Individual AJ30303 (YA2016-1056)
Individual AJ30303 (YA2016-1056)
0 PENGENALAN
Filipina adalah merupakan antara gugusan pulau dalam kepulauan Melayu yang
mempunyai berbagai sejarah dan keunikan sendiri bahkan berkongsi banyak persamaan
dengan masyarakat di malaysia dan indonesia umumnya. Umum mengetahui bahawa
masyarakat filipina merupakan sebahagian daripada kelompok darah melayu
austronesia dan sudah pastilah ini merupakan antara bukti kita dahulu dalam satu
rumpun dan kelompok yang sama di nusantara. Filipina asalnya adalah sebuah kerajaan
islam yang hebat pada zaman dahulu, namun keadaan berubah sekelip mata selepas
kedatangan sepanyol ke filipina pada tahun 1565. Mengikut fakta sejarah pemerintahan
Islam di Filipina telah berkembang dari Pulau Sulu hingga ke utara pada akhir abad
ke15.1 Pada zaman itu, Manila dipanggil Selurong dan diperintah oleh Raja Sulaiman
Mahmud dengan bantuan Raja Matanda.Wilayah Tondo pula diperintah oleh Raja
Iskandar. Pada masa yang sama Islam telah berkembang sehingga ke Batangas,
Pampanga, Cagayan, Mindoro, Catanduanes, Bonbon, Cebu, Oton dan Laguna.
Mengikut Syed Muhammad Naquib Al-Atas dalam bukunya “Historical Fact And
Fiction” dan tarsila Magindanao, Islam telah sampai ke Filipina seawal abad ke13
apabila pendakwah berbangsa Arab dengan gelaran Tuan Masha’ika menjejakkan
kakinya di Pulau Sulu. Pada zaman itu Filipina dikenali sebagai Kepulauan (Arkipelago)
Sulu. Pedagang dan pendakwah Arab bergelar Karim Al-Makhdum dari Pasai sampai ke
Sulu pada tahun 1360. Beliau diberi gelaran Sharif Awliya. Sharif Awliya kemudian
meneruskan perjalanannya ke Magindanao dan menyebar agama Islam disana.Pada
1390 datang pula Syed Abu Bakar seorang Arab dari Selatan Arab ke Sulu bagi
menyambung usaha-usaha Sharif Awliya. Syed Abu Bakar kemudian menaiki tahta
sebagai Sultan Sulu pertama dan mengguna gelaran Sharif Hashim. Sharif Awliya
adalah pendakwah Islam yang pertama tiba di Magindanao. Pendakwah kedua yang
digelar Sharif Maraja pula datang ke Magindanao pada 1380 (setelah Sharif Awliya balik
ke Pasai) dan menyambong penyebaran Islam.
1
Gregorio F. Zaide, Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid I(Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1978), ms. 4
Pada 1440 (bukan 1515 seperti yang direkod oleh pengkaji sejarah Cecil Mabul), 2Sharif
Kabungsuan telah sampai ke Magindanao dan memulakan pemerintahan Kesultanan
Magindanao. Walaupun tiada dinyata dalam tarsila Magindanao, tetapi mengikut cerita
tradisi dan boleh dipercayai, Sharif Kabungsuan mempunyai dua abang bernama Alawi
dan Ahmad atau Ahmad dan Muhammad.Diantara kedua abangnya, yang tua sekali
adalah pengasas kesultanan Brunei dan abangnya yang kedua pengasas Kesultanan
Sulu. Secara umumnya dipercayai bahawa,Sultan-Sultan Sulu, Magindanao dan Brunei
adalah adik beradik.3
2
Ibid, ms. 148
3
D.J.M. Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid Kedua : Perubahan Ekonomi dan
Sosial(KualaLumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1980), ms. 486.
2.0 Cetusan Konflik di Selatan Filipina
4
(PDF). Philippine Overseas Employment Administration. Dicapai pada September 19, 2015.
5
Ibid 4
6
Ibid 4
rakyat (samada pejuang Moro, penduduk Islam, tentera kerajaan, mahu pun rakyat
bukan Islam) telah terbunuh.7
Rangka kerja Perjanjian Damai kali ini adalah kearah membentuk satu entiti Autonomi
“Bangsamoro” seperti yang dipersetujui oleh Presiden Aquino III dan bukan lagi
Wilayah Autonomi Muslim Mindanao. Jangkamasa untuk mencapai pembentukan ini
adalah sehingga 2016.Dimana selepas itu pejuang-pejuang Moro harus meletakkan
senjata mereka dan kembali kepada masyarakat Bangsamoro dan lalui hidup seperti
rakyat biasa.Seterusnya wilayah-wilayah yang bersetuju untuk dimasukkan dibawah
Autonomi Bangsamoro telah dikenalpasti.
Jika kita begitu sensitif mengambil tahu hal penindasan ummat Islam di Palestin,
Syria, Yaman dan negara-negara berkonflik kita sewajibnya berasa tersentuh dengan
penindasan yang berlaku pada muslim di Selatan Filipina. Tuduhan penglibatan dalam
keganasan satu perkara yang perlu ditimbal semula atas dasar agama dan
kemanusiaan. Pergolakan yang berlaku pada rakyat di Selatan Filipina satu mainan
politik yang menampakkan mereka tidak perlu dipedulikan terutama pada negara
terhampir iaitu rakyat Malaysia. Namun bila kita menjengah sendiri di ceruk bandar dan
kampung mereka kita tahu rakyat ini majoritinya beragama Islam hidup dalam
kesempitan serta tidak diberikan hak keperluan asas sebagai manusia dalam menjalani
kehidupan atas kegiatan rasuah yang berlaku di peringkat dalaman. Selain itu,
momokan keganasan yang berlaku kepada bangsa mereka menyebabkan kurangnya
pendakwah-pendakwah yang datang memberitahu kebenaran hidup beragama maka
mereka meneruskan amalan agama Islam mengikut apa yang ditinggal oleh nenek
moyang mereka.
Para NGO sepatutnya lebih mengutamakan rakyat Muslim Selatan Filipina yang
memerlukan bantuan asas kehidupan seperti air bersih, pendidikan, makanan asas dan
peluang pekerjaan kerana jika kita meringankan kehidupan kemiskinan mereka kita
akan mengurangkan kadar berlakunya jenayah dan keganasan.
Lambakan pendatang tanpa izin dari Selatan Filipina di Sabah adalah satu faktor
besar yaNg membuktikan kedamaian harus dicapai di Selatan Filipina agar tiada berlaku
rakyat di sana datang ke Malaysia. Keadaan himpitan kehidupan yang melanda akan
menyebabkan sesiapa pun mencari peluang untuk meneruskan kehidupan. Maka jika
keamanan wujud di negara mereka adakah mereka sewenangnya lari ke negara jiran
berhadapan dengan pelbagai risiko melainkan mereka terpaksa dan perlu
menyelamatkan nyawa mereka dan keluarga. Faktor ini harus dipandang berat oleh
kerajaan Filipina agar ketegangan yang melibatkan diplomasi dua negara dan negara
serantau diselesaikan dengan matang dan tidak merugikan.
8
https://iluminasi.com/bm/kisah-pengaruh-islam-di-negara-filipina.html
3.1.4 Masalah lanun
Kita mengetahui, ada satu pihak yang suka menggunakan nama Islam atas nama
jihad tetapi mereka adalah boneka-boneka yang ingin meruntuhkan nilai suci agama
Islam dengan menggembar gemburkan tema keganasan. Kumpulan-kumpulan jadian
ini mengambil kesempatan atas konflik di Selatan Filipina bagi memburukkan rakyat
Muslim Selatan Filipina yang bukannya pengganas realitinya mereka hidup dalam
kemiskinan dan berusaha untuk hidup bersama keluarga mereka. Bantuan dari pelbagai
pihak terhenti lantaran persepsi negatif dari kumpulan-kumpulan pengganas ini. Oleh
itu,ummat Islam di Filipina wajib bersatu dan menolak faham-fahaman radikal dan
membangunkan negara dengan wajah Islam yang melambangkan kedamaian dan
penyatuan atas dasar tauhid dan akhlak Rasulullah saw. Para ulama’dan muslim di
negara-negara sekitar juga perlu memberi galakkan dan membantu perkembangan
9
Ibid8
dakwah yang membawa penyatuan di bumi Filipina agar fitnah dari kumpulan-
kumpulan jahat ini dapat dipadamkan. 10
3.1.6 Stateless
Dikawasan laut sekitar perairan Malaysia, Indonesia dan Filipina ada golongan
masyarakat yang tidak mempunyai warganegara atau termanya ‘stateless’. Golongan
stateless ini dikenali sebagai masyarakat Bajau Palaut yang sehingga ke hari ini mereka
tidak mempunyai warganegara kerana negara sekitar tidak mengakui mereka ini adalah
sebahagian daripada warga mereka kerana masyarakat ini tidak tinggal di darat, tapi di
perahu perahu kecil di perairan pantai atau laut. Apabila ditelusuri sejarah masyarakat
ini mereka sebenarnya berasal daripada kepulauan di Selatan Filipina sebahagiannya di
Malaysia dan Indonesia amnya.
4.0 KESIMPULANNYA
10
https://www.my/sejarah-awal-kedatangan-islam-di-selatan-filipina/
Konklusinya,pemerhati geopolitik berpendapat jika penumpuan kepada aspek
keamanan dan kesejahteraan dalam konteks penyatuan ummat islam di Selatan Filipina
mampu menyelesaikan masalah yang berlaku kini yang tiada penyelesaiannya. Sudah
pasti Dunia akan bertumpu kepada Selatan Filipina kerana berjaya membawa agenda
perubahan kepada keamanan dan kesejahteraan sejagat. Hal ini akan menjadi nilai
tambah kepada kepercayaan masyarakat dunia kepada Pemerintah di Selatan Filipina
dan kerajaan Filipina amnya akan kematangan dan kebolehan mereka mengubah zon
yang dikatakan tidak selamat serta dalam kancah perang kepada sebuah kawasan
yang selamat untuk dikunjungi dan dilawati oleh orang luar.
Antara lain cetusan kepada penyatuan Ummat Islam di Selatan Filipina bukan sahaja
menjamin keamanan dan kesejahteraan kepada masyarakat setempat bahkan mampu
melonjakkan ekonomi di wilayah tersebut. Wilayah di Mindanau dan Selatan Filipina
diketahui antara kawasan yang kurang membangun dibandingkan di kawasan lain di
Negara Filipina. Dengan sumber alam yang tidak terhad di wilayah tersebut, mampu
menarik pelabur asing dan pelabur tempatan untuk kembali melabur dan
membangunkan ekonomi di wilayah tersebut. Hal ini pasti memberi impak positif
kepada ekonomi dan sosial masyarakat setempat dan amnya kepada kerajaan Filipina
sendiri.
RUJUKAN
1. Gregorio F. Zaide, Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid I(Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978), ms. 4
5. http://citu551a.sejarahasiatenggara.com/2008/06/tamadun-islam-ctu551.html?
m=1
6. http://citu551a.sejarahasiatenggara.com/2008/06/tamadun-islam-ctu551.html?
m=1
7. https://iluminasi.com/bm/kisah-pengaruh-islam-di-negara-filipina.html
8. https://www.my/sejarah-awal-kedatangan-islam-di-selatan-filipina/
ARTIKEL
Sumbetr : http://www.angelfire.com/id/sidikfound/moro.html
Secara geografi wilayah Filipina terbagi dua wilayah kepulauan besar, iaitu utara
dengan kepulauan luzon serta selatan kepulauan Mindanao.Muslim Moro atau lebih
dikenal dengan Bangsa Moro adalah muslim yang mendiami kepulauan Mindanao-Sulu
serta masyarakat di Filipina bagian selatan.
Kolonial Spanyol
Sejak masuknya orang-orang Spanyol ke Filipina pada 16 March1521, penduduk
pribumi telah merasa adanya maksud lain dibalik "ekspedisi ilmiah" Ferdinand de
Magellans. Ketika kolonial Spanyol menaklukan wilayah utara dengan mudah dan tanpa
perlawanan bererti, tidak demikian halnya dengan wilayah selatan.Justeru menemukan
penduduk wilayah selatan melakukan perlawanan sangat gigih, berani dan pantang
menyerah.Tentera kolonial Spanyol harus bertempur mati-matiandemi mencapai
Mindanao-Sulu (kesultanan Sul takluk pada tahun 1876).Menghabiskan lebih dari 375
tahun masa kolonialisme dengan perang melawan kaum Muslimin.Namun, walaupun
demikian, kaum Muslimin tidak pernah dapat ditawan,Kolonial, Spanyol menerapkan
politik devide and rule (pecah belah and kuasai) serta mision-sacre (misi suci
Kristenisasi) terhadap orang-orang Islam. Bahkan orang-orang Islam di-stigmatisasi
(julukan terhadap hal-hal yang buruk) sebagai "Moor" (Moro).Ertinya orang yang buta
huruf, jahat, tidak bertuhan dan huramentados (tukang bunuh).Sejak saat itu julukan
Moro melekat pada orang-orang Islam yang mendiami kawasan Filipina Selatan
tersebut.
Pada intinya ketentuan tentang hukum tanah ini merupakan legalisasi penyitaan
tanah-tanah kaum Muslimin (tanah adat dan ulayat) oleh pemerintah kolonial AS dan
pemerintah Filipina di Utara yang menguntungkan para kapitalis.Berlakunya Quino-
Recto Colonialization Act No. 4197 pada 12 Februari 1935 menandai upaya pemerintah
Filipina yang lebih agresif untuk membuka tanah dan menjajah Mindanao. Pemerintah
mula-mula berkonsentrasi pada pembangunan jalan dan survei-survei tanah negara,
sebelum membangun koloni-koloni pertanian yang baru.NLSA - National Land
Settlement Administration - didirikan berdasarkan Act No. 441 pada 1939.Di bawah
NLSA, tiga pemukiman besar yang menampung ribuan pemukim dari Utara dibangun di
propinsi Cotabato Lama.
Bahkan seorang senator Manuel L. Quezon pada 1936-1944 gigih meyampaikan
program pemukiman besar-besaran orang-orang Utara dengan tujuan untuk
menghancurkan keragaman (homogenity) dan keunggulan jumlah Bangsa Moro di
Mindanao serta berusaha mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat Filipina
secara umum.Pemilik tanah yang begitu mudah dan mendapat legalisasi dari
pemerintah tersebut mendorong migrasi dan pemukiman besar-besaran orang-orang
Utara ke Mindanao.Banyak pemukin yang datang, seperti di Kidapawan, Manguindanao,
mengakui bahwa motif utama kedatangan mereka ke Mindanao adalah untuk
mendapatkan tanahuntuk menarik banyak pemukim dari utara ke Mindanao,
pemerintah membangun koloni-koloni yang disubsidi lengkap dengan seluruh alat bantu
yang diperlukan. Konsep penjajahan melalui koloni ini diteruskan oleh pemerintah
Filipina begitu AS hengkang dari negeri tersebut.