Anda di halaman 1dari 3

Aku Sebagai Otak Manusia

    Aku merupakan organ yang terpenting dalam tubuh manusia.Warnaku putih dan
kekuningan.Aku terletak di kepala manusia dan dilindungi oleh tengkorak yang keras.
    Aku mempunyai beberapa jenis komponen yang terdiri daripada otak besar,otak
kecil dan saraf tunjang.Aku hanya mewakili 5% daripada keseluruhan berat badan
manusia.Walau begitu,aku juga mampu untuk menyimpan 15 trillion maklumat di
dalam tubuhku.
    Fungsiku adalah untuk berfikir.Aku dicipta untuk menyimpan segala memori dalam
kehidupan manusia.Selain itu,aku turut digunakan untuk menyelesaikan masalah
kehidupan manusia.
    Aku juga memerlukan makanan.Makananku ialah oksigen,glukosa dan garam
mineral.Tanpa makanan tersebut,aku tidak dapat berfungsi dengan baik.Aku sangat
membencikan dadah,arak dan minuman bergas kerana akan memudaratkanku.
    Tidak ramai manusia mengetahui fungsi otak kanan dan kiriku.Otak kiriku
merangsang kecerdasan kademik seperti kecerdasan bahasa dan logik matematik.Otak
kananku pula merangsang aktiviti santai seperti muzik dan pergerakan tubuh.Manusia
akan menjadi lebih cemerlang apabila menggunakan kedua-dua belah otakku dengan
baik.
    Kini,sangat sedikit informasi tentang diriku telah diketahui oleh manusia.Justeru
itu,aku berharap kajian terhadap diriku dilakukan agar manusia lebih memahami
kemampuan aku sebagai otak manusia.

Tulis karangan tentang cara-cara menjaga keselamatan di rumah.


Menjaga keselamatan di rumah amatlah penting. Terdapat pelbagai cara saya menjaga
keselamatan ketika berada di rumah.

Antaranya, saya tidak akan bermain dengan peralatan tajam ketika di rumah. Contohnya, ibu
melarang saya bermain menggunakan pisau, gunting dan jarum. Ini kerana peralatan ini boleh
mencederakan saya.

Selain itu, saya juga dilarang untuk bermain api di dalam rumah. Ibu tidak membenarkan
saya menggunakan mancis. Saya faham larangan ibu itu kerana menggunakan mancis boleh
menyebabkan rumah saya terbakar.

Selanjutnya, saya akan mencuci bilik air saya dan memastikan bilik air sentiasa kering. Bilik
air yang berair akan menjadi licin. Saya boleh terjatuh dan cedera jika bilik air saya basah
dan bersabun.

Selain itu, saya dan adik beradik yang lain mengelakkan diri daripada berlari-lari ketika
berada di dalam rumah. Sekiranya kami bermain kejar-kejar di dalam rumah, kami boleh
terjatuh lalu kepala terhantuk pada bucu meja. Saya tidak mahu mengalami kecederaan
kerana kecuaian diri sendiri.

Kesimpulannya, saya mesti berhati-hati ketika berada di dalam rumah. Mematuhi dan
mendengar nasihat ibu dan bapa akan memastikan saya selamat ketika berada di rumah.
Soalan : Selaku Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah, kamu
diminta menyediakan laporan Minggu Bahasa Melayu yangtelah diadakan.
Tulis laporan itu dengan lengkap.

Laporan Minggu Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bersatu

Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bersatu, Ipoh, telah


mengadakan Minggu Bahasa Melayu bermula pada 2 hingga 6 Mac 2017
yang lalu. Pelancaran Minggu Bahasa Melayu telah ( 1 ) oleh Yang Berusaha
Tuan Haji Hasyim Bin Hadirin pada hari Isnin, 2 Mac 2017.

          Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu tersebut


berlangsung. Aktiviti ( 2 ) kepada 3 kategori iaitu aktiviti untuk murid
tahap 1, murid tahap 2 dan guru. Murid-murid tahap 1 mengambil bahagian
dalam beberapa acara seperti pertandingan mewarna, melengkapkan
pantun, membaca ( 3 ) , bercerita dan nyanyian lagu kanak-kanak.

          Murid-murid tahap 2 pula berpeluang menyertai aktiviti mengarang


pantun, menulis ( 4 ) pendek, mendeklamasikan sajak, mengarang sajak,
bicara berirama dan nyanyian lagu-lagu rakyat. Ke semua acara tersebut
dijalankan di kelas masing-masing. Manakala guru-guru pula berpeluang
menyertai acara ulasan buku, mencipta dan mendeklamasi sajak dan
persembahan puisi ( 5 ) yang dijalankan di Dataran Bersatu pada setiap
pagi.

          Selain itu, murid-murid diberi peluang mengikuti bengkel penulisan


kreatif. Bengkel tersebut ( 6 ) oleh PTS Millenia Sdn Bhd. Bengkel itu
dikendalikan oleh penulis yang terkenal iaitu Ain Maisarah. Beliau telah
memberikan banyak ilmu tentang penuisan buku ( 7 ) kepada murid-murid.

          Majlis ( 8 ) dan penyampaian hadiah diadakan pada 6 Mac 2017.


Melalui pelbagai acara yang dipertandingkan, pihak sekolah telah berjaya
mencungkil bakat-bakat terpendam para pelajar dan guru-guru. para
peserta terbaik bagi acara berpantun, bercerita, mendeklamasikan sajak
dan bicara ( 9 ) dipilih untuk mewakili sekolah dalam Karnival Bahasa
Melayu yang akan diadakan pada bulan Mei nanti.

          Dalam ucapan penutup, Guru Besar ( 10 )   setinggi-tinggi tahniah


dan penghargaan kepada Persatuan Bahasa Melayu kerana berjaya
mengendalikan aktiviti dengan cemerlang. Beliau juga mengucapkan tahniah
kepada para peserta yang berjaya mendapat tempat dalam semua
pertandingan yang dijalankan.

Laporan disediakan oleh,                                                                   21 Mac


2017

Mazhudmahadi
( MAZHUD BIN MAHADI)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Bersatu, Ipoh

merakamkan kreatif disempurnakan mekanis penutup


berirama cerita tradisional dibahagikan diselenggarakan

Pengalaman Berkelah di Tepi Air Terjun


Pada cuti sekolah yang lalu, ayah telah membawa kami sekeluarga pergi berkelah di
Air Terjun Sekayu. Sebelum bertolak, kami telah menyediakan bekalan makanan dan
minuman, pakaian renang, radio, kamera dan tikar. Selepas itu, kami pun menaiki kereta ayah
ke sana.

          Setibanya di destinasi, kami membantu ayah dan ibu menurunkan barang-barang dari
but kereta. Kemudian, kami menghamparkan tikar di atas seketul batu yang besar lalu
meletakkan barang-barang di atas tikar. Ramai orang berkelah di sana. Suasana di air terjun
itu meriah sekali.

          Tanpa berlengah-lengah, saya dan adik-adik pun menyalin baju lalu terjun ke dalam
air. Pemandangan di Air Terjun Sekayu indah nian. Air di sana jernih dan dingin, udara di
sana juga nyaman. Kami dapat melihat banyak ikan kecil yang berwarna-warni berenang di
dalam air dengan bebas. Kami bermandi-manda dengan seronok seperti itik mendapat air.
Kami juga menangguk ikan dengan tangguk yang dibuat oleh ayah.

          Setelah penat bermain, kami pun naik ke darat untuk menikmati makanan yang
dihidangkan oleh ibu. Adik-adik makan dengan lahap kerana terlalu lapar. Ayah dan ibu
berasa geli hati melihat telatah mereka berdua.

          Selepas menjamu selera, kami bersiar-siar di sekitar kawasan air terjun. Di sana
terdapat pelbagai jenis flora yang cantik dan unik. Kami telah mengambil kesempatan untuk
menangkap gambar di sana sebagai kenang-kenangan. Saya dan adik-adik juga menyauk
rerama yang berterbangan di atas bunga dengan sauk tetapi dilarang oleh ibu.

          Apabila matahari kian terbenam, kami pun berkemas untuk pulang ke rumah. Saya
berasa berat hati untuk meninggalkan air terjun itu. Namun, ayah berjanji akan membawa kami
ke Air Terjun Sekayu lagi pada masa hadapan.