Anda di halaman 1dari 21

DISERTASI SARJANA & TESIS PH.

D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


JABATAN SYARIAH, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM
Daripada kuliah ini:
 Pelajar akan:

 Mengetahui cara menyediakan kertas proposal secara berperingkat


dan sistematik.

 Memahami komponen yang perlu ada dalam proposal penyelidikan.

 Bersedia untuk merancang dan menghasilkan proposal penyelidikan


latihan ilmiah atau disertasi.

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


Pendahuluan
 Menyediakan proposal penyelidikan adalah suatu proses.
 Kepentingan proposal:
 untuk memberitahu kepada pensyarah bidang kajian yang diminati dan
mempengaruhi siapakah penyelia.
 untuk melaksanakan kajian itu bagi mendapatkan hasil yang diingini.

 Menggambarkan bahawa pengkaji bersedia secara independent untuk


membuat kajian dan berupaya membincangkannya secara jelas dan
baik.

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


Proses Sebuah Penyelidikan

Design/ Data
Idea Theory Collection Analysis Findings
Method

Design/ Data
Idea Collection Theory Analysis Findings
Method

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


Komponen Porposal Disertasi / Tesis

Contoh Rangka Penulisan Kajian Kualitatif

Permasalahan
Objektif Literature Bab-bab
kajian Review

1 Pendahuluan
1 1

2 Landasan
2 2 Teori
3 Landasan
Teori - Micro
3 3
4 Perbandingan
4 4 Konteks
5 Kajian

Hasil &
6 dapatan

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net 7 Kesimpulan


Komponen Porposal Disertasi / Tesis

Contoh Rangka Penulisan Kajian Kuantitatif

Permasalahan
Objektif Literature Bab-bab
kajian Review

Permasalahan
1 1 1 Kajian

Literasi
2 2 2 Review

3 3 3 Methodologi

Perbincangan
4 4 4 & Dapatan

5 Kesimpulan

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


Memikirkan Idea

 Bagaimana idea untuk membuat kajian boleh muncul?

a. Pengalaman peribadi. (di tempat kerja, sekolah, keluarga, masyarakat)


b. Pengalaman orang lain (berita, penceritaan dan laporan)Idea akan
banyak muncul.
 Dunia adalah medan untuk buat kajian.
 Isu utamanya ialah bagaimana memilih satu tajuk yang bersifat 'researchable'
dan 'investigable'.
 Ada minat, kecenderungan dan kesukaan terhadap topik. Boleh
berbicara tentangnya dalam masa 10 minit.
 Sudah biasa dengan bahan literatur dan perkembangan semasa ilmu
berkenaan. Boleh menyenaraikan buku rujukan dan 'tesis' yang terdapat
dalamnya.
 Ada kehendak untuk menyumbang sesuatu kepada bidang ilmu
berkenaan. Nyatakan sumbangan yang hendak dibuat.
© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net
Memikirkan Tajuk
 Ramai calon memikirkan tajuk, tanpa memikirkan isu.
 Cara terbaik ialah:
 Menentukan bidang yang diminati sepanjang pengajian.

 Mencari isu-isu dalam bidang yang diminati.

 Bagaimana mencari isu yang akan membina tajuk?


 Membaca sebarang dapatan atau persoalan atau prospek kajian
dalam artikel jurnal kertas kerja.
 Timbul persoalan dalam media.

 Perbincangan dengan pensyarah.

 Tentukan „bidang besar‟, kemudiannya „domain.‟ Bidang besar seperti


„undang-undang tort‟. Domainnya, „kacau ganggu.‟
 Menulis tesis adalah suatu perjuangan. Apa perjuangan kita?

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


Membina Pengenalan
 Kandungan pengenalan mestilah menarik minat penilai. Daripada
pengenalan, penilai terus tahu rangka kerja (framework) yang hendak
dibincangkan.
 Pengenalan mestilah jelas dan terus berkaitan dengan topik, bukannya
menerawang.
 Maklumkan kepada pembaca tentang kajian yang akan dibuat, kenapa ia
penting dan sesuai pada masanya.
 Gambarkan trend, utamakan yang terdahulu berbanding yang
terkemudian.
 Terus nyatakan maksud dan tidak melalut. Jika boleh, visualkan sebarang
konsep yang kompleks atau proses yang berkaitan.
 'Pengenalan' mesti berkesinambungan dengan 'Permasalahan Kajian'

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


Permasalahan Kajian
 Bahagian paling analitikal dalam proposal.
 Istilah lain: Problem Statement + Research Questions.
 Permasalahan kajian adalah isu yang timbul yang ada disebut dalam
literatur, teori, atau amalan yang memerlukan kajian dibuat.
 Ia perlu menjawab soalan, “MENGAPA KAJIAN INI PERLU DIBUAT?” @
“APA MASALAHNYA SEHINGGA TERPAKSA DIKAJI?”
 Hanya menerusi pembacaan sahaja boleh mengetahui masalah kajian
dalam sesuatu bidang.
 Apa yang perlu dibaca? Artikel jurnal dan kertas kerja seminar: kerana ia
membincangkan situasi dan status sesuatu isu pada ketika itu.
 Setiap permasalahan: perlu dicatatkan dalam bentuk peta minda ataupun
point form. Agar kita faham struktur sesuatu masalah.

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


Permasalahan Kajian
 Kaedah mengarang:
 Wujudkan kesinambungan dengan merumuskan 'Pengenalan'.

 Bahagian ini perlu jelaskan lebih lanjut & tajamkan matlamat & rasional
kajian ini dibuat.
 Setiap satu masalah perlu digambarkan dalam bentuk:

 Nyatakan masalah dalam satu tajuk kecil.


 Perincikan masalah berasaskan tinjauan literatur
 Nyatakan ‘sumber’ yang menyokong kewujudan masalah..
 Nyatakan ‘persoalan kajian’ yang terbina daripada masalah ini.

 Setiap satu ‘permasalahan kajian’ mestilah membina satu objektif kajian.

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


Objektif
 Daripada permasalahan kajian, kita membina objektif. Ini bermakna,
objektif mestilah berakar umbi dari permasalahan kajian yang
dibincangkan.
 Tujuan objektif ialah untuk memberitahu mengapa kajian ini dibuat dan
matlamat yang hendak dicapai.
 Objektif juga akan memandu kepada pengkaji untuk membina bab
penulisan secara berstruktur. Setiap objektif perlu ada bab yang
menjawabnya.
 Objektif mesti dicapai dalam perbincangan kajian dan dikupas dalam
rumusan untuk membuktikan ia telah dicapai.
 Sekiranya antara permasalahan kajian – objektif – bab tiada sebarang
perkaitan dan berterabur, kajian itu ditulis dengan cara yang tidak tepat.

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


Penentuan Kaedah Penyelidikan
 Memahami konsep kajian kualitatif dan kuantitatif.
Butiran Kualitatif Kuantitatif
Cara Deduktif: memberi alasan & Induktif: mengumpul &
anggapan memeriksa
Hubungan pengkaji & Rapat + sebahagian daripada Mesti di luar.
subjek kajian proses
Hasil Wujudkan konsep baharu dalam Menilai sesuatu dapatan
teori dalam teori
Matlamat Menceritakan semua fenomena Buktikan sebab-akibat sesuatu
walaupun kompleks perkara
Fokus Teks berkaitan isu Data berkaitan isu

Cara dalam Dari besar ke kecil Dari kecil kaitkan dengan


permasalahan kajian besar.

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


Penentuan Kaedah Penyelidikan
 Pelajari dan pastikan kita memilih kaedah yang betul untuk sesuatu bidang
kajian. Contoh: untuk mengkaji keberkesanan sesuatu perundangan, apakah
metodnya?
 Cara untuk tahu, hendaklah membaca buku panduan metodologi yang khusus
untuk bidang itu. Contoh: Kalau muamalat, baca buku Research methods in
Banking and Finance. Undang-undang = legal research.
 Kaedah pengumpulan data utk kualitatif.
 Analisa kandungan (bukannya kajian kepustakaan)
 Temubual mendalam (semi-struktur @ struktur sepenuhnya)
 Pemerhatian
 Kaedah analisa data: contohnya: menggunakan perisian analisa.
 Pendekatan: historis, analatikal, deskriptif dan lain-lain.

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


Penentuan Kaedah Penyelidikan
 Contoh:
 Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan kaedah analisa kandungan dan
juga temu bual mendalam separa-struktur.

 A. analisa kandungan
 Mengkaji dan menganalisa pandangan ulama 4 mazhab berkenaan…
 Kajian menganalisa perbandingan pendapat ulama, dalil pegangan mereka, cara mereka
memahami dalil dalam kitab usul fiqh, kitab fiqh, kitab fatawa,
 Dalam menganalisa kefahaman hadis, kajian merujuk kepada kitab syarah hadis dan juga kitab
takhrij seperti…
 Dalam menganalisa tafsiran ayat al-Quran, kajian merujuk kepada kitab yang menyentuh ayat
Ahkam seperti… dan kitab tafsir seperti …
 Kajian merujuk kepada fatwa semasa berkenaan isu berkaitan …

 B. Temu bual Mendalam Separa Struktur


 Kajian akan membuat temu bual mendalam kepada 10 orang hakim Mahkamah Tinggi Syariah
berkenaan… 10 Hakim dipilih kerana… Soalan-soalan berbentuk separa struktur menyentuh …

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


Skop Kajian
 Membuat skop kajian agar:
 Kajian tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

 Mengurangkan kritikan terhadap hasil kajian.

 Skop yang boleh dibuat:


 Menghadkan sampel dalam temu bual ataupun borang soal selidik.

 Menghadkan kumpulan sasaran kajian.

 Setiap skop perlu bincangkan rasionalnya secara ringkas.

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


Kepentingan Kajian
 Jelaskan bagaimana kajian yang akan dibuat boleh menghalusi, menilai
semula atau mengembangkan ilmu dalam bidang kajian.
 Sumbangan itu perlulah menyentuh substantif ilmu itu, teori atau
metodologikal.
 Pastikan ada sumbangan kepada pihak yang terlibat dengan bidang
kajian seperti agensi kerajaan, pihak profesional dan negara.
 Bincangkan sejauh mana kajian kita ini boleh mempengaruhi pembentukan
polisi, perundangan, amalan, teori, kaedah dan kerja-kerja penyelidikan
pada masa akan datang.

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


Literature Review
 Memahami cara yang betul dalam membuat tinjauan literatur. Mestilah
berkaitan dan relevan dengan perkara yang ingin dikaji.
 Apa yang hendak ditinjau:
 Perkara yang sudah dibangunkan oleh sarjana lalu dalam sesebuah teori
ataupun persoalan.
 Kritikan sarjana terhadap kerja penyelidikan sarjana lain.

 Kepentingan membuat tinjauan literatur:


 Mendalami perbincangan intelektual para sarjana berkenaan isu itu.

 Memastikan tiada duplikasi dan ciplak pada hasil kajian.

 Menunjukkan adanya nilai kesarjanaan dan novelty.

 Apabila sudah menerangkan, maka di akhir kesimpulan kita membuktikan


kajian kita adalah perlu dan relevan kerana persoalan yang kita bawakan
masih belum dijawab oleh mana-mana sarjana.
© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net
Menyusun Bab
 Setiap bab mestilah menjawab permasalahan kajian dan objektif.
 Susun bab mengikut setiap satu permasalahan kajian dan objektif.
 Disertasi yang lemah ialah apabila penilai tidak dapat memastikan
apakah setiap bab telah menjawab setiap objektif secara teratur.
 Setiap bab mestilah berkaitan. Mencabut salah satu bab, akan
mencacatkan disertasi. Sekiranya tidak terkesan, maksudnya disertasi itu
bermasalah.

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


Menyusun rujukan
 Ada perbezaan antara rujukan (referrence) dan bibliografi.
 Memandangkan tajuk dan masalah kajian telah diperolehi, maka kita
sudah boleh menyenaraikan rujukan yang akan digunakan. Rujukan juga
mestilah yang berkaitan dengan tinjauan literatur yang dibuat.
 Manfaatkan teknologi. Susun rujukan agar mudah diakses dan dicari.
 Perlu ada satu kaedah untuk mengumpul dan memproses bahan rujukan.
Bukan sekadar fotostat dan simpan.
 Sesuatu rujukan mungkin relevan untuk banyak sub topik. Maka, perlu
dipisahkan dan dimasukkan ke dalam ‘folder’ yang berkaitan.
 Semakin banyak rujukan, semakin menggambarkan kita faham dalam
perkara yang dikaji.
 Pastikan format diikuti.

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net


Panduan Umum
 Bacalah proposal terdahulu yang dibuat oleh calon sebelum kita. Agar kita boleh
buat penilaian sama ada kelebihan atau kekurangannya, dan juga, kebaikan dan
kelemahannya.
 Cara: baca bab 1 setiap disertasi yang telah siap dijilid.
 Sediakan diri dengan PROPOSAL ataupun OUTLINE IDEA sebelum bertemu dengan
penasihat akademik ataupun penyelia.
 Sentiasa memperbaiki proposal sedia ada. Dapatkan komentar daripada para
pensyarah pelbagai bidang untuk melihat dari sudut berbeza.
 Memahami fungsi pensyarah yang menjadi penasihat akademik. Bincangkan
proposal dengan sikap terbuka untuk menerima kritikan dan cabaran.
 Bersedia untuk perubahan pada bidang proposal. Ada kalanya disebabkan
beberapa faktor seperti kualiti proposal, area studies yang sudah banyak dibuat
dan juga geran penyelidikan.
 Jangan melakukan jenayah akademik! Seperti meniru bulat-bulat dalam buku atau
tesis orang lain dengan menyalin footnote.
 Sediakan diri untuk menguasai bahasa selain Melayu.

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Anda mungkin juga menyukai