Anda di halaman 1dari 2

SOP PENGURUSAN DALAM KEBIASAAN BAHARU DAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

SJK(C ) BUKIT SERDANG


(Mulai 15-7-2020)

1. Murid ,guru dan warga sekolah sentiasa mematuhi penjarakan sosial pada
setiap masa dengan pengawasan guru.
2. Pematuhan SOP oleh murid sepanjang PKPP termasuk peraturan
sekolah,tempat larangan di dalam kawasan sekolah & garis panduan yang perlu
diikuti dalam kebiasaan baharu.
3. Pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi bagi setiap bilik PdP,bilik guru
dan pejabat.
4. Murid berada di dalam bilik PdP di bawah seliaan guru darjah sebelum waktu
pertama dan pada waktu rehat.
5. Bilik muzik akan disediakan sebagai bilik isolasi.
6. Hanya murid yang bergejala iaitu suhu badan melebihi 37.5˚ C diasingkan di
bilik isolasi dan dibekalkan pelitup muka sementara menunggu ibu
bapa/penjaga membawa mereka pulang.Murid yang ada gejala batuk atau
selsema dan sudah sedia ada sebelumnya tidak boleh diletakkan di dalam bilik
ini.
7. Murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah seperti
asma/alahan dipastikan sentiasa memakai pelitup muka.
8. Murid perlu mengikut pelan laluan pergerakan terarah atau sehala yang baharu
selepas masuk ke kawasan sekolah,ke bilik darjah dan ke tempat menunggu
pada waktu pulang.
9. Laluan murid bergerak ke bilik darjah selepas datang ke sekolah dan bergerak
keluar dari bilik darjah pada waktu terakhir mengikut laluan seperti biasa
sebelum PKB bulan Mac.
10 Amalan kebersihan tangan dipraktikkan dengan menggunakan sabun atau
. pensanitasi tangan oleh semua warga sekolah.
11 Guru bertugas perlu memeriksa suhu badan murid dengan menggunakan alat
. pengimbas suhu badan di pintu A dan pintu B pada waktu murid tiba di
sekolah.Suhu badan murid perlu dicatat pada senarai nama murid sekiranya
melebihi 37.5˚ C .Nama murid yang bergejala dan diminta pulang perlu
dimaklumkan kepada guru darjah berkenaan supaya dapat mengisi alasan
ketidakhadiran dengan tepat.
12 Guru bertugas perlu mengawal pergerakan murid di pintu A dan Pintu B
. semasa murid tiba dan pulang.

13 Guru bertugas yang mengawal pintu A dan pintu B selepas tamat sesi
. persekolahan perlu membuat persediaan 15 minit lebih awal untuk membawa
murid menunggu di Foyer kecil jika ada kelas pada waktu terakhir.Guru waktu
terakhir yang lain mesti membuat persediaan 10 minit lebih awal untuk
membawa murid keluar dari bilik darjah.Semua guru waktu terakhir perlu
memastikan murid-murid mengamalkan penjarakan sosial semasa beratur
untuk bergerak ke tempat menunggu.
14 Guru bertugas perlu mengawal pergerakan murid di setiap tingkat blok pada
. waktu rehat.
15 Langkah kebersihan dan keselamatan perlu dihebahkan melalui siar raya pada
. waktu pagi,waktu rehat dan sebelum tamat sesi persekolahan.
16 Taklimat peringatan secara ringkas (pengurusan sahsiah murid) kepada murid
. berkaitan SOP oleh ketua guru disiplin pada hari pembukaan.
17 Perhimpunan mingguan di dewan sekolah akan dibatalkan dan murid- murid
. akan mengadakan perhimpunan di dalam kelas masing-masing melalui siaraya
sekolah.
18 Pengawas dan ketua darjah tidak digalakkan menjalankan tugas.
.
19 Pemeriksaan mengejut (spot check ) tidak digalakkan kecuali ada kes disiplin
. yang telah sah dan ada saksi. Murid yang diperiksa perlu mengambil barangan
sendiri dari beg sekolahnya.
20 Tatacara hukuman dan tindakan terhadap salah laku kekemasan diri di
sepanjang PKPP
(tiada tag nama,pakaian tak sempurna,potongan rambut)
Guru perlu berikan teguran walaupun berulangkali ,pastikan psikologi murid
yang lama tidak hadir ke sekolah stabil
21 Salah laku yang direkod Semasa PKPP
. (kes berat –hukuman tindakan adalah sama,tetapi sebaik-baiknya diberikan
teguran dan nasihat)
22 Murid yang datang lewat dan tidak hadir diberi teguran dan nasihat.Guru
. darjah perlu meminta ibu bapa atau penjaga memberi sebab/hitam putih dalam
bentuk surat ,telefon,whatsapp atau telegram mengenai ketidakhadiran murid.
(murid tidak sihat / ibu bapa atau penjaga tidak benarkan/kuarantin)
23 Sistem Kehadiran Murid(APDM) ada penambahan alasan,iaitu:
. 1.Covid19 (Bergejala) = di pintu pagar suhu menunjukkan lebih paras
normal(> 37.5°C)
2.Covid19 (Dengan kebenaran ibu bapa) = ibu bapa tak membenarkan
anak ke sekolah
3.Covid19 (Dikuarantin) = Sah positif.

Guru darjah perlu memastikan alasan ketidakhadiran diisi dengan tepat dengan
menghubungi ibu bapa atau penjaga sekiranya murid tidak hadir.Kehadiran
murid perlu diisi setiap hari persekolahan sebelum jam 10.00pagi .Kehadiran
murid adalah dipantau sepenuhnya oleh pihak KPM pada setiap hari.

Anda mungkin juga menyukai