Anda di halaman 1dari 15

DAKWAH KEPADA BUKAN ISLAM

PENGENALAN

Dakwah sebagai satu disiplin ilmu boleh dikatakan agak baru (Al-bayuni,1995:40.Walau
bagaimanapun asas-asa dan prinsip ilmu tersebut telah dipraktikan oleh Rasullullah s.a.w sejak
baginda mula diutus menjadi rasul serta diperintahkan untuk mendakwah dan menyampaikan
agama islam kepada seluruh umat manusia .

Dakwah yang baginda jalankan itu adalah berpandukan kepada wahyu yang baginda
teiam daripada ALLAH S.W.T.Dalam keadaan-keadaan tertentu ,sebagaimana juga kegiatan-
kegiatatn lain ,baginda juga mengunakan kebijaksanaan dan dya utamabaginda sendiri yang pada
hakkatnya juga merupakan sebahagian daripada wahyu dan bimbinganilahi (Q.53:3).

Pada zaman para sahabat kegiatan-kegiatan dakwah juga dijalankan berdasarkan prinsip-
prinsip yang diasakan oleh Rasulullah s.a.w.demikian juga di zaman-zaman kegemilangan islam
seterusnya .prinsip-prinsip yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w terus dipelihara ,dihayati dan
diprkembangkan dengan disesuaikan dengan keadaan masa,tempatdan kumpulan
sasaran.ketulenan tapak dan titik tolak kegiatan dakwah ini telah di jamin oleh ALLAH
S.W.T .melalui firmannya yang tafsirnya :katakanlah (wahai Muhamad ):inilah jalanku,aku dan
orang-orang yang mengikutiku,menyeru manusia umumnya kepada ALLAH dengan
berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata .Dan aku menegaskan:Maha Suci Allah (dari
segal i’tiqad dan prbuatan syirik);dan bukanlah aku darigolongan yang mempersekutukan Allah
dengan sutau yang lain .”(.12:108)

Pendeknya prinsip-prinsip dakwah islamiah adalah berdasarkan kepada petunjuk al-


Qur’an dan bimbingan al-sunnah.kefahaman dan penghaytan para pendawah terhadap terhadap
prinsip –prinsip ini pada masa yang lalu telah meletakkan gerakan dakwah di mercu
kegemilangan.para pendakwah zaman sekarang juga tidak boleh lari dari prinsip-prinsip dakwah
yang telah diamalkan itu sekiranya inginkan kejayaaan .meeka perlu memahaminya dengan

1
mendalam dan seterusnya menghayatinya.Dengan kefahaman tersebut ,gerakan dakwah akan
dapat dijalankan dengan selamat serta mendapat inayat dan pertolongan dari Allah.

Definisi dakwah

Menurut al-bustany,perkataan dakwah adlah perkataan dakwah adlahperkataan arab yangpada


asalnya bereti pangilan ,jemputan atau undangan makn (al-bustany,1973:216) erti yang sama
juga disebut dalam mukhtar al-sibah (al-razi,1981:205),dan al-raid (mas’ud,1992:670).

Dari segi istilah pula ,para ulama’ tela mengemukakan beberapa definisi.mengikut
Ghalwasiy,pekataan dakwah mempunyai dua pengertian ,iaitu ‘agama islam’ dan ‘kegiatan
menyampaikan agama islam’ .sekiranya dikatakan ,”dia ini adalah daripada orang-orang
dakwah.”maka perkataan dakwah disini bermaksud penyebaran agama islam .jika
dikatakan ,”ikutlah dakwah Allah”’msks maksudnya ialah agama islam.

Seterusnya Ghalwasy mengatakan ,dakwah juga telah menjadi “nama bagi suatu disiplin
ilmu yang lain” mempunyai ruang linkup perbahasan ,ciri-ciri dan matlamat-matlamatnya yang
tersendiri.”(Ghalwasy,1978:10-11)

Zaidan pula mendifinasikan dakwah sebagai “pangilan ke jalan allah,iaitu agama islam
,agama yang diturunkan kepada nabi muhamad s.a.w.”(Zaidan,1978:10 & 11).

Menurut Al-ansari ,dakwah ialah”usaha membentuk perbuatan atau prcakapan untuk


menarik manusia kepada kebaikan dan petunjuk.”(al-ansari,1984:4).

Menurut al-ansari,dakwah ialah “usaha membentuk perbuatan atau percakapan untuk


menarik manusia kepada kebaikan dan petunjuk.” (al-ansari,1984:4).

Al-ansari juga telah memetik definisi –definisi yang diberikan oleh beberapa
ulama’.salah satu daripadanya ialah yang diberikan oleh beberapa orang ulama’..salah satu
darinya adalah yang diberikan oleh Ali mahfuz dalm kitabnya ,hidayah al-mursyidin,yang
berbunyi , “mendorong manusia kearah kebaikan dan petunjuk.”dan menyuruh membuat mak’ruf

2
serta melarang membuat munkar,untuk mencapai kebahagiaan serta merta (di dunia) dan
kemudian (di akhirat)”(Ibid:5).

1
Panduan pendakwah secara praktikal dakwah :pengertian dan prinsip-prinsip m/s 2-5 oleh Dato’Dr.haji Mohd
Amin Abdul Rahim.

3
Islam agama risalah dan dakwah

Dalam al-qur’an jelas diterangkan bahawa rasul-rasul sebelum nabi Muhamad s.a.w telah
diperintah untuk mendakwahkan risalah yang mereka bawa kepada kaum masing-masing
.sebngai contoh kita petik ayat al-qur’an berhubung dengan dakwh nabi nuh kepada kaumnya
,lalu berkatalah dia , “wahaikaum ku,sembah oleh kamu akn Allah (sebenarnya tiada tuhan bagi
kamu selain daripada-Nya .sesungguhnya aku bimbang Kamu akan diterima azab hari yang
besar (hari kiamat).”(Q.7:59).

Disamping itu Al-quran jugamenjelaskan bahawa risalah yang dibawa oleh rasul-rasul adalah
sama ,iaitu agama islam,sebagai contoh firman Allah S.W.T yang tafsirnya :tuhan telah
menerangkan kepada kamu diantara perkara –perkara agama yang ia tetapkan hukumnya perkara
yang ia telah perintahkan kepada nabi Nuh ,dan ia telah wahyukan kepadamu(wahai
muhamad),dan juga yang telah kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta nabi
Isa ,iaitu “teguhlah pendirian agama ,dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan

Pada dasarnya,”berat bagi orang musyrik (untuk menerima agama tauhid ) yang engkau seru
mereka kepadanya .Allahmemilih serta mendorong sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk
menerima agama tauhid itu ,dan memberi hidayah petunjuk kepada agama-Nya itu siapa yang
rujuk kembali kepada-Nya dengan (taat-patuh)(Q.42

:13)

Pendeknya al-quran telah melukiskan islam sebagai agama satu-satunya bagi umat
manusia sejak bumi dan langit diciptakan Allah.setiap kali Allah mengutus rasul kepada suatu
kaum,Allah mengutusnya dengan membawa agama ini bukan orang lain .dam setiap kali agama
ini dirosak oleh mereka bila telah lama waktunya ,maka Allah tetap akan membaiki kerosakan
ini melalui para rasul,sehing disempurnakan lah agama ini ,agama semua rasul ,Muhamad
s.a.w ,sebagai agama yang sempurnaterpelihara dan terjamin dari setiap penyimpangan
,perubahan dan penyisipan,yang tetap terjaga dalam bentuk A-Qur’an (Ishlahi,1984:4)

4
2

Objektif dakwah
Mengetahui objek sesuatu kegiatan atau kerja yangakan dilakukan adalah sangat penting
.demikian juga halnya dengan kegiatan dakwah ,terutamanya yang dijalankan secra bertujuan
(intentional).pendakwah perlumengetahui objektif yang akan dicapai dan hasil yang
diharapkannya .dengan demikian ia akan dapa membina sikap yang positif ,menyusun rancangan
yang praktikal ,memilih strategi yang berkesan,serta berusaha mengelak pembaziran tenaga
,masa dan material.

Sebelum ini telah disentuh secara tidak langsung tentang mtamat uum dakwah ,iaitu
menyebarkan agama islam dan ajaran-ajarannya kepada umat manusia.oleh it berdasarkan
matlamat ini dan dari hasil penelitian terhadap tulisan beberapaorang ulama’ dapatlah
disimpulakan beberapa objektif dakwah iaitu seperti berikut:

1. Mentaati dan melaksanakan perintah Allah s.a.w.-


a. umat islam adalah diperintah untuk menyebarkan agama ialm dan ajaran-
ajarannya kepada seluruh manusia bagi menyambung tugas yang telah dijalan
kan oleh Rasulullah s.a.w.ha ini bertujuan untuk meneruskan kewujudan agama
islam serta menambah kemakmuran nya di muka bumi ini tetepi yang lebih
penting menunaikannya merupakan suatu ibadat dan tanda patuh kepada perintah
Allah s.w.t.
2. membantu seluruh manusia mengetahui dan memahami agama islam dan seterusnya
beriman dengannya.
a. Agama islamadlah diturunkan untuk semua manusia ,tanpa mengira peringkat
masa,bangsa dan keturunan ,warna kulit ,kaasan atau negeri ,golongan
masyarakat ,peringkat umur dan seumpamanya .
3. Memelihara agama islam dan umatnya daripada ancaman golongan-golonganyang
menentang dan ingin menghancurkannya .
4. Mengukuhkan dn penghayatan agama keagamaan umat islam.

2
Panduan pndakwah secara praktikal oleh Dato’ dr.haji mohd amin abdul rahim. m/s 10-26

5
a. Sebagai makhluk yang cenderung kepda sifat ambil mudah dan suka senang dan
kebanyakan hal nafsu mengatasi akal ,manusia sering terjebak kedalam perakuan
kesalahan dan maksiat .Allah S.W.T Maha Mengetahui akan hakikat ini dan
kerana itu dibukakannya pintu taubat sebagai cara pebersihan diri dan sebagai
rahmat Allah S.W.T kepada hambanya.
5. Memelihara agama islam daripada golongan-golongan yang ingin merosak dan
menyeleweng ajaran-ajarannya.
6. Membantu mewujudkan keamanan ,keadilan dan keharmonia di kalangan umat manusia
sejagat.

Kewajipan berdakwah
Sebelum ini telah dijelaskan bahawa bahawa Allah telah memerintah umat islamsupaya
menjalankan kegiatan berdakwah kepada seluruh umat manusia ,bagi meneruskan tugas yang
telah dijalankan oleh Rasulullah s.a.w.Diantara ayat Al-Qur’an yang berkenan ialah yang
tafsirnya :kamu (umat muhamad)adlah sebaikbaik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat
manusia ,(kerana )kamu berbuat kebaikan ,dan melarang daripada kemungkaran ,serta kamu pula
beriman kepada Allah dengan (sebenar-benar iman)(Q.3:110)

Sabda Rasulullah s.a.w yang ertinya :sampailah oleh kamu sekelian daripada ku sekalipun hanya
satu ayat ,dan barang siapa yang segaja berdusta tentang aku (membuat hadis palsu)maka
tempatnya adalah di neraka.walaubagaimanapun ulama’ –ulama’ telah berselisih pendapat sama
ada perintah tersebut membawa hukum fardu ain keatas setiap orang islam atau fardu kifayah ke
atas umat secara keseluruhan .perselisihan pendapat ini adalah disebabkan tidak terdapat nas
sarih yang dapat dijalankan asa penetuan bagi hukum perkara yang berkenaan.

Rukun-rukun pendakwah
1. Pendakwah
a. Pendakwah perlulah seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan
b. Iman yang mantap

6
c. Penghayatan ajaran-ajaran islam .
d. Akhlak yang mulia
e. Peribadi yang kukuh dan menarik
f. Kesihatan dan kecergasan tubuh badan
2. Orang yang didakwah atau sasaran dakwah
a. Al-mala’(golongan bangsawan,pemimpin ,ketua dan orang kenamaan dalam
masyarakat iaitu orang yang memepunyai kuasa ,pengaruh dan kedudukan yang
tinggi (alsjistany 1387h:45 & 46).
b. Jumhur(orang ramai atau rakyat jelata)
c. Orang-orang munafik
d. Orang-orang yang berbuat maksiat
e. Oang yang belum memeluk agama islam.
3. Subjek dakwah-yang dimaksudkan ialah content atau meseg yang disampaikan kepada
sasaran atau orang-orang yang di dakwah ,sama ada secara lisan ,tulisan atua media-
media lain.

Perlaksanaan dakwah

Pemujukan dalam dakwah –pemujukan bukanlah satu perkara yang luar biasa
dalam pehubungan dan komunikasi di kalangan manusia .bahkan semua
komunikasi mengandungi serba edikit unsurpujukan
(nothstine,1989:3).sehinggalah dalam perbuatan biasa pun terdapat unsur
tesebut ,yang menunjukan masing-masing pihakyang terlibat berusaha mendapt
respon positif dari pihak satu lagi jarang terdapt seorang penyampai (sender) yang
tidak mengharapkan respon yang positif dari pihak yang menerima
(receiver)sekalipun dalam menyampaikan mesej yang paling remeh
.memangkadang kadang terdapat penyampai seolah –seolah lepas tangan dengan
berkata kepada peneriam , “kalau engkaupercaya alhamdullilah .kalu engkau tak
percaya pun apa boleh buat!” kata-kata seperti ini pada lahirnya sahaja beupa
tangan dan berunsur nuetral ,tetapi pada hakikatnya mengandui unsur pujukan
yang kuat.

7
Mengenal sasaran dakwah

1. Sebab penting mengenal ssaran dakwah:-ia merupakan peringkat awal


sebelum kegiatan praktikal yang lain dijalankan.mempelbagaikan cara
mendekati dan menghadapi sasaran-sasaran yang berbeza ini bukan sahaja
diperlukan dalamkonteks dakwah,tetapi juga dalam hubungan berhari-
hari.seumpama dalam hubungan dengan teman-teman dan mualmalah dengan
anak-anak,biasanya kita tidak dapt melayan anank-nanak dan teman dengan
cara yang sama.

Kesulitan mengenal sasaran dakwah

1. Pasti sukar bagi pendakwah mengenali sasarannya kerana manusia adalah satu
makhluk yang sukar untuk difahami dan kita tidak dapat memahami mereka
dengan sepenuhnya.jadi pendakwah harus mengkaji cara hidup,budaya dan
pelbagai aspek kehidupan mereka.

Cara mengenal audient

1. Cara mudah memahami mereka dengan mengumpul maklumat dengan


mengunakan cara pertanyaan.hal ini dapat dilakukan dngan berdamping dan
bergaulrapat dengan mereka.

Perkara yang perlu diketahui mengenai sasaran dakwah

1. Mengetahui agama atau kepercayaan sasaran.hal ini dapat mengetahui sikap dan
pandangan sasaran tentang agama islam ,iaitu sama ada jenis
menentang,berkecuali atau menerima.

3
Panduan pendakwah secarapraktikal oleh Dato’ dr.hajinmohd amin abdul rahim.

8
Jenis-jenis sasaran dakwah
a) Menentang dengan aktif (mempengaruhi orang lain agar mengamalkan sikap yang
sama).
b) Menentang(takmempegaruhi oranglain)
c) Berkecuali(tidak meneriam dan tidak menetang)
d) Belum dapat membuatkeputusan
e) Belum dapat maklumat.
f) Menyokong.
g) Menyokong dengan aktif(menerima dan menyokong mesej yang disampaikan
dan berusaha memepengauhi orang lain)

Pendekatan dakwah
1. Al-hikmah(kebijaksanaan)
a. Pada praktiknya hikmah atau kebijaksanaan dapat dilakukan dengan
dengan pelbagai bentuk ,dan perlu bagi pelbagai bentuk ,dan perlu bagi
semua perbuatan dan kegiatan yang lain.umpamanya ,kebijaksanaan perlu
bagi kegiatan-kegiatan yang remeh seperti bersiar-siar dan memakai
pakaian ,tapi kadarnya tak setinggi yang diperlukan bagi kegiatan-kegiatan
yang lebih komplex seperti berniaga,mengadakan perundingan yang
melibatkan kepentingan negaradan ssebagainya .oleh yang demikian
,kebijaksanaan juga dipelukan bagi kegiatan dakwah ,dengan pelbagai
bentuk dan meliputu pelbagai aspekatau ukun dakwah.kebijaksanaan yang
berhubung dengan pendakwah ialah ilmu pengetahuan ,akhlak yang mulia
dan penghayatan keagamaan dan jugamenyediakan keperluan-keperluan
material seperti barangan,peralatan dan seumpamanya.
2. Al-mau’izah al hasanah(kata-kata yang lemah lembut ,yang dapat merapatkan
perasaan di antara pendakwah dengan sasaran dakwah,yang merangsang sasaran

Kewajipan berdakwah-ms 26-31,rukun –rukun dakwah m/s 32

9
untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan.’sebagai contoh rujuk(al-
qasimi ,1978:177;al maraghi,194:159;ghalwasy,1978:279).
3. Almujadalah bi al-lati hiya ahsan(pendebatan yang terkandung di dlamnya unsur
belas kasihan,lemahlembut dan kata-kata yang baik,dengan tidak ada kekerasan
“(al-qasimi,1978:177).penambahan al lati hiya ahsan atau yang paling baik
dimaksudkan untuk membeza diantara al-mujadalah al-hasanah atau pedebatan
yang baik ,dengan mujadalah al batilah atau pedebatan yang salah.
4. Contoh teladan yang baik
5. Lojik (nadi bahasa dan komunikasi)-pndakwah perlu beusaha memasukan unsur
lojik dalam pendakwahannya .apalagi tujuan dakwah ialah untuk mempengaruhi
sasaran supaya menerima mesej yang disampaikan .
6. Empati(empathy)(kemampuan memebayang dan mengongsi perasaanorang lain
dan pengalaman orang lain)-pengdekatan dakwah secara empaty hanya berkesan
sekiranya terdpat fleksibility dan keterbukaan pada fikiransikap pendakwah,yang
dengannya sasaran akan merasa dirinya dihargai dan diteriam sepenuhnya,serta
tidak di eksploitasi dan di manupulasi oleh pendakwah.
7. Insentif (suatu yang mendorong dan merangsang seseorang membuat sesuatu.-
pengunaaninsentif dalam kegiatan dakwah meupakan satu insentif dalam kegiatan
dakwah yang mempunyai pendekatan yang berkesan terutamanya yangberbentuk
positif.oleh kerana dakwah bertolak dari hubungan kemanusiaan (human relation)
yang mantapmaka insentif sma adayang berbentuk material muamalah merupakan
satu faktor penting yang dapat memebantu mewujudkan kemantapan hubungan
tersebut.
8. Kumpulan-cara mengunakan kumpulan sebagai pendekatan pemujukan ialah
dengan membangkitkan dalam diri ssaran emosi keangotaan (self of belonging)
kepada kumpulan ,serta menarik perhaiannya kepada kepentingan ,cita-cita dan
wawasan bersama ahli-ahli dan unit-unit dalam kumpulan.
9. Bersepadu
a. Persepaduan diri
b. Persepaduan kumpulan
c. Persepaduan kegiatan

10
Strategi umum dakwah
Rancangan tindakan masa depan untuk mencapai objektif yang ditetapkan:

a) Menjalinkan hubungan yang mesra dengan sasara.


b) Menziarahsasaran seberapa kerap yang boleh,terutama sasaran yang menunjukan tanda
mnerima.
c) Memberi pujian dan kata-katapenghargaan yang berpatutan ,bukan pujian yang
berlebikhan
d) Memebei cenderamata yang bersesuaian dan bermakna kepada sasaran yang tidak
keberatan menerimanya.
e) Mengadakan pendakwah dari kalangan puak atau bangsa sasaran sendiri keranan
pendakwah demikian mempunyai banyak kelebihan.
f) Menyampaikan meseg dakwah dengan tersusun,jelas,menarikdan persuasive.
g) Megedar bahanbaca yang sesuai kepada sasaran yang pandai membaca.
h) Mempelbagaikan kegiatan dakwah seperti ceramah syarahan dan kuiz agama.
i) Mengambil masa yang cukup kepada sasaran sama ada perseorangan atau kumpulan
kecil.4

Pengurusan dakwah
Panduan bagi pendakwah dalam menjalankan dakwah dengan cara yang berkesan:-

1) Perancangan(proses pengumpulan maklumat)


a. Analisis suasana.
b. Penentuan matlamat
c. Menkaji dan memili strategi yang sesuai.
2) Pengorgasian

4
Panduan dakwah secara praktikal –perlaksanaan dakwah strategi umum dakwah:m/s 100-115

11
3) Pengawalan
4) Kemudahan dan masalah dakwah
5) Kemudahan-kemudahan dakwah
6) Arus pekembangan islam-situasi dan kondisi yang ada pada masa initelah membukajalan
yang seluas-luasnya untuk islam memperkenalkan dirinya,atau diperkenalkan oleh
kecangihan teknologi maklumat yang melanda kehidupan manusia tanpa dihaangdan
dibatasi.
7) Keleihan agama islam
8) Daya tarikan paling penting kepada orang belum beragamaislam untuk menerima agama
islam .menurut agama islam bukan disebabkan ada cacat cela pada agama tersebut tetapi
disebabkan oleh faktor lain.
9) Kedudukan islam dalam perlembangan atau undang-undang dasar negara.
10) Sokongan dan iltizam kerajaan
11) Sistem pendidikan
12) Persekitaran yang islamik

Masalah-masalah dakwah
1) Pentadiran
a. Dakwah yang diperlukan perlulah tindakan yang cepat.
b. Memelukan penjagaan saudara baru.
c. Mengesahkan keislaman saudara baru.
2) Pendakwah dan masyarakat islam
a. Tugas pendakwah amat susah kerana memerlukan komited yang tinggi.
b. Perasaan malu dan segan menjadi tekanan secara langsung.
3) Pendakwah perlulah seorang yang beribawa.
4) Ketidakfahaman umat islam terhadap dakwah.

Sasaran dakwah
Sebagai orang islam yang beriman kita tidak boleh memepertikaikan hubungan keislaman
seseorang dengan hidayat,yang merupakan sebahagian dari qada’ dan qadar.

12
Penutup
Kesimpulan
Kemungkinan kejayaan bagi dakwah adalah sentiasa di buka luas .ia banyak bergantung kepda
kekuatan dan kesesuaian pendekatan dan kaedah yang dingunakan dengan faktor-faktoryang
demikian.hal ini dapat dipamerkan dakwah secara tidak langsung seperti penerimaan kumpulan
atau sasaran terhadap meseg dakwah bukan dihasilakn oleh kegiatan dakwah dakwah yang
berbentuk secara langsung ,tetapi juga kegiatan –kegiatan dan keadaan persekitaran yang dapat
mengambarkan kelebihan dan keindahan meseg tesebt secara natural dan besahaja.selain itu
kegiatan bersepadu diperlukan bagi dakwah kepada orang islam agr dakwah yang diberikan
tidaklah hanya dkwah cakap sahaja .pendekatan dan cara yang baru diperlukan agar dapat
dipelbagaikan..tambahan pula kegiatan yang dinamik perlu terus diperkebangan mengikut rentak
perkembangan sasaran dari segi keperluan fizikal,sosial ,psikologikal dan juga pengaruh keadaan
pesekitaran.selain itu perlunya kegiatan yang berterusan,dakwah secara majlis-majlisan
,memerlukan sikap prihatin terhadap pendakwah,imej pendakwah perlulah dijaga sebagai
penunjuk jalan yang benar,tambahan pula,diperlukan pendekatan yang memerlukan penerima
yang berbeza.dari segi hubungan dengan masyarakat dan negara dan suatu pelaburan dan dapat
memebantu meningkatkan pembagunan masyarakat dan negara.akhir sekali,dapt sya simpulakn
kewajipan berdakwah kepada seluruh umat islam dan ia tdak hanya terletak di atas bahu
individu,kumpulan atau institusi tertentu saahja seperti institusi dakwah akan tetapi menjadi
kewajipan seluruh umat islam terutama jika wujud apa yang dinamakan kerajaan islam atau
negara islam.

13
Rujukan

 Panduan pendakwah secara praktikal oleh Dato’ Dr.Haji Mohd


Amin Abdul Rahim.
 Dakwah dan Pengurusan Islam Di Malaysia-Konsp Perlaksanaan
oleh Abdul Ghaffar Don,Berhanundin Abdullah dan Zulkifple
Abd.Ghani.
 Bicara Dakwah oleh Zainab Ismail dan Aahmad Redzuan Mohd
Yunus.
 Pengantar Dakwah Islamiah oleh Abdul Aziz Mohd Zin.

14
15