Anda di halaman 1dari 37

KOLEJ VOKASIONAL SEPANG

PENGAJIAN ISLAM
MPU2312
PENILAIAN BERTERUSAN 2021
(LAPORAN KAJIAN KES)
TAJUK : LAPORAN TENTANG KECENDERUNGAN
REMAJA DALAM PELAKSANAAN SOLAT DI
TAMAN D’PUNCAK
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA : ISKANDAR MIRZA BIN ZAINI
NO KAD
: 031212-10-0161
PENGENALAN
ANGKA GILIRAN : K311HKSK008
PROGRAM /
: 1 DKB 1 / 2021
TAHUN

DISEMAK OLEH:
PUAN SITI NORIAH BINTI ENDUT
i. Penghargaan

Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T dengan


limpah kurnia rahmatNya, saya dapat menyelesaikan kajian kes ini dan selawat
serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a
serta para tabi’in yang memperjuangkan kebenaran islam di muka bumi Allah S.W.T
ini.

Terlebih dahulu saya ingin memberi setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan


terima kasih diucapkan khas buat Puan Siti Noriah Binti Endut atas segala
bimbingan dan tunjuk ajar serta dorongan yang telah diberikan sepanjang tugasan
ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada semua pensyarah Kolej Vokasional Sepang di
atas curahan ilmu yang bermanfaat.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada ayahanda dan bonda serta
kakanda dan adinda yang saya kasihi kerana telah banyak memberi galakan,
dorongan dan sentiasa mendoakan kejayaan saya terutama dalam usaha
menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah menjadikan kita umat islam yang mencintai
ilmu.

Akhir sekali, tidak lupa buat semua yang memberi sumbangan sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan
ini. Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.


ii. Tajuk Kajian i

TAJUK TUGASAN KAJIAN KES :

Anda dikehendaki menyediakan satu laporan kajian kes tentang Persepsi


Kecenderungan Remaja Dalam Pelaksanaan Solat di komuniti anda.

1. Kajian anda hendaklah mempunyai:

a. Tajuk kajian
b. Pembinaan pernyataan masalah
c. Kajian literature (kajian yang pernah dibuat)
d. Objektif kajian
e. Menentukan kaedah kajian
f. Mengenal pasti sumber Rujukan
g. Analisis Data
h. Laporan Kajian

2. Langkah-langkah pelaksanaan kajian kes


Pelaksanaan kajian kes ini melibatkan beberapa langkah yang membabitkan kajian
dan penilaian data berkaitan tajuk kajian:
Item Huraian
Pernyataan masalah Persoalan utama atau isu yang ingin dikaji
Kajian literatur Kajian lepas yang pernah ada dan berkaitan dengan
tajuk yang dikaji

Objektif kajian Tujuan sesuatu kajian itu dilaksanakan


Kaedah kajian Cara yang dilakukan untuk mendapatkan sumber
Sumber rujukan Bahan yang digunakan untuk menyokong kajian
Analisa data Menilai kesesuaian bahan dengan tajuk kajian
Laporan kajian Hasil kajian yang telah diperolehi dan telah dibuat
huraian serta laporan
3. Sila hantar kajian kes yang lengkap pada 5 Julai 2021 kepada pensyarah anda.
ii
iii. Isi Kandungan

BIL PERKARA MUKA SURAT

i Penghargaan i

ii Tajuk Kajian ii

iii Isi Kandungan iii

1 Pengenalan 1

2 Pernyataan Masalah 2

3 Objektif Kajian 5

4 Metodologi Kajian 6

5 Analisa/ Dapatan Kajian 7

6 Penilaian Analisa Kajian 16

7 Cadangan/ Langkah Penyelesaian Masalah 22

8 Kesimpulan 25

9 Rujukan 26

10 Lampiran 27

iii
1.0 Pengenalan

Solat merupakan perintah wajib Allah kepada individu muslim berdasarkan


firman Allah di dalam surah al- Baqarah ayat 43:

َّ ‫َواَقِ ْيمُوا الص َّٰلو َة َو ٰا ُتوا‬


‫الز ٰكو َة َوارْ َكع ُْوا َم َع الرَّ ا ِك ِعي َْن‬

Maksudnya : “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah


zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk

Dalam agama Islam, Solat merupakan ibadah yang utama dari segala jenis
ibadah. Solat merupakan tiang seri yang bermaksud tiang utama pengukuh agama
Islam. Di dalam rukun Islam, rukun kedua ialah mendirkan solat lima waktu. Apabila
seseorang umat islam itu mendirikan solat, maka dia menunjukkan rasa kehambaan
dan sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT

Namun begitu, kebanyakkan golongan remaja masa kini tidak mengambil


berat tentang kewajipan menunaikan solat, masih terdapat pelajar yang tidak tahu
cara pelaksanaan solat dan cara bacaan di dalam solat. Sedangkan perkara ini
perlulah diajar dan diberi penekanan sejak kecil lagi.

Seperti hadis Nabi Muhammad S.A.W :

Bersabda Nabi (s.a.w): “Perintahkanlah oleh kamu akan anak-anak kamu


dengan (mengerjakan ) solat Ketika baligh (yakni sampai umur ) tujuh tahun, dan
Ketika baligh (yakni sampai umur) sepuluh tahun, maka pukullah atasnya (jika tdak
mengerjakan solat).”

[Hadis Abu Daud 495]

2.0 Pernyataan Masalah


1
Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal
sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun
Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam. Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat
lima waktu sehari semalam, iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Sekiranya
seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan
niat qada. Bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang
diberikan, dan harus bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Dalam pada itu, masih terdapat segelintir masyarakat Islam di Malaysia


yang kurang pengetahuan tentang solat dan masih memilih untuk tidak
melaksanakan kewajiban mereka sebagai umat Islam. Walaubagaimanapun,
penyataan yang dinyatakan dimana data segelintir masyarakat Islam di Malaysia
berkenaan adalah kurang tepat kerana ia hanyalah konklusi yang didapati
berdasarkan pembancian ringkas dan andaian sahaja iaitu masih tidak tepat. Oleh
itu, saya sebagai pengkaji yang telah ditugaskan untuk membuat kajian tentang
Solat dalam kalangan remaja di kawasan kajian iaitu Taman Perumahan D’Puncak,
Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor telah mengumpulkan data yang berkenaan
Solat dalam kalangan penduduk dalam lingkungan umur daripada 12 tahun hingga
21 tahun untuk membantu kerja kajian ini dan dijadikan khalayak sasaran.

Tambahan pula, berdasarkan pengetahuan saya, belum pernah ada kajian


yang seperti ini dilakukan dalam kawasan perumahan Taman D’Puncak. Oleh itu,

2
saya menggunakan kajian yang pernah dilakukan oleh penyelidik lain sebagai
rujukan yang juga mengkaji tentang solat dalam kalangan remaja. Berdasarkan
kajian Pelaksanaan Solat Dalam Kalangan Pelajar Muslim di Kolej Komuniti Negeri
Johor yang dilakukan oleh Hasna bin Bidin. Dalam kajian ini, penyelidik
memfokuskan ke atas pelajar-pelajar muslim di Kolej Komuniti Negeri Johor bagi
mengenalpasti pelaksanaan solat mereka seharian sama ada berada pada tahap
yang baik atau sebaliknya. Penyelidik sendiri pernah melakukan kajian terhadap
pelajar-pelajar muslim di salah sebuah Kolej Komuniti di Johor berkaitan tahap
kefahaman dan pelaksanaan solat. Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan
pemahaman solat pelajar-pelajar di Kolej tersebut adalah memuaskan tetapi
pelaksanaan solat mereka seharian adalah lemah dan mendukacitakan.

Antara faktor terbesar solat kurang dititik beratkan di kalangan remaja adalah
akibat daripada faktor teknologi dan pengaruh media massa. Teknologi terkini yang
sepatutnya membantu menambah baik sistem sosial masyarakat dilihat telah
melahirkan satu jurang komunikasi antara sesama manusia. Ramai remaja dilihat
tidak lagi mampu berkomunikasi dengan baik dengan ibu bapa, guru, pemimpin,
sanak saudara dan jiran tetangga. Pembangunan teknologi ini secara sedar atau
tidak sedar sebenarnya mendatangkan keburukan kepada alam dan manusia.
Penggunaan internet boleh membawa kepada ketagihan dan akhirnya menjadi
punca kepada kurangnya masa berkomunikasi dengan ahli keluarga. Mafhumnya,
teknologi banyak menyumbang kepada punca solat ditinggalkan oleh remaja kerana
terlalu leka.

Selain itu, faktor lain yang menjadi masalah utama adalah faktor pengaruh
rakan sebaya. Pengaruh rakan merupakan antara faktor yang berupaya

3
mempengaruhi remaja untuk tidak melaksanakan solat fardhu lima waktu sehari
semalam. Tegasnya, remaja akan mencontohi rakan yang sentiasa menunaikan
solat. Faktor rakan andalah antara faktor yang boleh mempengaruhi remaja untuk
solat atau sebaliknya. Oleh itu, remaja perlu pandai memilih rakan dalam pergaulan
kerana peribadi rakan mampu mencerminkan diri seseorang.

Oleh yang demikian, bagi tujuan melahirkan generasi unggul khususnya


remaja yang merupakan pemangkin kecemerlangan di masa akan datang, maka
penyelidikan berkaitan solat ini dirasakan amat signifikan untuk mencapai hasrat
murni tersebut dan usaha seumpama ini perlu digembeleng dengan berterusan dari
masa ke semasa. Kesannya amat besar ke arah membentuk dan melahirkan modal
insan yang beriman dan berakhlak serta bermanfaat kepada agama, bangsa dan
negara. Melalui pelaksanaan solat yang konsisten setiap hari, pelajar dapat menjadi
insan yang menyeimbangkan tuntutan agama dengan urusan kehidupan dunia yang
semakin mencabar bagi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

3.0 Objektif Kajian

4
Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan solat dalam kalangan remaja muslim

di Taman D’Puncak, Bandar Seri Putra. Secara khusus, objektif kajian adalah:

a) Mengenal pasti tahap pengetahuan dan pelaksanaan solat fardhu dalam

kalangan remaja muslim di Taman Perumahan D’Puncak Bandar Seri Putra,

Kajang, Selangor.

b) Menganalisis faktor yang mempengaruhi remaja-remaja muslim dalam

menunaikan dan meninggalkan solat fardu.

c) Menilai kesan terhadap diri remaja-remaja muslim kerana meninggalkan


solat fardu.

4.0 Metodologi Kajian

5
4.1. Pengenalan

Metodologi yang digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini ialah
menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif.

Pendekatan kuantitatif yang diguna pakai oleh pengkaji dalam kajian ini untuk
mengumpul data ialah melalui instrumen soal selidik. Selain daripada itu,
pendekatan kualitatif juga digunakan dalam kajian ini iaitu dengan menemu bual
beberapa orang responden. Selain daripada itu, pengkaji turut menganalisa artikal,
keratan akhbar dan bahan media cetak yang lain untuk mendapatkan info
tambahan.

Pengkaji telah berusaha untuk mengikuti metodologi dan prosedur pelaporan


kajian kes yang telah digariskan dengan sebaik mungkin, untuk memastikan kajian
yang dijalankan ini mencapai objektif yang telah digariskan.

4.2. Tempat Kajian


Lokasi kajian adalah di Taman Perumahan D’Puncak, Bandar Seri Putra

4.3. Instrumen Kajian

6.3.1. Bahagian A : Maklumat Diri Responden

6.3.2. Bahagian B: Soal-Selidik Tahap Pengetahuan Solat Fardhu

6.3.3. Bahagian C: Soal-Selidik Tahap Pelaksanaan Solat Fardhu

6.3.4. Bahagian D: Soal-Selidik Berkaitan Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar


Untuk Melaksanakan dan Meninggalkan Solat Fardhu.
6.3.5. Bahagian E: Kesan Yang Dirasai Oleh Pelajar Kerana Meninggalkan
Solat Fardhu

5. Analisa / Dapatan Kajian

6
Dapatan kajian ini dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu bahagian A,B,C,D dan E.
Analisa datanya adalah seperti di bawah :

5.1. Bahagian A : Maklumat Latar Belakang Responden.

Kajian ini melibatkan partisipan yang terdiri dari 10 orang remaja Muslim di sekitar
Taman Perumahan D’Puncak, Bandar Seri Putra seperti yang ditunjukkan dalam
Carta di bawah.

CARTA PAI 1 : Taburan Jantina Respondan

Carta Bar 1 : Taburan umur Peserta Kajian

7
Carta Pai 2 : Taburan pendidikan Peserta Kajian

Carta Pai 3 : Taburan status tempat tinggal Peserta Kajian

8
Carta Pai 4 : Taburan pekerjaan bapa Peserta Kajian

Carta Pai 5 : Taburan pekerjaan ibu Peserta Kajian

9
Jadual 1 hingga 6 di atas menunjukkan butiran ringkas tentang remaja yang telah
ditemubual. Secara ringkasnya terdapat 10 orang remaja telah dipilih yang bersedia
untuk menyumbang maklumat kepada kajian. Partisipan adalah terdiri daripada 8
orang lelaki (80%) dan 2 orang perempuan (20%). Mereka terdiri dari remaja yang
berumur 14 tahun (10%), 15 tahun (10%), 16 tahun (10%), 17 tahun (0%), 18 tahun
(50%) dan 20 tahun (20%). Daerah yang diperolehi untuk kajian rintis ini adalah Hulu
Langat.

Peserta kajian terdiri daripada 10 orang remaja Muslim yang dipilih dari Taman
D’Puncak Bandar Seri Putra Selangor. Dapatan analisa temubual partisipan ini
dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuk maklumat ringkas partisipan, latar
belakang pendidikan awal tentang solat para remaja, faktor-faktor yang mendorong
remaja untuk melaksanakan solat fardhu dan faktor yang paling dominan yang
mendorong remaja untuk melaksanakan solat fardhu.

5.2. Bahagian B : Tahap Pengetahuan pelajar terhadap solat/puasa.

10
5.3. Bahagian C : Pelaksanaan Solat/puasa dalam kalangan remaja.

11
5.4. Bahagian D : Soal-Selidik Berkaitan Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar
Untuk melaksanakan atau meninggalkan Solat/puasa Fardu

12
13
14
5.5. Bahagian E : Soal selidik berkaitan Kesan Yang Dirasai Oleh Pelajar
kerana meninggalkan solat/puasa fardhu

15
6.0 Penilaian Analisa Kajian

Berdasarkan dapatan Analisa data sebelum ini, yang diperolehi daripada


soal selidik yang telah dibuat ke atas responden di Taman Perumahan D’Puncak,
Bandar Seri Putra. Pengkaji akan memfokuskan kepada penilaian hasil dapatan
daripada Bahagian B, C,D dan E kerana elemen inilah yang menjadi tujuan atau
objektif kajian penulis.

6.1. Bahagian B & C : Mengenal pasti tahap pengetahuan dan pelaksanaan solat
fardu dalam kalangan remaja muslim di Taman Perumahan D’Puncak, Bandar Seri
Putra.

1. Penyelidik memberikan soalan yang berkaitan dengan solat bagi


mengenalpasti tahap pengetahuan remaja di kawasan kajian. Berdasarkan data,
sembilan responden sangat setuju dan satu responden setuju bagi soalan Solat
merupakan ibadah dalam rukun islam yang kedua. Seterusnya, enam responden
sangat setuju dan empat responden setuju bagi soalan Maksud solat. Bukan itu
sahaja,Bagi soalan Solat ada 13 rukun, sembilan responden menjawab sangat
setuju dan satu responden menjawab setuju. Disamping itu, bilangan responden
juga sama bagi soalan Hukum solat iaitu sembilan responden menjawab sangat
setuju manakala satu responden menjawab setuju. Akhir sekali, soalan Hukum
orang uzur menunaikan solat, dua responden menjawab sangat tidak setuju, enam
responden menjawab setuju dan dua responden menjawab sangat setuju.

16
2. Dengan respon yang diberi melalui soal selidik bahagian B, penyelidik
dapat mengenalpasti bahawa responden – responden mempunyai pengetahuan
berkenaan solat yang agak memuaskan. Hanya dua responden sahaja yang
menyatakan pilihan jawapan sangat tidak setuju pagi soalan Hukum orang uzur
menunaikan solat. Hal ini demikian, hanya segelintir responden sahaja yang tidak
tahu tentang atau keliru mengenai hukum orang uzur menunaikan solat. Jelasnya
bahawa remaja di Taman D’Puncak telah menerima didikan mengenai agama yang
mencukupi cuma perlu beberapa pengukuhan sahaja.

3. Seterusnya, penyelidik memberikan responden soalan bagi mengenalpasti


Tahap pelaksanaan solat dalam kalangan remaja. Soalan ini diberikan pada
bahagian C soal selidik yang diberi pada setiap responden. Menurut data yang
terkumpul, 70% responden lebih gemar melaksanakan solat secara berjemaah
manakala 30% responden lebih memilih untuk tidak solat berjemaah. Selain itu, 70%
responden memilih solat secara bersendirian dan 30% responden tidak memilih
untuk melaksanakan solat secara bersendirian. Bukan itu sahaja, bagi pelaksanaan
solat sunat 20% responden tidak melaksanakannya dan 60% kurang melakukan
solat sunat kemudian baki 20% sering melaksanakan solat sunat. Disamping itu,
100% responden setuju bahawa mereka melaksanakan solat fardhu kerana munurut
perintah Allah SWT. Akhir sekali, jika responden meninggalkan solat fardhu 10% dari
mereka tidak dinasihati ibu bapa manakala 90% responden akan dinasihati oleh ibu
bapa mereka agar tidak meninggalkan solat.

17
4. Data telah menunjukkan bahawa majoriti remaja akan menunaikan solat
secara berjemaah tetapi lebih memilih untuk solat secara bersendirian jika diberi
pilihan. Hal ini kerana, mungkin dengan melakukan solat secara bersendirian
mereka merasakan lebih mudah dan ringkas jika dibandingkan dengan solat
berjemaah yang hanya akan memakan masa lebih. Selain itu, masalah yang harus
dipandang sirius juga adalah majoriti responden kurang mengamalkan solat sunat.
Ini kerana, mereka kurang kesedaran tentang ganjaran dan kelebihan solat sunat
maka mereka mengambil remeh hal ini. Mungkin juga mereka terlalu sibuk dengan
kehidupan seharian sehinggakan tidak dapat melakukan amal solat sunat atas dasar
kekangan masa jadi mereka hanya menunaikan solat fardhu yang wajib sahaja.

6.2. Bahagian D : Menganalisis faktor yang mempengaruhi remaja-remaja muslim


dalam menunaikan dan meninggalkan solat fardhu.

1. Beralih pada bahagian seterusnya dalam soal selidik ini, penyelidik telah
memberi responden soalan yang akan mengenalpasti faktor yang menyebabkan
remaja menunaikan solat dan meninggalkannya. Mengikut data yang terkumpul,
faktor tertinggi dengan mempunyai peratusan 70% dari bilangan responden, remaja
meninggalkan solat kerana leka dengan hiburan dan gajet. Selain itu, penyelidik
mengumpul 60% jawapan dari responden yang mengatakan mereka meninggalkan
solat kerana tidak sengaja dan juga malas. Seterusnya, hanya 10% responden
meninggalkan solat kerana mengikut rakan.

18
2. Masalah utama responden meninggalkan solat adalah kerana leka dengan
gajet dan hiburan, ini kerana dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat
di era globalisasi ini, golongan remaja sudah terdedah dengan perkara begini pada
usia yang amat muda. Ini menjadikan teknologi sudah terterap didalam kehidupan
seharian mereka membuatkan mereka leka semasa menggunakan gajet. Oleh itu,
remaja harus mengawal penggunaan gajet dan hiburan supaya tidak terus
meninggalkan solat yang sudah tentunya menjadi keutamaan umat Islam. Selain itu,
bagi masalah tidak sengaja meninggalkan solat dan malas menunaikan solat,
remaja boleh terus istiqamah mengikhlaskan hati cuba untuk tidak meninggalkan
solat. Seterusnya, masalah mengikut kawan tidak melaksanakan solat. Remaja
harus ketahui dan bijak memilih rakan sebaya yang berkualiti supaya tidak didorong
ke arah yang tidak baik.

3. Hasil yang didapati dari soal selidik bahagian ini, penyelidik dapat
mengenalpasti bahawa remaja di kawasan kajian tidak mempunyai masalah yang
berat mengenai pelaksanaan solat. Majoriti remaja menyatakan bahawa mereka
meninggalkan solat kerana leka dengan gajet dan hiburan. Mereka tidak
meninggalkan solat kerana kurang pengetahuan tentang solat atau kurang ajaran
agama tetapi sebaliknya hanya malas menunaikan solat ataupun tidak sengaja
dimana mereka terlupa. Data juga menyatakan bahawa tiada responden yang tidak
pernah meninggalkan solat, hal ini demikian mereka sedar akan kesilapan mereka
sebagai seorang hamba. Justeru, tidak asing lagi masalah seperti ini didapati dalam
kalangan remaja. Remaja harus sedar betapa penting kewajipan solat fardhu bagi
seseorang umat Islam di muka bumi mahupun di akhirat kelak.

19
4. Data seterusnya yang dikumpul, pelaksanaan solat fardhu lima waktu di
kalangan remaja. Penyelidik mengenalpasti bahawa solat yang paling lengkap
remaja laksanakan adalah solat Zohor, Asar dan Maghrib dimana hanya ada
segelintir sahaja yang mengatakan mereka melaksanakan solat berikut secara
kadang – kadang. Tambahan pula, solat yang sering di tinggalkan oleh remaja dan
mempunyai statistik yang kurang memuaskan adalah solat Subuh dan Isyak. Hal ini
mungkin kerana remaja kurang bangun awal pagi dan masih tidur. Selain itu, solat
Isyak ditinggalkan remaja kerana berkemungkinan pada waktu malam mereka sudah
kepenatan dan memilih untuk berehat sehingga terlupa akan kewajiban.

6.3. Bahagian E : Menilai kesan terhadap diri remaja-remaja muslim kerana


meninggalkan solat fardu.

1. Dengan data yang dikumpulkan melalui soal selidik menyatakan remaja


sering meninggalkan solat. Penyelidik menyediakan bahagian terakhir didalam soal
selidik dimana responden dapat menyuarakan kesan terhadap diri remaja kerana
meninggalkan solat fardhu. Seperkara lagi, penyelidik dapat mengenalpasti masalah
yang dihadapi bagi individu yang kurang menunaikan kewajiban solat fardhu.

2. Graf yang telah dilakarkan mencatat bahawa dua responden kurang


setuju, enam responden setuju dan dua responden sangat setuju bagi kesan
meninggalkan solat membuatkan mereka merasa terkilan. Selepas itu, enam
responden sangat tidak setuju, satu responden tidak setuju, dua responden setuju
dan satu responden sangat setuju bagi meninggalkan solat membuatkan mereka
tidak merasa apa – apa. Seterusnya, empat responden menyatakan mereka setuju
dan enam responden sangat setuju yang mereka sedih dan rasa berdosa jika
meninggalkan solat. Bukan itu sahaja, dua responden tidak setuju, tiga responden
kurang setuju, tiga responden setuju dan dua responden setuju yang mereka berasa
dipandang serong oleh rakan – rakan jika tidak menunaikan solat. Akhir sekali, satu
responden tidak setuju, satu responden kurang setuju, tiga responden setuju dan
lima responden sangat setuju yang mereka takut meninggalkan solat dan takkan
mengulanginya lagi

20
3. Remaja di kawasan kajian sedar akan kesalahan mereka sebagai umat
Islam kerana telah meninggalkan solat fardhu yang wajib ditunaikan dan mendapat
dosa jika tidak diganti. Secara tidak langsung, bukti menunjukkan julat remaja di
kawasan kajian mendapat dorongan dan ajaran yang berkualiti dari pendorong
mereka.

21
7.0 Cadangan / Langkah Penyelesaian Masalah

Berdasarkan hasil kajian atau dapatan soal selidik yang dilaksanakan,


pengkaji, telah mengenalpasti beberapa faktor yang menjadi punca permasalahan
berkaitan pengabaian remaja terhadap kefardhuan ibadah solat di Taman
Perumahan D’Puncak Bandar Seri Putra. Berikut penyelidik senaraikan beberapa
cadangan kearah penyelesaian masalah tersebut iaitu :

7.1. Isu : Sikap malas

Hasil maklumbalas kajian, penyelidik dapati sikap malas merupakan masalah


yang harus dipandang berat dan dicegah dengan seberapa yang boleh, oleh itu
penulis mencadangkan remaja supaya sering menyertai kursus pemantapan dan
penghayatan solat bagi meningkatkan kesedaran dan kepekaan terhadap
kepentingan ibadah solat. Selain itu, remaja juga disarankan untuk menunaikan
Solat dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru supaya solat lebih mudah dan
diberkati Allah SWT.

7.2. Isu : Leka dengan gajet dan hiburan

Pada era globalisasi ini, lebih sukar untuk remaja yang masih kurang arif
tentang kehidupan untuk memahami tanggungjawab sebagai seorang umat Islam.
Oleh yang demikian, penyelidik mencadangkan agar remaja meminta pertolongan
ahli keluarga atau kawan untuk mengingatkan mereka untuk solat pada waktu yang
tertentu setiap masa. Selain itu, mereka juga boleh mengurangkan penggunaan
gajet dalam kehidupan seharian agar isu leka itu dapat ditepis tetapi akan didapati
bahawa ianya sukar untuk hidup tanpa teknologi pada zaman yang moden ini.

22
7.3. Isu : Tidak sengaja meninggalkan solat

Penting bagi remaja untuk mengetahui tentang kepentingan solat kerana


hukum meninggalkannya adalah dosa besar jika tidak digantu. Oleh itu, penyelidik
mencadangkan yang remaja perlu mendalami ilmu agama dan fahami sebab
manusia perlu solat. Contohnya, solat merupakan hadiah daripada Allah utk Nabi
Muhammad SAW. Solat bukan sahaja satu perintah Allah tetapi apa yang
menghubungkan kita dengan Allah. Penyelidik berpendapat bahawa remaja semakin
berani untuk meninggalkan solat kerana mereka kurang kesedaran tentang Allah
dan akhirat. Maka, ibu bapa atau guru perlu sentiasa mengingatkan para remaja
tentang indahnya ibadah solat dan memberi contoh teladan yang baik.

7.4. Isu : Tidak pandai bacaan dalam solat

Sebagai seorang umat Islam yang sentiasa dalam keadaan yang sentiasa tidak
sempurna, adalah penting bagi remaja untuk sedar bahawa kita wajarlah berusaha
ingin menunaikan kewajiban walaupun kurang arif tentang solat. Cadangan
penyelidik adalah supaya remaja usaha menimba ilmu tentang agama dengan cara
seperti mengkaji artikal-artikal tetang solat supaya remaja sentiasa melakukan
ibadah solat tanpa kecacatan. Selain itu, meminta dorongan dari individu yang lebih
arif seperti ibu bapa atau guru agar memantapkan lagi pengetahuan tentang ibadah
solat.

23
7.5. Isu : Tidak pernah atau kurang penglibatan agama dalam hidup

Penyelidik maklum bahawa terdapat sesetengah remaja yang kurang


pengalaman agama dalam hidupnya. Hal ini berlaku contohnya apabila ibu bapa
kurang mempraktikkan agama dalam kehidupan dan tidak mendidik anak – anak
mereka tentang agama menyebabkan remaja itu kurang pengalaman agama dalam
hidupnya walaupun didaftarkan sebagai seorang yang beragama Islam. Cadangan
yang diberi penyelidik ialah supaya remaja mula memenuhi diri dengan amalan
dengan perlahan. Dengan perubahan yang dilakukan, dalam tidak sedar sikit – sikit
lama – lama jadi bukit boleh menjadikan seseorang remaja itu lebih arif akan hal
agama dan lebih terdorong untuk mendalami lagi agama.

24
8.0 Kesimpulan

Secara umumnya, amalan solat fardu merupakan suatu amalan yang


mulia dan amat dituntut disisi Allah SWT. Solat merupakan pengubat penyakit rohani
dan jiwa bagi setiap manusia. Ia juga bertujuan bagi mengangkat darjat manusia
lebih tinggi dari sekalian makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dan menjadi
sebaik-baik makhluk disisi Allah SWT. Dengan solat juga menjadi lambang ketaatan
yang sejati antara seseorang hamba itu kepada tuhannya sehingga boleh
menimbulkan kecintaan dan kasih-sayang tuhan kepada hambanya. Namun
sebaliknya, keingkaran dan kelalaian seseorang hamba terhadap kewajipan solat
boleh mengundang kemurkaan Allah SWT sehingga jauh dari rahmatnya. Kesannya
akan menyebabkan seseorang hamba itu bakal ditimpa bencana buruk terhadap
kehidupannya dalam pelbagai sudut. Oleh kerana itu, peliharalah solat dengan
sebaik-baiknya dan tunaikanlah dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan kepada
Allah SWT bagi menjamin kebahagiaan dan kejayaan di dunia serta di akhirat.
Pensyariatan solat juga mengandungi hikmah yang boleh dilihat berdasarkan logik
akal yang meliputi pelbagai aspek seperti kesihatan, kekuatan mental, fizikal,
kestabilan emosi, iltizam yang tinggi dan kemurnian akhlak.

25
9.0 Rujukan

Internet

1. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfIKMPnE3Eb4fF8UU3ajDmtKv0c
YTMqJKYCzr4hHbhGQkBM1Q/viewform

2. https://www.academia.edu/38322323/MPU2312_Pengajian_Islam_Kajian_Ke
s

3. https://www.slideshare.net/NazmiLestari/amalan-solat-fardhu-di-kalangan-
pelajar-pismp-semester-3

4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Solat

5. http://eprints.utm.my/id/eprint/60730/1/HasnaBidinMFGHT2016.pdf

Buku

1. Abdullah Basmeih (2010). Tafsir Pimpinan Al- Rahman kepada Pengertian Al


- Quran. Edisi 14. Kuala Lumpur : Darul Fikri.

2. Abdul Malik Karim Amrullah, Prof Dr (1983). Tafsir al-Azhar. j.5.c.2. Jakarta:
Pustaka Panjimas

26
10.0 Lampiran

27
Bahagian A : Jantina Responden

Umur Responden

Pendidikan Responden

28
Status Tempat Tinggal Responden

Status Pekerjaan Bapa Responden

29
Status Pekerjaan Ibu Responden

Bahagian B : Pengetahuan Solat di kalangan remaja

30
Bahagian C : Tahap pelaksanaan solat dikalangan responden

Bahagian D : Soal selidik berkaitan faktor yang mempengaruhi responden


untuk melaksanakan atau meninggalkan solat fardhu.

31
Bahagian E : Kesan yang dirasai responden kerana meninggalkan solat fardhu

32
33

Anda mungkin juga menyukai