Anda di halaman 1dari 12

SULIT 1249/1

1 Jadual berikut merujuk kepada lokasi tamadun awal di dunia ?

Tamadun Lokasi
Mesopotamia Lembah sungai Tigris dan Sungai Euphrates
Mesir Purba Lembah sungai Nil
Indus Lembah sungai Indus

Mengapakah tamadun tersebut bertumpu di lembah sungai

I Mempunyai tanah yang subur


II Mengekalkan warisan tradisi
III Mendapat mandat tuhan
IV Memudahkan perhubungan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Masyarakat dalam tamadun Indus ( 2000 sebelum Masihi ) berjaya membina


bandar terancang tertua di dunia.
Kemampuan masyarakat dalam tamadun tersebut membina bandar terancang
adalah disebabkan oleh

I Amalan sikap terbuka


II Pertembungan dengan budaya lain
III Perluasan wilayah pemerintahan
IV Kejayaan kegiatan penjelajahan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3 Pada tahun 509 S.M Rom mengamalkan sistem pemerintahan republik yang
ditadbir oleh dua orang konsul.

Mengapakah dua orang konsul tersebut dilantik?

A Memudahkan perluasan empayar


B Mengukuhkan hubungan luar
C Menghalang pemusatan kuasa
D Memilih pemimpin berwibawa
SULIT 2 1249/1

4 Apakah sumbangan Maharaja Justinian kepada tamadun Rom

A Menyeragamkan undang-undang negara


B Membina birokrasi awam
C Membina pusat kajian astronomi
D Mengasaskan pemerintahan republik

5 Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan awal di Asia Tenggara.

 Kedah Tua
 Srivijaya

Kerajaan tersebut berkembang kerana

A banyak bekalan hasil pertanian


B mendapat perlindungan kuasa asing
C terdapat perlabuhan untuk kegiatan perdagangan
D terletak di kawasan pedalaman yang subur

6 Maklumat berikut merujuk kepada candi yang terdapat di Asia Tenggara.

Candi Lokasi
Angkor Wat Kemboja
Borobudur Indonesia

Apakah kepentingan candi tersebut terhadap kerajaan awal?

A Kota pertahanan
B Simbol kebudayaan
C Sempadan pengaruh
D Lambang keagungan

7 Maklumat berikut berkaitan dengan amalan kehidupan masyarakat arab jahiliah

 Sistem kabilah
 Semangat assabiah

Apakah kesan amalan tersebut

A Pengaruh kerajaan kuat


B Perdagangan terhad
C Perluasan wilayah berlaku
D Perpaduan ummah lemah

1249/1 SULIT
SULIT 3 1249/1

8 Selepas Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia, penentangan terhadap
penyebaran Islam di Makkah semakin meningkat.

Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menangani penentangan tersebut?

A Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah


B Mengadakan rundingan dengan orang Quraisy
C Mendapatkan bantuan penduduk Madinah
D Mengasingkan diri di dalam Gua Hirak

9 Apakah keistimewaan Piagam Madinah?

I Berpandukan wahyu
II Mengutamakan bangsawan
III Mengekalkan sistem Kabilah
IV Menyatukan pelbagai bangsa

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10 Kota Makkah dibuka semula oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 630 Masihi.
Mengapakah Kota Makkah berjaya dibuka semula dengan mudah?

A Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah


B Pemulauan keluarga Bani Hashim
C Pembebasan golongan hamba
D Pertelingkahan antara suku Aus dengan suku Khazraj

11 Maklumat berikut berkaitan dengan pembinaan sistem pengairan pada zaman


pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab.

 Empangan Abu Musa di Basrah


 Terusan Amirul Mukminin di Mesir

Mengapakah sistem pengairan tersebut dibina Mengapakah sistem pengairan
tersebut dibina?

A Membekalkan air bersih


B Mengelak banjir berlaku
C Mempertingkat hasil pertanian
D Meningkatkan kegiatan perdagangan

1249/1 SULIT
SULIT 4 1249/1

12 Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh pengembara Islam pada abad ke-14.
Tokoh Keterangan
Ibn Battuta Hasil tulisan beliau menjadi rujukan sejarawan hingga kini

Mengapakah tulisan beliau menjadi rujukan sehingga kini?

A Ketepatan fakta
B Keunikan ilustrasi
C Keindahan bahasa
D Kepelbagaian teknik

13 Jadual menerangkan cara ulama menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

Negeri Cara pengislaman pemerintah


Pattani Raja Phaya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said
Pasai Raja Malik al-Salih diislamkan oleh Syeikh Ismail

Mengapakah ulama mengislamkan pemerintah?

A Mengharapkan anugerah
B Menguasai kerajaan
C Menarik perhatian rakyat
D Menyekat pengaruh agama lain

14 Pendidikan formal berubah di Asia Tenggara selepas kedatangan Islam.


Apakah perubahan tersebut

A Terhad di istana
B Terhad di peringkat rendah
C Dibiayai golongan bangsawan
D Melibatkan semua lapisan masyarakat

15 Rajah berikut menunjukkan undang-undang yang diamalkan dalam Kesultanan


Melayu Melaka

Hukum Kanun Melaka


Undang-undang
bertulis Undang-Undang Laut Melaka
Apakah persamaan undang-undang tersebut?

A Peraturan berkeluarga
B Pantang larang anggota masyarakat

1249/1 SULIT
SULIT 5 1249/1

C Penetapan tugas raja dan pembesar


D Penetapan tanggungjawab dan hukuman
16 Gambar berikut menunjukkan kesibukan pelabuhan Melaka pada abad Ke-15.

Apakah faktor yang menyebabkan kesibukan pelabuhan tersebut?

A Pentadbiran cekap
B Bebas cukai
C Banyak galian
D Mata wang seragam

17 Zaman Renaissance di Eropah berlaku dari tahun 1350 hingga tahun 1600.
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan zaman tersebut?

A Pengukuhan sistem feudal


B Penghargaan terhadap seni
C Peningkatan kuasa gereja
D Peluasan tanah jajahan

18 Pada zaman Revolusi Perindustrian Akta Antipenggabungan melarang


penubuhan Kesatuan Sekerja.

Merujuk pernyataan di atas, apakah implikasinya kepada pekerja?

A Kenaikan gaji disekat


B Wanita dilarang bekerja
C Pergaulan pekerja disekat
D Eksploitasi pekerja dilarang

19 Bagaimanakah Akta Tanah Simpanan Melayu yang diperkenalkan oleh British


pada 25 November 1913 memanfaatkan orang Melayu?

A Memperkenalkan sistem perladangan


B Mengekalkan hak milik
C Mempelbagaikan jenis tanaman
D Meneruskan ekonomi tradisional

1249/1 SULIT
SULIT 6 1249/1

20 Jadual berikut menunjukkan pertambahan bilangan kemasukan imigran Cina di


Tanah Melayu.

Bilangan Imigran Cina


1891 1901
Negeri- Negeri Melayu Bersekutu 163,000 228,000
Negeri – Negeri Selat 300,000 282,000

Apakah kesan daripada pertambahan tersebut?

I Peningkatan penanaman getah


II Wujud masyarakat majmuk
III Perkembangan perlombongan bijih timah
IV Muncul golongan peniaga

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

21 Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat


nasionalisme di Asia Tenggara.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

A Kemunculan ramai golongan intelek


B Kewujudan golongan bangsawan
C Kepelbagaian sukatan mata pelajaran
D Kemasukan kaum imigran tidak terkawal

22 Jose Rizal melaksanakan gerakan dakyah untuk memperjuang nasib rakyat tetapi
gagal mencapai matlamat.

Apakah tindakan beliau selepas menemui kegagalan tersebut?

A Menubuhkan Katipunan
B Membentuk Liga Filipina
C Melancarkan gerakan bersenjata
D Menyebarkan pemikiran melalui media cetak

1249/1 SULIT
SULIT 7 1249/1

23 Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-Negeri Melayu


pada awal abad ke-20?

I Mengugut pemimpin
II Menyekat kegiatan dakwah
III Menghalang kemasukan risalah
IV Menyekat peluang belajar ke luar negara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

24 Maklumat berikut berkaitan dengan jawatan yang diwujudkan oleh British di


Tanah Melayu.

 Residen
 Penasihat British

Mengapakah British mewujudkan jawatan tersebut?

A Melatih peribumi dalam pentadbiran


B Memperbaik taraf hidup penduduk
C Mengekalkan kedaulatan negeri
D Menguasai sumber ekonomi

25 Negara berikut muncul selepas keruntuhan empayar Austria-Hungary dan Turki


Uthmaniyah akibat Perang Dunia Pertama
 Czechoslovakia
 Lithuania
 Finland
Apakah yang berkaitan dengan negara tersebut

A Menyokong ideologi komunis


B Mengasaskan fahaman fasis
C Dikuasai golongan monarki
D Dibina berasaskan etnik

26 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895


mempunyai ciri asas bagi pembinaan negara dan bangsa.

Apakah buktinya?

A Pemerintahan raja berkuasa mutlak


B Perlembagaan bertulis yang lengkap
C Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum
D Persamaan dengan hukum Kanun Melaka

1249/1 SULIT
SULIT 8 1249/1

27 Pernyataan berikut berkaitan dengan kandungan Malayan Union yang


diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1946.

Semua rakyat British daripada tanah jajahannya boleh


menjadi rakyat Malayan Union.

Apakah kesan pernyataan tersebut?

A Komposisi penduduk seimbang


B Sistem pertahanan negara mantap
C Kedudukan kaum peribumi terancam
D Pengaruh golongan radikal berkurangan

28 Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada


British.

Apakah kesan sekiranya penyerahan tersebut tidak dilaksanakan?

A Kemasukan kaum imigran akan berterusan


B Pembentukan kerajaan sendiri menjadi kenyataan
C Pembubaran Majlis Mesyuarat Negeri dilaksanakan
D Hak istimewa penduduk peribumi terjejas

29 Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) telah ditubuhkan oleh Dato' Onn bin Jaafar
untuk merealisasikan perpaduan rakyat.

Bagaimanakah parti tersebut dapat membentuk perpaduan rakyat?

A Menggabungkan pelbagai pertubuhan politik


B Memberikan hak yang sama kepada imigran
C Membuka keahlian kepada semua kaum
D Mengurangkan kemasukan buruh asing

30 Maklumat berikut berkaitan dengan Suruhanjaya Reid.

Fungsi Suruhanjaya Reid


Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka

Apakah isu yang diberikan perhatian oleh suruhanjaya tersebut?

A Hal kerakyatan
B Penetapan sempadan
C Hal ehwal imigresen
D Peruntukan kewangan

1249/1 SULIT
SULIT 9 1249/1

31 Idea Pembentukan Malaysia telah dikemukakan sejak awal abad ke-19.


Mengapakah idea tersebut dipersetujui British

A Mengurangkan kuasa Raja-Raja


B Penyatuan pentadbiran tanah jajahan
C Menghapuskan pengaruh komunis
D Mengehadkan kemasukan imigran

32 Jadual berikut menerangkan tentang hubungan tegang antara Malaysia dengan


Indonesia.

Tarikh 20 Januari 1963


Peristiwa Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia
Kempen Ganyang Malaysia

Apakah tindakan Indonesia semasa peristiwa tersebut?

I Menceroboh ruang udara


II Menghantar bantahan rasmi
III Melancarkan pemberontakan
IV Menyerang kapal-kapal nelayan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

33 Sejak merdeka, Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.


Pernyataan manakah yang berkaitan dengan sistem tersebut?

A Perlembagaan ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong


B Badan Kehakiman menggubal undang- undang
C Pentadbiran dikuasai monarki berkuasa mutlak
D Rakyat terlibat dalam pemerintahan negara

34 Dialog berikut mungkin berlaku ketika penyerahan borang penamaan calon bagi
pilihanraya kecil.

Pegawai Pilihan Raya : Maaf, saya terpaksa menolak borang


permohonan encik.
Calon : Kenapa pula?

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?


A Tidak menganggotai parti politik
B Belum mendaftar sebagai pemilih
C Menjalankan kegiatan perniagaan
D Tersenarai dalam individu muflis

1249/1 SULIT
SULIT 10 1249/1

35 Apakah maksud lambang bulan sabit berwarna kuning dalam Jata Negara
kita?

A Kedaulatan raja
B Perpaduan kaum
C Islam agama rasmi
D Hak istimewa Melayu

36 Pada tahun 1956, nama Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) telah
ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Apakah tujuan penubuhan MARA?

A Mengenalpasti masalah penduduk


B Meningkatkan taraf hidup bumiputera
C Menjalankan penyelidikan pertanian
D Membangunkan bandar baru

37 Rajah berikut menunjukkan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.

X Kurangkan beban kewangan kerajaan

Apakah X?

A Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara


B Dasar Persyarikatan Malaysia
C Dasar Pertanian Negara
D Dasar Penswastaan

38 Mengapakah Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914 di Eropah?

A Serangan Jerman terhadap Poland


B Pembunuha bakal pewaris takhta Austria
C Perluasan ideologi komunis
D Pembentukan kuasa Paksi

1249/1 SULIT
SULIT 11 1249/1

39 Deklarasi Langkawi dihasilkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan


Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur pada tahun 1989.

Apakah persetujuan yang dicapai dalam deklarasi tersebut?

A Mengatasi masalah pencemaran


B Penyelarasan bantuan teknikal
C Menyediakan dana pendidikan
D Membanteras penyalahgunaan dadah

40 Telefon Internet

Berdasarkan rajah di atas, apakah kesan perkembangan teknologi tersebut


kepada Malaysia?

I Peningkatan kadar celik huruf


II Perkembangan globalisasi
III Pembentukan masyarakat berpengetahuan
IV Penyebaran maklumat dalam masa yang singkat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1249/1 SULIT
SULIT 12 1249/1

NO JAWAPAN MS NO JAWAPAN TING/MS


SOALAN SOALAN
1 B T4 / MS 9 21 A T5 / MS 16
2 A T4 / MS 27 22 B T5 / MS 22
3 C T4 / MS 43 23 C T5 / MS 50
4 A T4 / MS 46 24 D T5 / MS 30
5 C T4 / MS 79 25 D T5 / MS 68
6 D T4 / MS 88 26 B T5 / MS 80
7 D T4 / MS 102 27 C T5 / MS 99
8 A T4 / MS 113 28 B T5 / MS 110
9 B T4 / MS 124-125 29 C T5 / MS 121
10 A T4 / MS 134 30 A T5 / MS 126
11 C T4 / MS 147 31 C T5 / MS 140
12 A T4 / MS 168 32 B T5 / MS 146
13 C T4 / MS 176 33 D T5 / MS 161
14 D T4 / MS 201 34 D T5 / MS 179
15 D T4 / MS 200 35 C T5 / MS 188
16 A T4 / MS 209 36 B T5 / MS 201
17 B T4 / MS 219 37 D T5 / MS 207
18 A T4 / MS 236 38 B T5 / MS 231
19 B T4 / MS 260 39 A T5 / MS 244
20 C T4 / MS 264 40 D T5 / MS 261

A =10 B =10 C = 10 D =10

1249/1 SULIT

Anda mungkin juga menyukai