Anda di halaman 1dari 12

Pendahuluan

Skrip Suara Latar Dokumentari Perhimpunan Raksasa PBTM

1

SUARA LATAR:

Kemerdekaan Negara Malaysia yang telah dikecapi lebih dari 50 tahun telah menyaksikan perkembangan pesat dari segi sosio ekonomi, politik dan sosial rakyat Malaysia. Nikmat kemerdekaan ini telah membuka peluang yang amat luas kepada rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum, untuk meningkatkan taraf hidup baik dari segi pendidikan, kewangan dan kehidupan.

SUARA LATAR:

Namun demikian, realiti kejayaan pada hari ini mungkin hanya menjadi fantasi sekiranya pihak kerajaan Malaysia tidak mampu mengemudi bahtera Negara demi memastikan keamanan dan kemakmuran di Malaysia berterusan. Peranan kerajaan Malaysia pasca merdeka yang bijak menyatukan rakyatnya disamping menyusun agenda pembangunan Negara, telah memastikan rakyat dapat hidup dalam suasana yang harmoni.

SUARA LATAR:

Disamping itu juga, peranan anggota keselamatan Negara yang telah berkorban dan terkorban tidak harus dipandang sepi. Bekas-bekas tentera yang telah berjuang bermati-matian demi menjaga kedaulatan Negara merupakan aset yang tidak ternilai dalam sistem pertahanan Malaysia. Pejuang-pejuang inilah yang menjadi benteng pertahanan Negara dari diganggu gugat oleh anasir-anasir jahat dari dalam dan luar Negara. Pengorbanan merekalah yang menjadi asas kepada kestabilan politik dan keamanan di Malaysia.

Suara Latar (Voice-Over) oleh :

TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR

http://twitter.com/tuanasmawi2u

1

Pengenalan PBTM

Skrip Suara Latar Dokumentari Perhimpunan Raksasa PBTM

2

SUARA LATAR:

Persatuan Bekas Tentera Malaysia ataupun PBTM merupakan sebuah persatuan NGO yang tertua di Malaysia. Persatuan yang dinaungi oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ini, mula ditubuhkan pada 20 Mei 1922. Pada awal penubuhannya, persatuan ini dikenali dengan nama ‘Ex-Services Association of Malaya ataupun dengan singkatannya ‘ESAM’. Pada 22 Mei 1922, persatuan ini telah diterima menjadi ahli gabungan ‘British Empire Services League’.

SUARA LATAR:

Pada tahun 1966, persatuan ini telah didaftarkan dibawah Akta Penubuhan dengan nama Persatuan Bekas Perajurit Malaya, ataupun dengan singkatannya PBPM. Nama persatuan ini sekali lagi ditukar pada 28 Julai 1998 dan dikenali dengan nama Persatuan Bekas Tentera Malaysia ataupun PBTM. Penggunaan nama tersebut kekal sehingga ke hari ini.

SUARA LATAR:

Dengan mempunyai 227 cawangan yang bergerak aktif diseluruh Negara, kewujudan PBTM terus relevan dalam menongkah arus kemajuan Negara.

SUARA LATAR:

PBTM ditubuhkan atas dasar ingin membantu pesara tentera tidak kira dalam apa jua permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Dengan kata lain, kewujudan PBTM bertujuan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan bekas-bekas tentera.

SUARA LATAR:

Selain itu, kewujudannya telah menetapkan beberapa fungsi:- Pertama;

Suara Latar (Voice-Over) oleh :

TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR

http://twitter.com/tuanasmawi2u

2

Skrip Suara Latar Dokumentari Perhimpunan Raksasa PBTM

3

Menyokong dan menjunjung tinggi prinsip-prinsip RUKUN NEGARA. Kedua; Menghargai dan memelihara semangat muhibbah di antara Bekas tentera yang pernah berkhidmat semasa peperangan serta menjaga darjat dan saling menghormati antara bekas tentera. Ketiga; Mengekalkan ingatan dan kenangan terhadap mereka yang berkorban demi kepentingan Negara, mengadakan Hari Ingatan Tahunan Khas untuk bekas-bekas tentera keseluruhannya dengan upacara-upacara lain selaras dengan keperluan semasa. Keempat; Memberi pertolongan dan bantuan kepada ahli-ahli termasuk keluarga tanggungan mereka apabila sakit atau tercedera yang memerlukan, termasuklah kemudahan perubatan, perumahan, pelajaran dan pekerjaan. Kelima; Berusaha mendapatkan pengiktirafan supaya segala dasar yang digubal oleh Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada bekas- bekas tentera untuk mendapatkan pekerjaan, perumahan, penempatan tanah dan lain-lain. Keenam; Memberi kesedaran kepada orang awam bahawa membantu bekas- bekas tentera yang cacat, cedera serta tanggungan mereka adalah juga kewajipan bersama. Dan ketujuh; Bertindak sebagai satu badan yang diiktiraf untuk memberi pendapat dan buah fikiran yang mewakili ahli-ahli bekas tentera serta tanggungan mereka dalam segala aspek yang berkaitan secara langsung atau tidak, mutlak atau bersyarat demi mencapai tujuan dan maksud persatuan.

Suara Latar (Voice-Over) oleh :

TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR

http://twitter.com/tuanasmawi2u

3

Skrip Suara Latar Dokumentari Perhimpunan Raksasa PBTM

4

SUARA LATAR:

Wisma Pahlawan yang terletak di jalan Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, adalah pengkalan utama yang dijadikan ibu pejabat PBTM. Pada 24 Mei 1970,bertempat di Tugu Negara, Keprihatinan pihak Kerajaan Malaysia terbukti, apabila Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdul Razak telah melancarkan kutipan derma untuk tabung pembinaan bangunan tersebut. Dalam ucapannya, beliau mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan membantu sebanyak RM2.00 dari setiap RM1.00 derma yang diperolehi daripada orang ramai. Bangunan setinggi 13 tingkat ini, yang menelan belanja sebanyak RM2.5 juta telah dibuka dengan rasminya pada 8 September 1974 oleh DYMM Yang DiPertuan Agong. Dengan adanya bangunan sendiri, PBTM mula menjana pendapatannya dengan menyewakan ruang pejabat di bangunan tersebut.

SUARA LATAR:

PBTM ditadbir oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi ataupun JKKT yang bertanggungjawab ke atas perlembagaan, dasar perlembagaan dan ketetapan yang diambil dalam Persidangan Perwakilan Tahunan Negara. Ahli JKKT dianggotai oleh:- Presiden Timbalan Presiden 3 Naib Presiden 5 Ahli yang dilantik oleh Presiden 3 Ahli kerana jawatan 14 Ketua-ketua Bahagian Negeri Ketua Srikandi Ketua Belia Wira Setiausaha Agung dan; Bendahari kehormat

Temuramah Presiden PBTM (soalan 2 & 3)

Suara Latar (Voice-Over) oleh :

TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR

http://twitter.com/tuanasmawi2u

4

Pengenalan Perhimpunan

Skrip Suara Latar Dokumentari Perhimpunan Raksasa PBTM

5

SUARA LATAR:

Pada tahun 1993, bertempat di Stadium Negara, telah berlangsungnya satu perhimpunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia yang pertama. Acara ini telah diserikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Perhimpunan ini telah berjaya mengumpulkan sebilangan besar pesara-pesara tentera dari seluruh Malaysia.

SUARA LATAR:

Setelah 17 tahun, maka pada tarikh keramat 10 Oktober 2010 telah berlangsung pula Perhimpunan Raksasa PBTM buat kali kedua dengan tema ‘Menyatu, Mengukuh dan Memperkasa Perjuangan Bekas Tentera 1Malaysia’. Stadium Putra Bukit Jalil telah menjadi saksi kepada kejayaan projek mega ini. Perhimpunan tersebut dapat direalisasikan hasil gabungan idea dan kerja keras Presiden PBTM iaitu Ybhg. Dato’ Muhammad bin Haji Abdul Ghani bersama barisan jawatankuasanya.

Temuramah Presiden PBTM (soalan 4 & 5)

SUARA LATAR:

Perhimpunan Raksasa PBTM diadakan bagi memperkasakan bekas tentera Negara. Perhimpunan ini juga bertujuan untuk menunjukkan tanda terima kasih seluruh warga PBTM kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang banyak membantu Bekas Angkatan Tentera Malaysia bermula sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan selama 14 tahun dan sehingga kini. Sekalung perhargaan juga amat wajar diberikan kepada YABhg. Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, kerana dibawah naungannya, Kempen Rayuan Hari Pahlawan telah berjaya mendapat kutipan derma yang tertinggi dalam sejarah.

Suara Latar (Voice-Over) oleh :

TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR

http://twitter.com/tuanasmawi2u

5

Skrip Suara Latar Dokumentari Perhimpunan Raksasa PBTM

6

SUARA LATAR:

Selain itu, ianya bertujuan untuk memperlihatkan semula kepada masyarakat tentang perjuangan bekas-bekas tentera yang telah mempertahankan Negara dari terus dijajah, terutama dari komunis satu ketika dahulu.

SUARA LATAR:

Bagi bekas-bekas tentera, perhimpunan ini amat besar ertinya. Merasa dihargai sudah cukup untuk membuatkan mereka yakin bahawa pengorbanan mereka sebelum ini tidak pernah dilupakan. Bagi bekas tentera yang cacat anggota disebabkan terkena jerangkap samar dan menjadi mangsa pertempuran dengan pengganas Komunis satu ketika dahulu, perhimpunan ini membuktikan bahawa pihak Kerajaan Malaysia amat mengambil berat kebajikan mereka dan keluarga.

SUARA LATAR:

Untuk memastikan Perhimpunan Raksasa ini berjaya sepenuhnya, beberapa mesyuarat di peringkat JKKT dan Mesyuarat Penyelarasan Perhimpunan Raksasa PBTM, telah dijalankan bagi memantau proses kerja setiap bahagian dan unit. Satu Sidang Media juga telah diadakan bagi membuat hebahan berkenaan perhimpunan ini kepada bekas-bekas tentera seluruh Negara secara khususnya, dan kepada rakyat Malaysia secara amnya.

SUARA LATAR:

Sehari sebelum tarikh keramat tersebut, bahang kemeriahan suasana semakin terasa bermula dengan ketibaan ahli PBTM dari Sabah dan Sarawak. Pada hari itu juga, di Stadium Putra Bukit Jalil, persiapan akhir rancak dijalankan. Semua ahli jawatankuasa yang terlibat bertungkus lumus memastikan segala perancangan akhir berjalan lancar.

Suara Latar (Voice-Over) oleh :

TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR

http://twitter.com/tuanasmawi2u

6

Hari Perhimpunan

Skrip Suara Latar Dokumentari Perhimpunan Raksasa PBTM

SUARA LATAR:

7

Pada pagi 10 Oktober 2010, deretan bas yang membawa ahli PBTM dari seluruh Negara telah mula memasuki ruang parkir di Stadium Bukit Jalil. Sebanyak 423 buah bas yang disediakan oleh pihak penganjur ternyata tidak mencukupi untuk menampung keghairahan bekas-bekas tentera yang bersemangat tinggi untuk sama-sama menghadiri Perhimpunan Raksasa ini. Justeru itu, ramai bekas-bekas tentera yang memandu kenderaan sendiri semata-mata untuk tidak melepaskan peluang menyertai perhimpunan yang bakal mencipta sejarah tersendiri. Jumlah kehadiran sememangnya amat mengejutkan apabila seramai 18288 telah menghadirkan diri berbanding sasaran awal hanya sekitar 15000 orang. Ini telah membuktikan bahawa semangat juang bekas-bekas tentera ini masih tebal dan utuh.

SUARA LATAR:

Apabila tiba di perkarangan Stadium Bukit Jalil, urusan pendaftaran dilakukan di meja urusetia mengikut negeri masing- masing. Berkumpul di meja pendaftaran, telah mengembalikan nostalgia bekas-bekas tentera ini terhadap pengalaman ketika mula-mula melaporkan diri sebagai Angkatan Tentera Malaysia satu ketika dahulu.

SUARA LATAR:

Sementara menunggu majlis bermula, ahli-ahli PBTM berpeluang untuk melawat gerai-gerai yang disediakan. Deretan gerai yang menjual beraneka barangan termasuk makanan dan minuman memberikan pengunjung lebih pilihan untuk berbelanja. Sama ada sedar atau tidak, penganjuran Perhimpunan Raksasa PBTM ini telah membuka peluang kepada peniaga dan penggerai kecil untuk menjana pendapatan seharian.

Suara Latar (Voice-Over) oleh :

TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR

http://twitter.com/tuanasmawi2u

7

Skrip Suara Latar Dokumentari Perhimpunan Raksasa PBTM

8

SUARA LATAR:

Perhimpunan Raksasa ini sesungguhnya memberikan momen yang manis apabila sebahagian daripada ahli-ahli PBTM dapat bertemu semula dengan rakan lama yang terpisah berpuluh tahun semenjak menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia. Dengan kata lain, perhimpunan ini juga telah menjalinkan semula hubungan sesama ahli yang terpisah sejak sekian lama.

SUARA LATAR:

Jumlah kehadiran yang terlalu ramai telah menyebabkan Stadium Putra Bukit Jalil penuh sesak. Namun demikian, suasana ini tidak sedikit pun melunturkan semangat ahli-ahli PBTM untuk bertemu dan mendengar amanat dari pemimpin nombor 1 Negara.

Temuramah Presiden PBTM (soalan 13)

SUARA LATAR:

Ketibaan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah disambut dengan meriah sekali. Tetamu kehormat lain yang turut hadir dalam perhimpunan ini adalah:

Y.B Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia. Y.B Senator Mejar Jeneral Dato’ Zaman Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Y.B Dato’ Dr. Abdul Latif Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan. Ybhg. Jeneral Tan Seri Dato’ Seri Azizan Ariffin, Panglima Tentera, Angkatan Tentera Malaysia.

SUARA LATAR:

Perhimpunan Raksasa PBTM dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perajurit Tanahair. Stadium Putra Bukit Jalil

Suara Latar (Voice-Over) oleh :

TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR

http://twitter.com/tuanasmawi2u

8

Skrip Suara Latar Dokumentari Perhimpunan Raksasa PBTM

9

bergema dengan nyanyian dari bekas-bekas tentera yang begitu bersemangat dan patriotik. SUARA LATAR:

Acara diteruskan dengan bacaan doa bagi memohon keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT. Bacaan doa yang di’amin’kan oleh seluruh jemputan yag hadir juga menandakan rasa syukur yang tidak terhingga diatas nikmat kemerdekaan tanahair yang telah dikecapi, anugerah dari yang Maha Esa.

SUARA LATAR:

Lafaz ikrar taat setia kepada Negara yang disambut oleh semua bekas-bekas Tentera Malaysia yang hadir telah menyemarakkan lagi semangat cintakan tanahair. Telah terang lagi bersuluh, hanya bekas-bekas tentera sahaja yang mengerti perit jerih bagaimana sukarnya untuk mempertahankan kemerdekaan di medan pertempuran.

SUARA LATAR:

Seterusnya, Perdana Menteri telah dibawa untuk bertemu dengan ketua Perbarisan yang mewakili negeri masing-masing. Dalam pertemuan singkat itu, Perdana Menteri sempat beramah mesra dan bertanya khabar kepada mereka.

SUARA LATAR:

Antara detik yang menyayat hati apabila Perdana Menteri dibawa bertemu dengan bekas tentera yang menjadi mangsa pengganas komunis. Ada diantara mereka yang kudung kaki, kudung tangan dan buta mata ketika pertempuran akibat terkena jerangkap samar dan peluru musuh,ketika menjejak dan menentang pengganas komunis. Bumi perbatasan seperti Gubir, Gua Musang, Tanjung, Tualang, Baling, Sungai Ruan, Kalabakan, dan ratusan lagi bumi di Negara ini telah menjadi saksi kepada perjuangan dan pertumpahan darah perwira Angkatan Tentera Malaysia ketika mempertahankan tanahair yang tercinta.

Suara Latar (Voice-Over) oleh :

TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR

http://twitter.com/tuanasmawi2u

9

Skrip Suara Latar Dokumentari Perhimpunan Raksasa PBTM

10

Bagi mengenang pengorbanan mangsa pengganas komunis ini, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah menyampaikan derma bagi meringankan beban mereka yang hilang upaya akibat dari peristiwa berdarah tersebut.

SUARA LATAR:

Alunan deklamasi puisi dari Nuri Angkasa yang mendeklamasikan hasil nukilannya sendiri telah mengubah suasana perhimpunan tersebut. Imbauan sejarah berdarah yang pernah menjadi detik hitam dalam sejarah Negara, serta merta menjentik emosi semua tetamu. Sedih, hiba, marah, simpati, bangga, semangat berkobar-kobar bercampur baur ketika alunan puisi tersebut berkumandang. Dengan judul ‘Sebutir Bintang Dari Perbatasan’, beliau menyeru agar rakyat Malaysia tidak melupakan pengorbanan bekas-bekas tentera yang telah terkorban demi memastikan nikmat kemerdekaan dapat terus dikecapi oleh rakyat pada hari ini. Menerusi puisinya juga, beliau turut mengajak bekas-bekas Tentera Malaysia agar terus berjuang dan berbakti bagi mempertahankan kedaulatan Negara. Meskipun telah dimamah usia, perjuangan masih belum selesai. Perjuangan seharusnya diteruskan dengan menyatakan sokongan penuh dan berdiri teguh dibelakang pemimpin Negara dengan Gagasan 1Malaysia.

SUARA LATAR:

Ucapan aluan penuh semangat dari Presiden PBTM, Ybhg. Dato’ Hj. Muhammad Hj. Abd. Ghani terus terusan mendapat tepukan gemuruh dari para tetamu. Jaminan sokongan penuh ahli-ahli PBTM terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri mendapat sorakan padu dari ahli-ahli PBTM tanda sepakat. Disamping itu, Presiden PBTM juga mengharapkan agar pihak kerajaan terus memberi perhatian kepada kebajikan ahli-ahli PBTM.

Temuramah Presiden PBTM (soalan 11 & 12)

Suara Latar (Voice-Over) oleh :

TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR

http://twitter.com/tuanasmawi2u

10

Skrip Suara Latar Dokumentari Perhimpunan Raksasa PBTM

11

SUARA LATAR:

Perhimpunan ini diserikan lagi dengan ucapan dari Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak. Menerusi ucapannya, ternyata kerajaan Malaysia amat perihatin terhadap nasib ahli-ahli PBTM terutama bagi mereka yang menjadi mangsa pengganas komunis. Bukan dengan hanya kata- kata, pemimpin nombor 1 Negara ini telah mengumumkan dua perkara penting demi menjaga kebajikan ahli-ahli PBTM:

Pertama; khairat kematian akan dinaikkan dari RM500 kepada

RM3000.

Kedua; elaun ‘ex-gracia’ akan diselesaikan secepat mungkin.

Temuramah Presiden PBTM (soalan 9 & 10)

SUARA LATAR:

Perhimpunan Raksasa PBTM ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai tanda kenang-kenangan.

Temuramah Presiden PBTM (soalan 14)

Penutup/kesimpulan

SUARA LATAR:

Keperihatinan pihak kerajaan dalam menjaga kebajikan Bekas- bekas Tentera Malaysia tidak perlu disangkal lagi. Hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama antara PBTM dan kerajaan Malaysia telah membuktikan bahawa bekas-bekas tentera tidak pernah dipinggirkan.

SUARA LATAR:

Suara Latar (Voice-Over) oleh :

TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR

http://twitter.com/tuanasmawi2u

11

Skrip Suara Latar Dokumentari Perhimpunan Raksasa PBTM

12

Oleh itu, kepada bekas-bekas tentera seluruh Negara, bersara tidak bererti berakhirnya sebuah perjuangan. Berjuang bersama kerajaan sedia ada demi mempertahan sebuah kemerdekaan dan keamanan juga amat besar ertinya kepada Negara. Memilih pemimpin bukanlah medan juang untuk mencuba-cuba. Hanya kerajaan yang telah berpengalaman memerintah negara selama berpuluh tahun inilah yang mempunyai resepi sempurna memastikan kemerdekaan dan keamanan terus berada dalam genggaman. Usah mudah percayakan retorik sekadar menyedapkan telinga. Sebaliknya lihatlah kenyataan yang terbentang didepan mata. Kesilapan memilih pemimpin bererti meletakkan sebuah kemerdekaan dan keamanan sebagai cagaran.

Temuramah Presiden PBTM (soalan 6,7,8 & 15)

SUARA LATAR:

Kepada seluruh rakyat 1Malaysia. Perjuangan angkatan tentera dan bekas anggota tentera bukan ingin mendapatkan balasan, tetapi setidak-tidaknya biarlah perjuangan mereka dikenang untuk selamanya.

Suara Latar (Voice-Over) oleh :

TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR

http://twitter.com/tuanasmawi2u

12