Anda di halaman 1dari 22

IJAZAH SARJANA MUDA

2020

OUMH 1603

KEMAHIRAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL : syax_vacallaxn@yahoo.com

NAMA : SYAX VACALLAXN

PUSAT PEMBELAJARAN :
syax_vacallaxn@yahoo.com

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN 2

2. ISU ALAM SEKITAR 3

2.1 Bahagian A – Pemilihan Isu Pencemaran Sungai


2.1.1 Pencemaran Sungai
2.1.2 Pencemaran Sungai Dari Aktiviti Industri 4
2.1.3 Pencemaran Sungai Akibat Dari Pengurusan 6
Sisa Pepejal Penempatan

2.2 Bahagian B – Video Konsep Pendidikan Warganegara Global (GCED) 7


Dan Isu Pencemaran Sungai
2.2.1 Video Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED)
2.2.2 Video Isu Pencemaran Sungai 9

2.3 Bahagian C – Bagaimana Konsep Utama Tiga Dimensi Memberi 10


Manfaat Bagi Menyelesaikan Isu Alam Sekitar
2.3.1 Huraian Tiga Dimensi Konsep Utama Pendidikan Kewarganegaraan 11
Global (GCED) Dalam Menyelesaikan Isu Alam Sekitar
2.3.2 Cadangan Dan Metadologi Penyelesaian Isu Alam Sekitar 13

3. KESIMPULAN 17

4. REFLEKSI KENDIRI 18

5. RUJUKAN / REFERENSI 20

1
syax_vacallaxn@yahoo.com

1.0 PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara komuniti dunia yang membangun dengan pesat dan tidak
terkecuali daripada menghadapi masalah dalam isu-isu alam sekitar, ia juga turut dihadapi oleh
setiap negara global yang mana masalah ini semakin hari semakin mencabar dan kian meruncing.
Perubahan landskap alam dan ekosistem yang terjejas akibat daripada perkembangan industri,
penempatan dan pengurusan sisa pepejal yang tidak mengikut garis panduan telah merobek
kelestarian alam sekitar. Punca utama berlakunya kerosakan dan kemusnahan adalah disebabkan
oleh kerana kurang pendidikan terhadap alam sekitar dan sikap manusia itu sendiri alpa akan
tanggungjawab yang telah di amanahkan Allah agar memelihara serta memanfaatkan anugerah
ciptaanNYA. Di sebabkan dari kealpaan dan sikap acuh tidak acuh dalam melindungi alam
sekitar, manusia telah menerima pelbagai implikasi yang tiada berkesudahan. Di antara kesan
dan akibat yang ketara ialah sering berlakunya bencana alam sehingga meragut nyawa, ancaman
kesihatan, kerosakan harta benda serta kemusnahan habitat haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Mengikut Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2017 dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebanyak 51
batang sungai telah tercemar, berdasarkan pendedahan ini, kekerapan berlakunya isu pencemaran
sungai telah menunjukkan peningkatan statistik dari tahun ke tahun dan ia harus diambil
perhatian yang sewajarnya (Abdullah, 2018).
Justeru itu, pendidikan khusus berkenaan alam sekitar telah diperkenalkan dan dilihat
sebagai salah satu instrumen penting yang berkesan dalam menangani isu dan juga
permasalahan. Oleh itu Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global Citizenship Education -
GCED) telah mengambil peranan dalam menyelesaikan isu ini dengan memberi pendedahan dan
kesedaran kepada masyarakat global dari segi pemahaman, sosio-emosi dan tanggungjawab
terhadap alam sekitar. Pendidikan berkaitan alam sekitar merupakan suatu proses pembelajaran
yang objektifnya adalah menyedarkan setiap warganegara global bahawa alam ini adalah milik
semua dan amatlah penting dalam melindunginya. Proses ini memberi pendedahan bagaimana
manusia berinteraksi dengan alam sekitar serta bagaimana ia dapat memberi manfaat dan
kesejahteraan.

2
syax_vacallaxn@yahoo.com

Penulisan ini bertujuan bagi membincangkan bagaimana Pendidikan Kewarganegaraan


Global (GCED) dapat memberi manfaat kepada masyarakat dalam menyelesaikan isu alam
sekitar. Walaupun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada isu alam sekitar, penulisan
hanya memfokuskan kepada konsep utama tiga dimensi dan kaedah penyelesaian akan di
perincikan pada para yang seterusnya.

2.0 ISU ALAM SEKITAR

2.1 Bahagian A - Pencemaran merupakan antara isu alam sekitar, akan dibincang
pada tajuk berikut ;

2.1.1 Pencemaran Sungai

Pencemaran sungai dapat didefinisi sebagai menyebabkan sebarang kemasukan bahan


asing ke dalam aliran air sungai, yang mana boleh merubah keadaan fizikal atau kimia,
seterusnya akan menjadi ancaman serta mengganggu gugat kehidupan manusia,
haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Takrifan pencemaran di bawah Undang-Undang
Malaysia pula ialah, “ “Pencemaran” ertinya apa-apa perubahan langsung atau tidak
langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif pada mana-
mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan
bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu
keadaan yang merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan, keselamatan,
kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidup-hidupan liar, ikan serta hidup-
hidupan dalam air, atau kepada tumbuh-tumbuhan dan menyebabkan suatu
perlanggaran terhadap apa-apa syarat, had atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu
lesen yang dikeluarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 - Akta 127”
(Jabatan Alam Sekitar, 2015).

3
syax_vacallaxn@yahoo.com

Pencemaran yang keterlaluan dan tidak terkawal akan mengakibatkan tahap


kualiti air sungai menurun, ia menjejaskan bekalan air bersih yang disalurkan kepada
penduduk setempat dan pengguna lain terutamanya di kawasan bandar. Syarikat
pengurusan air terpaksa membayar kos yang tinggi bagi menampung kos rawatan air di
loji-loji pembersihan, tentunya akan menyebabkan bil perkhidmatan air menjadi lebih
mahal, seterusnya meningkatkan lagi kos sara hidup. Tentunya sungai sebagai nadi
kehidupan mempengaruhi kesan jangka panjang kepada perubahan landskap alam
sekitar dan juga ketidakseimbangan ekosistem.
Sebagai rakyat Malaysia khususnya, penulis merasa bertanggungjawab bagi
membicara, membincangkan dan melontarkan pandangan berkaitan isu-isu
pencemaran sungai yang semakin parah dan seolah-olah tiada pengakhiran, objektif
dan matlamat agar sumber alam ini diurus dengan sebaik mungkin demi kelestarian,
kesejahteraan dan manfaat bersama.

2.1.2 Pencemaran Sungai Dari Aktiviti Industri

Malaysia merupakan negara pesat membangun yang mempunyai pelbagai sektor


industri, terdapat bermacam jenis aktiviti perindustrian, seperti pembalakan, pertanian,
pengetinan makanan dan minuman, pemprosesan bahan mentah, tekstil, barangan
elektronik dan lain-lain. Semua jenis perindustrian tersebut menyebabkan pencemaran
melalui bahan buangan dari kawasan perindustrian yang disalirkan atau disalurkan
kedalam air sungai melalui sistem yang dibina. Sumber pencemaran dari kawasan
perindustrian dapat ditakrifkan sebagai sumber berpunca. Bahan buangan berbahaya
ini dikawal di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 1996 dan
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989. Sebanyak 107
jenis buangan industri yang telah direkodkan serta dikategorikan sebagai buangan
berbahaya di bawah peraturan tersebut. Bagi mereka yang didapati bersalah oleh
mahkamah melakukan pelupusan haram buangan terjadual, iaitu di tempat yang tidak

4
syax_vacallaxn@yahoo.com

dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar, denda maksimum adalah sebanyak


RM500,000.00 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali (Zulinah, 2010).
Kebanyakan jenis-jenis bahan pencemar perindustrian yang dibuang sangat merbahaya
kepada manusia dan alam sekitar, contoh seperti tar terpakai, enapcemar mengandungi
sebatian asid atau plumbum, sisa buangan asbestos (debu asbestos atau buangan
gentian asbestos bebas loji pengilangan keluaran asbestos/ simen), buangan
mengandungi pewarna (air buangan mengandungi pewarna dari loji pengilangan
tekstil), buangan raksa logam (sebatian raksa organik dan tidak organik), enapcemar
raksa dari pengolahan air garam dan lumpur penulenan air garam yang mengandungi
raksa dari loji pengeluaran klorin. Bateri terbuang atau yang tidak mengikut spesifikasi
(mengandungi plumbum, raksa, nikel dan lithium). Pendedahan bahan pencemar
kepada tubuh badan manusia dan haiwan pada jangka masa tertentu boleh
menyebabkan sesak nafas, hilang keupayaan berfikir, kanser, kecacatan kekal,
kerosakkan genetik, kemandulan dan pelbagai lagi kesan kritikal (My Share Learning
Content, 2015).
Jika disoroti, konsep kelestarian di Malaysia telah melampaui dua dekad
diperkenalkan, ketidaklestarian pelbagai aspek alam sekitar masih juga berlaku, malah
ia semakin serius. Konsep pembangunan lestari dicetuskan agar dapat menangani
permasalahan isu alam sekitar, seharusnya difahami dan diadaptasi pihak industri
supaya menjadi budaya dan tataamalan bagi memacu kearah keharmonian,
kesejahteraan, keselamatan selain boleh menghindari lebih banyak tragedi bencana.
Pihak-pihak yang terbabit dalam industri tidak boleh sekadar hanya memikirkan
untung, tetapi harus bersama-sama memikul tanggungjawab mempertingkat
pemeliharaan sumber asli dengan melindungi dan memulihara kualiti alam sekitar.
Gabungan kesemua inisiatif-inisiatif ini mampu mengekang alam sekitar negara
daripada terus dicemari atas nama pembangunan.

5
syax_vacallaxn@yahoo.com

2.1.3 Pencemaran Sungai Akibat Pengurusan Sisa Pepejal Penempatan

Sisa pepejal ialah hasil atau sumber buangan daripada aktiviti sosioekonomi manusia,
yang bersifat kotor dan dianggap tidak berguna kerana ia tidak mempunyai nilai
ekonomi. Selain itu takrifan dari istilah undang-undang pula ialah,“ “Sisa pepejal”
ditafsirkan sebagai apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidak
dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada pengunaan apa-apa
proses, atau apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh,
tercemar atau selainnya rosak, atau apa-apa bahan lain yang mengikut akta ini atau
mana-mana undang-undang bertulis lain dikehendaki oleh pihak berkuasa supaya
dilupuskan, tetapi tidaklah termasuk buangan terjadual sebagaimana yang diperihalkan
dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], kumbahan sebagaimana yang
ditakrifkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] atau sisa radioaktif
sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304]”
(Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), 2015).
Sisa pepejal merupakan bahan buangan yang paling mudah didapati dan paling
banyak dihasilkan, ia memerlukan pengurusan sistematik dan perlaksanaan yang telus.
Sekiranya sisa pepejal tidak diuruskan dengan baik, limpahan atau aliran kumbahan
dari sisa pepejal tersebut akan mengakibatkan pencemaran alam disekitarnya, terutama
terhadap aliran sungai. Hal ini terjadi kerana faktor pertambahan sumber atau punca
terhasilnya sisa pepejal tidak dikendali mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Dengan pertambahan jumlah penduduk yang semakin meningkat juga merupakan
sebagai penyumbang kepada penghasilan sisa pepejal. Pertambahan jumlah sisa
pepejal yang terhasil di Semenanjung Malaysia sahaja telah menunjukkan angka yang
tinggi, daripada 16200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19100 tan metrik
sehari pada 2005. Jumlah ini dari masa ke semasa dianggarkan akan terus meningkat
kepada 30,000 tan metrik sehari pada tahun 2020. Secara puratanya, pada masa kini
seorang warga Malaysia menjana sebanyak 800 gram sisa pepejal sehari. Sekiranya
dibandingkan dari jumlah penduduk Malaysia kini, sememangnya faktor pertambahan
penempatan menjadi salah satu punca terbesar dalam penghasilan sisa pepejal negara
(Mohd Arif Haikal Bin Zaidi, 2018).

6
syax_vacallaxn@yahoo.com

Kebanyakkan sisa pepejal yang sering dan kerap ditemui adalah plastik. Oleh
yang demikian, penggunaan plastik dalam industri makanan selain ia memudahkan
untuk membawa barang atau bekalan, sama ada di pusat-pusat membeli belah,
serbaneka atau kedai runcit telah menyebabkan sampah sarap plastik ada dimana-
mana. Tempoh bagi pereputan atau penguraian zarah plastik pula mengambil masa di
antara 10 tahun hingga 1000 tahun. Dengan mengambil langkah pendekatan
mengurangkan penggunaan dan penghasilan plastik adalah merupakan jalan terbaik
bagi membendung tabiat pembuangan sampah merata-rata serta menghindari dari
penimbunan sampah sarap di tempat-tempat pengumpulan sampah. Persekitaran
kurang plastik akan mengurangkan impak penggunaan sumber asli petroleum iaitu
bahan dalam penghasilan plastik, ia akan menjurus ke arah menggalakkan penerokaan
sumber-sumber alam boleh diperbaharui dan seterusnya memanjangkan hayat sumber
asli buat bekalan untuk generasi masa hadapan (Nordin, 2020). Bahan biodegrasi
(biodegradable) adalah alternatif selainnya yang sesuai bagi penggantian bahan plastik
kerana dapat diurai atau direputkan melalui tindakan biologi oleh bakteria atau
mikroorganisma, peratusan penggunaannya pada masa ini masih lagi di tahap rendah.

2.1 Bahagian B - Berikut ulasan berkaitan dua video ringkas berkenaan Pendidikan
Kewarganegaraan Global (GCED) dan pilihan dari isu alam
sekitar;

2.2.1 Video Konsep Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED)

Video ini telah disusunatur oleh penerbit dalam konteks tiga dimensi konsep utama
yang merangkumi kemahiran kognitif, sosioemosi dan tingkah laku. Untuk tatapan
sebagai rujukan, video ini boleh diakses melalui laman sesawang ;
https://www.youtube.com/watch?v=1GpIUoRoKCo, ia berdurasi selama tiga minit
satu saat (3 minit 1 saat).

7
syax_vacallaxn@yahoo.com

Pada awalnya, video ini memetik petikan kata-kata Ban Ki-moon, Setiausaha
Agung PBB (2007-2016), dengan ucapan, “Pendidikan memberi kita pemahaman
mendalam bahawa kita terikat bersama sebagai warga masyarakat global, dan cabaran
kita saling berhubung-kait.” (Liptrot, 2018).
Kemudian video menjelaskan apa yang ditakrifkan dengan Pendidikan
Kewarganegaraan Global (GCED), iaitu sebuah konsep untuk seluruh manusia,
memberi kesedaran bahawa mengambil berat perihal dunia adalah tanggungjawab
bersama. Seterusnya memperincikan maksud dalam konteks menjaga dunia, manusia
disarankan untuk mengambil tahu antara satu sama lain, walaupun dari pelusuk dunia
mana pun manusia datang, dari bangsa apa, semuanya adalah manusia sejagat. Selain
itu perlu berbuat baik, membantu mereka yang memerlukan dan perlu menjaga alam
sekeliling dengan tidak membuat pencemaran serta tidak menebang pokok sesuka hati.
Kewarganegaraan global juga merujuk kepada rasa kepunyaan komuniti yang lebih
luas dan kemanusiaan yang sama. Ia memberi penekanan kepada politik, ekonomi,
sosial dan kebergantungan pada budaya serta perhubungan antara warga tempatan,
negara dan global. Untuk konsep utama tiga dimensi pula, video memaparkan kategori
dominan pembelajaran yang diterapkan dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global
(GCED), merangkumi aspek kognitif, sosioemosi dan tingkah laku ;
Kognitif – Untuk pengetahuan, pemahaman dan pemikiran kritikal mengenai
isu-isu global, serantau, kebangsaan, tempatan dan kesalinghubungan dan saling
bergantung negara dan penduduk yang berbeza.
Sosio-emosi – Mempunyai rasa kepunyaan manusia yang sama, berkongsi nilai
dan tanggungjawab, empati, perpaduan dan menghormati perbezaan dan kepelbagaian.
Tingkah Laku – Untuk bertindak dengan berkesan dan bertanggungjawab
diperingkat tempatan, nasional dan global untuk dunia yang lebih aman dan lestari.

Kefahaman selepas menonton video di atas ialah, pendidikan dengan


kemahiran kognitif dapat membantu manusia untuk lebih peka dalam menilai sesuatu
yang berlaku pada persekitaran dan alam sekeliling, secara umumnya permasalahan
apa telah berlaku di dunia pada hari ini, yang seringkali didengari di media-media
massa, di dada akhbar, contohnya seperti isu pencemaran sungai, pemanasan global,
kebakaran hutan, banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Pelajar berkemahiran kognitif

8
syax_vacallaxn@yahoo.com

juga tahu dan sedar bagaimana mencari maklumat, lokasi, mendapatkan data, membuat
analisa serta tahu cara untuk berfikir bagi mengatasi dan menyelesaikannya. Kedua
berkenaan sosio-emosi, iaitu perasaan pelajar ketika mengetahui sesuatu isu yang
berlaku, samada beremosi sedih, marah, kecewa, kasihan, bersalah dan lain-lain.
Pelajar berkemahiran kognitif yang mempunyai perasaan atau emosi ini akan memberi
respon atau tindak balas dan diterjemahkan pada raut wajah dan reaksi tubuh badan.
Emosi atau perasaan ini penting bagi mendorong pelajar berkemahiran kognitif untuk
samada melakukan tindakan selanjutnya ataupun tidak. Akhir sekali berkaitan tingkah
laku, yang mana setelah berfikir (kognitif), beremosi (sosio-emosi), tingkah laku
(behavioural) pelajar akan didorong oleh emosi tadi, pada ketika ini kelakuan pelajar
adalah dengan membuat keputusan serta tindakan bagi membendung isu-isu
permasalahan tersebut. Bentuk tindakan yang akan dilakukan mungkin dengan
membuat laporan pada pihak berkaitan, berkongsi isu semasa dengan menulis esei,
mencipta viral berkenaan isu, kempen bersama komuniti atau NGO, perbincangan
dengan para ilmuan dan sebagainya. Daripada ketiga-tiga dimensi konsep utama
tersebut setiap aspek perlu untuk saling berhubungkait atau dirangkum menjadi satu
supaya membentuk sistem, permulaan dengan berfikir, merasa dan bertindak, yang
seterusnya akan menjadikan pelajar berpendidikan kewarganegaraan global
mempunyai ciri-ciri dan peranan seorang pelajar abad ke 21.

2.2.2 Video Isu Pencemaran Sungai

Berikut adalah ulasan ringkas berkaitan video pendek yang dikongsi berkenaan pilihan
dari isu alam sekitar iaitu isu permasalahan pencemaran sungai, ianya boleh di capai
melalui pautan ini ; https://www.youtube.com/watch?v=hxaTqlASsOY, tempoh masa
video ini adalah berdurasi selama tiga minit tiga puluh lapan saat (3 minit 38 saat).
Terdapat 51 sungai di Malaysia telah tercemar dan tidak boleh di selamatkan,
kebanyakkan sungai-sungai yang tersenarai adalah dinegeri Johor, antara puncanya
ialah majoriti kilang-kilang industri yang dibina di pinggir-pinggir sungai, telah
menjalankan operasi tanpa mengikut prosedur dan piawaian pembuangan sisa pepejal

9
syax_vacallaxn@yahoo.com

oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Seperti apa yang kita sedia maklum melalui hebahan
media massa, berita, corong radio, laman sosial, bahawa pencemaran sungai di
Malaysia amat membimbangkan, ia berpandukan pengkelasan yang telah
diklasifikasikan bagi setiap sungai-sungai di Malaysia. Kualiti air sungai di nilai
berdasarkan piawaian kualiti air kebangsaan dan di terjemahkan dalam indeks kualiti
air (IKA). Indeks kualiti air terbahagi kepada lima kelas ; Kelas I (>91.7) – Dalam
keadaan semulajadi, Kelas II A (85~92.7) – Memerlukan rawatan konvensional, Kelas
II B – Sesuai untuk rekreasi, Kelas III (51.9~76.5) – Memerlukan rawatan intensif,
Kelas IV (31~51.9) – Kualiti rendah, hanya tujuan pengairan dan Kelas V (<31) air
tercemar teruk. Di Malaysia ada sebuah sungai di Johor telah di kategorikan sebagai
Kelas V, iaitu Sungai Tukang Batu yang dipetik dari laporan Kualiti Alam Sekeliling
2017. Selain dari itu lebih membimbangkan lagi kebanyakkan sungai-sungai di
Malaysia berada pada Kelas III dan Kelas IV, pada bila-bila masa sahaja boleh
beranjak ke Kelas V.

Interpretasi saya terhadap video ini ialah, masyarakat moden zaman sekarang
telah beranggapan bahawa sungai-sungai sudah lagi tidak diperlukan, seperti mana
zaman dahulu yang mana rata-rata masyarakat menggunakan sungai sebagai tempat
bergantung bagi melakukan aktiviti-aktiviti seperti mandi, membasuh pakaian,
bercucuk tanam, menangkap ikan, menadah air minuman dan sebagainya.
Kebanyakkan masyarakat moden ini hidup dengan begitu selesa kerana keperluan telah
pun tersedia, dengan air dibekalkan melalui sistem saluran paip dari tangki simpanan
utama dan disalirkan ke rumah. Hanya dengan membuka injap, air terus mengalir ke
mesin basuh, mesin penapis air, peti sejuk dan sebagainya. Oleh sebab itu sesetengah
masyarakat tidak tahu dan mengerti keperluan air tersebut juga telah di ambil dari
sungai-sungai di sekitar mereka, kemudiannya di rawat serta diagih-agihkan oleh
jabatan bekalan air, syarikat pembekalan air dan lain-lain, mereka hanya perlu
membayar perkhidmatan yang disediakan. Istilah kesusahan atau kesukaran pada
zaman kini tidak lagi dapat dirasakan, sehinggalah baru-baru ini krisis air telah berlaku
beberapa kali di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, yang menyebabkan air
dicatu, bukan kerana ketiadaan bekalan air, tetapi berlaku disebabkan pencemaran
sungai yang terjadi telah mempengaruhi kualiti kandungan air kepada pengguna,

10
syax_vacallaxn@yahoo.com

mengakibatkan bau, rasa, warna dan kebersihan air tersebut berubah serta memberi
kesan terhadap kesihatan manusia dan juga haiwan.

Oleh itu pentingnya pendekatan kerajaan atau institusi-institusi terlibat


mengambil tindakan tegas dan serius dalam perihal menjaga kebersihan dan
persekitaran alam sekitar agar bebas dari sebarang perkara yang boleh memberi
ancaman kepada sungai. Selain dari itu mendidik masyarakat sejak dari awal juga
dapat mengubah masa depan, seperti peribahasa melayu ada menyebut,
“Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari”, bermaksud “Mengajar anak-
anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar
lagi” (Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia, 2017).

2.3 Bahagian C – Bagaimana Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED)


memberi manfaat dan penyelesaian isu alam sekitar akan dibincangkan ;

2.3.1 Huraian Tiga Dimensi Konsep Utama Pendidikan Kewarganegaraan


Global (GCED) Dalam Menyelesaikan Isu Alam Sekitar

Terdapat banyak usaha-usaha yang telah dilakukan UNESCO agar Pendidikan


Kewarganegaraan Global (GCED) memberi manfaat dan kelebihan kepada masyarakat
dunia terhadap alam sekitar, khususnya di dalam sektor pendidikan tempatan.
Pendidikan Alam Sekitar adalah di antara salah satu usaha-usaha yang dijalankan bagi
menyedarkan kepentingan isu alam sekitar terutama isu pencemaran sungai yang
berlaku dimana-mana negara global. Ianya dirujuk sebagai usaha terancang yang
dilakukan bagi mendidik masyarakat sama ada secara formal atau sebaliknya, agar
kesejahteraan dan kelangsungan hidup masyarakat terhadap alam sekitar terpelihara
dan berpanjangan. Persidangan Stockholm 1972, Piagam Belgrade 1975 dan
Persidangan Tbilisi 1977, telah merintis ke arah memperkenalkan Pendidikan Alam
Sekitar sebagai instrumen penting bagi mengawal kemusnahan alam. Pendidikan Alam

11
syax_vacallaxn@yahoo.com

Sekitar ditakrifkan sebagai pembelajaran bagi memahami hubungan atau interaksi


antara manusia dengan alam sekitar serta bagaimana alam sekitar di uruskan secara
bijaksana dan melaksanakan dengan penuh bertanggungjawab untuk menuju ke arah
kelestarian hidup alam sejagat (Yee, 2010/2011).
Selain itu, Pendidikan Alam Sekitar menggalakkan keprihatinan dan kesedaran
terhadap politik, ekonomi, sosial serta saling bergantungan sama ada di bandar dan juga
di luar bandar. Ia menyediakan peluang kepada seluruh masyarakat untuk memperoleh
pengetahuan, komitmen, nilai, sikap dan kemahiran untuk melindungi serta
memperbaiki alam sekitar. Justeru itu, Pendidikan Alam Sekitar juga menghasilkan
corak tingkah laku baharu terhadap alam sekitar di dalam kalangan masyarakat,
kumpulan dan individu seluruhnya. Pendidikan Alam Sekitar juga membantu generasi
masa hadapan bagi mengawal kehidupan mereka serta mencipta masa hadapan yang
aman dan sejahtera. Pengetahuan Pendidikan Alam Sekitar sangat penting dikalangan
masyarakat, ia dapat memberi kesedaran dan peka terhadap isu alam sekitar.
Di Malaysia konsep Pendidikan Alam Sekitar secara rasminya telah
diperkenalkan ke dalam sistem pendidikan negara dan telah dipersetujui oleh
Jawatankuasa Kabinet ketika semakan semula Polisi Pendidikan Kebangsaan, ia
berdasarkan Laporan Kabinet Kerajaan Malaysia (1979), dan memutuskan pelaksanaan
Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur KBSR dan KBSM
melalui mata pelajaran Alam dan Manusia atau Kajian Tempatan bermula dari tahun
empat sehingga tahun enam di sekolah rendah. Pengajaran Pendidikan Alam Sekitar
berkait rapat dengan matlamat negara bagi membina masyarakat yang memiliki
pengetahuan tepat, cakna, berkemahiran dan sensitif terhadap menilai isu alam sekitar
serta berupaya memberi sumbangan kepada penyelesaian masalah alam sekitar. Elemen
Pendidikan Alam Sekitar digabungkan dan diajar secara jelas dalam mata pelajaran
seperti Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Melayu, Geografi, dan
juga dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang diperkenalkan
pada tahun 2005 (Ministry of Education Malaysia, 2004). Selain daripada pendidikan
formal di bilik darjah, Pendidikan Alam Sekitar juga berlaku secara tidak formal
melalui aktiviti kokurikulum berbentuk program seperti Kelab Alam Semula Jadi dan
projek 3K (Keselamatan, Keceriaan dan Kecantikan), kempen kitar semula,

12
syax_vacallaxn@yahoo.com

pertandingan kuiz, ceramah dan lawatan (Mohammad Zohir Ahmad, 2007). Bagi
menjayakan pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum, ia memerlukan tenaga
pengajar abad ke 21 yang berkualiti serta komited dan bersedia melaksanakan tugasan
utama mendidik generasi masa hadapan.

2.3.2 Cadangan Dan Metadologi Penyelesaian Isu Alam Sekitar

Antara cadangan bagi menyelesaikan isu alam sekitar ialah melalui konsep yang
diperkenalkan oleh UNESCO iaitu Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED).
Walaupun usaha menangani isu pencemaran sungai sebelum Pendidikan
Kewarganegaraan Global diperkenal dan di terapkan ke dalam masyarakat, usaha lain
yang telah dilaksana oleh pihak kerajaan, swasta dan masyarakat ialah melalui kaedah
perundangan, ceramah kesedaran, iklan bertema, namun amalan masyarakat serta
keberkesanannya masih berada di tahap lemah dan kurang memuaskan. Keadaan ini
disebabkan dari perancangan sistem yang tidak teratur, ketelusan pentadbiran yang
rendah, serta kurang keyakinan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Antara
metadologi terbaik bagi menyelesaikan isu pencemaran sungai untuk jangka masa
panjang ialah mengambil secara terperinci pendekatan dari Pendidikan
Kewarganegaraan Global (GCED) dengan menerapkan konsep kemahiran kognitif,
sosio-emosi dan tingkah laku ke dalam masyarakat global umumnya dan masyarakat
tempatan khususnya, supaya masyarakat perlahan-lahan tersedar bahawa kaitan
manusia dengan sungai mempunyai hubungan yang perlu dan penting antara satu sama
lain. Konsep amalan kemahiran tersebut disisipkan melalui pengajaran Pendidikan
Alam Sekitar, antara penyelesaian yang terbaik buat masa ini. Walaupun kesan dan
hasilnya mengambil sedikit masa, namun ianya meninggalkan kesan amat mendalam
kepada masyarakat, diterjemah melalui gaya hidup dan tindakan kesedaran dalam
amalan rutin harian bagaimana menguruskan sisa buangan yang terhasil disekeliling.
Perubahan ini sedikit demi sedikit akan kelihatan dalam kehidupan masyarakat, lama
kelamaan menjadi kebiasaan terhadap persekitaran yang bersih dan teratur. Pendidikan

13
syax_vacallaxn@yahoo.com

Alam Sekitar merupakan elemen utama dalam penyebaran ilmu, menjadi motivasi
kepentingan sungai kepada manusia, selain bertujuan membentuk sikap peribadi
manusia agar lebih peka terhadap peranan sungai. Sesuai dengan matlamat Pendidikan
Alam Sekitar, membentuk masyarakat yang lebih cakna dan prihatin terhadap isu alam
sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai, komited berusaha dan
bertindak secara individu untuk bersama kearah menyelesaikan isu-isu alam sekitar
(Abdullah, 2013).
Metadologi jangka pendek dan lebih spesifik pula ialah mengawal ketat
pembuangan bahan kimia industri dan mengurangkan penggunaan plastik konvensional
dengan menggantikan plastik dari bahan sukar mereput kepada bahan yang mudah
terurai atau menghapuskan penggunaan plastik konvensional secara terus dengan
membawa beg kitar semula atau beg pelbagai guna ketika membeli barang.
Kebanyakkan pencemaran-pencemaran sungai yang berlaku berpunca daripada kedua-
dua bahan utama ini iaitu kimia dan plastik. Maksud mengawal ketat penggunaan bahan
kimia industri ialah dari mula pembekalan sehingga penghasilan bahan sisa. Pembelian
dan pemilikan bahan kimia perlu direkod ke dalam sistem data pihak berkuasa
tempatan, termasuk rekod kuantiti. Selepas tempoh masa yang tertentu pihak berkuasa
perlu melakukan pemantauan dengan memeriksa secara visual di kilang-kilang yang
terlibat, sekiranya bahan kimia tersebut tiada dalam simpanan, pihak kilang berkenaan
perlu memberi penjelasan dimana dan kemana bahan kimia tersebut. Seandainya telah
digunakan dan sisanya dibuang, pihak berkuasa tempatan harus tahu kemana sisa
dikeluarkan. Sama ada diurus dengan baik dan terjadual, ditimbus dengan tanah ke
dalam lubang atau dialirkan ke sungai. Setiap kesalahan pembuangan sisa yang tidak
mengikut piawaian, pihak pengurusan kilang industri perlu bertanggungjawab
sepenuhnya. Seharusnya setiap kesalahan diambil tindakan berat termasuk tindakan
perundangan sepenuhnya tanpa kompromi dan pergantungan lesen yang dikeluarkan,
bagi pihak tidak berlesen pula hukuman setimpal dikenakan terhadap pengurus atau
pemilik premis atau individu yang berkaitan tanpa sebarang kompromi dan toleransi.

Penyelesaian bagi pencemaran sisa pepejal plastik konvensional pula, kaedah


terbaik mengatasinya ialah dengan inisiatif melalui pengurangan penggunaan plastik
sebagai langkah permulaan, setelah melepasi tempoh sesuai pengurangan plastik,

14
syax_vacallaxn@yahoo.com

seterusnya menghapus dan menggantikan bahan plastik konvensional tersebut dengan


bahan plastik mudah terurai serta mudah reput. Contoh di sini plastik biodegradasi,
setiap beg plastik yang diberi dan diguna oleh peniaga atau penjual barangan samada
kedai runcit atau pasaraya, kos sebanyak RM 0.20 akan dikenakan, inisiatif ini
dinamakan caj pencemaran. Antara kesan-kesan positif, ia akan mengurangkan risiko
terhadap sungai, laut dan kesihatan alam sekitar, selain dari itu kos pengurusan sisa
pepejal yang ditampung oleh kerajaan semakin berkurang dan menjimatkan. Mana-
mana individu, peniaga, penjual yang melanggar inisiatif dikenakan dtindakan
penguatkuasaan. Kelemahan serta kekangan cadangan ini, ia ditentukan dan
keberkesanannya bergantung kepada kesedaran, pengetahuan, tanggungjawab dan
tingkah laku manusia itu sendiri. Bagi mencapai objektif, selain dari polisi dan dasar
kerajaan, pihak berkuasa tempatan perlu berintegriti dengan berkesan.

Disertakan artikel bagi menyokong cadangan serta pendapat berkaitan


Pendidikan Alam Sekitar metadologi penyelesaian jangka masa panjang isu
pencemaran sungai;
Pendidikan Alam Sekitar Disekolah: Komitmen Guru,
http://web.usm.my/education/publication/mohd%20zohir.pdf.
Disertakan juga dua artikel sebagai sokongan bagi cadangan serta pendapat
berkenaan metadologi penyelesaian jangka masa pendek isu pencemaran sungai;
Penguatkuasaan Tegas Perlu Diambil Lindungi Alam Sekitar,
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/penguatkuasaan-tegas-perlu-diambil-
lindungi-alam-sekitar-201101,
http://www.ptgwp.gov.my/portal/documents/20182/27716/INISIATIF+BIODEGRAD
ASI+DI+WILAYAH+PERSEKUTUAN.PDF/b6f1066a-3e60-4a54-a6a2-
47c329257c37

15
syax_vacallaxn@yahoo.com

3.0 KESIMPULAN

Hambatan perkembangan yang semakin berkembang pesat dan drastik kini, mencetuskan
implikasi negatif kepada manusia dan alam sekelilingnya. Kemusnahan alam sekitar pastinya
tidak dapat dielakkan demi memenuhi tuntutan perkembangan dan ketamadunan manusia. Untuk
memastikan supaya apa jua perencanaan, perlaksanaan dan perubahan terhadap pembangunan
perlu berjalan seiring dengan perlindungan serta penjagaan alam sekitar, oleh itu kerjasama
semua agensi dan penyelarasan pentadbiran adalah amat diperlukan. Pendidikan dan
perundangan merupakan salah satu aspek serta mekanisme penting bagi pengurusan alam sekitar
supaya lebih berkesan dan terkesan. Di negara kita, terdapat perundangan dan peraturan
berkaitan yang telah dibentuk dan digubal, namun ia tidak begitu ketara memberi input dalam
menjaga kualiti alam sekitar, ini kerana sebahagian besar adalah berkaitan dengan perihal
manusia yang melibatkan personaliti, akhlak, etika seseorang individu itu sendiri. Kaedah
perundangan hanyalah bersifat pemulihan, dan punca utama kesilapan serta kelemahan
pengurusan alam sekitar di Malaysia ialah lebih menekankan kaedah bersifat penyelesaian dan
kurang bersifat pencegahan. Pencegahan yang dimaksudkan disini ialah kesedaran melalui
pendidikan, iaitu dengan menanam dan memupuk sikap serta sifat menyayangi alam sekitar.
Mengambil contoh budaya kebersihan di negara Jepun, modul bagi sekolah rendah atau konsep
pendidikan peringkat rendah dimulakan dengan memperkenalkan rutin kebersihan, sama ada
secara praktikal dirumah mahupun amali disekolah ataupun difakulti, setiap hari secara
berkumpulan mereka mengamalkan kebersihan melalui pembersihan. Komitmen kerajaan negara
Jepun terhadap kebersihan alam sekitar amatlah tinggi, keseriusan mereka memberikan hasil
positif yang berpanjangan. Perkara seperti ini sepatutnya dicontohi, walaupun majoriti rakyat
mereka bukan beragama islam, tetapi sikap yang ditunjukkan jelas mencontohi sebagaimana
akhlak yang ditunjukkan Rasulullah SAW, mengambil sebaris tafsir ayat Al Quran dari surah Al
Baqarah ayat 222, menyatakan “Sesesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan
menyukai orang-orang yang mensucikan diri”, jelas disini bahawa muslim seawalnya telah diajar
dan disarankan supaya mengamalkan kebersihan dan sentiasa menyucikan diri. Akhir sekali,
sebelum menuding jari dan meletakkan kesilapan keatas bahu orang lain, adalah lebih baik jika
diri sendiri serta masyarakat dapat mengubah sikap terhadap kebersihan alam sekitar terlebih
dahulu dengan mempraktikkan konsep kebersihan bermula dari rumah, tempat awam dan

16
syax_vacallaxn@yahoo.com

disekeliling, walaupun ketika mengunjungi negara-negara asing. Bagi institusi kekeluargaan,


sebaiknya mengajarkan kepada anak-anak sejak dari kecil akan budaya kebersihan dan rasa
tanggungjawab terhadap alam di sekitar. Walaupun kemodenanan telah mengambil tempat dalam
perkhidmatan pembersihan, bukanlah menjadi penyebab atau alasan untuk kita sambil lewa serta
endah tidak endah akan kepentingan mengekalkan kelestarian alam sekitar. Beringatlah
sekiranya punca air bumi sering mengalami penyusutan kualiti, percayalah tidak mustahil suatu
hari nanti manusia akan menderita mengalami ‘kehilangan’ sungai sebagai sumber air, dan
memungkinkan menjadi penyebab tamadun manusia generasi masa hadapan mengalami
kepupusan populasi, Wallahu’alam.

17
syax_vacallaxn@yahoo.com

4.0 Refleksi Kendiri

Pertama ingin saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya,
berjaya menyiapkan tugasan modul Kemahiran Pembelajaran Abad Ke 21 (OUMH 1603) ini.
Walaupun pada awalnya mengalami sedikit kesukaran dan kehilangan punca bagaimana dan
dimana sepatutnya harus dimulakan. Setelah selesai menaip mukasurat pertama dan merangka isi
kandungan, barulah timbul idea bagaimana membina kemahiran dan struktur bagi meneruskan
penulisan tugasan dengan jawapan berbentuk esei, Alhamdulillah dipermudahkan dan seterusnya
tugasan berjalan lancar. Lagi sekali bersyukur pada Allah SWT, kerana diberi kekuatan, ilham
serta keupayaan dalam usaha menyiapkannya. Jesteru itu, berterima kasih kepada emak, isteri,
anak-anak, ibu mentua, adik ipar, rakan sepengajian, rakan kerja giliran kerana senantiasa
membantu dengan apa-apa cara sekalipun, juga buat tutor modul OUMH 1603 sebagai pemudah
cara serta menjadi tenaga pengajar, maafkan jika ada sebarang kekurangan sebagai pelajar baru
bagi semester Januari 2020.
Bagi menghasilkan tugasan yang baik dan berfakta, seharusnya kita mencari maklumat
dari pelbagai sumber di internet, buku, akhbar berita, artikel majalah dan sebagainya. Namun
untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya hanya berpandukan sumber dari internet, jurnal dan
artikel sahaja. Mungkin lebih banyak lagi sumber yang boleh digunakan tetapi itu pun sudah
terlalu banyak ilmu yang diserap, menyebabkan banyak idea datang secara mendadak sehingga
terkeliru bagaimana untuk mengumpul, menyusun, agar ia kemas teratur dan penulisan diolah
dengan baik. Bermula dari itu saya cuba berkomunikasi dan berkolaborasi dengan rakan
sepengajian dan mengemukakan pertanyaan-pertanyaan berkaitan kehendak soalan. Selain itu,
terdapat banyak kesalahan yang telah dibuat pada permulaannya, iaitu penggunaan perkataan
yang berulang-ulang, meletakkan secara salah antara huraian dan pendapat. Ini semua kerana
tidak mengambil topik-topik dari modul OUMH 1603 sebagai rujukan. Pada ketika itu, tidak
tahu strategi mana yang perlu digunakan. Sehinggalah terbaca maklumat forum dari OUM
myInspire LMS (Learning Management System) berkenaan kemahiran pada topik 2 iaitu
kemahiran penulisan esei. Barulah saya sedar jika belajar secara individu kemampuan menjadi
terhad dan pengetahuan sukar berkembang, dengan teknologi digital yang ada pada masa kini,
kita masih boleh bekerjasama secara berkolaborasi meskipun tidak berada pada tempat yang
sama.

18
syax_vacallaxn@yahoo.com

Seterusnya, selesai mengolah tugasan penulisan esei, setelah disemak didapati ada
beberapa kelemahan lainnya dari aspek salah ejaan dan penggunaan frasa, kreativiti penulisan
berpandukan rubrik dan cadangan penyelesaian isu alam sekitar. Dalam konteks ini, saya telah
membuat beberapa pembetulan dengan melihat semula topik 5, 9 dan 10, atas tafsiran maklumat
dan pengetahuan yang diperolehi, saya cuba membuat beberapa perubahan berdasarkan kaedah
pemarkahan tersebut. Melalui pengalaman pembelajaran modul OUMH 1603 pelbagai kelebihan
dan kelemahan yang telah ditemui dari mula sehingga berjaya menyiapkan tugasan.
Sehubungan dengan itu, kelebihan yang diperolehi ini, in shaa Allah akan dijadikan
amalan manakala kelemahannya pula seharusnya diperbaiki. Saya terasa amat lega dan amat
berpuas hati kerana akhirnya tugasan ini dapat juga disiapkan walaupun pada mulanya terasa
terbeban, kerana terlalu banyak halangan, kadang kala perhatian terganggu disebabkan perlu
bekerja dalam jadual giliran interim selama dua belas jam, atas inisiatif kerajaan melaksanakan
PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak pandemik covid-19, di mana
tempohnya dilanjutkan lagi selama empat belas hari, dan pada waktu ini akan masuk hari yang
ke sembilan belas. Apa-apa pun saya mendoakan agar semua rakyat Malaysia khasnya, serta
masyarakat dunia umumnya bersabar, terus mengikut arahan dari kerajaan melalui MKN (Majlis
Keselamatan Negara) supaya “duduk diam-diam dirumah” (Please Stay at Home).
Akhir kalam, saya terasa amat beruntung kerana diberi sahabat dan eTutor yang sering
bekerjasama dalam memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu, walaupun pergerakan terhad serta
faktor kekangan masa. Dalam pada itu, saya berharap agar hasil penulisan tugasan saya ini
diterima dan menepati kehendak serta piawaian pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak
OUM.

(4898 patah perkataan)

19
syax_vacallaxn@yahoo.com

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Abdullah, R. (2018, Disember 22). 51 Sungai Tercemar Di Malaysia. Berita Malaysia,


Astro Awani.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ini-51-sungai-tercemar-di-malaysia-194141
Abdullah, N. H. (2013). PENDIDIKAN ALAM SEKITAR SEBAGAI MEDIUM UTAMA
DALAM KONTEKS MENINGKATKAN KESEDARAN ALAM SEKITAR: SATU KAJIAN
PERSEPSI DARI SUDUT PANDANGAN PENTADBIR, GURU, IBU BAPA DAN
MURID. Parit Raja, Johor.
https://www.researchgate.net/publication/319208043_PENDIDIKAN_ALAM_SEKITA
R_SEBAGAI_MEDIUM_UTAMA_DALAM_KONTEKS_MENINGKATKAN_KESE
DARAN_ALAM_SEKITAR_SATU_KAJIAN_PERSEPSI_DARI_SUDUT_PANDAN
GAN_PENTADBIR_GURU_IBU_BAPA_DAN_MURID
Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia. (2017). Peribahasa Melayu. Pusat Rujukan
Pensuratan Melayu (PRPM). http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?
keyword=rebung&d=82736&#LIHATSINI
Jabatan Alam Sekitar. (Pindaan 2001). Undang-Undang Malaysia - Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 - Akta 127. Persidangan Dewan Negara Dan Rakyat Di Parlimen (S.
10). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
https://www.doe.gov.my/portalv1/wpcontent/uploads/2015/01/Akta_Kualiti_Alam_Sekel
iling_1974_-_ACT_127.pdf
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN). (7. September 2015). Pengurusan Sisa
Pepejal Dan Pengurusan Awam. Kesan Pembuang Sisa Industri Terhadap Alam Sekitar.
https://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/106
Liptrot, J. (2018). Global Citizenship Programme. Sotogrande: Sotogrande International
School.
https://sis.ac/wp-content/uploads/2018/10/GCP-EN-web-2019-1.pdf
Mallow, M. S. (14. March 2014). Penguatkuasaan Tegas Perlu Diambil Lindungi Alam Sekitar.
Kolumnis Awani, Berita Awani.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/penguatkuasaan-tegas-perlu-diambil-
lindungi-alam-sekitar-201101
Mohammad Zohir Ahmad, N. A. (2007). Pendidikan Alam Sekitar Disekolah: Komitmen
Guru. Pendidikan Lestari.
http://web.usm.my/education/publication/mohd%20zohir.pdf
Mohd Arif Haikal Bin Zaidi, N. H. (2018). Pengurusan Sisa Pepejal. Blogger
Assalamualaikum.
http://dprsisapepejal.blogspot.com/2018/02/pengurusan-sisa-pepejal.html
My Share Learning Content. (4. Ogos 2015). Kesan Pembuang Sisa Industri Terhadap
Alam Sekitar. Make Learning Community Borderless.
http://onelearningsolution.blogspot.com/2015/08/83-kesan-pembuangan-sisa-
industri.html
Nordin, A. N. (27. Januari 2020). Soalan SPM Bahasa Melayu 2019 Kertas 1.

20
syax_vacallaxn@yahoo.com

https://azanatte01.blogspot.com/2020/01/soalan-spm-bahasa-melayu-2019-kertas-1.html

Samad, T. H. (2019). Galakan Membawa Beg Kitar Semula Semasa Membeli Belah Di Wilayah
Persekutuan. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Kementerian Wilayah Persekutuan.
http://www.ptgwp.gov.my/portal/documents/20182/27716/INISIATIF+BIODEGRADAS
I+DI+WILAYAH+PERSEKUTUAN.PDF/b6f1066a-3e60-4a54-a6a2-47c329257c37
Yee, W. L. (2010/2011). Sejarah Dan Konsep Pendidikan Alam Sekitar. Studocu.com.
https://www.studocu.com/my/document/ucsi-university/human-
resources/essays/rumusan-bab-1-grade-a/4102415/view
Zulinah. (Julai 2010). Pencemaran Sungai. Geografi STPM - Alam Sekitar Fizikal Dan
Manusia.
http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/pencemaran-sungai.html

21