Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN

Filipina adalah merupakan antara gugusan pulau dalam kepulauan Melayu yang
mempunyai berbagai sejarah dan keunikan sendiri bahkan berkongsi banyak persamaan
dengan masyarakat di malaysia dan indonesia umumnya. Umum mengetahui bahawa
masyarakat filipina merupakan sebahagian daripada kelompok darah melayu
austronesia dan sudah pastilah ini merupakan antara bukti kita dahulu dalam satu
rumpun dan kelompok yang sama di nusantara. Filipina asalnya adalah sebuah kerajaan
islam yang hebat pada zaman dahulu, namun keadaan berubah sekelip mata selepas
kedatangan sepanyol ke filipina pada tahun 1565. Mengikut fakta sejarah pemerintahan
Islam di Filipina telah berkembang dari Pulau Sulu hingga ke utara pada akhir abad
ke15.1 Pada zaman itu, Manila dipanggil Selurong dan diperintah oleh Raja Sulaiman
Mahmud dengan bantuan Raja Matanda.Wilayah Tondo pula diperintah oleh Raja
Iskandar. Pada masa yang sama Islam telah berkembang sehingga ke Batangas,
Pampanga, Cagayan, Mindoro, Catanduanes, Bonbon, Cebu, Oton dan Laguna.

Mengikut Syed Muhammad Naquib Al-Atas dalam bukunya “Historical Fact And
Fiction” dan tarsila Magindanao, Islam telah sampai ke Filipina seawal abad ke13
apabila pendakwah berbangsa Arab dengan gelaran Tuan Masha’ika menjejakkan
kakinya di Pulau Sulu. Pada zaman itu Filipina dikenali sebagai Kepulauan (Arkipelago)
Sulu. Pedagang dan pendakwah Arab bergelar Karim Al-Makhdum dari Pasai sampai ke
Sulu pada tahun 1360. Beliau diberi gelaran Sharif Awliya. Sharif Awliya kemudian
meneruskan perjalanannya ke Magindanao dan menyebar agama Islam disana.Pada
1390 datang pula Syed Abu Bakar seorang Arab dari Selatan Arab ke Sulu bagi
menyambung usaha-usaha Sharif Awliya. Syed Abu Bakar kemudian menaiki tahta
sebagai Sultan Sulu pertama dan mengguna gelaran Sharif Hashim. Sharif Awliya
adalah pendakwah Islam yang pertama tiba di Magindanao. Pendakwah kedua yang
digelar Sharif Maraja pula datang ke Magindanao pada 1380 (setelah Sharif Awliya balik
ke Pasai) dan menyambong penyebaran Islam.

1
Gregorio F. Zaide, Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid I(Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1978), ms. 4
Pada 1440 (bukan 1515 seperti yang direkod oleh pengkaji sejarah Cecil Mabul), 2Sharif
Kabungsuan telah sampai ke Magindanao dan memulakan pemerintahan Kesultanan
Magindanao. Walaupun tiada dinyata dalam tarsila Magindanao, tetapi mengikut cerita
tradisi dan boleh dipercayai, Sharif Kabungsuan mempunyai dua abang bernama Alawi
dan Ahmad atau Ahmad dan Muhammad.Diantara kedua abangnya, yang tua sekali
adalah pengasas kesultanan Brunei dan abangnya yang kedua pengasas Kesultanan
Sulu. Secara umumnya dipercayai bahawa,Sultan-Sultan Sulu, Magindanao dan Brunei
adalah adik beradik.3

2
Ibid, ms. 148
3
D.J.M. Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid Kedua : Perubahan Ekonomi dan
Sosial(KualaLumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1980), ms. 486.
2.0 Cetusan Konflik di Selatan Filipina

Selepas Filipina merdeka daripada kuasa Kolonial Amerika,majoriti penduduk


Islam telah berpindah ke Magindanao, Zamboanga, Palawan, Sulu,Visayas ,Bisalan
danTawi-Tawi. Walaupun telah merdeka nasib penduduk Islam dipinggirkan. Akibat
ditindas maka ramai yang menentang kerajaan sehingga mereka dikenali sebagai
pejuang kebebasan Moro. Sebenarnya perkataan Moro adalah nama yang diberi oleh
orang Spain kepada penduduk Muslim di Filipina pada tahun 1570. 4 Moro adalah
daripada perkataan “Moors”, iaitu orang Islam dari Utara Barat Afrika yang menawan
Spain pada 711 Masehi. Masyarakat Eropah umumnya menamakan setiap orang Arab
dan Afrika Muslim (yang berkulit hitam) sebagai Moors. Namun pada tahun 1578,
kerajaan penjajah Spain telah menamakan hanya orang-orang Muslim di Sulu dan di
Mindanao sebagai Moro.

Apabila tercetusnya pembunuhan yang dipanggil Pembunuhan Jabidah ( Jabidah


Massacre) pada 1968 oleh Angkatan Tentera Filipina keatas pejuang Moro, seorang
penuntut Moro ketika itu, bernama Nur Misuari , telah menubuhkan Barisan
Pembebasan Kebangsaan Moro pada Mac 1969.5 Pergerakan ini dikenali sebagai
MNLF .Pembunuhan Jabidah atau “Corregidor Massacre” ini menjadi titik tolak bagi Nur
Misuari untuk bersatu dengan pejuang-pejuang Moro yang lain menubuh MNLF untuk
menentang Kerajaan Filipina.Matlamat perjuangan adalah memohon kebebasan keatas
Wilayah Magindanao dengan mengiktirafnya sebagai entiti Autonomi Muslim Mindanao. 6

Beberapa perjanjian damai telah ditandatangani antara pihak Kerajaan Republik


Filipina (GRP) dengan MNLF. Perjanjian Damai telah melangkau lima era pimpinan
Presiden dan yang keenam dan terkini adalah dibawah pimpinan Presiden Benigno
Aquino III. Sepanjang tempoh pimpinan lima Presiden, berlaku beberapa pertempuran
diantara pihak Kerajaan Filipina dengan MNLF dan dianggarkan seramai 120,000 nyawa

4
(PDF). Philippine Overseas Employment Administration. Dicapai pada September 19, 2015.
5
Ibid 4
6
Ibid 4
rakyat (samada pejuang Moro, penduduk Islam, tentera kerajaan, mahu pun rakyat
bukan Islam) telah terbunuh.7

Rangka kerja Perjanjian Damai kali ini adalah kearah membentuk satu entiti Autonomi
“Bangsamoro” seperti yang dipersetujui oleh Presiden Aquino III dan bukan lagi
Wilayah Autonomi Muslim Mindanao. Jangkamasa untuk mencapai pembentukan ini
adalah sehingga 2016.Dimana selepas itu pejuang-pejuang Moro harus meletakkan
senjata mereka dan kembali kepada masyarakat Bangsamoro dan lalui hidup seperti
rakyat biasa.Seterusnya wilayah-wilayah yang bersetuju untuk dimasukkan dibawah
Autonomi Bangsamoro telah dikenalpasti.

3.0 Keperluan Penyatuan Ummat Islam di Selatan Filipina

3.1.1 Pusat keamanan serantau

Jika kita begitu sensitif mengambil tahu hal penindasan ummat Islam di Palestin,
Syria, Yaman dan negara-negara berkonflik kita sewajibnya berasa tersentuh dengan
penindasan yang berlaku pada muslim di Selatan Filipina. Tuduhan penglibatan dalam
keganasan satu perkara yang perlu ditimbal semula atas dasar agama dan
kemanusiaan. Pergolakan yang berlaku pada rakyat di Selatan Filipina satu mainan
politik yang menampakkan mereka tidak perlu dipedulikan terutama pada negara
terhampir iaitu rakyat Malaysia. Namun bila kita menjengah sendiri di ceruk bandar dan
kampung mereka kita tahu rakyat ini majoritinya beragama Islam hidup dalam
kesempitan serta tidak diberikan hak keperluan asas sebagai manusia dalam menjalani
kehidupan atas kegiatan rasuah yang berlaku di peringkat dalaman. Selain itu,
momokan keganasan yang berlaku kepada bangsa mereka menyebabkan kurangnya
pendakwah-pendakwah yang datang memberitahu kebenaran hidup beragama maka
mereka meneruskan amalan agama Islam mengikut apa yang ditinggal oleh nenek
moyang mereka.

Inilah tanggungjawab kita,  jika para ugamawan menyedari bagaimana terhimpit


kehidupan muslim di Mindanao dan Selatan Filipina terhadap keperluan ilmu agama
7
http://citu551a.sejarahasiatenggara.com/2008/06/tamadun-islam-ctu551.html?m=1
kerana mereka iti saudara seislam yang memiliki jati diri yang kuat tetapi memerlukan
para ahli agama membantu lantaran kesempitan sumber ilmu dan kesusahan kehidupan
yang menghimpit.

Para NGO sepatutnya lebih mengutamakan rakyat Muslim Selatan Filipina yang
memerlukan bantuan asas kehidupan seperti air bersih, pendidikan, makanan asas dan
peluang pekerjaan kerana jika kita meringankan kehidupan kemiskinan mereka kita
akan mengurangkan kadar berlakunya jenayah dan keganasan.

3.1.2 Penyelesaian konflik dalaman

Akibat proses penjajahan yang panjang selama ratusan tahun menyebabkan


keadaan muslim Selatan Filipina ditindas dengan banyak keperluan dan hak mereka
tidak dipenuhi. Campur tangan pelbagai pihak Ngo dalam membantu menyuarakan
sensitiviti kita dalam membantu saudara  seagama ini dapat menyedarkan pihak
kerajaan tentang pentingnya kebebasan Wilayah Filipina agar masyarakat Selatan
Filipina mengolah pemerintahan tanah mereka sendiri mengikut struktur pemerintahan
beraja dan adat istiadat yang dipelihara zaman berzaman ini dilaksanakan serta konflik
dalaman dapat dihapuskan menyebabkan banyak manfaat akan diperoleh oleh kedua-
dua pihak bagi menyelesaikan konflik beratus tahun ini. 8

3.1.3 Penyelesaian pati dinegara jiran

Lambakan pendatang tanpa izin dari Selatan Filipina di Sabah adalah satu faktor
besar yaNg membuktikan kedamaian harus dicapai di Selatan Filipina agar tiada berlaku
rakyat di sana datang ke Malaysia. Keadaan himpitan kehidupan yang melanda akan
menyebabkan sesiapa pun mencari peluang untuk meneruskan kehidupan. Maka jika
keamanan wujud di negara mereka adakah mereka sewenangnya lari ke negara jiran
berhadapan dengan pelbagai risiko melainkan mereka terpaksa dan perlu
menyelamatkan nyawa mereka dan keluarga. Faktor ini harus dipandang berat oleh
kerajaan Filipina agar ketegangan yang melibatkan diplomasi dua negara dan negara
serantau diselesaikan dengan matang dan tidak merugikan.
8
https://iluminasi.com/bm/kisah-pengaruh-islam-di-negara-filipina.html
3.1.4 Masalah lanun

Umum mengetahui, bahawa titik tolak daripada masalah di pergolakan di Selatan


Filipina menyebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjadikan
perairan sempadan antara 3 buah negara berdekatan sebagai lubuk kegiatan lanun.
9
Kegiatan tersebut menyebabkan banyak kapal-kapal yang melalui perairan tersebut
bimbang dengan keselamatan anak kapal dan barangan dagangan yang dibawa untuk
melalui perairan tersebut. Memang diketahui perairan tersebut dikenali antara perairan
yang menghubungkan antara negara negara jiran yang menjalankan kegiatan eksport
dan import komuditi sebagai sumber ekonomi, hal ini menggalakkan pertumbuhan
lanun-lanun sehingga mengganggu aktiviti ekonomi antara negara. Tambahan pula,
kawasan tersebut amat dikenali oleh pelancong luar sebagai ‘world of paradise’ kepada
pencinta alam semulajadi dan aktiviti laut dan pulau. Kesan kegiatan lanun tersebut
telah menyebabkan aktiviti perlancongan tidak dapat berkembang dengan baik kerana
pelancong gusar dengan kes kes penculikan yang berlaku saban tahun.

3.1.5 Menyekat aliran ekstrim abu sayyaf, Islamic state, ISIS

Kita mengetahui, ada satu pihak yang suka menggunakan nama Islam atas nama
jihad tetapi mereka adalah boneka-boneka yang ingin meruntuhkan nilai suci agama
Islam dengan menggembar gemburkan tema keganasan. Kumpulan-kumpulan jadian
ini mengambil kesempatan atas konflik di Selatan Filipina bagi memburukkan rakyat
Muslim Selatan Filipina yang bukannya pengganas realitinya mereka hidup dalam
kemiskinan dan berusaha untuk hidup bersama keluarga mereka. Bantuan dari pelbagai
pihak terhenti lantaran persepsi negatif dari kumpulan-kumpulan pengganas ini. Oleh
itu,ummat Islam di Filipina wajib bersatu dan menolak faham-fahaman radikal dan
membangunkan negara dengan wajah Islam yang melambangkan kedamaian dan
penyatuan atas dasar tauhid dan akhlak Rasulullah saw. Para ulama’dan muslim di
negara-negara sekitar juga perlu memberi galakkan dan membantu perkembangan

9
Ibid8
dakwah yang membawa penyatuan di bumi Filipina agar fitnah dari kumpulan-
kumpulan jahat ini dapat dipadamkan. 10

3.1.6 Stateless

Dikawasan laut sekitar perairan Malaysia, Indonesia dan Filipina ada golongan
masyarakat yang tidak mempunyai warganegara atau termanya ‘stateless’. Golongan
stateless ini dikenali sebagai masyarakat Bajau Palaut yang sehingga ke hari ini mereka
tidak mempunyai warganegara kerana negara sekitar tidak mengakui mereka ini adalah
sebahagian daripada warga mereka kerana masyarakat ini tidak tinggal di darat, tapi di
perahu perahu kecil di perairan pantai atau laut. Apabila ditelusuri sejarah masyarakat
ini mereka sebenarnya berasal daripada kepulauan di Selatan Filipina sebahagiannya di
Malaysia dan Indonesia amnya.

4.0 KESIMPULANNYA

10
https://www.my/sejarah-awal-kedatangan-islam-di-selatan-filipina/
Konklusinya,pemerhati geopolitik berpendapat jika penumpuan kepada aspek
keamanan dan kesejahteraan dalam konteks penyatuan ummat islam di Selatan Filipina
mampu menyelesaikan masalah yang berlaku kini yang tiada penyelesaiannya. Sudah
pasti Dunia akan bertumpu kepada Selatan Filipina kerana berjaya membawa agenda
perubahan kepada keamanan dan kesejahteraan sejagat. Hal ini akan menjadi nilai
tambah kepada kepercayaan masyarakat dunia kepada Pemerintah di Selatan Filipina
dan kerajaan Filipina amnya akan kematangan dan kebolehan mereka mengubah zon
yang dikatakan tidak selamat serta dalam kancah perang  kepada sebuah kawasan
yang selamat untuk dikunjungi dan dilawati oleh orang luar.

Antara lain cetusan kepada penyatuan Ummat Islam di Selatan Filipina bukan sahaja
menjamin keamanan dan kesejahteraan kepada masyarakat setempat bahkan mampu
melonjakkan ekonomi di wilayah tersebut. Wilayah di Mindanau dan Selatan Filipina
diketahui antara kawasan yang kurang membangun dibandingkan di kawasan lain di
Negara Filipina. Dengan sumber alam yang tidak terhad di wilayah tersebut, mampu
menarik pelabur asing dan pelabur tempatan untuk kembali melabur dan
membangunkan ekonomi di wilayah tersebut. Hal ini pasti memberi impak positif
kepada ekonomi dan sosial masyarakat setempat dan amnya kepada kerajaan Filipina
sendiri.
RUJUKAN

1. Gregorio F. Zaide, Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid I(Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978), ms. 4

2. D.J.M. Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid Kedua : Perubahan


Ekonomi dan Sosial(KualaLumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1980), ms.
486.

3. (PDF). Philippine Overseas Employment Administration. Dicapai pada September


19, 2015.

4. (PDF). Philippine Overseas Employment Administration. Dicapai pada September


19, 2015.

5. http://citu551a.sejarahasiatenggara.com/2008/06/tamadun-islam-ctu551.html?
m=1

6. http://citu551a.sejarahasiatenggara.com/2008/06/tamadun-islam-ctu551.html?
m=1

7. https://iluminasi.com/bm/kisah-pengaruh-islam-di-negara-filipina.html

8. https://www.my/sejarah-awal-kedatangan-islam-di-selatan-filipina/

ARTIKEL

Tajuk : Bangsa Moro dalam Lintasan Sejarah


Oleh: Iman Nugraha

Sumbetr : http://www.angelfire.com/id/sidikfound/moro.html

Secara geografi wilayah Filipina terbagi dua wilayah kepulauan besar, iaitu utara
dengan kepulauan luzon serta selatan kepulauan Mindanao.Muslim Moro atau lebih
dikenal dengan Bangsa Moro adalah muslim yang mendiami kepulauan Mindanao-Sulu
serta masyarakat di Filipina bagian selatan.

Sejarah masuknya Islam

Islam masuk ke wilayah Filipina Selatan, khususnya kepulauan Sulu dan


Mindanao, pada tahun 1380.Seorang tabib dan ulama Arab bernama Karimul Makhdum
dan Raja Baguinda tercatat sebagai orang pertama yang menyebarkan ajaran Islam di
kepulauan tersebut.Menurut sejarah, Raja Baguinda adalah seorang putera dari
Minangkabau (Sumatra Barat).Tiba di kepulauan Sulu sepuluh tahun setelah berhasil
mendakwahkan Islam di kepulauan Zamboanga dan Basilanatas kerja kerasnya
Kabungsuwan Manguindanao, raja terkenal dari Manguindanao, memeluk Islam.Pada
masa itu, sudah dikenal sistem pemerintahan dan hukum iaitu Manguindanao Code of
Law atauluaran yang didasarkan atas Minhaj dan Fathu-i-Qareeb, Taqreebu-i-Intifa dan
Mir-atu-Thullab.Manguindanao kemudian menjadi seorang Datu yang berkuasa atas
propinsi Davao di bahagian tenggara pulau Mindanao.Setelah itu, Islam disebarkan ke
pulau Lanao dan bagian utara Zamboanga serta daerah pantai lainnya.Sepanjang garis
pantai kepulauan Filipina semuanya berada dibawah kekuasaan pemimpin-pemimpin
Islam yang bergelar Datu atau Raja bahkan setelah kedatangan orang-orang
Spanyol.Menurut paraahli sejarah kata Manila (ibukota Filipina sekarang) berasal dari
kata Amanullah (negeri Allah yang aman).Hal ini demikian,adalah kalimatyang banyak
digunakan oleh masyarakat Islam sub-kontinen (anak benua India).

Kolonial Spanyol
Sejak masuknya orang-orang Spanyol ke Filipina pada 16 March1521, penduduk
pribumi telah merasa adanya maksud lain dibalik "ekspedisi ilmiah" Ferdinand de
Magellans. Ketika kolonial Spanyol menaklukan wilayah utara dengan mudah dan tanpa
perlawanan bererti, tidak demikian halnya dengan wilayah selatan.Justeru menemukan
penduduk wilayah selatan melakukan perlawanan sangat gigih, berani dan pantang
menyerah.Tentera kolonial Spanyol harus bertempur mati-matiandemi mencapai
Mindanao-Sulu (kesultanan Sul takluk pada tahun 1876).Menghabiskan lebih dari 375
tahun masa kolonialisme dengan perang melawan kaum Muslimin.Namun, walaupun
demikian, kaum Muslimin tidak pernah dapat ditawan,Kolonial, Spanyol menerapkan
politik devide and rule (pecah belah and kuasai) serta mision-sacre (misi suci
Kristenisasi) terhadap orang-orang Islam. Bahkan orang-orang Islam di-stigmatisasi
(julukan terhadap hal-hal yang buruk) sebagai "Moor" (Moro).Ertinya orang yang buta
huruf, jahat, tidak bertuhan dan huramentados (tukang bunuh).Sejak saat itu julukan
Moro melekat pada orang-orang Islam yang mendiami kawasan Filipina Selatan
tersebut.

Tahun 1578 terjadi perang besar yang melibatkan orang Filipina


sendiri.Penduduk pribumi wilayah Utara yang telah dikristenkan dilibatkan dalam
ketentaraan kolonial Spanyol, kemudian di adu domba dan disuruh berperang melawan
orang-orang Islam di selatan.Sehingga terjadilah peperangan antar orang Filipina
sendiri dengan mengatasnamakan "misi suci".Dari sinilah kemudian timbul kebencian
dan rasa curiga orang-orang Kristen Filipina terhadap Bangsa Moro yang Islam hingga
sekarang.Sejarah mencatat, orang Islam pertama yang masuk Kristen akibat politik
yang dijalankan kolonial Spanyol ini adalah istri Raja Humabon dari pulau Cebu,
kemudian Raja Humabon sendiri dan rakyatnya.

Imperialisme Amerika Syarikat

Sekalipun Spanyol gagal menundukkan Mindanao dan Sulu, Spanyol tetap


menganggap kedua wilayah itu merupakan bagian dari tutori.Secara tidak sah dan tak
bermoral Spanyol kemudian menjual Filipina kepada Amerika Syarikat.Amerika datang
ke Mindanao dengan menampilkan diri mereka sebagai seorang sahabat baik dan dapat
dipercaya.Hal ini dibuktikan dengan ditandaangi British (20 Agust 1898) yang
menjanjikan kebebasan beragama, kebebasan mengungkapkan pendapat, kebebasan
mendapatkan pendidikan bagi Bangsa Moro. Namun ,hanya taktik mengambil hati
orang-orang Islam agar tidak memberontak, kerana pada saat yang sama Amerika
tengah disibukkan dengan pemberontakan kaum revolusioner Filipina Utara pimpinan
Emilio Aguinaldo.Terbukti setelah kaum revolusioner kalah pada 1902, kebijakan AS di
Mindanao dan Sulukepada sikap campur tangan langsung dan penjajahan
terbuka.Setahun kemudian (1903) Mindanao dan Sulu disatukan menjadi wilayah
propinsi Moroland dengan alasan untuk memberadabkan (civilizing) rakyat Mindanao
dan Sulu.Berikutnya tercatat pertempuran antara kedua belah pihak.Teofisto Guingona,
Sr. mencatat antara tahun 1914-1920 rata-rata terjadi 19 kali pertempuran.Tahun
1921-1923, terjadi 21 kali pertempuran.Hal ini demikian, dicatat bahwa
selamatahun1898-1902, AS ternyata telah menggunakan waktu tersebut untuk
membebaskan tanah serta hutan di wilayah Moro untuk keperluan ekspansi para
kapitalis.Bahkan pada tahun 1903-1913 dihabiskan AS untuk memerangi berbagai
kelompok perlawanan Bangsa Moro.Namun Amerika memandang peperangan tak cukup
efektif meredam perlawanan Bangsa Moro, Amerika akhirnya menerapkan strategi
penjajahan melalui kebijakan pendidikan dan bujukan.Kebijakan ini kemudian
disempurnakan oleh orang-orang Amerika sebagai ciri khas penjajahan mereka.

Kebijakan pendidikan yang diterapkan Amerika terbukti merupakan strategi yang


sangat efektif dalamperlawanan Bangsa Moro.Setelah itu, dari segi politik dan kesatuan
di antara masyarakat Muslim mulai berantakan dan krisis budaya mulai diserang oleh
norma-norma Barat.Pada dasarnya kebijakan ini lebih disebabkan keinginan Amerika
memasukkan kaum Muslimin ke dalam arus utama masyarakat Filipina di Utara dan
mengasimilasi kaum Muslim ke dalam tradisi dan kebiasaan orang-orang Kristen.Seiring
dengan berkurangnya kekuasaan politik para Sultan dan berpindahnya kekuasaan
secara bertahap ke Manila, pendekatan ini sedikit demi sedikit mengancam tradisi
kemandirian yang selama ini dipelihara oleh masyarakat Muslim.
Peralihan

Semasa Pra-kemerdekaan ditandatangani dengan masa peralihan kekuasaan


dari penjajah Amerika ke pemerintah Kristian Filipina di Utara.Untuk menggabungkan
ekonomi Moroland ke dalam sistem kapitalis, berlakunya hukum-hukum tanah warisan
jajahan AS yang sangat kapitalistis seperti Land Registration Act No. 496 (November
1902) yang menyatakan keharusan pendaftaran tanah dalam bentuk tertulis,
ditandatangani dan di bawah sumpah.Kemudian Philippine Commission Act No. 718 (4
April 1903) yang menyatakan hibah tanah dari para Sultan, Datu, atau kepala Suku
Non-Kristen sebagai tidak sah, jika dilakukan tanpa ada wewenang atau izin dari
pemerintah. Demikian juga Public Land Act No. 296 (7 Oktober 1903) yang menyatakan
semua tanah yang tidak didaftarkan sesuai dengan Land Registration Act No. 496
sebagai tanah negara, The Mining Law of 1905 yang menyatakan semua tanah negara
di Filipina sebagai tanah yang bebas, terbuka untuk eksplorasi, pemilikan dan
pembelian oleh WN Filipina dan AS, serta Cadastral Act of 1907 yang membolehkan
penduduk setempat (Filipina) yang berpendidikan, dan para spekulan tanah Amerika,
yang lebih paham dengan urusan birokrasi, untuk melegalisasi kalim-klaim atas tanah.

Pada intinya ketentuan tentang hukum tanah ini merupakan legalisasi penyitaan
tanah-tanah kaum Muslimin (tanah adat dan ulayat) oleh pemerintah kolonial AS dan
pemerintah Filipina di Utara yang menguntungkan para kapitalis.Berlakunya Quino-
Recto Colonialization Act No. 4197 pada 12 Februari 1935 menandai upaya pemerintah
Filipina yang lebih agresif untuk membuka tanah dan menjajah Mindanao. Pemerintah
mula-mula berkonsentrasi pada pembangunan jalan dan survei-survei tanah negara,
sebelum membangun koloni-koloni pertanian yang baru.NLSA - National Land
Settlement Administration - didirikan berdasarkan Act No. 441 pada 1939.Di bawah
NLSA, tiga pemukiman besar yang menampung ribuan pemukim dari Utara dibangun di
propinsi Cotabato Lama.
Bahkan seorang senator Manuel L. Quezon pada 1936-1944 gigih meyampaikan
program pemukiman besar-besaran orang-orang Utara dengan tujuan untuk
menghancurkan keragaman (homogenity) dan keunggulan jumlah Bangsa Moro di
Mindanao serta berusaha mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat Filipina
secara umum.Pemilik tanah yang begitu mudah dan mendapat legalisasi dari
pemerintah tersebut mendorong migrasi dan pemukiman besar-besaran orang-orang
Utara ke Mindanao.Banyak pemukin yang datang, seperti di Kidapawan, Manguindanao,
mengakui bahwa motif utama kedatangan mereka ke Mindanao adalah untuk
mendapatkan tanahuntuk menarik banyak pemukim dari utara ke Mindanao,
pemerintah membangun koloni-koloni yang disubsidi lengkap dengan seluruh alat bantu
yang diperlukan. Konsep penjajahan melalui koloni ini diteruskan oleh pemerintah
Filipina begitu AS hengkang dari negeri tersebut.

Pasca Kemerdekaan hingga Sekarang

Kemerdekaan yang didapatkan Filipina (1946) dari Amerika Syarikat ternyata


tidak memiliki erti khusus bagi bangsa Moro.Penjajah pertama (Amerika Syarikat) dari
Filipina ternyata memunculkan penjajah lainnya (pemerintah Filipina).Namun hal ini,
perjuangan Bangsa Moro memasuki babak baru dengan dibentuknya front perlawanan
yang lebih sistematik dan maju, seperti MIM, Anshar-el-Islam, MNLF, MILF, MNLF-
Reformis, BMIF. Namun pada saat yang sama juga sebagai masa terpecahnya kekuatan
Bangsa Moro menjadi faksi-faksi yang melemahkan perjuangan mereka secara
keseluruhan.

Perkembangan berikutnya kita semua tahu.MLF sebagai induk perjuangan


Bangsa Moro akhirnya terpecah.Pertama, Moro National Liberation Front (MNLF)
pimpinan Nurulhaj Misuari yang berideologikan nasionalis-sekuler. Kedua, Moro Islamic
Liberation Front (MILF) pimpinan Salamat Hashim, seorang ulama pejuang, yang murni
berideologikan Islam dan bercita-cita mendirikan negara Islam di Filipina Selatan.
Namun dalam perjalanannya, ternyata MNLF pimpinan Nur Misuari mengalami
perpecahan kembali menjadi kelompok MNLF-Reformis pimpinan Dimas Pundato (1981)
dan kelompok Abu Sayyaf pimpinan Abdurrazak Janjalani (1993).Tentu saja perpecahan
ini memperlemah perjuangan Bangsa Moro secara keseluruhan dan memperkuat posisi
pemerintah Filipina dalam menghadapi Bangsa Moro.Ditandatanganinya perjanjian
perdamaian antara Nur Misuari (ketua MNLF) dengan Fidel Ramos (Presiden Filipina)
pada 30 Agustus 1996 di Istana Merdeka Jakarta lebih menunjukkan ketidaksepakatan
Bangsa Moro dalam menyelesaikan konflik yang telah memasuki 2 dasawarsa itu.
Disatu pihak mereka menghendaki diselesaikannya konflik dengan cara diplomatik
(diwakili oleh MNLF), sementara pihak lainnya menghendaki perjuangan
bersenjata/jihad (diwakili oleh MILF).Semua pihak memandang caranya lah yang paling
tepat dan efektif.Namun agaknya Ramos telah memilih salah satu diantara mereka
walaupun dengan penuh resiko."Semua orang harus memilih, tidak mungkin
memuaskan semua pihak," katanya.

Anda mungkin juga menyukai