Anda di halaman 1dari 31

LAPORAN KRONOLOGI

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 4

MISI KEMANUSIAAN PASCA BANJIR

Pada 9
hingga 12
Februari 2015
telah

berlangsungnya satu program Bina Insan Guru (BIG) yang bertemakan misi kemanusiaan
pasca banjir untuk membantu mangsa-mangsa yang ditimpa bencana banjir pada hujung
tahun lepas. Program BIG kali ini adalah lain daripada yang sebelumnya kerana ia berpusat
dan disertai oleh 5 unit dari 3 semester berlainan: Unit PISMP GSTT Sejarah Semester 4,
Unit PISMP TESL Semester 3, Unit PISMP TESL Semester 2, Unit PISMP Pendidikan Seni
Visual (PSV) Semester 2, dan Unit PISMP Pendidikan Jasmani (PJ) Semester 2. Kelima-
lima unit mempunyai 89 para guru pelatih secara keseluruhan dan dibantui oleh beberapa
orang staf akademik dan staf bukan akademik. Program tersebut diadakan di sebuah
sekolah menengah di Kelantan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong, Dabong,
Kuala Krai. Program BIG kali ini telah berlangsung dengan jayanya dan telah merakam
banyak kenangan serta pengalaman yang berharga bagi guru-guru pelatih yang tidak akan
dilupakan.

Program ini bermula pada pukul 8.00


pagi, 9 Februari 2015, di mana kesemua
peserta berkumpul di gelanggang bola
keranjang, bersebelahan dengan bangunan
Unit Kokurikulum untuk diberikan kata-kata
aluan dari Timbalan Pengarah Institut

Gambar 1 Timbalan Pengarah memberi kata alu-aluan


Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali
Ismail (IPGKDRI), Tuan Haji Rasid bin Chik.
Beliau menekankan aspek keselamatan
dan kerjasama serta tanggungjawab kami
semua sebagai para guru pelatih IPGKDRI.
Setelah selesai berucap, selaku pensyarah
penasihat program BIG, Tuan Haji Safri bin
Aziz telah memberi satu taklimat ringkas
berkaitan dengan misi kemanusiaan yang
Gambar 2 Para guru pelatih diberi taklimat oleh Tuan Haji
bakal berlangsung dan perjalanan program Safri
selama 4 hari 3 malam tersebut.

Usai sesi taklimat, Tuan Haji Safri membahagikan tugasan kepada setiap unit untuk
bersama-sama membantu AJK Peralatan yang diketuai oleh Ahmad Aizat bin Ahmad
Hasnullah bagi mengumpul dan memunggah peralatan yang diperlukan ke dalam
kenderaan-kenderaan yang disediakan. Antara peralatan dan barang yang perlu dipunggah
adalah peralatan untuk membersih, memasak dan barang makanan.

Selesai sesi pemunggahan


barangan, para guru pelatih diarahkan
untuk menaiki bas-bas dan van yang telah
disediakan. Pembahagian pengangkutan
telah dilaksanakan oleh AJK
Pengangkutan, iaitu Cassandra Teo Filus
dan Ling Sue Zhen. Mereka telah
membahagikan 5 unit kepada 3: Unit
PISMP GSTT Sejarah menaiki van IPG,
Unit PISMP TESL Semester 3 dan PJ
Semester 2 dalam satu bas, dan Unit PISMP TESL dan PSV Semester 2 dalam satu bas.
Para pensyarah dan staf sokongan pula bergerak ke destinasi dengan menggunakan
kenderaan sendiri. Setelah selesai
pemeriksaan semula peralatan dan
barangan, rombongan mula bergerak dalam
sekitar jam 10.30 pagi. Sebelum tiba ke
destinasi, para rombongan berhenti
seketika di Penarik untuk makan tengah
hari dan berehat. Kemudian, perjalanan
diteruskan menuju ke destinasi. Perjalanan
tersebut memakan masa selama 4 jam.

Sekitar jam 2.30 petang, para rombongan telah tiba di destinasi iaitu di landasan
kereta api di hadapan sekolah tersebut
memandangkan kenderaan-kenderaan
besar tidak dapat melalui jalan ke sekolah
menengah tersebut. Semua peserta
menuruni bas-bas dan van dan berjalan
kaki ke sekolah tersebut. Dalam
perkarangan sekolah tersebut, kami
disambut oleh salah seorang guru dan juga
merupakan penolong kanan pentadbiran di
sekolah tersebut, iaitu Encik Azmi. Kami
berehat seketika di kafeteria sementara
yang berbumbungkan khemah kanvas kerana kafeteria sebenar mereka masih lagi dalam
proses pemulihan semula. Sebaik sahaja kami melangkah masuk pagar depan sekolah
tersebut, kami agak terkejut dengan keadaan sekolah tersebut yang masih berdebu dan
berlumpur.

Sebelum bergerak ke asrama yang disediakan, Encik Azmi memberi taklimat dan
kata-kata aluan kepada kami. Beliau amat bersyukur dengan kehadiran kami untuk
membersih sekolah tersebut. Beliau juga memaklumkan bahawa rombongan kami
merupakan yang kesembilan yang datang untuk misi kemanusiaan ke sekolah tersebut.
Kami semua agak terkejut dengan maklumat tersebut memandangkan kondisi sekolah
tersebut walaupun setelah 8 rombongan lain datang sebelum kami. Selain itu, beliau juga
menasihati kami agar berhati-hati di beberapa kawasan dalam sekolah tersebut kerana ada
bangunan yang masih tidak kukuh dan
menjaga keselamatan kami semasa berada
di situ. Usai taklimat dari PK1 sekolah
tersebut, giliran Encik Roseli bin Awang
pula untuk memberi taklimat ringkas
berkenaan dengan tugas dan
tanggungjawab kami. Kemudian, kami
bergerak ke asrama yang disediakan.

HARI PERTAMA (ISNIN, 9 FEBRUARI 2015)

3.30 PETANG – PEMBERSIHAN ASRAMA DAN PENYEDIAAN PERALATAN

Kesemua guru pelatih menginap di asrama yang sama dan kami merupakan
penginap yang pertama sejak bencana tersebut surut. Jadi, kami bertekad untuk
membersihkan asrama tersebut terlebih
dahulu dengan bantuan para pensyarah.
Antara tempat yang dibersihkan adalah
ruangan pintu masuk utama, bilik kosong di
aras bawah dan surau, memandangkan
kami akan menggunakan ketiga-tiga ruang
tersebut untuk tujuan program. Selain itu,
para guru pelatih lain pula ditugaskan
untuk memunggah balik barang-barang
dan peralatan dari kenderaan-kenderaan
pensyarah ke halaman asrama tersebut
sebaik sahaja para pensyarah tiba di
destinasi. Setelah kerja pemunggahan
selesai, AJK Makanan, diketuai oleh
Rabiatul Adawiyah binti Rosli, disertai
peserta-peserta lain dan para pensyarah
berganding tenaga untuk menyediakan satu
ruangan di halaman depan asrama tersebut
untuk dijadikan dapur sementara dan
membersihkan peralatan untuk memasak
agar proses penyediaan minum petang dapat dijalankan, yang diketuai oleh Puan Siti
Rahimah binti Hamat@Mamat, Encik Roseli bin Awang dan beberapa staf akademik dan
bukan akademik yang lain.

Selesai kerja pemunggahan barang dan pembersihan asrama, para peserta


dibenarkan untuk berehat seketika dan
meninjau lokasi sekolah tersebut. Terdapat
beberapa kawasan yang telah dibersihkan
seperti bangunan kelas dan pentadbiran
agar sesi persekolahan dapat dijalankan
seperti biasa. Namun, terdapat juga
kawasan yang masih berlumpur dan
berdebu seperti kuarters guru dan surau.

9.00 MALAM – TAKLIMAT PERJALANAN PROGRAM

Selesai solat jamak dan qasar Isyak dan Maghrib secara berjemaah dan makan
malam, kesemua para peserta diminta berkumpul di ruangan bilik utama untuk diberi
taklimat perjalanan program keesokan harinya oleh Tuan Haji Safri. Beliau memaklumkan
bahawa program esok hari akan bermula
pada pukul 7.30 pagi dengan senamrobik
dan minum pagi dan proses pembersihan
akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Beliau
juga memberitahu bahawa terdapat 4
sektor yang akan dibersihkan pada hari
pertama: surau sekolah, peralatan asrama,
rumah warden dan peralatan plastik.
Selesai taklimat dari Tuan Haji Safri, Tuan
Haji Yahaya bin Osman pula diberi ruang untuk memberi sedikit taklimat ringkas dan kata-
kata aluan. Beliau menekankan aspek integriti sebagai seorang guru pelatih dan
keselamatan kami semua semasa menginap dan membersih kawasan sekolah tersebut.

Seterusnya giliran Pengarah


Program, Muhammad Raihan bin Sapi’ee,
untuk memberi taklimat dan pembahagian
kumpulan. Walaupun kumpulan telah
dibahagikan pada hari sebelumnya iaitu
sebanyak 9 kumpulan, kumpulan-kumpulan
tersebut perlu dirombak semula agar
menjadi 4 kumpulan. Setelah perbincangan
semula dengan Ketua AJK Tugas-tugas Khas, Moray anak Johnny, pembahagian tugas
adalah seperti berikut: Unit PISMP PSV
Semester 2 ditugaskan untuk membersih
dan mengecat surau sekolah,
sebahagian daripada gabungan Unit
PISMP TESL Semester 3, TESL
Semester 2 dan PJ Semester 2 akan
membersih peralatan asrama,
sebahagian lagi akan membersih rumah
warden, dan Unit PISMP GSTT Sejarah
ditugaskan untuk membersih peralatan plastik. Namun, atas permintaan Tuan Haji Safri,
satu kumpulan guru pelatih diadakan untuk bertanggungjawab atas peralatan-peralatan
seperti water jet dan pembersihan longkang yang diketuai oleh Moray anak Johnny.

Usai taklimat daripada Pengarah Program, taklimat keselamatan pula diberikan oleh
ketua AJK Keselamatan, Tan Hon Kian. Semasa taklimat, saudara Tan Hon Kian
menegaskan pasal keselamatan semasa menginap di asrama tersebut dan saudara juga
telah membahagikan kesemua peserta mengikut sesi sentri masing-masing. Selesai taklimat
keselamatan, Ketua AJK Dokumentasi dan Laporan, Abang Muhammad Syahmi bin Abang
Sazali pula yang membahagikan tugasan kepada ahli-ahli jawatankuasa tersebut. Sebelum
dibenarkan balik ke bilik masing-masing untuk berehat, para peserta dijemput untuk
menikmati juadah minum malam.

HARI KEDUA (SELASA, 10 FEBRUARI 2015)

7.30 PAGI – SESI SENAMROBIK

Hari kedua misi kemanusiaan pasca


banjir dimulakan dengan sesi senamrobik
yang diketuai oleh para guru pelatih Unit
PISMP PJ Semester 2. Sesi senamrobik
merupakan aktiviti yang diamalkan untuk
memanaskan badan para peserta sebelum
memulakan aktiviti pada hari tersebut.
Selepas sesi senamrobik, para peserta
dijemput untuk menikmati sarapan pagi
yang telah disediakan oleh AJK Makanan.
8.30 PAGI – AKTIVITI PEMBERSIHAN

Usai sarapan pagi, kesemua guru


pelatih, selain AJK Makanan, mula bergerak
ke sektor masing-masing untuk memulakan
kerja-kerja pembersihan. Di surau sekolah,
kesemua 20 orang guru pelatih dari Unit
PISMP PSV Semester 2 memulakan dengan
aktiviti pembersihan dinding dalam dan luar
surau. Seterusnya, diikuti oleh pembersihan
tingkap dan persekitaran surau. Aktiviti
pembersihan surau telah dibantu oleh Encik
Ronif dan Tuan Haji Salleh. Pada jam 4.00 petang, kesemua aktiviti pembersihan surau
selesai dilakukan.

Bagi pembersihan peralatan asrama


dan rumah warden, aktiviti dimulakan
dengan mengeluarkan kesemua peralatan
yang terdapat dalam rumah warden
tersebut. Aktiviti ini merangkumi kerjasama
kesemua peserta Unit PISMP TESL
Semester 3, TESL Semester 2 dan PJ
Semester 2.

Pembersihan peralatan asrama


dijalankan di ruangan mandian asrama tersebut di mana terdapat dua buah kolah air yang
berisi. Setelah kesemua peralatan dikeluarkan, kami berasa agak terkejut dengan kondisi
peralatan-peralatan tersebut yang dikotori
lumpur yang tebal. Kami menganggarkan
bahawa terdapat melebihi 300 unit
peralatan, termasuklah tray makanan,
pinggan, mangkuk, cawan, gelas, periuk,
kuali dan sebagainya. Kami membahagikan
kerja kepada 4 bahagian: membuang
lumpur, mencuci dengan sabun, membilas,
dan menyusun semula peralatan yang telah
dibasuh. Pembersihan dimulakan dengan membuang segala lumpur yang ada pada
peralatan-peralatan tersebut, disambung oleh mereka yang mencuci dengan sabun, diikuti
oleh mereka yang membilas, dan akhir sekali, penyusunan peralatan di sebuah bilik khas
yang disediakan. Kerja pembersihan ini mengambil masa yang paling lama kerana kuantiti
peralatan yang sangat banyak. Namun,
kumpulan ini telah dibantu oleh peserta dari
kumpulan lain yang telah habis dengan
kerja pembersihan mereka lebih awal.

Di rumah warden pula, keadaan


rumah warden tersebut juga agak
mengejutkan kerana dinding dan silingnya
yang disaluti oleh lumpur yang masih basah
dan melekat. Disebabkan oleh ruang yang
sempit, sebahagian daripada kumpulan tersebut bergerak ke ruangan mandian untuk
membantu guru-guru pelatih yang mencuci peralatan asrama. Terdapat 4 bahagian yang
perlu dibersihkan di dalam rumah warden tersebut: bahagian dapur, ruang tamu dan dua
bilik tidur. Kerja pembersihan pula dibahagi kepada dua, iaitu pembuangan lapisan lumpur
dan menggosok dinding.

Bagi pembersihan peralatan plastik pula, Unit PISMP GSTT Sejarah menjalankan
aktiviti pembersihan tersebut di sebelah ruangan mandian tersebut. Aktiviti tersebut bermula
dengan pengumpulan barangan plastik, diikuti pembuangan lumpur, memberus dan
pengeringan. Antara peralatan plastik yang ada termasuklah tong sampah kecil dan tong air.

Kesemua sektor memerlukan


penggunaan water jet disebabkan oleh
lapisan lumpur yang tebal. Ahli tugas-tugas
khas telah membantu kami dengan
pemasangan water jet dan membersih
longkang yang dipenuhi dengan lumpur dari aktiviti pembersihan. Disebabkan oleh
kekurangan bekalan air, kesemua aktiviti bergerak secara perlahan memandangkan
kesemua sektor menggunakan kuantiti air yang banyak. Kesemua sektor diselia dan dibantu
oleh para pensyarah seperti Encik Yunus, Tuan Haji Hamdan, Encik Asri dan lain-lain.
Kesemua aktiviti diberhentikan sementara pada sekitar 12.00 tengah hari untuk memberi
ruang kepada para guru pelatih berehat dan menikmati makan tengah hari, dan disambung
semula pada pukul 1.00 tengah hari. Aktiviti pembersihan rumah warden, surau asrama dan
peralatan plastik berakhir dalam sekitar pukul 3.30 petang manakala pembersihan peralatan
asrama berakhir sekitar pukul 4.30 petang. Kemudian, kesemua para peserta diberi ruang
untuk pengurusan diri dan meninjau sekeliling
kawasan sekolah tersebut. Makan malam
dihidangkan pada pukul 7.00 petang.

9.15 MALAM – POST MORTEM DAN


TAKLIMAT PERJALANAN AKTIVITI

Setelah selesai solat jamak dan qasar Isyak dan Maghrib, slot moral dan makan
malam, para guru pelatih diminta berkumpul di ruangan bilik utama untuk slot post mortem
dan taklimat perjalanan aktiviti
untuk hari berikutnya oleh Tuan Haji Safri.
Wakil setiap sektor diminta untuk
memberi laporan berkaitan dengan
perjalanan sektor masing-masing.
Seterusnya, Tuan Haji Safri memberi
taklimat berkenaan dengan perjalanan
aktiviti untuk keesokan harinya.
Pada keesokan harinya, aktiviti
pembersihan dan keceriaan dibahagi
kepada 4 sektor: keceriaan surau
sekolah, pembersihan kuarters guru, pembersihan rumah warden yang selebihnya, dan
pembersihan peralatan sukan. Usai taklimat tersebut, para peserta dijemput untuk
menikmati minum malam dan berehat.

HARI KETIGA (RABU, 11 FEBRUARI 2015)

7.30 PAGI – SESI SENAMROBIK DAN SARAPAN PAGI

Seperti hari sebelumnya, permulaan


hari para guru pelatih dimulakan oleh sesi
senamrobik yang diketuai oleh Saudari
Adriana, Saudari Florina dan Saudari
Afiqah. Sesi senamrobik kali ini adalah
lebih menarik kerana diiringi oleh muzik
yang rancak dan bertenaga. Setelah
selesai bersenam, kesemua para peserta
dijemput untuk menikmati sarapan pagi
sebelum memulakan aktiviti pembersihan.

8.30 PAGI – AKTIVITI PEMBERSIHAN DAN KECERIAAN

Selepas selesai menikmati sarapan pagi, semua guru pelatih bergerak ke sektor
masing-masing: Unit PISMP PSV Semester 2 ke surau sekolah, kumpulan yang membersih
peralatan asrama dan plastik bergerak ke kuarters guru, sebahagian kecil ke stor sukan, dan
kumpulan yang membersih rumah warden ke rumah warden semula.

Di surau sekolah, sekali lagi


kesemua 20 orang guru pelatih Unit PISMP
PSV Semester 2 ditugaskan untuk
mengecat surau tersebut. Aktiviti mengecat
dimulakan dengan memunggah tong-tong
cat dan alatan mengecat seperti berus dan
penggelek. Seterusnya, diikuti oleh
pembancuhan cat yang hendak digunakan.
Proses mengecat dimulakan dengan
bahagian dalam surau asrama. Setelah
selesai bahagian dalam surau, guru pelatih meneruskan proses mengecat di bahagian luar
surau. Aktiviti ini turut dibantu oleh guru-guru pelatih lain yang berkelapangan.
Di rumah warden, bahagian yang
belum selesai adalah merupakan bahagian
pintu, tingkap dan lantai. Para guru pelatih
membahagikan tugasan dengan
memulakan aktiviti mengelap pintu dan
tingkap. Setelah selesai bahagian tersebut,
pembersihan rumah warden diakhiri
dengan mengemop lantai yang kotor. Usai
membersih rumah warden, sebahagian
guru pelatih yang bertugas diamanahkan untuk mencuci rehal yang kotor dan selebihnya
bergerak ke kuarters guru. Pembersihan rehal dilaksanakan di luar rumah warden yang
diketuai oleh Cik Zakiah binti Abd Wahab. Setelah selesai mencuci, rehal-rehal tersebut
dikeringkan di dataran asrama tersebut sebelum disimpan di dalam surau asrama tersebut.

Bagi sektor kuarters guru pula, terdapat 4 buah kuarters yang perlu dibersihkan.
Pembersihan kuarters guru dibahagikan kepada beberapa peringkat: meruntuhkan siling
yang dipenuhi dengan lapisan lumpur yang
kering, menyapu debu dan serpihan yang
runtuh, melonggokkan serpihan dan debu
yang telah disapu, membersih dan
menggosok dinding dengan menggunakan
water jet, penyapu dan berus. Aktiviti
pembersihan dimulakan dengan dua buah
kuarters terlebih dahulu disebabkan oleh
peralatan yang terhad. Kami telah
dinasihatkan untuk berhati-hati semasa membersih kuarters guru tersebut dan menjaga
keselamatan diri.

Di stor sukan, sebahagian kecil guru pelatih diarahkan untuk membersih dan
mencuci peralatan-peralatan sukan yang dapat diguna semula bagi meringankan beban
sekolah tersebut. Pembersihan ini diketuai oleh Saudara Husaini dan Jerome, diikuti oleh
beberapa guru pelatih dari Unit PISMP PSV.

Seperti perjalanan aktiviti yang sebelumnya, aktiviti pembersihan diberhentikan


seketika sekitar 12.00 tengah hari bagi memberi ruang kepada para guru pelatih untuk
berehat seketika dan menjamah makanan tengah hari yang telah disediakan oleh AJK
Makanan. Aktiviti disambung semula dalam pukul 1.00 tengah hari. Bagi keceriaan surau,
stor sukan dan rumah warden, kesemua proses pembersihan dan keceriaan tersebut
berakhir pada pukul 4.00 petang manakala pembersihan kuarters guru yang terakhir
berakhir pada sekitar 5.30 petang. Setelah selesai semua aktiviti pembersihan kawasan,
pembersihan peralatan pula dilaksanakan dan dikeringkan.

9.15 MALAM – POST MORTEM DAN TAKLIMAT PERJALANAN BALIK

Setelah selesai solat jamak, slot moral dan makan malam, para guru pelatih sekali
lagi disuruh untuk berkumpul di ruangan bilik utama bagi melaporkan perjalanan aktiviti pada
siang hari hari tersebut oleh setiap wakil sektor kepada Tuan Haji Safri. Seterusnya, Tuan
Haji Safri memberi sedikit taklimat untuk hari terakhir.

Namun perjalanan balik akan dibahagikan kepada dua: satu bas akan bergerak
terlebih dahulu dan terus ke IPG disebabkan bas tersebut akan diguna semula oleh pihak
IPG atas tujuan urusan lain, dan selebihnya akan bergerak kemudian ke Bukit Bunga
terlebih dahulu sebelum bergerak balik ke IPG. Sebelum bersurai, Tuan Haji Safri
mengagihkan baju sukarelawan siswa misi kemanusiaan mangsa banjir kepada semua guru
pelatih. Selepas itu, guru-guru pelatih dijemput minum malam sebelum balik ke bilik masing-
masing untuk berehat

.
HARI KEEMPAT (12 FEBRUARI 2015)

7.30 PAGI – SARAPAN PAGI DAN BERKEMAS

Keesokan harinya, program bermula dengan pembersihan dan mengemas setiap


bilik asrama yang digunakan. Kemudian, semua guru pelatih diminta membawa turun semua
barang yang dibawa ke aras bawah sebelum menikmati sarapan pagi. Setelah selesai
sarapan pagi, aktiviti pembersihan terakhir iaitu membersih peralatan dapur yang
selebihnya. Selain itu, para guru pelatih yang lain pula akan memunggah semula segala
peralatan yang telah bersih dan kering ke dalam kenderaan-kenderaan para pensyarah.
9.45 PAGI – SESI FOTOGRAFI DAN BERGERAK PULANG

Akhirnya, sebelum bergerak ke landasan kereta api, di mana bas-bas dan van
sedang menunggu, kesemua para peserta dan staf diminta untuk berkumpul di hadapan
asrama tersebut untuk sesi fotografi keseluruhan sebagai kenangan terakhir di SMK Dabong
dan sebagai bukti bahawa kesemua peserta yang menyertai Misi Kemanusiaan Pasca Banjir
ini telah melaksanakan tugas dengan jayanya walaupun penat dan lelah selama 4 hari 3
malam di SMK Dabong, Kuala Krai tersebut.

“KAMI BANGGA MENJADI GURU!”


3.0
LAPORAN
JAWATANKUASA
PROGRAM
LAPORAN PENGERUSI

SEBELUM
 Sentiasa berhubung dengan penyelaras program dan para pensyarah yang
terlibat.
 Mengelola mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) bagi membincang dan
merancang persediaan.
 Memastikan semua persediaan program berjalan dengan lancar.
 Menolong AJK yang mengalami masalah.

SEMASA
 Memastikan peserta sentiasa berada dalam laluan yang betul.
 Membantu dalam pembahagian kumpulan dan aktiviti.
 Sentiasa berhubung dengan pensyarah penasihat.
 Memastikan program berjalan seperti yang telah dirancang.
 Memantau setiap aktiviti yang berlangsung.
 Membantu mana-mana AJK yang mempunyai masalah dalam pengurusan
aktiviti.
 Menegur dan memberi peringatan kepada para peserta berkaitan kesilapan
atau kesalahan yang telah dilakukan sepanjang program.

SELEPAS
 Memastikan semua barangan dibawa balik ke IPG.
 Membuat laporan tugas pengerusi.

Disediakan oleh:

(MUHAMMAD RAIHAN BIN SAPI’EE)


Pengerusi,
Program Bina Insan Guru Fasa 4 / 2015,
PISMP TESL Semester 3,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
LAPORAN NAIB PENGERUSI

SEBELUM
 Berhubung dengan setiap ahli jawatankuasa tertinggi dan pelaksana
 Mengelola mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) bagi membincang dan
merancang persediaan
 Memastikan semua persediaan program berjalan dengan lancar
 Memastikan semua ahli jawatankuasa melaksanakan tugas dengan integriti
yang optimum
 Membantu Pengerusi program dan berhubung dengan pensyarah penasihat

SEMASA
 Memastikan program berjalan seperti yang telah dirancang
 Memantau setiap aktiviti yang berlangsung
 Membantu mana-mana AJK yang mempunyai masalah dalam pengurusan
aktiviti
 Menegur dan memberi peringatan kepada para peserta berkaitan kesilapan
atau kesalahan yang telah dilakukan sepanjang program

SELEPAS
 Membantu Pengerusi program memastikan kesemua ketua AJK tahu akan
tugasan seterusnya iaitu membuat laporan penuh bafi setiap AJK.
 Membuat laporan tugas naib pengerusi

 
Disediakan oleh:

(SHALIHIN BIN BAKHRUL)


Naib Pengerusi,
Program Bina Insan Guru Fasa 4 / 2015,
PISMP TESL Semester 3,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
LAPORAN SETIAUSAHA

SEBELUM
 Mendapatkan maklumat berkenaan perjalanan program yang bakal
dilaksanakan
 Mendapatkan maklumat peserta dari unit-unit yang terlibat ( PISMP Semester
2, 3 dan 4)
 Merangka draf kertas kerja berdasarkan maklumat yang telah diperoleh.
 Membincangkan pembahagian tugas jawatankuasa kerja
 Menunjukkan kertas kerja kepada setiap ahli bagi membuat semakan akhir.
 Menghantar kertas kerja tersebut kepada pihak atasan untuk disemak,
disahkan dan diluluskan.

SEMASA
 Bekerjasama sesama ahli bagi mencatat perjalanan program.
 Memastikan aturcara program berjalan dengan lancar menurut perancangan
awal.

SELEPAS
 Membuat laporan tugasan

Disediakan oleh :

(NURHANIZAH SAKINAH BT MUHAMAD YEW)


Setiausaha,
Program Bina Insan Guru Fasa 4 / 2015,
PISMP TESL Semester 3,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
LAPORAN BENDAHARI

SEBELUM
 Hasil perbincangan, semua peserta BIG seramai 89 orang dikehendaki untuk
membayar RM 21 atau RM 25 mengikut pilihan jenis baju masing-masing
iaitu biasa atau muslimah.
 Mengambil kebenaran untuk mengutip wang daripada para peserta.
 Merancang kutipan wang.
 Merekod kutipan wang.

SEMASA
 Merekod penggunaan wang.

SELEPAS
 Membuat laporan tugas bendahari

Disediakan oleh,

(SITI ZHULAIKHA BT MOHD MURAD)


Bendahari,
Program Bina Insan Guru Fasa 4 / 2015,
PISMP TESL Semester 3,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
LAPORAN TUGAS-TUGAS KHAS

SEBELUM
 Sentiasa berhubung dengan pengerusi program untuk mendapatkan arahan
dan melaksanakan arahan yang diberikan
 Membuat senarai pembahagian kumpulan bagi memudahkan kerja serta
pembahagian tugas
 Mencari dan menyenaraikan nama pelajar yang akan mengendalikan
senamrobik semasa perhimpunan pagi sebelum memulakan aktiviti
pembersihan
 Menyenaraikan alatan yang diperlukan bagi sesi senamrobik seperti alat
pembesar suara dan radio
 Menyerahkan senarai tersebut kepada AJK Peralatan

SEMASA
 Menerima arahan daripada pensyarah penasihat program
 Merombak semula kumpulan yang telah dibentuk dan membuat pembahagian
semula kumpulan yang baru mengikut keperluan semasa aktiviti
 Memastikan aktiviti senambik berjalan dengan lancar
 Menghantar alat “water-jet” ke beberapa lokasi pembersihan yang telah
dikenalpasti
 Memasang alatan tersebut dan memastikan alatan tersebut berfungsi dengan
baik
 Menyelanggara sistem saliran supaya longkang tidak tersumbat
 Membantu kumpulan yang memerlukan khidmat teknikal
 Menyimpan peralatan (water-jet, hos & extension wire) selepas digunakan
 Merekodkan sebarang kerosakan dan memaklumkan kepada pensyarah

SELEPAS
 Membuat inventori peralatan
 Membersihkan peralatan yang kotor
 Melakukan kerja-kerja penyimpanan
 Membuat laporan AJK Tugas Khas

 
Disediakan oleh,
 
(MORAY ANAK JOHNNY)
Ketua AJK Tugas-tugas Khas,
Program Bina Insan Guru Fasa 4 / 2015,
PISMP TESL Semester 3,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
LAPORAN AJK PERALATAN

SEBELUM

1. Kami guru pelatih diberi “briefing” berkenaan program BIG gabung pada semester
ini.
2. Pengagihan tugas dibuat semasa meeting ke dua.
3. Kami sebagai ajk peratalan telah berkolaborasi dengan pensyarah yang
menguruskan bahagian peralatan.
4. Mencatit semua peralatan yang hendak dibawa semasa BIG selama 4 Hari 3Malam.
5. Kami mengarahkan setiap pelajar mengikut kelas untuk sama-sama memungah
peralatan dari stor.
6. Setiap peralatan yang dibawa akan di tanda bagi memastikan peralatan tersebut
cukup pada hari terakhir nanti.
7. Kami memasukkan peralatan ke dalam dua buah bas IPG dan beberapa buah
kenderaan pacuan empat roda milik para pensyarah.

SEMASA

1. Memastikan bekalan peralatan cukup bagi kegunaan dalam proses menjalankan


BIG.
2. Memantau kegunaan peralatan-peralatan yang dipinjamkan supaya tiada yang
rosak.

SELEPAS

1. Mengumpul semua peralatan pada satu tempat.


2. Semak kembali senarai barang yang diambil bagi memastikan tiada yang tertinggal
3. Memungah peralatan masuk ke dalam bas dan kenderaan pacuan empat roda
pensyarah.
4. Selamat memulangkan barangan yang dipinjam ke stor IPG.
Disediakan oleh,
 
(AHMAD AIZAT BIN AHMAD HASNULLAH)
Ketua AJK Peralatan,
Program Bina Insan Guru Fasa 4 / 2015,
PISMP TESL Semester 3,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
LAPORAN AJK MAKANAN

SEBELUM

 Merancang pembelian barang mentah berdasarkan kewangan yang telah


diperuntukkan.
 Mendapatkan L.O daripada unit kewangan dan menyemak keperluan makanan
dalam kertas kerja.
 Memastikan bilangan makanan ahli komiti dan ahli residen dalam jumlah yang
secukupnya.
 Menyediakan peralatan memasak dan bekas-bekas yang mencukupi

SEMASA

 Menyiapkan bahan mentah dan memasak dalam kadar waktu yang sesegera
mungkin sebelum waktu makan bermula
 Mencuci peralatan memasak dan bekas-bekas yang telah digunakan
 Menghidang dan mengagih makanan kepada para guru pelatih
 Memastikan ruang memasak sentiasa dalam keadaan yang bersih dan kemas

SELEPAS

 Mengemas bahagian dapur dan memastikan kebersihannya


 Memastikan peralatan memasak dan bekas-bekas yang dipinjam dipulangkan sama
seperti kuantiti asal.

Disediakan oleh,
 
(RABIATUL ADAWIYAH BINTI ROSLI)
Ketua AJK Makanan,
Program Bina Insan Guru Fasa 4 / 2015,
PISMP TESL Semester 3,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
LAPORAN AJK PENGANGKUTAN

SEBELUM
 Mengambil borang pengangkutan di pejabat.
 Mengisi borang pengangkutan tersebut.
 Menghantar borang pengangkutan di pejabat untuk mendapatkan kelulusan.
 Memastikan kenderaan yang telah ditempah dapat datang pada hari tersebut.
 Menyediakan senarai nama peserta bagi pembahagian tempat duduk dan
kenderaan yang dinaiki (bas atau van).

SEMASA
 Memastikan kesemua peserta berada di dalam bas dan menyemak kehadiran
peserta.
 Melantik seorang peserta lelaki untuk membacakan doa menaiki kenderaan.
 Memastikan bas sampai ke SMK Dabong mengikut masa yang dirancang.

SELEPAS
 Memastikan bas sampai ke IPGKDRI dengan selamat.
 Membuat laporan bagi AJK Pengangkutan.
 

Disediakan oleh,
 
(CASSANDRA TEO FILUS)
Ketua AJK Pengangkutan,
Program Bina Insan Guru Fasa 4 / 2015,
PISMP TESL Semester 3,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
LAPORAN AJK PENGINAPAN

SEBELUM
 Menyenaraikan alatan yang perlu dibawa oleh guru pelatih bagi tujuan
menginap di tempat yang ditetapkan dan membuat hebahan kepada semua
guru pelatih yang terlibat mengenai alatan-alatan yang perlu dibawa.

SEMASA
 Menempatkan seramai lebih kurang enam orang guru pelatih dalam setiap
dorm asrama.
 Semua guru pelatih lelaki ditempatkan di aras dua manakala semua guru
pelatih wanita ditempatkan di aras tiga.
 Mengawal keadaan semasa berada dalam asrama sekolah.

SELEPAS
 Membuat laporan.

Disediakan oleh,
 
(WAN NUR EZZI AZRIN BIN WAN ZAHARI)
Ketua AJK Penginapan,
Program Bina Insan Guru Fasa 4 / 2015,
PISMP TESL Semester 2,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
LAPORAN AJK KEBERSIHAN

SEBELUM
 Menyenarai dan menyediakan peralatan yang diperlukan semasa program
berlangsung seperti plastik sampah, penyapu dan mop
 Mengadakan perbincangan mengenai skop tugas AJK kebersihan
 Memastikan peralatan mencukupi

SEMASA

 Memastikan tahap kebersihan di lokasi program berada dalam tahap yang


memuaskan

 Memastikan peserta program membuang sampah di tempat yang disediakan

 Mengambil peranan ketika aktiviti gotong-royong berlansung

 Memastikan lokasi program dibersihkan pada penghujung setiap aktiviti yang


dijalankan
 Memastikan sampah sarap dan sisa-sisa makanan dibuang ke tong sampah
utama
SELEPAS

 Memastikan lokasi program berada dalam keadaan yang bersih

 Membuang sampah sarap ke dalam tong sampah


 Memastikan peserta membersihkan kawasan selepas program berlansung 

Disediakan oleh,
 
(DAYANG NUR ATIQAH BINTI OSMAN)
Ketua AJK Kebersihan,
Program Bina Insan Guru Fasa 4 / 2015,
PISMP TESL Semester 3,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

LAPORAN AJK DOKUMENTASI & LAPORAN

SEBELUM

 Merakam dan melaporkan pergerakan setiap AJK bagi program BIG Fasa 4.
 Menangkap gambar setiap kali mesyuarat yang diadakan.
 Menyediakan laporan mesyuarat.
 Menyediakan alatan untuk merakam dan menangkap gambar.

SEMASA

 Mengagihkan tugasan kepada setiap AJK Dokumentasi dan Laporan serta


sektor masing-masing.
 Merakam dan menangkap gambar setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang
program berlangsung.
 Melaporkan setiap aktiviti dan insiden yang berlaku sepanjang program
berlangsung.

SELEPAS

 Mengumpul segala bentuk rakaman dan gambar.


 Menyediakan satu laporan penuh kronologi program.
 Menghasilkan satu video montaj program.
 Menyediakan laporan AJK Dokumentasi dan Laporan.

Disediakan oleh,

(ABANG MUHAMMAD SYAHMI BIN ABANG SAZALI)


Ketua AJK Dokumentasi dan Laporan,
Program Bina Insan Guru Fasa 4 / 2015,
PISMP TESL Semester 3,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
LAPORAN AJK KEROHANIAN DAN MORAL

SEBELUM
 Berbincang dengan ahli-ahli jawatankuasa kerohanian dan moral dari
pelbagai unit.
 Menyenaraikan aktiviti kerohanian dan moral yang akan dijalankan sepanjang
program Bina Insan Guru SMK Dabong.
 Membahagikan tugasan kepada semua AJK kerohanian dan moral.
 Meminjam peralatan yang diperlukan.

SEMASA
 Membersihkan surau asrama SMK Dabong untuk kegunaan peserta Muslim.
 Membentangkan sejadah dan membawa al-Quran ke dalam surau.
 Melaungkan azan dan memastikan semua pelajar Muslim hadir solat
berjemaah dan kuliah (maghrib dan subuh)
 AJK moral mengadakan aktiviti moral bersama-sama semua peserta bukan
Islam.
 Memastikan akhlak dan etika semua peserta.

SELEPAS
 Membersihkan surau dan mengemaskan sejadah dan al-Quran.
 Mengumpul peralatan dan mengembalikan peralatan yang dipinjam.

Disediakan oleh,

(SITI NOORHIDAYAH BINTI MOHAMAD @ YOHANIS)


Ketua AJK Kerohanian & Moral,
Program Bina Insan Guru Fasa 4 / 2015,
PISMP TESL Semester 3,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

LAPORAN AJK KESELAMATAN

SEBELUM
 Menyenaraikan barang-barang keselamatan.
 Meminjam barang keperluan keselamatan (peti kecemasan dan stretcher).
 Memberi peringatan ringkas (warta disiplin) tentang keselamatan dan disiplin
para guru pelatih.
 Memastikan para guru pelatih menepati masa yang telah ditetapkan.

SEMASA
 Memberi taklimat ringkas mengenai sentri malam.
 Memastikan semua para guru pelatih bertugas mengikut jadual sentri malam
yang telah ditetapkan.
 Membantu para guru pelatih ketika kemalangan dan kecederaan kecil
berlaku.
 Memastikan keselamatan para guru pelatih terjamin.

SELEPAS
 Mengemaskan peti kecemasan yang digunakan.
 Memulangkan peti kecemasan yang telah dipinjam.
 Membuat laporan tugas AJK Keselamatan.

Disediakan oleh,

(TAN HON KIAN)


Ketua AJK Keselamatan,
Program Bina Insan Guru Fasa 4 2015
PISMP Ambilan Januari 2014
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

Anda mungkin juga menyukai