Anda di halaman 1dari 47

Assalamualaikum wr wb

SIFAT 20 & MAKRIFATULLAH

Apakah maksud sifat 20?

Sifat dua puluh adalah satu konsep ilmu


yang ciptaannya sangat ajaib, di dalam
mentafsir kaedah mengenal Allah
melalui ilmu makrifat.

Sifat 20 dicipta oleh ilham para sufi dan


para aulia' terdahulu, bagi tujuan
mengajar kita menuju jalan mengenal
Allah. Barang siapa mempelajari sifat 20
dengan bersungguh-sungguh, berserta
faham akan maksud dan makna yang
tersirat, InsyaAllah ia akan dapat
mengenal Allah swt dengan nyata dan
terang.
Banyak cabang ilmu dan banyak kaedah
pembelajaran yang telah didedahkan
melalui kitab, melalui pondok, melalui
sekolah dan tidak kurang pula melalui
guru-guru agama.

Semua itu bertujuan bagi mencari jalan,


mencari cara dan mencari kaedah untuk
mengenal Allah. Di antara banyak-
banyak cara dan di antara banyak-
banyak kaedah, cara dan kaedah terbaik
bagi mengenal Allah swt adalah dengan
mempelajari sifat 20.

Allah tidak akan dapat dikenal melalui


mata zahir, ianya dapat dikenal melalui
mata hati dengan mempelajari sifat-
sifatnya.

APAKAH ASAS SIFAT 20?

Sifat 20 berasaskan kepada 4 perkara;


1) Zat
2) Sifat
3) Af'al
4) Asma'

APAKAH SIFAT ALLAH YANG 20 ITU?

1. Wujud = ada
2. Qidam = sedia
3. Baqa' = kekal
4. Mukholafatuhu lilhawadis =
bersalahan dengan yang baharu
5. Qiamuhu binafsih = berdiri sendiri
6. Wahdaniah = esa
7. Qudrat = kuasa
8. Iradat = menghendaki
9. Ilmu = mengetahui
10. Hayat = hidup
11. Sama' = mendengar
12. Basar = melihat
13. Kalam = berkata-kata
14. Qodirun = maha berkuasa
15. Muridun = maha menghendaki
16. Alimun = maha mengetahui
17. Hayyun = maha hidup
18. Sami'un = maha mendengar
19. Basirun = maha melihat
20. Mutakallimun = maha berkata-kata

20 sifat Allah itu terbahagi kepada


berapa bahagian?

20 sifat-sifat Allah terbahagi kepada 4


bahagian.

1. Bahagian sifat Nafsiah


2. Bahagian sifat salbiah
3. Bahagian sifat Ma'ani
4. Bahagian sifat Ma'nawiah
Bahagian yang empat inilah yang
dikatakan menjadi inti pati dan isi
kepada ilmu mengenal Allah. 4 bahagian
inilah nantinya yang akan mengupas dan
yang akan menterjemahkan sifat 20.
Barang siapa yang berhajat untuk
mengenal Allah, perlu diambil perhatian
kepada ke empat-empat bahagian
tersebut.

SIFAT NAFSIAH

Apakah sifat yang terkandung dalam


nafsiah?

Sifat yang terkandung di dalam nafsiah


itu, hanya satu iaitu sifat wujud. Wujud
yang membawa maksud ada. Adanya
Allah itu, meliputi segala yang zahir
mahu pun yang batin.
Apakah maksud sifat nafsiah?

Sifat nafsiah itu, bermaksud menafikan


kewujudan yang lain selain Allah. Hanya
Allah sahaja yang ada dan hanya Allah
sahaja yang wujud.

Wujudnya Allah itu, adalah ujud yang


disertai sekali dengan zat, sifat, af'al dan
asma'Nya. Zat Allah itu merupakan
sifatNya dan sifat Allah itu adalah juga
merupakan zatNya. Zat dengan sifat
Allah itu adalah ujud yang tidak terpisah,
berpisah, bercerai dan ujud yang tidak
berasingan.

Keujudan zat dengan keujudan sifat


Allah itu, adalah esa (satu juga pada
hakikatnya). Seumpama sifat ilmu
dengan sifat kalam Allah. Apabila
sifatnya bersifat mendengar (sama'),
bererti zatnya juga, bersifat
berpendengaran (sami'un). Apabila Allah
bersifat melihat (basar), bererti zatNya
bersifat berpenglihatan (basirun).
Apabila Allah bersifat kuasa (kudrat),
bererti zatNya bersifat kekuasaan
(kodirun). Begitulah seterusnya dengan
sifat-sifatnya yang lain.

Sifat Allah itu seumpama sifat angin


dengan sifat bergoyang (bertiup).
Apabila kita melihat pokok bergoyang,
itu menandakan adanya angin.
Tergoyangnya pokok, adalah bagi
menandakan bergoyangnya angin. Sifat
bergoyang itu sebenarnya bukan sifat
pokok, yang bergoyang itu sebenarnya
adalah sifat angin.

Walau bagaimanapun sifat angin dan


sifat bergoyangnya pokok itu, adalah
satu sifat yang sama. Jika tidak ada
angin, masakan pokok bergoyang. Pokok
tidak boleh bergoyang dengan sendiri,
jika bukan kerana digoyang dan ditiup
oleh angin. Begitulah juga sifat Allah
dengan ZatNya, tidak boleh bercerai.

Begitulah juga kaedahnya kita mentafsir


sifat 20. Apabila ianya dirujuk kepada
diri. Barulah kita dapat melihat dan
mengenal Allah melaluinya. Seandainya
sifat 20 itu tidak dirujuk kepada diri,
selama itulah kita tidak akan dapat
mengenal dan melihat Allah. Dalam
memahami sifat nafsiah (nafi) iaitu sifat
menafikan, menidakkan, atau sifat
menolak.

Kita dikehendaki menidakkan sifat-sifat


yang lain selain Allah. Kita dikehendaki
menidakkan kewujudan sifat alam dan
sifat diri kita sendiri. Menidakkan sifat
diri kita, supaya ianya menjadi tidak ada
dan tidak wujud (binasa). Cara untuk
menidakkan sifat diri kita dan untuk
mewujudkan sifat Allah itu, adalah
dengan cara, menyerah atau
membinasakan diri kepada Allah.

Bila mana sifat telinga telah


dipulangkan, ianya akan disambut
dengan sifat pendengaran Allah. Bila
mana sifat mata telah binasa, akan
disambut dengan sifat penglihatan Allah.
Sifat berfikir, akan disambut dengan ilmu
Allah. Selagi sifat mata menjadi
sebahagian daripada sifat kita, sudah
pasti kita tidak akan dapat melihat Allah
melalui pandangan dan penglihatanNya.

Setelah sifat mata kita itu dipulangkan


kepada Allah, akan bertukar menjadi
sifat basar Allah, barulah sifat
penglihatan basirun Allah itu, boleh
melalui sifat mata kita. Bermaknanya di
sini bahawa, sifat mata yang ada pada
kita sekarang ini, tidak boleh dan tidak
layak menerima penglihatan Allah
melaluinya, melainkan sifat mata
makhluk telah binasa dan bertukar
kepada sifat wajah Allah.

Maka kita tidak layak untuk menanggung


atau menerima sifat penglihatan Allah
yang maha tinggi. Sifat makhluk tidak
layak untuk menanggung sifat Allah,
melainkan sifat kita itu ditukar milik,
supaya menjadi milik Allah, setelah
melalui proses penyerahan diri
(penyerahan tugas dan penyerahan hak
milik) kepada Allah.

Apabila sudah menjadi milik Allah,


barulah mata kita itu, dapat melihat
melalui penglihatan Allah. Apabila mata
kita itu telah menjadi milik Allah, barulah
sifat basirun (penglihatan) Allah itu
dapat terpancar melalui mata kita.
Apabila penglihatan Allah sudah
menembusi mata kita, dengan sendirinya
sifat mata akan binasa. Mata makhluk
akan hangus terbakar, binasa dan lenyap
lantaran dipenuhi oleh cahaya Allah.
Cahaya penglihatan Allah itu sendiri,
yang membinasakan sifat mata kita.
Hanya Allah sahaja yang dapat
menanggung sifat Allah. Sifat mata kita
tidak dapat untuk menanggung sifat
penglihatan Allah.

Selagi mata masih bersifat makhluk atau


masih menjadi sebahagian dari anggota
diri kita, selagi itulah wajah Allah tidak
boleh mengambil tempat. Selagi sifat
Allah tidak dapat mengambil tempat,
selagi itulah, kita tidak akan dapat
mengenal dan melihat Allah melaluinya.
Inilah konsep nafsiah, iaitu konsep
menidakkan sifat makhluk supaya dapat
menjadikan semuanya bersifat wajah
Allah.

Setelah kita berjaya dalam menidakkan,


fana' dan leburkan diri kita ke dalam
cahaya Allah, maka jadilah telinga kita
itu, merupakan pendengaran Allah,
jadilah mata kita itu, penglihatan Allah
dan sebagainya.

Mata kita tidak layak untuk menanggung


penglihatan Allah. Begitu juga dengan
sifat-sifat yang lain, ianya merupakan
pakaian dan persalinan Allah. Sifat kita
selaku makhluk, tidak layak untuk
memakai yang menjadi persalinan Allah.
Seandainya kita terpakai persalinan
Allah, cepat-cepatlah bertaubat.

Apabila Allah bersifat basar, Allah juga


bersifat basirun. Apabila Allah bersifat
qudrat, Allah juga bersifat Qodirun dan
sebagainya. Oleh yang demikian bagi
yang telah sampai kepada makam
(tahap) makrifat, menjadikan yang dilihat
itu, adalah juga yang melihat dan yang
melihat itu, adalah juga yang dilihat,
yang disembah itu, adalah yang
menyembah dan yang menyembah itu,
adalah juga yang disembah.

Dengan syarat diri kita telah binasa,


mati, lebur, dan karam dalam zouk
cahaya wajah Allah. Walaupun Allah itu
bersifat dengan 20 sifat, namun semua
20 sifat itu, adalah esa (satu) juga dalam
zatNya. Walaupun sifat Allah itu banyak,
tetapi ia satu dalam zatNya.

Yang menjadikan sifat Allah itu


berbilang-bilang adalah dikeranakan
khayalan fikiran dan lemahnya sangkaan
akal manusia. Sedangkan pada dasar
dan pada hakikatnya, kesemua sifat
Allah itu adalah satu (esa), tidak
berbilang-bilang.

Mempelajari, memahami serta


mengetahui sifat nafsiah bertujuan
memberi peringatan kepada kita
bahawa, tidak ada yang berbentuk,
melainkan yang berbentuk itu adalah
bentuk bagi Allah dan tidak ada yang
bersifat, melainkan yang bersifat itu
hanya sifat bagi Allah. Tidak ada yang
berupa melainkan yang berupa itu
adalah rupa bagi Allah.

Di dalam memahami sifat nafsiah, kita


dikehendaki menafikan, mematikan,
melenyapkan, menghilangkan dan
membinasakan semua sifat-sifat yang
lain selain dari sifat Allah. Di peringkat
pengajian ilmu sifat nafsiah, kita
dikehendaki melihat bahawa hanya Allah
sahaja yang ada, ujud, wujud dan
maujud.

Keujudan makhluk alam pada peringkat


ini belum lagi boleh diletak dalam
gambaran fikiran dan belum lagi boleh
dibayangkan dalam ciptaan khayalan
akal. Yang ada dan yang ujud pada
peringkat sifat nafsiah itu, hanyalah
Allah semata-mata.

Sifat nafsiah adalah sifat bagi mengajar


kita tentang kewujudan Allah secara
mutlak dan secara "wujudiah". (wujud
yang meliputi), meliputi sekalian alam,
meliputi sekalian makhluk dan meliputi
sekalian diri kita. Sifat nafsiah dalam
wujudiah itu adalah membawa makna
kewujudan Allah secara mutlak, secara
bersendirian, secara keesaanNya, tanpa
adanya lagi yang lain selain Allah.
Seumpama bukan pokok yang bergoyang
tetapi yang bergoyang itu adalah angin.
Walaupun kita nampak yang bergoyang
itu pokok, di dalam kefahaman pengajian
ilmu makrifah yang bergoyang itu bukan
lagi pokok, sesungguhnya yang
bergoyang itu adalah sifat angin. Inilah
kedudukan sifat nafsiah dalam tafsiran
makrifat.

Di dalam kita belajar sifat nafsiah dalam


sifat 20 kita jangan lupa untuk
menghubung kaitkan dengan kalimah
syahadah. Pelajaran sifat nafsiah dalam
sifat 20, bukan sekadar bertujuan untuk
dihafal. Pelajaran sifat nafsiah itu selain
bertujuan untuk mengenal sifat Allah
melalui sifat 20, ianya juga adalah
bertujuan bagi mentafsir kalimah
syahdah. Sifat nafsiah itu, adalah satu
kaedah kiasan sahaja. Tujuan sebenar
kiasan sifat nafsiah itu, adalah
disasarkan kepada tafsiran dan
pemahaman kalimah syahadah.

Sifat nafsiah apabila dikaitkan, diletak


atau diterjemahkan pada tafsiran
syahadah, ia berada pada kedudukan
kalimah "LAA" (iaitu kalimah nafi).
Kalimah nafi adalah kalimah menolak
yang lain selain Allah, membinasakan
yang lain selain Allah. Kewujudan sifat-
sifat yang lain itu, seumpama bayang
cahaya. Apabila hilang cahaya maka
hilanglah bayang.

Apabila kita dapat memahami dan


menghayati pengertian isi ilmu nafsiah
dalam sifat 20 dengan penuh
penghayatan, ianya membuatkan ucapan
syahadah kita, benar-benar diterima
Allah.
Bagaimana cara ucapan syahadah yang
penuh makna?

Ada pun ucapan syahadah yang penuh


makna itu, adalah dengan melafazkan
ungkapan kalimah "Laa" dengan
menghilangkan dan membinasakan sifat-
sifat yang lain, selain Allah. Sehingga
tidak ada lagi keujudan bulan, bintang,
alam, dunia dan keujudan kehidupan diri,
melainkan Allah lah yang ujud, wujud
dan maujud, pada sekalian wajah alam.

Ucapan perkataan "Laa" adalah tahap


ucapan yang tidak ada lagi sesiapa.
Tidak ada apa-apa di kiri, di kanan, di
atas, dan tidak apa-apa lagi di bawah
kita, melainkan semasa melafazkan
kalimah "Laa" kita dikehendaki mengisi
keyakinan hati dan mengisi kepercayaan
akal, bahawa tidak ada yang lain lagi
pada keujudan alam ini, melainkan
sekalian yang ada ini, adalah wajah
Allah (yang meliputi segalanya). Itulah
di antara tujuan kita mempelajari sifat
nafsiah (sifat 20)

APAKAH BENTUK SIFAT NAFSIAH?

Sifat nafsiah adalah berbentuk


"PERKHABARAN", sifat yang hanya ada
pada zat Allah dan tidak memberi bekas
kepada alam, sifat nafsiah itu, tidak pula
boleh dikualiti dan tidak boleh
dikuantitikan. Adanya Allah adalah ada
yang mutlak, ada yang tidak di
keranakan oleh suatu kerana yang lain.

Sifat nafsiah adalah sifat yang


mengkhabarkan kepada kita bahawa
Allah itu ada, adanya Allah itu melalui
perkhabaran yang tidak dapat dipegang
atau dirasa dengan tangan, tidak dapat
dizahirkan untuk dilihat. Perkhabaran
adalah perkara yang tidak boleh dikualiti
atau dikuantitikan. Ia hanya boleh dirasa
dan diyakini oleh hati.

SIFAT MA'ANI

Sifat Apakah Yang Terkandung Di Dalam


Ma'ani?

Sifat yang terkandung di dalam sifat


ma'ani ada 7 perkara:

1. Qudrat = kuasa
2. Iradat = berkehendak
3. Ilmu = mengetahui
4. Hayat = hidup
5. Sama' = mendengar
6. Basar = melihat
7. Qalam = berkata-kata
Bagaimana Menterjemah Sifat Ma'ani
Pada Diri Kita?

Sifat ma'ani Allah Ta'ala yang jelas


terzahir pada diri kita ada 7:

1. Hidup
2. Mengetahui
3. Berkuasa
4. Berkehendak
5. Melihat
6. Mendengar
7. Berkata-kata

Ada dengan terang dan jelas menzahir


sifat-sifatNya ke atas diri kita. Tujuan
dizahirkan sifatNya supaya dijadikan
sebagai pedoman, sebagai panduan dan
sebagai iktibar untuk kita mengenal,
melihat dan memandang Allah
melaluinya.
Allah bukan ain (bukan benda) yang
boleh dikenal melalui bentuk hitam dan
putih. Allah menzahirkan sifat-sifatnya
ke atas diri kita adalah bertujuan supaya
dijadikan "Tempat memandang sifat-
sifatnya" kepada mereka-mereka yang
berpandangan jauh.

Tetapi ramai yang masih tidak


memerhatikannya. Sifat hidup, sifat
mengetahui, sifat berkuasa, sifat
berkehendak, sifat melihat, dan sifat
berkata-kata yang dipakai Allah atas diri
kita, adalah menjadi tanda
kebesaranNya atas diri kita supaya kita
memerhati dan melihatnya. Sifat-sifat
tersebut bukannya sifat peribadi kita
tetapi sifat tersebut sebenarnya adalah
hak kepunyaan mutlak Allah Ta'ala.
Sifat yang kita pakai ini adalah pinjaman
semata-mata. Dari itu hendaklah kita
sedar dan insaf akan hal itu. Kesemua
sifat-sifat tersebut adalah hak milik
Allah dan kepunyaan Allah swt yang
sepatutnya dikembalikan semula kepada
tuan yang empunya, sementara hayat
masih dikandung badan.

Penzahiran sifat ma'ani (angin) atas


makluk (diri kita) adalah sekadar
pinjaman yang berupa pakaian
sementara, yang akhirnya dikehendaki
kembali semula kepada tuan yang
empunya. Allah tidak boleh diibarat atau
dimisalkan dengan sesuatu.

Maha suci Allah dari ibarat dan misal.


Segala misalan atau segala
perumpamaan yang dinukilkan itu,
hanyalah sekadar untuk
mempermudahkan faham. Sifat ma'ani
itu, adalah seumpama bayang-bayang,
manakala Allah Ta'ala itu, adalah
seumpama tuan yang empunya bayang.

Firman Allah:

Surah Al-Furqān (ayat 45)

‫س‬َ ‫ش ْم‬ َّ ‫سا ِك ًنا ُث َّم َج َع ْل َنا ال‬


َ ‫اء َل َج َع َل ُه‬
َ ‫ش‬َ ‫الظل َّ َو َل ْو‬ َ ‫أَ َل ْم َت َر إِ َل ٰى َر ِّب َك َك ْي‬
ِّ َّ‫ف َمد‬
‫َع َل ْي ِه دَ لِياًل‬

Tidakkah engkau melihat kekuasaan


Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan
bayang-bayang itu terbentang (luas
kawasannya) dan jika Ia kehendaki
tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak
bergerak dan tidak berubah)! Kemudian
Kami jadikan matahari sebagai tanda
yang menunjukkan perubahan bayang-
bayang itu;
"Allah Jadikan Manusia dalam
bayangNya"

Maksud bayang itu, adalah merujuk


kepada makhluk dan diri kita. Bayang
(diri) sebenarnya tidak mempunyai apa-
apa sifat. Bayang hanya sekadar sifat
yang menumpang dari yang empunya
bayang. Bergeraknya bayang adalah
gerak daripada yang empunya bayang.
Berdirinya bayang adalah dengan
berdirinya tuan yang empunya bayang
(Allah). Mustahil bayang itu boleh berdiri
dengan sendiri tanpa kuasa dari yang
empunya bayang (Allah). Bayang dengan
yang empunya bayang itu, mustahil
bersatu dan mustahil bercerai.

Diri kita dengan wajah Allah itu, adalah


seumpama ujud bayang dengan yang
empunya bayang atau seumpama
bayangan wajah di permukaan cermin.
Sifat ma'ani itu tidak boleh berdiri
dengan sendiri tanpa bergantung dari
sifat maknawiah. Hubungan antara sifat
ma'ani dengan sifat maknawiah itu,
adalah seumpama hubungan antara
bayang dengan yang empunya bayang.

Contohnya seumpama sifat mata dengan


penglihatan, sifat telinga dengan
pendengaran dan sifat mulut dengan
yang berkata-kata. Walau bagaimana
keadaan sekalipun, ianya tetap tidak
boleh bercerai dan juga boleh
bercantum. Inilah yang dikatakan
hubungan sifat ma'ani dengan sifat
ma'anawiah itu, bercantum tidak
bercerai tiada.

"Tiada bercerai antara nafi dan isbat,


dan siapa-siapa yang menceraikan
antara keduanya maka orang itu kafir
adanya"
Bayang bukan cahaya tetapi tidak lain
dari cahaya. Cahaya bukan matahari
tetapi tidak lain dari matahari. Begitu
jugalah contohnya hubungan antara
Allah dengan diri kita. Dari itu marilah
kita sama-sama mengambil faham dan
insaf bahawa sifat yang kita miliki ini,
sebenarnya hak kepunyaan Allah, yang
harus kita serah kembali kepada yang
empunya.

Tujuan mempelajari sifat ma'ani adalah


bertujuan supaya kita mengaku bahawa
sebenarnya diri kita ini tidak ada, tidak
wujud, dan tidak terjadi. Yang wujud,
yang ada dan yang terjadi adalah hanya
semata-mata Allah, seumpama sifat
bayang, terzahirnya bayang itu, adalah
bagi tujuan menampakkan dan menyatan
sifat yang empunya bayang itu sendiri.
Di dalam keghairahan membicarakan
soal sifat ma'ani, harus diingat bahawa
Allah tidak bertempat. Allah tidak
menjelma ke atas jasad. Allah tidak
bertempat di dalam atau di luar badan,
Allah tidak bersatu, tidak bercantum
dengan badan, Allah bukan kesatuan,
Allah bukan bersyarikat, bukan
bercantum dengan jasad kita. Ada orang
yang mengaku bahawa Allah menjelma
di dalam jasad dan tidak kurang pula ada
yang mengaku menjadi Tuhan dan
sebagainya.

Bukan kita yang meliputi Allah, tetapi


Allah lah yang meliputi kita. Kesemua
sifat yang kita miliki ini adalah milik
Allah, sifat yang ada pada diri kita akan
hancur, binasa dan hilang lenyap, sifat
yang kekal dan yang abadi itu, hanyalah
Allah swt.
Firman Allah:

Surah Al-Qaşaş (ayat 88)

‫ش ْي ٍء هَالِ ٌك إِاَّل َو ْج َه ۚ ُه َل ُه ا ْل ُح ْك ُم‬


َ ُّ ‫آخ ۘ َر اَل إِ ٰ َل َه إِاَّل ه ۚ َُو ُكل‬
َ ‫َواَل َتدْ ُع َم َع هَّللا ِ إِ ٰ َل ًها‬
َ‫َوإِ َل ْي ِه ُت ْر َج ُعون‬

Dan janganlah engkau menyembah tuhan


yang lain bersama-sama Allah. Tiada
Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu
akan binasa melainkan Zat Allah.
BagiNya lah kuasa memutuskan segala
hukum, dan kepadaNya lah kamu semua
dikembalikan.

Apa Hubungan Sifat Maani Dengan Roh?

Sifat ma'ani adalah wajah Allah yang


terzahir melalui sifat dan rupa paras roh,
melalui sifat mata, mulut, telinga, dan
anggota tubuh seluruhnya. Sebagaimana
rupa dan paras roh, sebegitulah wajah
ma'ani Allah, kerana rohlah sifat ma'ani
Allah.

Untuk melihat sifat ma'ani Allah, lihatlah


pada wajah dan sifat rupa paras diri kita
sendiri. Hubungan roh dengan sifat
ma'ani itu, seumpama sifat mata pada
roh, penglihatan bagi Allah, telinga pada
roh, pendengaran bagi Allah, dan
begitulah seterusnya.

Apakah Hubungannya Sifat Ma'ani


Dengan Kalimah Syahadah?

Tujuan kita mempelajari dan mendalami


ilmu ma'ani itu, adalah untuk membawa
kepada pemahaman kalimah syahadah.
Tujuan nafsiah membawa pengertian
kepada kalimah "Laa" adalah kalimah
bagi menafikan kewujudan sifat
makhluk. Manakala sifat ma'ani kalimah
"Ila ha" pula, bermaksud mengadakan
atau mengiakan dan mengambil balik
segala apa yang kita telah tolak dalam
kalimah "Laa". Jika dalam kalimah "Laa"
kita tolak semua sifat makhluk,
manakala dalam kalimah "Ila ha" pula,
ianya kita adakan semula. Walaupun
sifatnya diadakannya kembali, ianya
adalah sekadar sifat yang menumpang.

Jika dalam kalimah "Laa" kita mengaku


bahawa tidak ada lain, selain Allah,
manakala dalam kalimah "Ila ha" pula
kita mengaku bahawa Allah telah
menzahirkan makhluknya melalui 7
sifatNya, seumpama sifat hidup, kuasa,
berkehendak, mengetahui, mendengar,
melihat dan sifat berkata-kata. Walau
bagaimanapun 7 sifat tersebut di atas
hanya sekadar sifat menumpang.
Seumpama sifat sama' menumpang sifat
sami'un, sifat basar menumpang sifat
basirun dan begitulah seterusnya.
Untuk dihubung kaitkan dengan kalimah
syahadah, kita hendaklah melihat sifat
mata yang kita miliki, tidak berguna,
tanpa penglihatan Allah, telinga kita
tidak akan bermakna tanpa pendengaran
Allah, mulut tidak bererti tanpa berkata-
kata Allah, hidung tidak berguna tanpa
hidup Allah, akal tidak bererti jika tanpa
ilmu Allah, anggota tidak bermakna
tanpa kuasa Allah. Segala-galanya yang
ada pada kita bergantung dan
menumpang sifat Allah.

Semasa melafazkan kalimah "Ila ha"


dalam bersyahadah, kita dikehendaki
mengingati diri kita bahawa sifat yang
ada pada diri dan yang kita bawa ini,
tidak boleh berdiri sendiri, hanyalah
sekadar sifat yang menumpang dan
bergantung kepada sifat Allah. Diri kita
tidak memiliki apa-apa. Kita tidak akan
dapat melihat tanpa basirun Allah dan
kita tidak akan dapat mendengar tanpa
samiun Allah.

Dari kesedaran dan keinsafan itu,


membawa hati kita kepada suatu
perasaan kosong, hiba, hina, kerdil,
miskin, kecil dan perasaan fakir di
hadapan Allah. Inilah tujuan kita
mempelajari sifat ma'ani.

Diri kita ini sesungguhnya yatim piatu


yang tidak punya apa-apa. Ibu bapa,
anak-isteri, kaum-keluarga, harta benda,
hidup mati dan kaya miskin itu, adalah
hak Allah ta'ala, yang boleh diambilnya
balik pada bila-bila masa. Yang kita
miliki ini, adalah semata-mata hak
kepunyaan Allah.

Di tangan Allah lah diri kita, segala


kekuatan, kecantikan, kekayaan dan
kegagahan yang selama ini kita megah-
megahkan itu, sebenarnya adalah milik
kepunyaan Allah.

Dengan kefahaman bahawa, sifat diri


kita ini, sebenarnya mati dan
menumpang. Seumpama sifat mata,
telinga, mulut, tangan, kaki dan seluruh
anggota, menumpang wajah kebesaran
Allah. Yang hendaknya dikembalikan
semula sifat itu kepada Allah.

Anggaplah diri kita ini, sudah mati,


binasa, hilang dan lenyap dalam wajah
Allah. Yang kita miliki ini, semuanya
adalah hak Allah Ta'ala belaka.
Hendaklah kita serah kembali kepada
Allah. Kembalikan sifat-sifat tersebut
kepada Allah. Jadikanlah diri kita ini
seumpama fakir, muflis, hina, mati,
binasa, dan hilang dalam kekuasaan
Allah. Inilah di antara hikmah dan di
antara intipati mempelajari sifat ma'ani
dalam sifat 20.

Bagaimana Mengenal Allah Melalui Sifat


Ma'ani?

Peranan sifat ma'ani hanya sekadar


menjadi saksi (kesaksian) Sifat ma'ani
berperanan sekadar sifat menumpang.
Seumpama basar, hanya menumpang
kepada sifat basirun. Telinga
menumpang sifat sama', manakala sama'
pula menumpang sifat samiun. Lidah
menumpang sifat kalam, manakala
kalam pula menumpang sifat
mutakallimun. Sifat ma'ani adalah sifat
menumpang sifat maknawiah (sifat
kekuasaan Allah).

Dari kefahaman itu, dapatlah kita tilik


diri sendiri, betapa sifat yang ada pada
diri kita ini, semuanya kepunyaan Allah.
Kita ada mata, tatapi Allah yang
memiliki sifat penglihatan. Kita ada
telinga tetapi Allah yang memiliki sifat
pendengaran. Kita ada mulut tetapi Allah
yang memiliki sifat berkata-kata.
Begitulah seterusnya, yang
menggambarkan bahawa diri kita ini
adalah kepunyaan Allah.

Sifat ma'ani bertujuan supaya sifat Allah


dapat dilihat melalui pancaindera, pada
roh, dan pada diri kita sendiri. Allah
berilmu manakala diri pula bersifat
mengetahui melalui akal. Allah
berkudrat, manakala diri pula bersifat
berkuasa melalui pancaindera. Allah
beriradat, manakala diri pula bersifat
berkehendak (dapat berkeinginan
melalui rasa). Allah bersifat sama'
manakala diri pula bersifat mendengar
melalui telinga. Allah bersifat basar
manakala diri pula bersifat melihat
melalui mata. Allah bersifat kalam,
manakala diri pula bersifat berkata-kata
melalui lidah.

Jangan sekali-kali kita menjadi lupa diri,


bahawa semua sifat-sifat yang kita miliki
ini, adalah kepunyaan Allah, diri kita ini,
hanya sekadar menumpang sifat Allah.
Apabila kita faham sifat ma'ani, dengan
sendirinya membawa diri kita pulang ke
pangkuan Allah dengan tangan kosong,
dengan menyerahkan segala sifat
kepada Allah.

Bahawasanya diri kita ini, sebenarnya


adalah kepunyaan dan milik Allah
sepenuhnya secara mutlak. Sifat yang
kita pakai dan yang ada pada kita ini,
seumpama sifat bayang (menumpang
yang empunya bayang).
Setelah kita sedar, bahawa sifat yang
kita pakai ini adalah sifat pinjaman dan
menumpang sifat Allah, sebaiknya
kembalikanlah semua sifat-sifat itu
kepada Allah. Jangan sekali-kali cuba
memakai pakaian Allah, walaupun
secara percuma atau secara pinjaman,
kerana kita tahu bahawa pakaian Allah
itu, amat tidak layak untuk dipakai oleh
kita. Kita tidak layak memakai pakaian
Allah dan kita tidak layak untuk
menerima pinjaman Allah. Pakaian Allah
itu, Allah lah pemiliknya, Allah lah yang
layak memakainya.

Sebenarnya kita ini, tidak punya apa-apa


pakaian atau persalinan. Kita ini adalah
ibarat tangan kosong. Yang menjadi
milik dan kepunyaan kita bukan pakaian
atau persalinan, yang menjadi milik dan
kepunyaan kita yang mutlak, adalah
Allah itu sendiri.
Inilah konsep yang hendak
diketengahkan dan yang hendak
diterapkan melalui sifat ma'ani. Konsep
serta kefahaman inilah yang benar-benar
perlu kita fahami. Cuba fahami dan
hayati betul-betul sifat ma'ani yang tujuh
itu, apabila kita telah kasyaf dalam
menghayati sifat ma'ani, di sinilah
membawanya lebur dan terbakarnya
sifat diri yang palsu dan yang
menumpang ini.

Bagi mereka-mereka yang mengenal


Allah, apabila dia cuba untuk memakai
sifat Allah. Maka hancur terbakarlah
anggotanya, lebur musnahlah sifat
jasadnya. Mereka tidak sekali-kali berani
memakai sifat pakaian Allah. Pakaian
Allah itu ada tujuh iaitu seumpama sifat
hidup, ilmu, kudrat, iradat, samak, basar
dan kalam, manakala pakaian kita juga
tujuh seumpama:
1. Pakaian sifat mati (binasa).
2. Pakaian sifat bodoh dungu.
3. Pakaian sifat lemah, lumpuh tidak
berupaya.
4. Pakaian sifat tidak berkemahuan,
tidak berkehendak.
5. Pakaian sifat pekak dan tuli.
6. Pakaian sifat buta.
7. Pakaian sifat bisu.

Inilah pakaian dan sifat-sifat yang kita


pakai serta pakaian mereka-mereka
yang mengenal diri dan yang mengenal
Allah swt. Mereka ini beranggapan dan
beriktikad bahawa, diri serta jasad
mereka sudah mati, tidak ada, lebur dan
binasa. Mereka tidak lagi berakal, tidak
lagi mempunyai kekuatan, tidak lagi
berkemahuan, tidak lagi
berpendengaran, tidak lagi
berpenglihatan, dan tidak lagi bersuara
diri. Jasad mereka sudah fana', sudah
baqa' dan karam dalam wajah Allah swt.

Diri mereka tidak ubah seumpama mayat


yang hidup. Mereka tidak memakai
pakaian Allah, mereka tidak meminjam
pakaian Allah, mereka tidak mengambil
persalinan Allah, mereka tidak memakai
apa-apa yang menjadi hak Allah. Tidak
layak bagi mereka untuk menerima apa-
apa yang menjadi milik Allah. Bagi
mereka, segala-galanya adalah dari
Allah, kepada Allah dan berserta Allah.
Baik di dalam tidur, dalam jaga, dalam
gerak, dalam tutur kata, dalam
penglihatan, pendengaran, berkeinginan
dan sebagainya, semuanya milik Allah.

Bukan sifat mata yang mereka pandang,


tetapi penglihatan Allah, bukan sifat
telinga menjadi tumpuan, tetapi
pendengaran Allah, bukan mulut menjadi
keinginan, yang menjadi keinginan
mereka ialah suara (kata-kata) Allah.
Yang berkeinginan dan berkehendak itu,
adalah Allah swt. Yang berkuasa dan
berilmu itu adalah Allah. Inilah kaedah
pegangan iktikad orang makrifat, dalam
menterjemah sifat ma'ani. Yang
menjadikan hati kita penuh yakin kepada
Allah.

Tujuan sifat ma'ani diketengahkan untuk


dipelajari dan difahami, adalah untuk
membawa kita kepada suatu keinsafan
diri, bahawa semua yang kita miliki dan
yang ada pada diri kita ini, sebenarnya
adalah milik Allah. Setelah kita sedar
yang segala-gala sifat itu menjadi milik
Allah, hendaklah kita kembalikannya
semula kepada Allah.
Seandainya yang menjadi milik Allah itu
telah kita serahkan semula kepada
Allah, semasa hayat masih dikandung
badan dan semasa masih berada di
dalam dunia, apabila kita pulang ke
rahmatullah kelak (setelah kita mati
nanti), tidak ada apa-apa lagi yang perlu
ditanya, perlu dihisab dan perlu
dipersoalkan oleh Malaikat.

Perkara yang membuat kita ditanya dan


disoal itu, adalah kerana hutang sifat
kita semasa di dunia masih belum
dijelaskan, mereka yang belum
melangsaikan pinjaman dan yang belum
mengembalikan hak Allah semasa hayat
masih ada dan semasa masih hidup di
dunia, hutang sifat yang kita pinjam dari
Allah, hendaklah dikembalikan semula
kepada Allah. Jika ianya dilangsaikan
semasa di dunia, tidaklah ada lagi soal
jawab dari Munkar dan Nakir di dalam
kubur.

Apa lagi yang Allah hendak tuntut, apa


lagi yang Allah hendak tagih dari kita,
jika semuanya telah dikembalikan dan
diserahkan kepadaNya. Hidup dan mati
kita telah kita serahkan kepada Allah,
jasad zahir dan batin telah dikembalikan
kepada Allah. Apa lagi yang hendak
Allah dakwa? Apa lagi yang hendak Allah
tuntut?

Yang hendak Allah dakwa dan tuntut itu,


bagi mereka-mereka yang kembali ke
pangkuannya dengan tidak menjelaskan
hutang sifat dan tidak mengembalikan
hakNya. HakNya diambil pakai, diambil
guna, tetapi tidak pandai untuk
memulangkan dan tidak pula pandai
mengembalikannya semula kepada
Allah.
Jika semuanya telah dikembalikan
kepada yang empunya, nescaya tidak
ada lagi, tuntut menuntut, dakwa-dakwi
dan tidak lagi ada soal jawab kubur,
malah di pintu syurga lah kita disambut
oleh Allah swt.

Inilah tujuan pengajaran sifat ma'ani


diperkenalkan. Ini adalah tujuan sifat
ma'ani diketengahkan untuk diambil
tahu oleh sekalian kita. Dengan
mempelajari sifat ma'ani, akan
membawa kita tahu untuk membezakan,
yang mana hak kita dan yang mana hak
Allah swt. Perhatikan sekali lagi perkara
ma'ani dan hendaknya kita hayati dan
tilik dengan mata hati yang kasyaf.

Selagi hayat masih dikandung jasad, kita


di kehendaki mengembalikan hak
kepada yang berhak, nantinya bila tiba di
alam akhirat kelak, kita akan mendapat
layanan dan sambutan yang istimewa
dari penguasa langit, lain dari yang lain.
Kita akan ditempatkan bersama orang
yang sempurna lagi terpuji.

Roh orang-orang sebeginilah dinamakan


roh mutmainnah, roh yang diterima
Allah. Tempat kita itu, adalah di sisi
Allah, bukannya di sisi tanah yang
mengandungi ulat dan cacing.

Roh sebeginilah yang dikatakan roh yang


suci bersih, roh yang sentiasa disertai
air sembahyang, roh yang sentiasa di
iringi dengan kalimah syahadah. Inilah
roh mereka-mereka yang mati sebelum
mati dan roh mereka-mereka yang
mengenal diri semasa di dunia. Inilah
yang dikatakan roh yang mengenal
tuannya.
Tuan yang empunya roh itu, tidak lain
dan tidak bukan hanya Allah swt yang
satu lagi esa. Inilah penjelasan dan
kupasan tentang kefahaman ilmu
mengenal Allah (makrifat) melalui
pelajaran sifat ma'ani dalam sifat 20,
yang bukan sahaja setakat tahu makna
tetapi hendaklah dihayati dengan isi di
sebaliknya.
By Datung Lalah Wawai
By Nhea ChoerNhea

Anda mungkin juga menyukai