Anda di halaman 1dari 9

1.

0KRITIKAN ASPEK DASAR-DASAR PENJAJAHAN 

Mesir mengalami kebangkitan politik pada tahun 1920-an l;agi. Gerakan Pan
Islamisme yang dipelopori oleh Sayyid Jamal al- Din al- Afghani telah berjaya
mempengaruhi semangat kebangkitan rakyat Mesir menentang penjajah Inggeris
dengan membawa konsep Pan- Islamisme telah menyeru umat islam untuk bersatu di
bawah pemerintahan khalifah dan berusaha membebaskan diri dari belenggu penjajah. 1
Pengaruh Pan Islamisme (Mesir) telah mula tersebar dalam kalangan masyarakat
Melayu sejak awal abad ke- 20 lagi. Namun begitu, pengaruh ini tidak begitu diterima
sehinggalah pada tahun 1920-an apabila masyarakat mula menerima idea gerakan Islah
yang turut diperjuangkannya. Pemikiran Islah ini mempengaruhi Syeikh Muhammad
Abduh (1849 – 1905) dan Rasyid Rida (1865 – 1935) untuk mengembangkan idea
gerakan Islah. Kaum Muda merupakan antara golongan yang terawal menerima
pengaruh tersebut di Tanah Melayu.Penyebaran pengaruh Mesir dalam masyarakat
Melayu di Tanah Melayu pada tahun 1920-an dan 1930-an dikaitkan dengan pelajar
Melayu yang menuntut di Universiti Al- Azhar dan Kota Kaherah. Pelajar – pelajar ini
juga yang menyaksikan kebangkitan dan perjuangan rakyat Mesir menuntut
kemerdekaan daripada penjajah Inggeris. Pengaruh Mesir bukan sahaja mempengaruhi
kesedaran politik dalam kalangan masyarakat Melayu ketika itu malah dari sudut sosial.

2.0Politik

           Dari sudut politik, pengaruh Mesir di Tanah Melayu kebanyakan disebarkan


oleh pelajar Melayu yang  menuntut di Kaherah. Kebanyakan pelajar Melayu ini
terpengaruh dengan gerakan Islah yang disebarkan Syeikh Muhammad Abduh dan
Rasyid Rida. Antaranya, Syeikh Syed al-Hadi dan Syed Muhammad Tahir Jalaludin.
Suasana politik terbuka di Mesir telah menggalakkan pelajar Melayu yang sedang
menuntut di Universiti al-Azhar untuk bergiat dalam politik dan menimbulkan kesedaran
kepada mereka untuk menyebarkan pengaruh tersebut di Tanah Melayu setelah pulang.

1
Prof. Dato Dr.Redzuan Othman, Peranan dan Sumbangan Lulusan Mesir dalam Masyarakat
Melayu, Seminar Memperkasakan Belia Islam Serantau,Malaysian Hall, Abbasiah,Kaherah,YADIM,
Disember 2004
Mereka mahu melihat Tanah Melayu turut merdeka dan bebas dari belenggu penjajah
seperti yang terjadi di Mesir.

                 Sebelum Mesir menjadi tarikan tempat orang Melayu meneruskan


pengajian, orang Melayu banyak menghantar anak mereka ke Mekah. Menurut Othman
Abdullah, Mekah hanya tempat untuk menimba ilmu sahaja dan jika mahu mempelajari
politik mereka perlu ke Mesir. 2 Hal ini menimbulkan kesedaran dalam pelajar untuk
mempelajari politik turut menyebabkan peningkatan bilangan anak Melayu yang
menyambung pengajian mereka di Mesir tahun 1920-an dan 1930-an. Menurut Othman
Abdullah, sewaktu beliau sampai di Mesir pada tahun 1925, tidak kurang 27 orang
pelajar Melayu baru turut sama melanjutkan pelajaran di Mesir. 3 Kesedaran politik
pelajar Melayu dapat dilihat menerusi penerbitan Ittihad  pada tahun 1913 yang jelas
menyokong penubuhan Sarekat Islam dan Budi Utoemo oleh rakyat Indonesia yang
turut mengalami kebangkitan politik ketika itu. Neracha  menjadi wadah pemikir umat
Islam yang diterbitkan setelah al-Imam dihentikan penerbitannya akibat ketiadaan
wang untuk meneruskan penerbitannya.. Neracha  mengalakkan orang Melayu berusaha
lebih gigih bagi menjamin survival  bangsa, agama, dan tanah air mereka.

            Ketika di Kaherah, penuntut Tanah Melayu telah bergabung dengan penuntut
dari Indonesia menubuhkan al- Jam’iyyah al- Khairiyyah pada tahun 1923 di bawah
pimpinan Syeikh Ismail. Ahli – ahlinya  kebanyakan terdiri daripada pelajar yang belajar
di Universiti Al- Azhar. Al- Jam’iyyah al- Khairiyyah atau dalam bahasa Melayu dikenali
sebagai persatuan penuntut-penuntut semenanjong Tanah Melayu dan Indonesia
merupakan persatuan yang menjaga kebajikan pelajar Tanah Melayu dan Indonesia
sepanjang mereka menuntut di Kaherah.4 Persatuan ini diadakan untuk memberi
bantuan dan perlindungan kepada pelajar Tanah Melayu dan Indonesia serta dapat

2
William R Roff, The Lifes and Times of Haji Othman Abdullah, Peninjau Sejarah Jilid 1, No 2 ,Universiti
Malaya,1966,hlmn 64.
3
 ibid
4
 ibid
bertukar – tukar ideologi dalam kalangan ahli persatuan. 5 Al-Jamiyyah al-Khairiyyah
tidak dapat mengelak dari turut menyertai krisis politik yang berlaku di Mesir ketika itu.
Namun begitu, persatuan ini tidak bertahan lama akibat mengalami krisis kepimpinan
apabila persatuan ini tidak dapat menjaga kebajikan dan keselamatan apabila seorang
pelajar dari Palembang telah terbunuh akibat pergolakan yang berlaku di Mesir. 6

2.1sosial masyarakat

            Akhbar Seruan Azhar diterbitkan oleh al-Jamiyyah al-Khairiyyah pada Oktober


1925 sebagai lidah rasmi persatuan ini dan penerbitan ini turut dibantu oleh penerbit
akhbar di Kaherah. Penerbitan surat khabar ini turut bermatlamat sama seperti akhbar-
akhhbar lain. Akhbar ini berperanan untuk menyatukan umat Islam di seluruh
semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu. Seruan Azhar mengecam tindakan
penjajah yang menyekat kebebasan mereka serta mengeksploitasi Tanah Melayu. Surat
khabar ini turut menyeru orang Melayu supaya bersatu bagi membebaskan diri dari
cengkaman pelajar dengan mengaitkan Mesir sebagai contoh. Ideologi yang
dibawa Seruan Azhar ini turut disokong oleh Pengasoh  yang diterbitkan di Kelantan
dan Pilehan Timoer.7  Persatuan ini juga  menghantar Djanan Taib sebagai wakil al-
Difa’al-Watani (The National Guard) yang merupakan salah satu jawatankuasa dalam
al- Jamiyyah al- Khairiyyah bagi menghadiri Muktamar Islami yang diadakan di Mekah
pada tahun 1926.8 Selain itu, Abu Bakar Ashaari yang merupakan presiden al- Jamiyyah
al-Khaiyyyah bersama Abdul Kahar Muzakir telah ke Palestin bagi menghadiri mesyuarat
Suruhanjaya Buraq al- Shariff yang bertujuan menyelesaikan masalah umat islam yang
berlaku ketika itu. Al- Jamiyyah al-Khairyyah turut mengadakan hubungan al-Hizb al-
Watani iaitu Parti Kebangsaan yang pernah dipimpin oleh Mustafa Kamil (1874-1908)
dan Muhammad Farid (1868-1919) menentang penjajah Barat dalam menuntut
kemerdekaan. Kedua- dua tokoh ini sangat disanjungi oleh pelajar Melayu akan
perjuangannya.
5
Prof.Dato Mohammad Redzuan Othman, Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh Timur
Tengah, Kuala Lumpur ,Penerbit Universiti Malaya,2005.hlmn 120.
6
ibid,hlmn 120
7
ibid
8
ibid,hlmn 123
            Pemimpin dari parti tersebut selalu mengambil berat dan memberi bantuan
kepada pelajar melayu dan  sering bertukar-tukar fikiran dalam kalangan mereka.
Antara pemimpin al-Hizb al- Watani mempunyai hubungan yang erat dengan persatuan
ini seperti Syeikh ‘Abd al-‘Aziz, Sa’ad Zaghlul, Syeikh  Abd al-Majid al-Ban. Contoh
hubungan erat ini dapat dibuktikan dengan kematian pemimpin al- Hizb al- Watani,’Ali
Fahmi yang mendapat liputan Seruan Azhar dan wakil pelajar melayu turut menghadiri
upacara pengebumiannya Hubungan yang erat ini telah mendorong pelajar Melayu di
Kaherah agar mengambil berat perkembangan politik di Tanah Melayu khususnya yang
melibatkan hak Melayu.

Selain persatuan ini, pelajar Melayu di Mesir juga turut terlibat dalam Persatuan Melayu
Republik Arab Mesir (PMRAM).9 Pengalwaman terlibat dengan al- Jam’iyyah al-
Khairiyyah dan persatuan lain sewaktu menuntut di Mesir telah digunakan sepenuhnya
oleh pelajar Meljayu untuk menyebarkan pemikiran Islah di Tanah Melayu. Contohnya,
Othman Abdullah yang kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1929 telah dilantik
sebagai penulis serta pengurus akhbar Majlis yang ditubuhkan pada tahun
1931. Othman bersama beberapa pelajar Melayu turut menubuhkan Persatuan Melayu
Selangor (PMS) yang bermatlamat menjaga kepentingan hak orang Melayu ketika
pemerintah British menjajah Tanah Melayu. Beliau juga menjadi bendahari Kesatuan
Melayu Muda pada 1939.10 Pada tahun 1930, Abdul Wahab Abdullah pulang ke Tanah
Melayu dan beliau menjadi pengarang akhbar Saudara  dan Bumiputera. Abu Bakar
Ashaari pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1932, beliau menjadi pengarang surat
khabar Bahtra dan Saudara sebelum berhijrah ke Perlis dan menjadi imam besar Masjid
Alawiyyah, Kangar.11    

            Peristiwa yang berlaku di Kaherah turut mempengaruhi masyarakat Melayu.


Contohnya, Persidangan Antarabangsa Khalifah yang telah dianjurkan pada 13 sehingga
9
William R Roff, The Lifes and Times of Haji Othman Abdullah, Peninjau Sejarah Jilid 1, No 2 ,Universiti
Malaya,1966
10
ibid
11
ibid
20 Mei 1926 iaitu 2 tahun selepas jawatan khalifah dibubarkan. Persidangan ini
bertujuan untuk menangani permasalahan umat islam yang berlaku ketika itu Raja-raja
Melayu turut dijemput oleh Sayyid Hassan bin Ahmad al- Attas untuk menghadiri
persidangan tersebut. Sultan Johor, Sultan Ibrahim menunjukkan minat untuk
menghadiri persidangan tersebut namun tdak dapat menghadirinya pada saat akhir-
akhir. Sultan Pahang juga menunjukkan minat yang sama namun tiada bukti
penglibatan sultan Pahang dalam persidangan tersebut. 12 Persidangan tersebut dihadiri
oleh 40 orang daripada 14 orang wakil dan telah mendapat liputan luas dari akhbar
Melayu seperti Pengasuh dan Idaran Zaman.  Misalnya, Idaran Zaman telah menyiarkan
senarai nama peserta yang terlibat dalam persidangan tersebut. Namun begitu
persidangan tersebut kurang berjaya kerana hanya dihadiri oleh wakil wakil pemimpin
dan bukannya pemimpin itu sendiri. Dalam persidangan tersebut, Ali Abd al- Raziq yang
berfikiran liberal telah mempertikaikan perlantikan khalifah sebagai pemimpin umat
Islam dengan menyatakan Islam tidak menggariskan sebarang panduan dalam
menentukan kepimpinan politik Islam. Pemikiran sekular Ali Abd al-Raziq telah dibantah
oleh ulama Mesir malahan pelajar Melayu yang menuntut di Kaherah. 13 Persidangan
tersebut gagal menjana kesan yang besar terhadap masyarakat tapi menampakkan
kesedaran orang Melayu apabila mula berminat mengenai isu berkaitan umat islam ini.

Penjajahan

            Pemikiran Islah juga turut disebarkan oleh Kaum Muda.  Kaum Muda biasanya
ialah mereka yang mendapat pendidikan moden dan terdedah dengan pengaruh Mesir
sewaktu belajar di sana. Antara tokoh – tokoh yang sinonim dengan Kaum Muda
ialah Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syeikh Muhammad Salim al-
Kalali, Syed Syeikh al-Hadi (1867-1934), Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Mohd
Taha. Matlamat Kaum Muda ialah mengembalikan Islam kepada jalan yang
sebenar. Namun begitu, usaha yang dijalankan oleh Kaum Muda ini mendapat
tentangan dari Kaum Tua yang berfikiran konservatif  dan ortodok yang khuatir dengan
12
 Prof.Dato Mohammad Redzuan Othman, Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh Timur
Tengah, Kuala Lumpur ,Penerbit Universiti Malaya,2005,hlmn 129
13
ibid
pengaruh Kaum Muda yang kian mendapat tempat dalam masyarakat seterusnya
menyebabkan mereka kehilangan pengaruh.

Selaras dengan itu, Kaum Tua yang lebih berpengaruh dalam kalangan masyarakat dan
pemerintahan ketika itu telah menyekat kegiatan Kaum Muda dengan mewujudkan
undang – undang bahawa penerbitan buku berkaitan Islam perlu mendapatkan keizinan
sultan. Ada sesetengah negeri yang mengharamkan penerbitan buku- buku atau edaran
buku- buku tersebut. Usaha yang dilakukan oleh Kaum Tua yang menghalang
penyebaran tersebut mendapat kerjasama daripada British kerana bimbang pengaruh
Kaum Muda ini akan mengancam kekuasaannya. Akibatnya, Kaum Muda terpaksa
berpindah ke Negeri- Negeri Selat bagi menyebarkan ideologi mereka kerana Negeri –
Negeri Selat tidak mempunyai sultan. Selain itu, Kaum Tua juga menghalang
penyebaran akhbar seperti Saudara dan Ikhwan dari memasuki negeri- negeri Melayu
seperti Kelantan.

            Dalam bidang pendidikan, hasil daripada pengaruh Mesir, Kaum Muda berjaya
membawa pelbagai perubahan. Sebelum ini sistem pendidikan di Tanah Melayu lebih
bercorak pondok dan tradisional  bagi memberi pendidikan  kepada masyarakat. Pondok
- pondok kediaman pelajar dijadikan tempat pembelajaran. Pendekatan pengajaran
yang diamalkan oleh institusi ini lebih berbentuk sehala di mana tiada sesi soal jawab
dan pelajar hanya perlu mendengar  dan menghafal setiap ajaran yang diberikan tanpa
menghayati isi kandungannya. 14 Amalan sistem pengajian pondok yang mementingkan
amalan keakhiratan saja akan menyebabkan orang Melayu ketinggalan dalam sesuatu
perkara. Apabila pelajar Melayu yang belajar di Mesir pulang ke Tanah Melayu mereka
menukarkan sistem pendidikan pondok kepada sistem pengajian madrasah yang lebih
sistematik mengikut acuan pendidikan moden Mesir bagi menyebarkan ideologi mereka.
Contohnya, Madrasah al-Iqbal al- Islamiyah di Singapura, Madrasah al- Hadi (1917) di

14
https://www.h-net.org/~al /afghani/afghani.htm
Melaka, Madrasah al- Idrisiyyah (1922) di Kuala Kangsar, Madrasah Zainal Abidin
(1925) di Terengganu dan Madrasah al- Mashhor di Pulau Pinang (1914).

            Pendidikan di madrasah ini telah dimodenkan dengan mengekalkan mata


pelajaran tradisi seperti Tauhid, Hadis dan lain-lain dan memasukkan matapelajaran
moden seperti Geografi, Matemetik, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, agama Islam dan
bahasa Arab. Aktiviti luar ilik darjah seperti bersukan, bersyarah, bertukang, menjahit
mahupun bernasyid turut diajar di madrasah tersebut. 15 Sistem pengajaran tersebut
juga juga berubah apabila mengaplikasikan   penggunaan papan hitam dan kapur selain
pengunaan buku teks yang tetap. Mereka juga memperkenalkan kaedah ujian di mana
peserta yang gagal dalam ujian terbabit tidak dibenarkan menaiki tahap yang
seterusnya.16 Madrasah tersebut mempunyai cuti yang tersendiri dan diajar oleh guru
yang berpengalaman dan biasanya berpendidikan Mesir. Madrasah ini juga bukan
sahaja menekankan kaedah menghafal seperti yang diterapkan oleh sistem pondok
malah turut menekankan kepentingan pemahaman terhadap sesuatu yang dipelajari.
Sistem pendidikan tersebut berjaya menarik ramai masyarakat Melayu menghantar
anak mereka ke madrasah dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kaherah.          

            Peranan surat khabar dan majalah juga dipengaruhi oleh pengaruh Mesir dan
dengan adanya kedua- dua media ia membantu menyebarkan pemikiran islah dengan
lebih meluas. Contohnya, Akhbar al- Imam diterbitkan oleh Syeikh Tahir Jalaluddin
pada 23 Julai 1906 jelas dipengaruhi akhbar al- Manar di Mesir. Penerbitan ini dibantu
oleh Syeikh al- Hadi dan Hj. Abbas Mohd Taha yang kebanyakannya terdedah dangan
pemikiran akhbar al-Manar  yang merupakan terbitan Rasyid Rida di Mesir. Akhbar ini
dianggap sebagai penyebar pemikiran tokoh-tokoh Islah. Pengaruh pemikiran Islah
telah meresapi dalam pemikiran penggerak al-Imam. Al-Imam telah menyeru orang
Melayu supaya berusaha mencapai kemajuan mengikut garis panduan yang ditetapkan
oleh al-Quran dan Sunnah. Al –Imam telah menyeru ibu bapa untuk memberikan
pendidikan yang sempurna di samping menekankan kepentingan ilmu. Orang Melayu

15
https://www.jewishvirtuallibrary.org/jamal-al-din-al-afghani
16
ibid
juga digalakkan untuk meninggalkan segala adat resam dan kepercayaan yang karut
Akhbar ini telah  mengembangkan kesedaran politik orang Melayu dengan memasukkan
unsur- unsur politik dalam tulisannya.

Orang Melayu mula sedar akan kepentingan ekonomi dan pendidikan bagi memajukan
bangsa. Walaupun akhbar ini dihentikan penerbitan akibat kekurangan kos pada tahun
1908, ia menjadi pencetus kepada akhbar – akhbar lain untuk menyuarakan pandangan
mereka. Contoh lain, akhbar  Chahaya Pulau Pinang, Idaran Zaman  (Pulau
Pinang,1925), Suara Melayu, al- Ikhwan dan Saudara antara akhbar yang sering
melaporkan perkembangan politik di Mesir. Akhbar Pengasoh turut melaporkan aktiviti
yang berlaku di Mesir seperti penganjuran Persidangan Antarabangsa Khalifah.
Walaupun pembentukan madrasah dan penerbitan surat khabar ditentang oleh Kaum
Tua, hal ini berjaya menyebarkan pemikiran Islah di Tanah Melayu.

            Dalam bidang penulisan novel, novel Faridah Hanum merupakan novel pertama


yang dihasilkan oleh Syeikh Syed al- Hadi di Tanah Melayu. Novel ini banyak
dipengaruhi oleh novel Zainab karya Mohd Husin Haikal yang merupakan seorang
karyawan dari Mesir. Novel Faridah Hanum dan Zainab ini mempunyai isi kandungan
dan jalan cerita yang hampir sama. Latar belakang masyarakat yang digunakan juga
sama dengan novel Zainab iaitu masyarakat Mesir. Novel Faridah Hanum ini
membangkitkan isu kebebasan terhadap golongan wanita terutamanya dalam menuntut
ilmu sebagaimana yang terdapat dalam novel Zainab. Menurut Rosni Samah,
novel Faridah Hanum yang ditulis oleh Syeikh Hadi ini selaras dengan usaha Syeikh
Hadi menyebarkan pengaruh Islah di Tanah Melayu manakala karya Muhd Hussin
Haikal ini ditulis berdasarkan idealogi yang dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani. 17
Novel Faridah Hanum juga menyentuh isu berkenaan memajukan diri tanpa perlu
mengikut tradisi lama. Selain itu, terdapat juga buku-buku yang dipengaruhi oleh Mesir
dalam menyebarkan ideologi Islah mereka. Antaranya novel Melor Kuala Lumpur karya
Harun Aminurrashid, novel Putera Gunung Tahan Ishak Haji Muhamad

17
Dr. Rosni Samah, Kertas Penyelidikan, Pengaruh Novel Mesir “Zainab” dalam Novel Malaysia “Faridah
Hanum” : Kajian Perbandingan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),2008
KESIMPULAN

          Pengaruh Mesir yang disebarkan oleh pelajar Melayu khususnya pemikiran Islah
telah banyak mengubah aspek pemikiran orang Melayu agar bangkit membuat
perubahan bagi memajukan diri demi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Hal
ini turut menyuntik semangat orang melayu untuk menimba ilmu pengetahuan
sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Orang Melayu juga mula sedar bahawa mereka
sudah banyak ketinggalan dalam pelbagai aspek berbanding kaum lain. Pengaruh Mesir
juga berjaya memupuk semangat politik dalam kalangan orang Melayu sehinggalah
berlaku kebangkitan politik di Tanah Melayu. Orang Melayu mulai sedar agar
kepentingan untuk membebaskan diri dari belenggu politik. Kesannya, terdapat
beberapa persatuan baru mula ditubuhkan hasil kesedaran tersebut. Hal ini jelas
menunjukkan betapa besarnya pengaruh Mesir terhadap perkembangan politik dalam
aspek kesedaran berpolitik dan telah mempengaruhi kehidupan masyarakat Tanah
Melayu khususnya seperti Syeikh Syed al-Hadi, Syeikh Muhammad Tahir Jamaludin,Dr
Burhanuddin al- Helmy dan beberapa tokoh Melayu yang terulung ketika itu.

Anda mungkin juga menyukai