Anda di halaman 1dari 4

1.

Cadangkan cara-cara untuk melahirkan muslim yang beraqidah dan berakhlak

Berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah

     Jasad yang tidak ada roh, maka tidak akan bernyawalah manusia itu. Begitu juga
dengan seseorang yang beragama islam itu dimana akhlak adalah roh kepada
agama islam yang ada padanya. Pada zaman jahiliyyah di mana manusia berada
dalam kesesatan walaupun telahpun didakwah oleh para nabi dan rasul ke jalan
yang benar, mereka telah melakukan pelbagai kerosakan dan kemaksiatan di atas
muka bumi ini hasil daripada godaan syaitan dan dorongan nafsu yang tidak dikawal
dengan baik.Membunuh anak perempuan sendiri, menyembah patung berhala yang
dibaut sendiri, menindas dan memulau kaum yang rendah martabatnya adalah
contoh kepada kerosakan akhlak yang berlaku pada manusia zaman tersebut.

      Justeru itu, Allah telah mengutuskan para nabi dan rasulnya di atas dasar untuk
membawa agama islam di atas muka bumi ini sejurus membetulkan akhlak manusia
yang telah rosak disesatkan oleh syaitan yang durjana. Di dalam ayat- ayat Allah
banyak berunsurkan peringatan dan juga kecaman bagi memberi panduan kepada
ummat manusia. Allah memberi contoh pengabaian kepada berakhlak mulia boleh
mengulang kembali kerosakan di atas muka bumi ini seperti umat nabi-nabi
terdahulu yang telah diazab dengan dengan azab yang pedih oleh Allah atas
perbuatan mereka yang didorong oleh akhlak mereka yang tercela.

     Dengan berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah akan membantu manusia


menjadi insan yang berkahlak mulia kerana segala contoh berada di dalam dua
rujukan ini.

 Cintakan syurga, takutkan neraka.

         Manusia adalah antara makhluk Allah yang akan dihisab kelak apabila tiba hari
kiamat nanti. Sepertimana manusia menilai manusia yang lain dengan usaha dan
akhlak, begitu juga dengan Allah yang membuat penilaian ke atas manusia pada
hari kiamat kelak dengan menilai setakat mana keperibadian dan akhlak manusia
sepanjang mereka hidup di atas muka bumi ini. Dengan dakwah-dakwah yang telah
disebarkan oleh para rasulnya, Allah sudah menjanjikan kepada hambanya yang
beriman dan berakhlak manusia dengan balasan syurga yang tidak terkira
nikmatnya.

Itu boleh dibuktikan melalui Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :"Tiada


sesuatu yang lebih berat dalam daun timbangan melainkan akhlak yang
baik." Dengan beratnya timbangan kebaikan kita dengan akhlak yang baik, itulah
yang dapat menjanjikan syurga kepada manusia seluruhnya. Namun begitu, api
neraka Allah tidak akan teragak-agak untuk menyeksa hamba-hamba Allah yang
ingkar pada perintah Allah dengan mengamalkan sifat-sifat mazmumah iaitu akhlak
yang tercela disisi Allah.
 Sentiasa meningkatkan iman.

          Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini mempunyai nilai iman
yang berlainan bergantung kepada amalan dan akhlak muslim dan mukmin yang
mereka kerjakan dalam seharian. Sebagai hamba Allah yang lemah, manusia
sepatutnya cuba mencari dan mendapatkan keimanan yang paling tinggi kepada
Allah. Salah satu daripada cara untuk menilai tingkatan iman yang ada pada
seseorang ialah pada akhlaknya.

Hal ini sejajar dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Siapakah


orang mukmin yang paling baik imannya? Jawab Rasulullah: Ialah orang yang
paling baik akhlaknya.” (HR. Imam Ahmad).Ini membuktikan bahawa akhlak adalah
amat penting kepada individu muslim itu sendiri. Tanpa penghayatan yang lengkap
dengan ajaran islam yang mengajar tentang kemuliaan akhlak dan keimanan, maka
sukarlah untuk terbentuk akhlak yang baik dan diredhai Allah dalam sesuatu individu
itu.

   Menganggap akhlak juga merupakan ibadah.   


       
     Akhlak dan ibadah adalah perkara yang amat berkait rapat antara satu sama lain.
Ibadah mungkin ditafsirkan oleh manusia pada zaman sekarang sebagai amalan-
amalan agama seperti solat dan puasa, namun isi kandungan dan penghayatan
kepada ibadah itu sendiri tidak diambil endah dan tidak dititikberatkan.Sebenarnya
akhlak adalah buah kepada ibadah.Ini dapat dilihat dalam firman Allah dalam Surah
Al- Ankabut, ayat 45 yang bermaksud:

“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu al kitab (al qur'an) dan
dirikanlah salat.sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan)
keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat allah (salat) adalah lebih
besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan allah mengetahui apa
yang kamu kerjakan.”

            Menerusi ayat ini, kesinambungan antara ibadah dan akhlak dapat dilihat
dimana Allah telah mengatakan bahawa dengan menunaikan solat, ia akan dapat
mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran dan maksiat. Ini terbukti
bahawa hanya dengan ibadah sahajalah yang akan membuahkan akhlak yang baik
sepertimana akhlak Rasulullah S. A.W.
2. Jelaskan perbezaan antara iman, kufur dan murtad beserta contoh

Iman Kufur Murtad


Pengertian pada bahasa Tidak percaya kepada Berpaling atau keluar
ialah percaya. Allah SWT serta daripada agama Islam
mengengkari ajaran yang Pelaku digelar murtad
disampaikan oleh Nabi
Muhammad saw

Pengertian pada istilah Kufur Hakikat – Iktikad – Berniat hendak


ialah membenarkan di Takrif: engkar atau meninggalkan agama
hati, mengakui dengan menafikan rukun iman Islam
lidah dan beramal dengan dan menolak syariat yang
anggota. dibawa oleh Rasulullah
saw.
Contoh: tidak yakin
dengan rukun iman,
mempersendakan
hokum,menyatakan solat
merugikan masa,
berpuasa melemahkan
ekonomi.

Kepentingan Iman Dalam Kufur nikmat – Perkataan –


Kehidupan Takrif: mengengkari Mengishtiharkan dirinya
a. Membentuk muslim Khalik atau Allah sebagai keluar daripada agama
sejati pemberi nikmat Islam
b. Istiqamah dalam Contoh:boros berbelanja,
beribadah atau untuk maksiat, tidak
c. Bertanggung jawab bersyukur, enggan
dan amanah berzakat /sedekah
d. Berakhlak mulia
e. Sabar dan redha
menghadapi kesusahan

Menunaikan puasa, solat Faktor Perbuatan – menganut


dan zakat i. Pegangan agama selain daripada
agama lemah agama Islam
ii. Terpengaruh
dengan hawa
nafsu
iii. Kesempitan
hidup
           

Anda mungkin juga menyukai