Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS MAKAN MALAM

‫ والصالة والسالم‬، ‫احلمد لله الذي هدانا هلذا وماكنا لنهتدي لوال أن هدانا اهلل‬
. ‫على سيد األنام بلغ الرسالة ونصح األمة وكشف الغمة‬
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah


mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Anugerah
Hari Kualiti dan Jamuan Akhir Tahun SMK Felda Ulu Tebrau pada
malam ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang


dikehendakki ,
Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu ,
pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu .
Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya
hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan
kecemerlangan .
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa
Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini
sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan
bantu-membantu di kalangan kami dan juga demi membangunkan
dan memartabatkan sekolah kami di persada arus perdana
kecemerlangan pendidikan negara.
Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir , para pendidik ,
kakitangan sekolah dan ibu bapa pelajar di sekolah ini, agar
menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik kami
sebagai matlamat kami yang utama dan bersama .
Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar
dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah
kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya ,
begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui
keburukan lantas bersegera meninggalkannya
Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang
diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas
ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara
bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا يف الدنيا حسنة ويف اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار واحلمد هلل رب‬
‫العالـمني‬

Anda mungkin juga menyukai