Anda di halaman 1dari 2

PUNCA-PUNCA KRISIS RUMAH TANGGA

1. Curang
Kes curang memang antara punca utama mengapa berlakunya isu rumah tangga. Ada
banyak sebab kenapa seseorang yang sudah berkahwin boleh berlaku curang. Antaranya
kerana nafsu. Namun, nafsu bukan saja penyebab kes ini.
Ada pasangan memilih untuk berlaku curang kerana tidak dipuaskan sepenuhnya, enggan
bersama pasangan dan terlalu marah akan pasangan sendiri.
2. Masalah kewangan
Wang tak boleh beli kebahagiaan, itu betul. Tapi, wang boleh jadi punca pelbagai masalah
juga. Antaranya ialah bercerai. Menurut laporan American Journal of Sociology, ramai
pasangan mengambil keputusan untuk bercerai kerana suami tidak bekerja. 
Faktor ini didorong kerana tekanan tidak cukup sumber pendapatan. Malah, tekanan ini juga
boleh mengakibatkan pergaduhan yang membawa kepada masalah ungkit-mengungkit. 
Pendapat yang berbeza tentang bagaimana pasangan berbelanja juga boleh
memusnahkan rumah tangga dalam sekelip mata.
3. Kurang berkomunikasi
Apa faedahnya kita berkahwin dengan pasangan kalau tak boleh
nak berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain?

Komunikasi antara pasangan adalah kunci utama dalam mencapai kebahagiaan sesebuah
rumah tangga. Pasangan yang kurang berkomunikasi akan semakin renggang dan boleh
tercetus salah faham. 
Sebab itu mereka boleh bergaduh dan ingin bercerai.
4. Tidak boleh menerima perbezaan
Setiap pasangan ada cara masing-masing. Tapi apabila kalian sudah berkahwin, perbezaan
itu haruslah dikendali dengan sehabis baik. 
Terima perbezaan antara anda dan pasangan. Sekarang, perbezaan ini boleh jadi antara
punca utama mengapa pasangan suami isteri tak tahan di antara satu sama lain dan
inginkan penceraian.
Ini sering berlaku jika pasangan berkahwin terlalu cepat dan tak sempat nak mengenali hati
budi masing-masing.
Bila sudah kenal, alamak sudah terlambat pula. Sebab itu kes penceraian meningkat.
Perbezaan dalam menjaga anak juga boleh jadi punca!
5. Berat badan bertambah
Memang nampak remeh, kan? Tapi ini yang dijumpai oleh pakar! 
Menurut Men’s Health, pakar mendapati ramai pasangan mula menyampah dengan
pasangan masing-masing apabila berat badan mereka bertambah.
Terutamanya selepas 3 tahun berkahwin. Jadi, kalau anda tak jaga badan anda sekarang,
baik anda berusaha untuk menjaganya, mulai sekarang!
Atau ajak suami/isteri bersenam sama-sama. Bolehlah merapatkan hubungan kalian.
Rumah tangga musnah kerana hal-hal remeh yang tak masuk akal
Jangan tak tahu, ada juga kes penceraian dan rumah tangga yang musnah kerana hal-hal
remeh yang tak masuk dek akal. 

Anda mungkin juga menyukai