Anda di halaman 1dari 3

SOALAN LATIHAN KELAS ONLINE PKP (13.05.2020) – 9.00 PG – 11.00 PG.

1. 1. Huraikan peranan pengurus sebagai seorang pembuat keputusan menurut teori


Mintzberg. [6]
 Antara perorangan
 Sebagai orang terpenting
-Menjadi majikan dan tempat para pekerja bergantung.
 Sebagai pemimpin
-pengurus menjadi seorang dalam satu organisasi dan mempunyai pengaruh
yang besar ke atas pekerja.
 Sebagai penghubung
-pengurus metilah berkebolehan menjadi penghubung organisasi dengan pihak
luar seperti institusi kewangan.
 Informational
 Sebagai pengawas
-pengurus memantau perkembangan dalam organisasi dan luar organisasi
untuk mendapatkan maklumat terkini.
 Sebagai penyampai
-maklumat yang diperoleh dari luar atau dalam organisasi akan disampaikan
kepada pekerja.
 Sebagai jurucakap
-pengurus berperanan menyampaikan maklumat organisasi kepada pihak luar

2. Huraikan dengan ringkas dua sebab mengapa pengurus perlu merancang perniagaan.
[4]
 Menentukan hala tuju perniagaan
 Pengurus perlu menentukan visi,misis dan objektif sesebuah organisasi.
 Menyelaraskan sumber
 Pengurus dapat meyususn dan mengagihkan sumber secara cekap kepada
pekerja.

3. Huraikan tiga langkah pertama proses pengorganisasian sebuah kolej swasta yang
baru ditubuhkan. [6]
 Penentu objektif
 Objektif yang perlu disediakan oleh kolej swasta mestilah selari dengan usaha
untuk mencapai matlamat organisasi.
 Pengenalpastian aktiviti
 Kolej swasta tersebut perlu mengenal pasti bentuk tugas yang perlu
disempurkan bagi mencapai setiap objektif yang ditentukan.
 Pengelasan aktiviti
 Badan kolej swasta hendaklah memperincikan segala kerja mengikut fungsi
dan tugasan yang sama
4. Menurut Teori Mc Clelland terdapat tiga jenis keperluan manusia yang dapat
memberikan kesan kepada tingkahlaku mereka ditempat kerja. Jelaskan. [6]
 Keperluan terhadap kuasa
 Individu ini dikatakan suka memimpin, membuat banyak tuntutan dan sering
memeberi tunjuk ajar kepada orang lain.
 Keperluan terhadap pencapaian
 Individu ini sentiasa menginkan kejayaan dan takut dengan kegagalan, suka
dicabar dsan mengambil risiko.
 Keperluan penggabungan
 Individu yang suka dalam kerja kumpulan, mesra dan sedia memahami dan
membantu.

5. Jelaskan tiga jenis penerimaan yang tidak perlu dikomunikasikan. [6]


 Penerimaan dengan penunaian syarat
 Tawaran ditujukan kepada umum.
 Kaedah pos terpakai
 Pembuat tawaran terikat lepas pos tapi penerima tawaran tidak sehingga
pembuat tawaran menerima.

6. Jelaskan dua unsur yang boleh membatalkan sesuatu kontrak. [4]


 Pengaruh tidak berpatutan
 Dorongan dari orang yang ada kuasa zahir dan benar seperti ibu bapa ke atas
anak, majikan atau ke atas orang kurang upaya.
 Frod
 Membuat kontrak dengan niat untuk memperdayakan pihak lain.

7. Jelaskan dua prinsip berunding antara pengurus pengeluaran dengan pembekal. [4]
 Asingkan manusia daripada masalah
 Pengurus pengeluaran dan pembekal hendaklah mengetepikan masalah
peribadi semasa proses perundingan agar keputusan perundingan telah
dipengaruhi oleh emosi semata-mata.
 Tumpuan terhadap minat dan bukannya kedudukan
 Pengurus pengeluaran dan pembekal hendaklah mengabaikan faktor
kedudukan dan pangkat semasa perundingan.

8. Berikan dua kebaikan dan dua kelemahan penggunaan intranet dalam sesebuah
organisasi. [4]
 Dua kebaikan:
 Memudahkan perkongsian sumber
 Mengkoordinasi kerja antara jabatan atau unit
 Dua kelemahan:
 Berpontesi berlakunya overload disebabkan kebebasan penghantaran
mesej
 Memakan masa yang lama untuk melatih pekerja menggunakan internet.

9. Jelaskan alat membuat keputusan yang berikut:


i. Analisis Tulang Ikan [3]
-kaedah ini digunakan untuk analisis masalah dengan mengenal pasti
sebab-sebab yang menjadi punca masalah melalui percambahan fikiran.

ii. Analisis Pokok Keputusan [3]


-Pokok keputusan adalah satu gambar rajah yang digunakan untuk
merangka dan menganalisis sesuatu masalah keputusan.
-Rajah ini akan memberikan satu paparan bersistem dan berjujukan bagi
titik-titik keputusan, alternatifnya dan peristiwa peluang.

10. Jelaskan maksud keputusan rutin dan keputusan tidak rutin. Huraikan kepentingan
keputusan tersebut terhadap pengurusan diperingkat atasan dan di peringkat
bawahan. [4]
 Maksud keputusan rutin:
 Keputusan yang diambil untuk menyelesaikan masalah yangs sering
wujud.
 Maksud keputusan tidak rutin
 Penyelesaian masalah yang bagi situasi tidak lazim, masalah yang tidak
dijangka.

 Kepentingan keputusan rutin


 Untuk pengurus bawahan beroperasi harian, yang memerlukan keputusan
segera seperti pengurus mengambil tindakan ke atas pekerja yang selalu
datang lewat.

 Kepentigan keputusan tidak rutin


 Penting untuk pengurus atasan kerana melibatkan penentuan hala tuj.
Strategi organisasi, melibatkan banyak pihak atau melibatkan risiko yang
tinggi seperti pelanggan meminta reka bentuk produk yang baru.

Anda mungkin juga menyukai