Anda di halaman 1dari 3

[Forwarded from Bahan PdP Bahasa Melayu]

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN SPM

KEISTIMEWAAN MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keunikan
dan keindahan alam yang terkenal sebagai destinasi pelancongan. Malaysia memang terkenal
dengan banyak keistimewaan yang menjadi pilihan utama pelancong. Walaupun jarak Malaysia jauh
dari Eropah, pelancong tetap memilih Malaysia sebagai destinasi ideal percutian utama sekeluarga.
Walau betapa sukar sekalipun, keadaan ini bukan penghalang kepada pelancong bak peribahasa
Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Persoalannya, apakah keistimewaan yang ada
di Malaysia sebagai destinasi pelancongan?

Sebagai mukadimah perbincangan, sememangnya Malaysia sangat istimewa sekali kerana


memiliki beberapa pantai yang bersih, cantik dengan cuaca yang panas dan lembap. Hal ini dikatakan
demikian kerana kedudukan Geografi Malaysia terletak pada Garisan Khatulistiwa dengan Iklim
Tropika sepanjang tahun. Sebagai contohnya, Pantai Cenang di Langkawi dan pasir putih yang
berkilauan di Pulau Redang merupakan antara destinasi pelancongan yang kerap dibanjiri oleh
pelancong. Para pelancong teruja dan berpuas hati setelah melihat keindahan pantai tersebut dan
bukanlah indah khabar daripada rupa. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa perniagaan kecil
seperti menjual makanan dan buah tangan di persisiran pantai. Kesannya, keadaan ini dapat
memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk Negara kita. Tegasnya, pantai
yang bersih dan cantik serta dengan udara yang nyaman merupakan keistimewaan di Negara
Malaysia.

Selain itu, Malaysia dikurniakan dengan pelbagai jenis makanan tempatan yang sangat unik
dan sajian istimewa tersebut dibuat daripada pelbagai air tangan bangsa dan kebudayaan. Para
pelancong boleh menikmati pelbagai jenis juadah yang kaya dengan rempah-ratus bak kata orang
tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Dengan itu para pelancong dapat mengenali dan menikmati
makanan di Malaysia. Contohnya, nasi lemak, kuetiau goreng, sate, lemang dan sebagainya menjadi
produk pelancongan yang utama, Bukan itu sahaja, media massa boleh menghiasi promo video
pelancongan dengan pelbagai juadah yang lazat bagi menarik perhatian para pelancongan dan
mencubainya. Izharnya, pelbagai jenis makanan tempatan menjadikan Malaysia sangat istimewa.

Di samping itu, keistimewaan Malaysia yang seterusnya ialah kemudahan pengangkutan awam
termoden dan kondusif. Kemudahan awam memang sangat penting bagi memudahkan perjalanan
mereka ketika melancong ke mana-mana destinasi. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai system
tren komuter, sistem tren elektronik, bas percuma, kemudahan e-panggilan “Grab Car” dan lain-lain
lagi. Jika para pelancong ingin menjimatkan kos perbelanjaan mereka, kemudahan awam merupakan
pilihan yang bijak kerana dapat menyenangkan pergerakan para pelancong persis kata orang tua-
tua, ukur baju di badan sendiri, sewaktu memilih pengangkutan awam. Saya ingin menegaskan
bahawa kemudahan awam yang berkualiti dan selesa makin istimewa di hati pelancong.

Kesimpulannya, bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak daya tarikan di
Malaysia sebagai destinasi pelancongan, Industri pelancongan perlu dimajukan dengan semua
keistimewaan yang dirungkaikan seperti di atas kerana mampu memberikan pulangan yang lumayan
terhadap ekonomi negara. Lantaran ini, semua pihak harus memberikan kerjasama menjaga
kebersihan kawasan sekeliling, memelihara kebudayaan bangsa Malaysia dan menjaga kesopanan
diri sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab. Semoga dengan adanya usaha sederap ini,
Malaysia mampu menjadi pusat pelancongan utama di persada dunia agar dapat berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara jiran kita. Jelaslah bahawa kita harus mengetahui semua
keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

[Forwarded from Bahan PdP Bahasa Melayu]

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN SPM

FAEDAHNYA JIKA MURID MEMBAWA BEKALAN MAKANAN KE SEKOLAH

Makanan merupakan keperluan murid-murid untuk membesar dengan sihat. Walau


bagaimanapun, murid-murid pada hari ini malas membawa bekalan makanan dari rumah kerana
mereka lebih suka akan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Sebagai contohnya, mereka
lebih suka membawa piza dan kerepek kentang berjenama Mister Potato dan Pringles. Selain itu,
murid-murid tidak mengetahui hakikat bahawa bekalan makanan yang dibawa dari rumah juga ada
faedahnya kerana tak kenal maka tak cinta. Marilah kita mengkaji faedahnya jika murid membawa
bekalan makanan dari rumah.

Bekalan makanan yang dibawa dari rumah dijamin bersih dan lebih sihat. Hal ini dikatakan
demikian kerana ibu bapa kita akan menyediakan makanan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Contohnya, ibu bapa akan menyediakan makanan yang seimbang berpandukan piramid makanan
seperti sandwic, mihun goreng dan nasi berlauk. Kesannya, murid tidak terdedah kepada kes
keracunan makanan dan masalah obesiti. Hal ini merupakan bukti ibu bapa menjaga anak mereka
bagai menatang minyak yang penuh. Tegasnya, kebersihan makanan yang dibawa dari rumah
menjamin kesihatan murid.

Selain itu, isi yang tidak boleh dikesampingkan ialah murid-murid dapat menjimatkan masa
mereka beratur di kantin sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak perlu beratur
dalam barisan yang amat panjang untuk membeli makanan mereka. Murid-murid terus menikmati
bekalan makanan mereka yang dibawa sambil membaca buku mereka. Impaknya, murid-murid
mendapat faedah berganda daripada amalan yang sihat ini. Usaha murid menjimatkan masa ini
dikatakan sambil menyelam minum air kerana mereka bukan sahaja dapat menambah ilmu
pengetahuan mereka, malahan memantapkan pengetahuan yang diajarkan oleh guru-guru mereka.
Tuntasnya, murid yang membawa bekalan makanan dapat menjimatkan masa dan memanfaatkan
masa dengan perkara yang berfaedah.

Ditinjau dari kaca mata yang berbeza pula, perbelanjaan murid dapat dijimatkan dengan
membawa bekalan makanan. Hal ini dikatakan demikian lantaran murid-murid tidak perlu
membelanjakan wang saku mereka untuk membeli makanan-makanan tambahan. Hal ini dapat
menggalakkan murid-murid menabungkan wang ke dalam tabung secara tidak langsung mereka juga
dapat mengurangkan beban ibu bapa mereka. Cara ini dapat mendidik murid menghargai titik peluh
dan pengorbanan ibu bapa untuk mencari sesuap nasi dan seteguk air. Selain itu, murid-murid juga
akan sedar bahawa ibu bapa mereka telah bekerja keras untuk mengisi perut mereka. Deduksinya,
bekalan makanan yang dibawa murid dapat menjimatkan perbelanjaan.

Sebagai penghias akhir bicara bagi segala isi yang telah saya huraikan di atas, jelaslah bahawa
murid digalakkan membawa bekalan makanan kerana membawa banyak faedah. Ibu bapa haruslah
menyediakan bekalan makanan yang sihat dan segar secara berterusan dari rumah supaya
kebahagiaan dalam keluarga dapat dibina dan hubungan antara murid dan ibu bapa mereka dapat
dirapatkan. Walakin begitu, semua usaha yang dilaksanakan oleh ibu bapa hanya akan tinggal angan-
angan Mat Jenin seandainya anak-anak sendiri tiada inisiatif untuk menjaga kesihatan diri masing-
masing. Para murid mestilah mula membawa bekalan makanan sendiri dari rumah kerana murid-
murid dapat mendisiplinkan diri dengan amalan yang bermanfaat ini. Sebagai intiha, saya ingin
menegaskan bekalan makanan yang dibawa dari rumah ternyata banyak kebaikannya.

Anda mungkin juga menyukai