Anda di halaman 1dari 2

7 Golongan yang akan mendapat Perlindungan arasyNya pada hari Akhirat

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah


bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari
yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand
adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;
seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang
dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh
perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia
menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang
bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak
mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang
mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya
kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

1. Pemimpin (imam) yang adil.

Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka


bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil.
Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan
anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang
sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa
Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan
dan naungan Ilahi.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah


Allah.

Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah.
Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk
sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan
berpisah kerana ALLAH.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat


kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi
saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab:
1
“Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?”
lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan
dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.”
Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.”
Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab :

” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah


telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana
kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki
syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan
lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya
mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya

Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga


menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang
menginsafi kebesaran ALLAH.

6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat


lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan
ALLAH” (inni akhofullah)

Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab
api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.

7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-


besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga
digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang
disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita,
sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap
ALLAH dan orang lain.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang
mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas
segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang
yang mendapat perlindunganNYA selalu.

Anda mungkin juga menyukai