Anda di halaman 1dari 20

Masalah Kehadiran

Oleh
HARANEY BINTI DOOS
TABIKA KEMAS GDW Kg. Pinatau A, Kota Marudu
CHAN HOU FOOK
Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan
ISU
Minggu ini sudah minggu ketiga saya menjalani praktikum Fasa-2 tahun 2012.Minggu ini adalah
minggu yang sangat menghairankan saya kerana kehadiran murid ke sekolah tidak
menggalakkan.Kehadiran kanak-kanak yang tidak memuaskan ini mengakibatkan aktiviti yang
telah dirancang kurang memuaskan.Kanak-kanak yang tidak hadir ke sekolah ini saya
mengandaikan disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu mengakibatkan mereka
jatuh sakit dan ada pula murid yang tidak ke sekolah kerana laluan utama mereka iaitu sungai
telah dipenuhi oleh air.Sebenarnya perubahan cuaca yang tidak menentu sejak akhirakhir ini
membuatkan saya turut mengalami selesema minggu ini. Tetapi adakalanya saya juga berfikir
sendiri adakah ketidakhadiran murid ini adalah disebabkan oleh saya sendiri. Contohnya ,
adakah cara saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas boleh
menambat hati mereka ataupun tidak.Saya monolog sendirian,bagaimana caranya untuk saya
memulihkan keseronokkan mereka apabila proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
pada masa yang akan datang.

Dalam Teori Montessori ada tertulis, murid akan lebih seronok jika mereka belajar melalui
bermain dan ianya akan memberikan impak yang sangat baik kerana penerimaan mereka
dalam pembelajaran sambil mereka berseronok adalah berkesan daripada penyampaian
pengajaran dan pembelajaran yang hanya berfokuskan guru sahaja. Oleh yang demikian ingin
sekali saya membuat satu perubahan agar semua murid dalam kelas saya ini berminat untuk
hadir ke sekolah semula.Tetapi saya masih tercari-cari kaedah dan cara yang terbaik untuk
mengubah segala-galanya.

ANALISIS ISU
Mengikut hasil pemerhatian dan kajian yang telah dibuat oleh ahli-ahli saintis , salah satu
masalah murid malas hadir ke sekolah ialah kerana faktor persekitaran dan juga disebabkan
guru itu sendiri yang tidak menggunakan kaedah yang betul semasa mengendalikan sesuatu
aktiviti di dalam mahupun di luar kelas. Montessori juga ada mengatakan bahawa adalah lebih
baik jika guru menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan menyediakan aktiviti yang
menyeronokkan agar murid akan sentiasa seronok sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran tidak kira aktiviti semasa di dalam ataupun di luar kelas.Selain daripada
itu,persekitaran kelas juga haruslah cantik di mata semua. Untuk menyelesaikan masalah ini
agar ia tidak berlarutan, saya harus menyiasat punca-punca masalah murid malas hadir ke
sekolah
dan saya monolog sendirian memikirkan tentang masalah yang berlarutan ini seperti

- Adakah murid sudah bosan dengan kaedah pembelajaran yang saya gunakan selama ini?
- Bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini?
- Apakah kaedah yang harus saya praktikkan semasa pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan?

Selain menyiasat sendiri punca masalah ini berlaku, saya juga telah bertanya beberapa soalan
kepada murid yang terlibat dan saya telah menerima jawapan yang ikhlas daripada mereka dan
kebanyakannya saya dapati pendapat mereka adalah seperti:
- Aktiviti yang sama setiap hari mengakibatkan mereka bosan datang ke sekolah ( menyalin
perkataan, mewarna gambar dan tiada yang menyeronokkan )
- Mereka tidak boleh membuat aktiviti yang disediakan oleh guru seperti membuat kolaj dan
menyusun gambar-gambar

CADANGAN
Saya telah menghabiskan banyak masa untuk mencari jalan yang terbaik untuk mengubah
murid dari malas kepada rajin hadir ke sekolah. Ini adalah untuk mengelakkan gangguan
perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan pada masa akan datang.
Antara langkah-langkah yang nekad saya pertimbangkan ialaah seperti dibawah :
- Menyediakan aktiviti yang menyeronokkan murid seperti membuat aktiviti pembelajaran dalam
suasana bermain.
- Menyediakan aktiviti individu,kelas dan berkumpulan yang menarik dan mengambil kira
tentang kemampuan mereka.
- Menyediakan alat bantu dan alat bahan mengajar yang kreatif dan menarik dalam setiap slot.
- Memastikan persekitaran luar dan dalam sekolah berada dalam keadaan yang menarik
apabila dipandang.
Selain daripada itu,saya juga harus meneliti agar semua perancangan seperti yang telah
dinyatakan di atas adalah sesuai dan boleh digunapakai untuk memikat hati murid agar rajin
hadir ke sekolah dari semasa ke semasa. Pendapat ahli teoris yang tersohor iaitu Jeome
Bruner (1966) bahawa adalah amat penting pembelajaran secara berkumpulan dan ia haruslah
dalam keadaan yang menyeronokkan agar murid tidak merasa bosan sepanjang aktiviti
tersebut dijalankan.

TINDAKAN SUSULAN
Konsep Montessori yang telah saya gunapakai untuk menyelesaikan masalah murid malas
hadir ke sekolah memberikan kesan yang amat ketara sekali.Ini bermakna,teori Montessori
adalah betul dan saya yakin dengan adanya teori seperti ini,kebanyakkan masalah yang
dihadapi oleh guru semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan
luar kelas akan dapat diatasi dengan baik seandainya guru menggunakannya dengan baik.
Disebabkan teori Montessori ini,saya telah mendapati bahawa murid yang terlibat dalam
masalah ini telah berubah dengan cepatnya dan mereka suka datang ke sekolah kerana aktiviti
yang dirancang dengan baik dan teliti telah memikat hati mereka untuk rajin hadir ke sekolah.

KESIMPULAN
Belajar melalui bermain,aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan, dan penggunaan alat bahan
dan alat bantu yang menarik terbukti amat berkesan untuk membantu guru agar perjalanan
pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas sentiasa berjalan dengan baik dan lancar.
Inisiatif guru untuk mencari idea yang baru kreatif adalah amat penting untuk mengumpan
murid-muridnya agar sentiasa hadir ke sekolah.Gabungan yang terbaik adalah merancang
aktiviti yang
menyeronokkan,penggunaan ABM yang kreatif dan menarik serta kaedah pembelajaran yang
baik adalah kunci terpenting kepada guru agar perjalanan pengajaran dan pembelajaran di
dalam dan di luar kelas sentiasa lancar.
Tingkah Laku Negatif Kanak-Kanak di Dalam Kelas
Oleh
SURYANI BINTI RAFAI
TABIKA KEMAS Kem Tentera, Sandakan
NANCY LOO KASON
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
ISU
Minggu 3 berlalu kini tibanya pula minggu ke 4 dalam praktikum. Berbagai masalah yang saya
hadapi minggu telah saya hadapi dengan kekuatan. Kebanyakkan permasalahan seperti
mingguminggu yang lalu . Masalah berkaitan dengan kanak-kanak pasti terjadi setiap hari dan .
Masalah kanak-kanak ini boleh dikategorikan kepada 3 aspek seperti tingkahlaku kanak-kanak,
pelajaran dan kehadiran mereka setiap hari. Bagi masalah tingkahlaku kanak-kanak juga boleh
dikategorikan kepada 2 iaitu, positif dan negatif. Tetapi, masalah yang sering kali menjadi
masalah ialah tingkahlaku negatif. Segelintir kanak-kanak dikelas saya mengalami maslah
tingkahlaku seperti pergaduhan,hiperaktif dan sebagainya. Ini boleh dilihat dan biasanya
berlaku dalam aktiviti kumpulan . Kanak-kanak akan berebut bahan tugasan kumpulan.
Pergaduhan tersebut mencetuskan kebisingan dan menganggu rakan yang lain. Ini
menyebabkan saya berasa sangat marah dan cepat-cepat meleraikan keadaan.

ANALISIS ISU
Dalam menyelesaikan masalah tersebut, saya perlu membuat beberapa kajian tindakan melalui
beberapa cara yang telah saya rancangkan. Menurut Teori Pelaziman Operan Skinner, tingkah
laku individu juga mempunyai ciri motivasi ( iaitu dapat mengawal tingkah lakunya sendiri) dan
cara pembelajaran juga boleh berlaku kerana dipengaruhi oleh kesan tingkah laku sebelumnya.

CADANGAN
Dalam menyelesaikan masalah tersebut, saya telah membuat beberapa tindakan melalui
beberapa cara yang telah saya rancangkan. Di antara tindakan yang telah saya jalankan ialah
dengan membuat lawatan susulan ke rumah kanak-kanak tersebut berjumpa dengan ibubapa
mereka. Tindakan ini sedikit sebanyak telah membuahkan hasil perbincangan yang baik .
Kanak-kanak juga mungkin menyedari kehadiran saya ke rumah mereka memberi kelainan dan
motivasi kepada mereka. Saya berpendapat bagi mengatasi ini ialah sebagai seorang guru,
perlu ada sikap kasih sayang ataupun bonding. Contohnya bagi kanak-kanak yang mempunyai
masalah tingkahlaku. Saya perlu menggunakan psikologi saya untuk mengubah mereka seperti
bercerita tentang buruknya sesuatu tingkahlaku negative ataupun memberi ganjaran supaya
mereka tidak nakal lagi. Setakat ini, saya telah menggunakan tokens dan hasilnya amat
memuaskan.

TINDAKAN SUSULAN
Hari hari berikutnya aktiviti yang dijalankan semakin lancer dan berkesan. Dimana seperti
aktiviti berkumpulan kanak-kanak menampakkan mereka semakin faham dan mendengar
arahan saya. Mereka sudah boleh menjalankan aktiviti berkumpulan dengan baik. Contohnya,
apabila masa ‘ berpusing’ mereka sudah faham dan melakukan tanpa arahan saya. Apabila
aktiviti berkumpulan
mengikut stesen tamat dan acara berpusing dilakukan, mereka dapat mengikut dan mendengar
arahan dengan baik sekali. Setiap kumpulan akan berpusing beralih ke stesen seterusnya. Ini
telah memudahkan kerja dan tenaga saya dimana tidak payah lagi saya
bersusah payah mengarah mereka. Tambahan lagi, saya mengadakan sistem tokens. Sistem
ini
membantu saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan sistem ini, kanak-kanak
yang bermasalah boleh dibendung. Contohnya, bagi kanak-kanak yang suka bermain daripada
belajar saya akan mengingati mereka untuk memberikan tokens sekiranya mereka tidak
bermain dan belajar bersama rakan yang lain. Dengan cara ini, ramai kanak-kanak semakin
mendengar arahan saya.

KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat saya nyatakan di sini ialah peranan seseorang guru itu begitu penting
contohnya dalam mencari penyelesaian masalah tingkah laku anak muridnya terutama Ketika
mereka berada di dalam kelas. Seseorang guru juga haruslah mempunyai daya ketahanan
mental dalam menghadapi permasalahan sedemikian, dengan itu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih berkesan.
Masalah Murid Tidak Menyiapkan Kerja Sekolah
Oleh
DAIANA BINTI HARIS
TABIKA KEMAS IPK Polis Kepayan, Kota Kinabalu
HAJAH NORHAYATY BINTI ISMAIL
Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan
ISU
Pada minggu kesepuluh menjalani praktikum, saya telah mengenalpasti masalah murid yang
tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru. Masalah ini saya kesan apabila buku
latihan yang murid hantar tidak mengikut jumlah murid yang ada di dalam kelas.Murid tidak
menyiapkan tugas yang diberi oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan. Sebagai
contohnya dalam sehari sekurang-kurangnya ada dua atau tiga lembaran kerja yang diberikan
kepada setiap murid untuk disiapkan.Walau bagaimana pun murid ini tidak berjaya menyiapkan
satu pun tugasan yang diberikan.Keadaan ini memaksa guru untuk meminta murid membawa
kerja ini balik ke rumah untuk disiapkan. Pada keesokan harinya apabila meminta murid ini
untuk menghantar lembaran kerja tersebut tetapi murid ini masih juga tidak dapat
menyiapkannya walaupun sudah di minta oleh guru untuk disiapkan di rumah. Hal ini jika terus
dibiarkan berterusan akan memberi kesan negetif kepada murid ini dan seluruh warga
kelas.Adakalanya proses pengajaran dan pembelajaran tersasar kerana kelambatan yang
perpunca dari masalah ini.Manakala murid-murid lain seakan diabaikan kerana memberi
tumpuan kepada murid tersebut.Perkara ini juga menyumbang kepada suasana bising kerana
murid-murid lain yang dapat menyiapkan tugas dengan cepat terpaksa membuat hal masing-
masing seperti bermain sesama sendiri. Keadaan ini menyebabkan suasana kelas menjadi riuh
rendah.

ANALISIS ISU
Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah di atas,
saya telah melakukan analisis bagi mencari punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut
berlaku. Apa yang saya dapat lihat hasil dari pemerhatian saya murid ini menghadapi masalah
lambat menulis dan suka berlengah-lengah semasa membuat tugasan yang diberi. Murid ini
juga akan bermain bersama rakan sebayanya yang telah siap membuat tugasan sedangkan
kerja sekolah yang diberi oleh guru belum disiapkan olehnya. Saya berpendapat bahawa
perkembangan motor halusnya lambat berkembang. Faktor lain yang menyebabkan keadaan ini
berlaku kemungkinan murid ini baru mendapat pendedahan di sekolah untuk memegang pensel
dan menulis. Hal seperti ini adalah perkara biasa kerana setiap individu itu mempunyai tahap
perkembangan yang berbeza-beza.

CADANGAN
Untuk mengatasi masalah ini, saya telah menyenaraikan beberapa usaha yang difikirkan boleh
membantu menyelesaikan masalah tersebut diantaranya adalah seperti berikut:
1. Guru membimbing murid menulis dengan cara yang betul atau memegang tangan murid
untuk menulis.
2. Guru memberi aktiviti yang melibatkan motor halus seperti menguli doh.
3. Meminta kerjasama daripada ibubapa untuk membimbing anak mereka semasa di rumah.
4. Mengasingkan murid-murid tersebut mengikut kumpulan usia yang sebaya.

TINDAKAN SUSULAN
Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemaskini segala
tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan seperti yang dicadangkan tadi.Hal ini bagi
membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak
berpanjangan sehingga akhir tahun.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, masalah murid dan sekolah ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi
masalah utama bagi saya untuk melaksanakan praktikum saya hingga tamat. Murid-murid
adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan Bangsa dan Negara pada masa akan
datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulang kepada guru itu
sendiri untuk
mengatasinya.Walau bagaimanapun permasalahan seperti ini guru harus berjumpa dan
berbincang dengan ibu bapa. Peranan ibu bapa adalah amat penting kerana mereka lebih
berhak untuk mendidik anak masing-masing juga disebabkan mereka mempunyai masa yang
berlebihan untuk bersama-sama dengan anak ketika di rumah berbanding dengan guru hanya 4
jam di sekolah untuk bertanggungjawab membimbing dan mendidik murid di sekolah. Bak kata
perpatah ”Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Murid Suka Ponteng Kelas
Oleh
JIJAH TAHIR
TBK KEMAS Kg. Sinar Baru, Kimanis
KUNDAYIS LABEH
Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan
ISU
Kebanyakan murid yang bersekolah di tabika ini adalah penduduk kampung Sinar Baru, sekitar
perumahan dan pekan Kimanis. Sebilangan besar penduduk kampung bekerja sebagai nelayan
dan buruh. Rata-rata penduduk kampung kurang berpendidikan dan hanya sebilangan kecil
sahaja yang bekerja dengan kerajaan. Terdapat segelintir bekas murid tabika ini tidak dapat
melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah dan menengah kerana mereka tidak mempunyai
kenderaan atau tidak mampu membayar sewa kereta. Masalah yang selalu saya hadapi adalah
pelajar yang suka ponteng kelas. Contohnya ada terdapat murid yang hadir kelas hanya dua
hari sahaja dalam seminggu. Keadaan ini menyebabkan pembelajaran mereka terganggu.
Murid tidak dapat mengikuti sepenuhnya pelajaran yang disampaikan oleh guru. Murid juga
tidak menghiraukan tentang peraturan kelas. Manakala, ibu bapa pula tidak mengambil berat
tentang masalah ponteng anak-anak mereka.

ANALISIS ISU
Saya perlu mengenal pasti dan menyelidik latar belakang keluarga murid dengan lebih
mendalam bagi menyelesaikan masalah ponteng di kalangan murid. Oleh yang demikian
adalah perlu untuk mengambilkira persoalan berikut.
1. Adakah murid-murid lewat bangun yang menyebabkan mereka lambat ke sekolah ?
2. Adakah ibu bapa tidak mengejutkan anak mereka daripada tidur atas alasan rasa kasihan
kepada anak mereka ?
3. Adakah ibu bapa mereka kurang memberi motivasi kepada anak mereka untuk dating ke
sekolah ?
4. Adakah ibu bapa menganggap pendidikaan peringkat awal kanak-kanak kurang penting
berbanding sekolah kebangsaan?
5. Adakah ibu bapa beranggapan bahawa pendidikan tabika hanya tempat kanakkanak bermain
sahaja dan bukan untuk menimba pengetahuan?
6. Adakah keadaan persekitaraan tabika kurang ceria atau aktiviti kurang menarik minat murid-
murid ?
Menurut Imam Al-Ghazali, kanak-kanak tidak bersalah dengan fikiran, hati dan jiwa yang
kosong. Kanak-kanak mudah dibentuk mengikut apa sahaja, bentuk yang diingini oleh ibu bapa
dan pendidik. Oleh itu, dalam hal ini, ibu bapa perlu bekerjasama dengan guru supaya
pembentukan dispilin dalam kalangan kanak-kanak dapat dicapai. Berdasarkan soal selidik
yang saya telah jalankan, terdapat beberapa maklumat yang saya peroleh seperti berikut.

1. Hanya beberapa orang murid sahaja yang berminat dating ke sekolah. Mereka adalah
mereka yang tinggal jauh dan menaiki kenderaan ke sekolah.
2. Kebanyakan murid yang ponteng disebabkan ibu bapa mereka sendiri sibuk pada waktu pagi
mengurus anak-anak mereka yang lain.
3. Kebanyakan murid yang ponteng adalah mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah.
4. Terdapat murid yang ponteng kerana dibawa oleh ibu bapa mereka berjalan-jalan.
5. Ibu bapa kurang mementingkan pelajaran anak-anak mereka kerana mereka menganggap
bahawa ponteng adalah masalah kecil.

Berdasarkan analisis dan refleksi yang saya buat, saya berpendapat masalah ponteng
bukanlah masalah murid itu sendiri. Pada peringkat umur mereka, murid-murid ini belum
memahami dengan baik tentang peraturan sekolah walaupun terdapat sebahagian kecil murid
yang boleh menyatakan punca permasalahan ponteng. Ada dalam kalangan murid yang
menyatakan bahawa masalah ini berpunca daripada ibu bapa mereka sendiri yang lewat
bangun. Masalah ponteng kelas adalah tanggungjawab ibubapa. Mereka seharusnya
mendisplinkan anak mereka dari perringkat awal lagi. Ibubapa seharusnya tidak beranggapan
bahawa tabika atau pendidikan awal kanak-kanak hanya tempat anak-anak bermain dan
sekadar tempat menumpangkan anak-anak mereka. Oleh itu saya perlu memikirkan bagaimana
untuk mengubah persepsi ibu bapa terhadap konsep dan peranan pendidikan peringkat awal
kanak kanak.

CADANGAN
Saya telah menyenaraikan beberapa langkah yang difikirkan boleh membantu menyelesaikan
masalah ponteng seperti berikut.
1. Mengadakan pertemuan dengan ibu bapa kanak-kanak bagi mengetahui punca masalah
ponteng anak mereka.
2. Memberi motivasi kepada murid-murid dan ibu bapa tentang kepentingan kehadiran murid di
sekolah.
3. Guru memilih seorang murid yang mempunyai tingkahlaku baik untuk dijadikan sebagai
model kepada murid murid lain.
4. Guru sentiasa memantau gerak-geri murid dengan menumpukan perhatian kepada sikap
rajin, pandai membaca, menulis dan mengira. Setiap tingkah laku yang baik akan diberikan
ganjaran.
5. Menyediakan suasana persekitaran sekolah yang lebih menarik agar murid-murid berasa
seronok dan bermotivasi untuk datang ke sekolah.
6. Memberi peneguhan positif kepada murid-murid yang rajin datang ke sekolah.
7. Mengeluarkan surat peringatan kepada ibu bapa sekiranya mereka tidak memberi perhatian
terhadap masalah anak-anak mereka.

TINDAKAN SUSULAN
Saya lebih suka mengambil langkah positif berbanding menggunakan pendekatan hukuman
atau dendaan bagi menyelesaikan masalah ini. Saya percaya perubahan tingkah laku lebih
berkesan dengan menggunakan pendekatan yang lebih humanistik. Oleh yang demikian,
sebagai tindakan susulan saya akan bertemu lebih kerap lagi dengan ibu bapa murid yang
terlibat bagi membincangkan tentang cara-cara mengatasi masalah ponteng. Saya akan
mengadakaan satu sesi perjumpaan khas di sekolah dalam masa terdekat bagi
membincangkan masalah ponteng ini.

KESIMPULAN
Strategi pengurusan tingkah laku murid adalah perkara penting yang perlu difikirkan oleh guru
apabila menangani masalah ponteng. Bermula dengan ketegasan sehinggalah kepada
pemilihan kaedah pengajaran perlu dipertimbangkan. Selain daripada itu, ibu bapa juga perlu
terlibat dengan memberi kerjasama penuh dengan pihak sekolah. Mereka perlu faham tentang
pengurusan tingkah laku anak-anak mereka. Oleh kerana pendidikan bermula daripada rumah,
ibu bapa juga perlu diberi pendedahan tentang kemahiran pendidikan keibubapaan agar
mereka tahu bagaimana menjaga anak mereka dengan baik.
Murid Pintar Cerdas
Oleh
SUZEH SAID
TABIKA KEMAS Pekan Baru Pitas
JAMES GEOFFREY W. MOLIJOH
Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan
ISU
Di tempat saya mengajar, saya mempunyai ramai murid yang kebanyakannya sangat aktif
melibatkan diri dalam apa juga aktiviti yang saya jalankan terutama sesi perbualan pagi semua
murid mengambil bahagian mengemukakan pelbagai pertanyaan sehinggakan sukar bagi guru
menjawab pertanyaan mereka ini. Antara ramai murid ini, seorang murid (murid E) yang saya
rasakan istemewa kerana selagi saya tidak mengarahkannya berhenti bercakap selagi itulah dia
akan terus bercakap. Pertanyaan demi pertanyaan akan dikemukakan kadang-kala murid E
sendiri menjawab soalan yang diajukan. Keadaan yang ditunjukkannya ini menyebabkan guru
tidak selesa mengajar kerana tingkah laku yang ditunjukkan ini menyebabkan rakan yang lain
terpinggir dan tidak berani menonjolkan diri ketika sesi perbualan pagi kerana asyik murid E
sahaja yang bercakap. Keadaan ini serba sedikit menganggu proses pembelajaran dan
pengajaran guru dalam kelas. Ini mendorong saya mengenal pasti punca murid ini begitu aktif
mengemukakan pertanyaan sehingga tiada peluang langsung murid lain bertanya agar perkara
ini tidak berpanjangan. Saya juga telah mengenal pasti sama ada murid E tergolong dalam
kategori tingkah laku bermasalah.

Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku
bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah positif
bermaksud tingkah laku kanak-kanak yang akan menjadi masalah sekiranya dilakukan secara
berlebihan atau tanpa kawalan. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan seorang kanak-kanak
boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.
Seseorang murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah positif atau negatif membawa
kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Oleh yang
demikian guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang serta melaksanakan strategi
dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang tidak baik itu. Hal ini sangat
penting demi menjamin dan mengawal keadaan kelas yang kondusif demi mempertingkatkan
lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran .
ANALISIS ISU
Suradi Salim (1996) menyatakan adalah penting untuk kita ketahui bahawa tiada satu pun
tanda set sifat yang umum atau biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak pintar cerdas. Seperti sifat
kanakkanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personality kanak-kanak pintar
cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian yang dilakukan, terdapat 30 cara
mengenal pasti murid-murid pintar cerdas dalam kelas melalui senarai semak kepintarcerdasan.
Antaranya ialah:
1. Boleh menarik perhatian ibu bapa, pelawat dan penonton dengan menunjukkan gaya yang
luar biasa.
2. Menunjukkan minat pada masa lebih awal. Bercakap mengenai masa seperti semalam, hari
esok, hari ini, hari-hari dalam seminggu, waktu ini dan waktu itu, kalender dan jam peringkat
umur yang awal. Ini menunjukkan kesedaran pada dirinya berkaitan dengan masa.
3.Mempunyai berbagai minat dan sikap spontan, disaingi dan perasaan ingin tahu dari segi
intelek yang luas dan cepat berkembang.
4.Dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah yang hanya memerlukan sedikit
penerangan dari guru dan mempunyai sifat tidak sabar mendapatkan latih tubi dari guru dan
pandai menggunakan masa dengan berfaedah.
5.Boleh menyesuaikan apa yang dipelajari dengan menggunakan situasi lain. Pemindahan idea
datang dengan pantas sekali.

Elizabeth Drews (1961), salah seorang penyelidik terkenal tentang kanak-kanak pintar cerdas
pernah menyatakan It’s immoral to squander a child’s time on what he really knows (adalah
tidak
bermoral untuk membazirkan masa kanak-kanak dengan memaksa mereka mempelajari apa
yang mereka sudah tahu) kerana kecerdasan mereka telah menguasai apa yang kanak-kanak
lain sedang bersusah payah untuk mempelajari. Kata-kata George Bernard Shaw (1965)
mungkin sesuai disebut di sini ’Take to get what you like or you will be forced to like what you
get’ yang bermaksud kita perlu berusaha atau melakukan sesuatu untuk mendapat apa yang
kita suka kerana kalau tidak, kita terpaksa menyukai apa yang diberikan kepada kita. Ini
menunjukkanbagaimana murid pintar cerdas terpaksa menerima apa saja dalam situasi
pembelajaran mereka. Sememangnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas, guru memang ingin muridnya sentiasa pintar dan cerdas. Namun dalam situasi kelas
yang terdiri daripada pelbagai jenis kebolehan murid, murid pintar cergas ini boleh menganggu
situasi pembelajaran dalam kelas. Apa yang pasti, sememangnya sukar juga mengawal tindak
tanduknya dalam kelas yang selalu jauh ke depan meninggalkan kawan-kawannya yang lemah
atau sederhana.

Menurut teori pembelajaran Pavlov, Thorndike dan Skinner, mereka berpendapat pembelajaran
adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Menurut mereka, tingkah laku murid boleh
diperhatikan, dikawal dan diubah. Justeru itu, saya yakin dan percaya tingkah laku murid E
boleh diubah melalui pendekatan yang sesuai. Menurut pemerhatian saya, murid E berkelakuan
begitu disebabkan dia inginkan perhatian yang lebih daripada guru yang mengajarnya. Oleh itu,
saya telah cuba mencari penyelesaian untuk menangani masalah ini daripada berlanjutan.

CADANGAN
Bagi mengubah sikap dan mengatasi tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas ini daripada
terus berpanjangan, saya telah menggunakan teori mazhab sosial iaitu:-
 Guru menjadikan murid E sebagai model.
 Guru menjelaskan mengapa murid E boleh menjadi model atau contoh kepada kawan-
kawannya yang lain dalam kelas.
 Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid contoh.
 Guru menggunakan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid contoh
misalnya berinisiatif untuk berubah. Hadiah akan diberikan sekiranya dalam kalangan murid lain
dalam kelas yang menunjukkan kebolehan seperti murid contoh. Ini akan menggalakkan murid-
murid lain untuk berubah kepada tingkah laku yang lebih baik. Seperti murid-murid lain, murid
pintar cerdas juga memerlukan tiga perkara iaitu kasih sayang, pencapaian dan aspirasi.
Kerjasama antara guru dan ibu bapa diperlukan untuk membantu menyelesaikan masalah
pintar cerdas di sekolah. Ini termasuk bimbingan dan kaunseling.

TINDAKAN SUSULAN
Sebagai seorang guru yang satu-satunya mengajar dalam kelas tabika, adalah wajar bagi saya
memberi kata-kata motivasi berbentuk nasihat dan teguran di samping membantu murid E
mengenal dan menerima kebolehan dan kekurangan dirinya serta menyedari bahawa kelebihan
yang ada pada dirinya mungkin tidak pada semua aktiviti atau perkara. Saya juga memberi
kesedaran kepada murid E agar menghormati kebolehan orang lain dan menerima kekurangan
orang lain tanpa memandang rendah terhadap kebolehan murid-murid yang sebaya dengannya
yang mungkin memiliki kekurangan berbanding kebolehan yang ada pada dirinya.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya saya dapat merumuskan bahawa guru perlu peka terhadap
permasalahan murid dalam kelas seperti kes murid pintar cerdas. Sekiranya guru mendapati
ada dalam kalangan murid yang bermasalah, guru perlu mengambil tindakan denganmengenal
pasti punca permasalahan itu agar perkara ini tidak berpanjangan demi memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, tingkah laku
bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak membantut atau
menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Murid Sukar Dikawal
Oleh
EGNES MANTOK
TBK KEMAS Kg. Pelantong Beluran, Sandakan
HJ. MOHD ROZAIMI BIN ABD RAZAK
Unit Ko-Kurikulum
ISU
Saya telah ditugaskan di sebuah TABIKA KEMAS Kg Pelantong daerah Beluran dan Tabika ini
terletak 2KM dari pekan. Saya mengajar kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dan
mempunyai 25 pelajar. Kanak-kanak Tabika saya kebanyakannya aktif dan ceria. Pada minggu
kelapan Praktikum fasa II yang saya jalani, saya mendapati ada seorang murid lelaki yang
sukar dikawal dalam kelas tidak kira dalam aktiviti luar ataupun aktiviti kelas. Tingkah laku
bermasalah yang sering dilakukan murid ini ialah tingkah laku Distruktif iaitu Tingkah laku
distruktif sering berlaku di kalangan murid seusia dia. Sikap agresif murid ini sering
ditunjukkandalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui perbuatan fizikal seperti
tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Sikap dan
tingkahlaku murid ini menyebabkan dia tidak disukai oleh murid yang lain dan menyebabkan
aktiviti yang dijalankan pada hari itu tidak dapat berjalan dengan baik. Saya memandang murid
ini sebagai murid yang bermasalah dan memerlukan perhatian serta bimbingan. Tingkahlaku
adalah apa sahaja yang dilakukan dan diucapkan oleh seseorang, dan boleh dilihat oleh orang
lain (Mukherji, 2001). Ia merupakan respon atau tindak balas individu terhadap apa yang
berlaku sama ada dalam dirinya sendiri atau persekitaran. Sama ada seseorang murid itu
mempunyai masalah bertingkahlaku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak
baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru
haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi dan tindakan yang
sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal ini sangat penting demi menjamin dan
mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan
pembelajaran.

Menurut Fields dan Boesser (1994) telah menghuraikan beberapa keperluan kanak-kanak yang
akan menyebabkan mereka menunjukkan tingkahlaku bermasalah sekiranya tidak dipenuhi.
Antaranya ialah ;
1. Privasi - Kadangkala kanak-kanak inginkan ruang atau kebebasan untuk menyendiri.
Contohnya, kanak-kanak ingin bermain atau membaca bersendirian.
2. Kuasa - Kanak-kanak juga inginkan kuasa untuk menentukan dirinya sendiri. Mereka juga
inginkan kebebasan. Contohnya, kanak-kanak ingin memilih sendiri pakaian yang ingin dipakai
semasa bermain.
3. Memiliki barang peribadi - Kanak-kanak ingin memiliki sesuatu benda. Mereka tidak mahu
berkongsi barang yang dianggap milik peribadi seperti kasut dan permainan.
4. Perhatian - Kanak-kanak inginkan perhatian. Selalunya, mereka akan menangis supaya
dapat memberitahu orang lain tentang keperluan mereka itu.
5. Kejayaan dan cabaran - Kanak-kanak ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka meneroka
dunia dan persekitaran disebabkan perasaan ingin tahu. Kanak-kanak akan mencuba sesuatu
tingkahlaku untuk melihat kesan daripada tingkahlaku tersebut.
6. Keselamatan - Keperluan keselamatan yang ingin diperlukan oleh kanak-kanak bukan sahaja
dari segi fizikal tetapi juga emosional. Melalui interaksi, kanak-kanak belajar untuk menghargai
dan menerima dirinya sendiri dan orang lain.
7. Kasih sayang dan penerimaan - Kanak-kanak ingin disayangi dan diterima seadanya oleh
orang lain. Apabila kanak-kanak merasakan diri mereka terbiar, mereka akan merasa rendah
diri dan kendiri negatif akan terbentuk.

ANALISIS ISU
Pakar psikologi terkemuka, Albert Bandura pernah mengemukakan teori pembelajaran sosial,
iaitu tabiat dan tingkahlaku kita adalah kita tiru dan kita pelajari daripada interaksi kita dengan
masyarakat. Apabila kita menganggap sikap atau tabiat kita tidak disukai, malah kita mungkin
dihukum oleh orang di sekeliling kita, maka kita akan memilih sama ada mahu meneruskan atau
mengubah sikap dan tabiat kita itu. Kita meneruskan atau mengubah sikap dan tabiat kita
kerana adanya faktor pengukuh yang mempengaruhi perilaku kita. Menurut teori Bandura, ada
dua jenis
faktor pengukuh. Yang pertama ialah faktor di luar diri kita, iaitu perkara yang kita alami secara
langsung akibat perilaku kita, sebagai contoh ialah pujian atau kutukan yang kita terima selepas
kita melakukan sesuatu. Faktor pengukuh yang kedua ialah faktor yang datang daripada sistem
yang ada dalam diri kita sendiri. Sistem seperti konsep-diri dan estim-diri ada dalam jiwa tiap-
tiap manusia. Sistem itu mempengaruhi sikap, tabiat dan perilaku kita. Sikap yang ditunjukkan
murid berkenaan seperti merosakkan benda dalam kelas, lari dari sekolah, tumbuk rakan
sekelas dan menggangu kawan menyebabkan saya perlu menyiasat masalah yang dihadapi
oleh murid tersebut. Antara soalan-soalan yang bermain di minda saya ialah :
- Mengapakah murid ini bersikap demikian?
- Apakah latar belakang murid ini?
- Apakah yang perlu saya lakukan untuk membantu murid ini?
- Mungkinkah kerana faktor persekitaran?

Daripada tinjauan yang telah saya lakukan melalui pemerhatian dan temubual dengan ibubapa
serta rakan yang tinggal berdekatan dengan rumah murid berkenaan, saya dapat merumuskan
bahawa terdapat beberapa faktor penyebab kepada permasalahan ini berlaku iaitu :
- Faktor genetik : meniru sikap ayahnya dan ibunya yang panas baran, menyebabkan dia sering
bergaduh di dalam kelas.
- Cepat tersinggung
- Memerlukan perhatian guru.

Hasil daripada pemerhatian yang saya lakukan, murid ini bermasalah adalah berpunca daripada
ibubapa murid tersebut yang sangat tegas dalam mengajar anak-anak. Ibu bapa murid tersebut
sering bertindak kasar seperti memukul, mencubit, diteriak dan merotan sekiranya anak mereka
melakukan kesalahan yang kecil ataupun masalah besar.
154
CADANGAN
Bagi mengubah sikap murid ini daripada tingkah laku negative kepada tingkah laku positif, saya
telah membuat beberapa cadangan yang boleh membantunya ke arah yang lebih baik seperti
rakanrakan yang lain. Antara cadangan tersebut adalah sepertiberikut :
 Meminta rakan sekelasnya untuk tidak menyisihkan murid ini semasa aktiviti yang dijalankan.
 Memberikan perhatian sepenuhnya kepada murid ini tanpa mengabaikan murid yang lain.
 Memberikan peneguhan terhadap dirinya khususnya dari segi sahsiah dan rohani.
 Berbincang dengan ibu bapa murid tentang tingkahlaku pelajar dalam kelas.
 Memberikan bimbingan dan nasihat secara lembut tanpa bertindak kasar atau tindakan yang
boleh menyinggung pelajar tersebut.

TINDAKAN SUSULAN
Menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang guru untuk mendidik, membimbing dan
membentuk anak-anak kecil ini menjadi seorang yang berdisiplin agar menjadi harapan dan
kebangaan pada masa akan datang. Bagi murid ini, saya akan sentiasa memberi bimbingan
dan perhatian agar dia merasa dihargai. Setiap pagi dan sebelum pulang saya akan
memberikan kata-kata nasihat kepadanya dan sentiasa mengingatinya bahawa sikap yang tidak
baik akan
menyebabkan dia tidak disukai manakala sikap yang baik akan sentiasa disenangi oleh teman-
teman yang lain. Selain itu,saya menggunakan teknik Reverse Psycology. Teknik modifikasi
tingkah laku ini ialah menggunakan psikologi untuk modifikasi tingkah laku negatif kepada yang
positif. Teknik ini memerlukan kemahiran gurumemahami psikologi murid yang berkenaan, serta
mengenal pasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya. Tujuan menggunakan Reverse
Psikology ini ialah menginsafkan murid itu agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap
positif demi membentuk tingkah laku yang diingini.
155
KESIMPULAN
Setelah membuat pemerhatian terhadap masalah murid ini, secara huraian yang telah
dijelaskan berkenaan tingkahlaku bermasalah negatif murid ini, saya mendapati murid
yangmengalami simptom ini pada kebiasaanya memerlukan perhatian yang lebih daripada guru
kerana murid ini kurang mendapat perhatian daripada ibubapa murid itu sendiri. Dengan
adanya modifikasi tingkah laku membantu murid mengubah tingkah laku negatif dan seterusnya
melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak kira sama ada dalam kelas mahupun luar
kelas. Oleh itu, melalui kajian yang telah saya jalankan, guru haruslah mempertingkatkan
prestasi pengajaran dari masa ke semasa. Guru juga harus mendorong, membimbing dan
menyokong murid bagi memperkembangkan potensi yang ada dalam diri murid.
Murid Suka Makan Makanan Ringan di Dalam Kelas
Oleh
NORHADIZAH BINTI SUKUR
TABIKA KEMAS Pekan Beluran A, Sandakan
HJ. MOHD ROZAIMI BIN ABD.RAZAK
Unit Ko Kurikulum
ISU
Hari ini 6hb Ogos 2012 bersamaan hari Selasa, masalah yang saya hadapi pada minggu ini
ialah murid yang suka membawa dan suka makan makanan ringan semasa sesi pembelajaran
dilaksanakan. Saya sebenarnya sangat tidak suka jika murid makan semasa sesi pembelajaran
dilaksana. Masalah ini sering kali mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran saya
kerana apabila saya sedang mengajar murid ini mula mengeluarkan keropok atau gula-gula dari
dalam beg dan memakannya. Apa yang tidak menyeronokkan ialah murid ini berjalan dari meja
ke meja macam penjaja makanan ringan pula dan membahagi-bahagikan makanan ringan
tersebut kepada rakan-rakannya. Kelakuan mereka ini mengganggu sebab murid ini asyik
memakan makan yang diberi oleh rakan mereka tadi . Oleh kerana makanan yang dibawa
sedikit murid ini berebut-rebut makanan dan tiba-tiba saja ada murid menangis kerana tidak
diberi makanan ringan. Murid ini berkata “cikgu mereka tidak memberi saya keropok” keadaan
Ini akan mengganggu murid lain yang mahu belajar pada hari itu.

ANALISIS ISU
Masalah ini timbul mungkin disebabkan murid ini sudah dibiasakan makan makanan ringan di
rumah oleh ibu bapa mereka. Murid tidak didedah lebih awal tentang peraturan sekolah iaitu
tidak boleh makan makanan ringan semasa sesi pembelajaran dijalankan. Menurut Duke (1980)
menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-
murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak diri mereka sendiri
tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai “ the potential
influence of student’s free will “.
157
CADANGAN
Langkah-langkah yang saya perlu ambil adalah seperti beriku:
a) Saya akan memberi nasihat dan teguran kenapa mereka sukamembawa makanan ringan ke
sekolah
b) Saya akan berjumpa dengan ibubapa murid ini
c) Saya akan mengambil makanan murid ini
d) Saya akan memberitahu mereka tentang peraturan sekolahsekali lagi
e) Saya memberitahu mereka tentang makanan ringan tidakmempunyai khasiat

TINDAKAN SUSULAN
ada pendapat saya, adalah tidak normal jika kanak-kanak di Prasekolah tidak menimbulkan
masalah dalam lima hari persekolahan. Menurut pengalaman saya, setiap minggu ada saja
masalah yang akan ditimbulkan oleh kanak-kanak sama ada besar atau kecil.

KESIMPULAN
Nilai tambah yang saya bahawa kepada model ini adalah peneguhan dan hukuman untuk
menguat kuasa peraturan dalam bilik darjah. Saya percaya bahawa kebisingan kelas adalah
satu isu pengurusan kelas dan bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi faktor-faktor lain juga
penting dalam memantapkan tugas sebagai guru. Sebagai analogi, guru adalah sebagai tukang
masak di mana masakan sedap bukan sahaja bergantung kepada bahan-bahan masakan tetapi
kawalaan ke atas api, peralatan di dapur, suasana di dapur dan lain-lain,semua ini saling
bergantung. Menurut Sharifah Md Nor (2000) telah menterjemahkan katakata Gracey (1972).
Gracey telah membahagikan guru kepada dua kategori iaitu guru produksi (production) dan
guru kraf (craftman).
” Guru jenis produksilah yang lumrah terdapat di sekolah kita kini. Guru produksi boleh dikenali
sebagai pekerja utama yang melahirkan produk ( pelajar ) yang perlu menguasai mata
pelajaran yang ditentukan, dengan meluahkan Kembali fakta-fakta yang telah ditetapkan,
pelajar tidak perlu bekerja mereka hanya menerima secara pasif apa yang diajar. ”

Anda mungkin juga menyukai