkan khidmat termasuk golongan kenamaan.Difahamkan, peguam terbabit

pernah beberapa kali memanggil media untuk mengadakan sidang akhbar berhubung mangsa

yang dianiaya oleh majikan dan kes-kes membabitkan gangguan seksual.

Selain itu, menurut sumber polis, dua beradik berkenaan pernah dikenakan tindakan tatatertib

oleh Majlis Peguam Malaysia, tiga tahun lalu iaitu mulai 9 Mac 2007 sehingga 30 Mac

2008.“Kedua-dua mereka bersama seorang lagi proksi dikenakan tindakan tatatertib di bawah

Perkara Akta Undang-Undang Profesyen 1976.“Tindakan ini menyebabkan Datuk berkenaan dan

adiknya tidak layak untuk menjalankan amalan guaman dan menawarkan khidmat guaman

kepada orang ramai,” katanya.Menurut sumber itu lagi, adik Datuk itu pula pernah dikaitkan

dengan tiga tuduhan kes pecah amanah membabitkan pertukaran hak milik tanah yang dimiliki

seorang wanita bernilai RM200,000 pada akhir tahun lalu.Beliau berkata, kes tersebut

menyebabkan dia dihadapkan ke mahkamah pada awal Ogos lalu.

“Suspek didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman

penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda.“Dia

bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 sementara menunggu tarikh sebutan

semula kes pada 20 September ini,” katanya.


Kesimpulan

Etika tidak mempersoalkan keadaan manusia, melainkan mempersoalkan bagaimana manusia

harus bertindak. Selain itu, etika juga bukan merupakan sistem norma yang langsung dapat

membuat manusia menjadi lebih baik, melainkan sarana untuk memperoleh orientasi kritis

berhadapan dengan pelbagai moralitas yang membingungkan. Peranan etika menjadi nyata

ketika etika diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari baik dalam tingkah laku dan pergaulan

hidup manusia, pergaulan ilmiah, maupun dalam etika profesional.


UDP 2152

Etika Profesional

ASSIGMENT

TINGKAHLAKU GOLONGAN PROFESIONAL BERKAIT

KES DATUK SOSILAWATI

NAMA:THAMIL SELVI A/P CHRISTOPHER FRANCIS (900928-10-6034)


SATHYESWARY A/P SIVASI (900908-14-6194)
PUVANESWARI A/P SELVARAJOO (900527-05-5512)
MOHD SHARIFFUDDIN BIN HASSAN (9000824-01-5429)
FADZLYNE BT MOHD ARSAD (901201-10-5908)
DISEDIAKAN UNTUK: CIK SITI RUHAIDA BINTI KAMARUDIN