Anda di halaman 1dari 18

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

JXEA 1104
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

KERJA KURSUS
KUPASAN KARYA KLASIK

Nama Pelajar:
BOON JIA YUN

No. Matrik :
JEA080009

No. Kumpulan Tutorial :


SELASA 2.00-3.00PM

Nama Pensyarah :
PROF. DR. AMRAN MUHAMMAD

Nama Tutor :
CIK FATMAWATI BINTI SIDEK
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat


1. Teks Asal Sulalatus Salatin ( Bab VII )- 3-5

Pertarungan Hang Tuah-Hang Jebat


2. Sinopsis 6

3. Pengenalan 7
4. Kupasan Dari Segi Watak Hang Jebat 8-10
5. Kupasan Dari Segi Watak Hang Tuah 11-12
6. Kesimpulan 13
7. Bibliografi 14

SULALATUS SALATIN ( SEJARAH MELAYU)

BAB:VII

2
Pertarungan Di Antara Hang Tuah Dengan Hang Jebat

Setelah datang ke bawah tangga istana itu, maka Hang Tuah pun menyeru Hang

Jebat, disuruhnya turun. Setelah Hang Tuah mendengar orang menyeru ia turun itu, maka

dipandangnya ke bawah, dilihatnya Hang Tuah memanggil dia. Maka kata Hang Jebat, “

Hei Tuah! Adakah lagi engkau? Adalah sangka aku engkau sudah mati, maka aku mahu

membuat pekerjaan terlanjur demikian ini. Hanya kita sekarang bertemulah sama sebesi;

marilah engkau naik, supaya kita bermain.” Maka kata Hang Tuah, “ Baiklah!”

Maka Hang Tuah pun naiklah. Baharu dua tiga mata anak tangga maka diterpa

oleh Hang Jebat. Maka Hang Tuah pun turun. Maka naik pula; itu pun demikian juga.

Setelah dua tiga kali demikaian maka kata Hang Tuah pada Hang Jebat, “ Jikalau engkau

sungguh lelaki, marilah engkau turun, kita bertikam sama seorang supaya temasya orang

melihat kita.”

Maka kata Hang Jebat, “ Bagaimana aku akan turun? kerana orang lain datang

tikam aku.”

Maka kata Hang Tuah, “ Seorang pun tiada aku beri menolong aku, hingga sama

seorang juga kita bertikam.”

Maka kata Hang Jebat, “ Di mana pula demikian?” Jikalau aku turun nescaya

ditikam orang. Jika engkau hendak membunuh aku, marilah engkau naik.”

Maka kata Hang Tuah, “ Bagaimana aku akan naik? Baharu semata dua anak

tangga, sudah engkau terpa aku. Jika engkau hendaklah aku naik, menyiah engkau

sedikit.”

3
Maka kata Hang Jebat, “ Baiklah! Naik engkau!” maka Hang Jebat pun menyiah

sedikit. Maka kata Hang Tuah segera melompat naik. Dilihatnya ada pada dinding istana

itu sebuah utar-utar kecil, maka segera diambil oleh Hang Tuah. Maka bertikamlah Hang

Tuah dengan Hang Jebat sama seorang. Hang Tuah berutar-utar, Hang Jebat tiada; tetapi

akan Hang Tuah bertikam itu tiada tetap kakinya, terketar-ketar lakunya menyalahku

tikam Hang Jebat itu, miskinan kerana lenguh bekas dipasung. Maka dipandang oleh

Hang Tuah gundik raja yang dibunuh dan dihiris Hang Jebat dari muka lalu ke farajnya

dan ditelanjanginya; maka oleh Hang Tuah sambil bertikam itu dikuiskannya kain

perempuan itu dengan kakinya, seperti diselimuti, tertutup semua tubuhnya.

Belas pula mendengar Hang Tuah baharu lepas daripada pasungannya, berdirinya

lagi belum tetap baiknya, maka ia bertikam itu kemamar-kemamar bahasa lakunya. Maka

keris Hang Tuah tertikam pada papan dinding istana itu, lekat kerisnya; maka hendak

ditikam oleh Hang Jebat, maka kata Hang Tuah, “ Adakah adat lelaki orang demikian?

Jika engkau sungguh lelaki, berilah aku meninggalkan kerisku dahulu.” Maka kata Hang

Jebat. “ Tanggalkan kerismu.” Maka Hang Tuah pun menanggalkan kerisnya,

diperbaikinya. Maka bertikam pula ia dengan Hang Jebat, dua tiga kali keris Hang Tuah

tertikam kepada tiang dan dinding. Disuruh oleh Hang Jebat tanggalkan.

Moga-moga dengan takdir Allah Taala maka Hang Jebat pun tertikam pada

dinding pintu, lekat kerisnya. Maka segera ditikam oleh Hang Tuah dari belakangnya

terus ke hulu hati. Maka kata Hang Jebat, “ Hei Tuah!” Demikianlah lelaki menikam

mencuri dan mengubah waadnya? Engkau dua tiga kali lekat kerismu, aku suruh

tanggalkan juga; aku sekali lekat kerisku, engkau tikam.” Maka sahut Hang Tuah “ Siapa

4
bersetia dengan engkau orang derhaka.” Maka ditikam pula sekali lagi, maka Hang Jebat

pun matilah.

Setelah sudah Hang Jebat mati, maka Hang Tuah pun turunlah dari istana itu,

pergi mengadap Sultan mansur Syah. Terlalulah sukacita baginda, maka segala pakaian

yang dipakai baginda itu, semuanya dianugerahkan baginda kepada Hang Tuah. Maka

bangkai Hang Jebat pun ditarik oranglah, dibuangkan ke laut, maka segala anak bininya

semuanya habis diumbut, datangnya kepada kaki tiang dan tanah bekas rumah pun habis

digali dibuangkan ke laut.

SINOPSIS

5
Titah Sultan Mansur Syah itu segera dilaksanakan oleh Hang Tuah. Hang Jebat

terkejut oleh kehadiran Hang Tuah yang ada pada sangkaannya telah mati itu. Setelah

beberapa kali menggagalkan cubaan Hang Tuah untuk naik ke istana, akhirnya Hang

Jebat membenarkan Hang Tuah naik. Lalu , berlakulah pertarungan yang hebat antara

kedua-dua sahabat itu. Dalam pertikaman itu, beberapa kali keris Hang Tuah mencabut

keris itu lebih dahulu. Walau bagaimanapun, tatkala keris Hang Jebat terlekat di dinding

pintu, Hang Tuah mengambil kesempatan menikam Hang Jebat hingga mati. Mayat

Hang Jebat telah dibuang ke laut. Semua anak isterinya juga turut dibunuh. Malah, kaki

tiang dan tanah bekas rumah Hang Jebat pun habis dibuang ke laut. Berikutan daripada

kejayaan itu, Sultan Mansur Syah menganugerahkan gelaran laksamana secara kekal

kepada Hang Tuah. Seri Nara Diraja pula dianugerahkan baginda kawasan Sening

Ujung.

PENGENALAN

6
Falsafah mengandungi gabungan dua perkataan iaitu “philo” bermaksud “ cinta”,

dan “sophia” bermaksud “kebijaksanaan”. Secara keseluruhannya, falsafah boleh

diertikan sebagai “ cinta akan kebijaksanaan”. Plato menegaskan falsafah meneliti

hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara di sebalik sifat luarannya. Falsafah

boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan atau pengajian dan ilmu yang berasaskan

renungan (reflektif) dan pentaakulan(reasoning) untuk merumuskan sifat, hakikat dan

kandungan alam wujud atau alam semesta.

Berdasarkan kajian yang telah saya buat, Hikayat Hang Tuah yang saya kaji ini

tergolong dalam sains kemanusiaan dan kemasyarakat iaitu mengkaji dan menghuraikan

diri manusia secara individu dan juga kelompok dan berorganisasi. Contohnya,

pemikiran, perasaan, pertuturan, penyaraan hidup, penjagaan, pendidikan, keselamatan,

pentadbiran, pemerintahaan, dan sebagainya.

Hikayat Hang Tuah ialah epik Melayu di dalamnya telah dilahirkan cita-cita dan

kebesaran bangsa Melayu. Ia telah mencatatkan riwayat bangsa dari segi mulanya,

melewati zaman pembangunan lain di zaman kebesarannya.

Kupasan Dari Segi Watak Hang Jebat

Dalam teks tersebut, Hang Jebat berpegang kepada falsafah keberanian dan juga

mementingkan persahabatan. Hang Jebat digambarkan sebagai sahabat karib Hang Tuah

7
yang paling berani. Disebabkan Hang Jebat dan Hang Tuah adalah bersahabat karib dan

seolah-olah telah menjadi saudara kandung sejak kecil lagi, maka Hang Jebat terlalu

sedih dan baginya kematian Hang Tuah mesti dibelai. Beliau sanggup mengabaikan

kepentingan sendiri termasuklah mengorbankan nyawa sendiri demi mencari keadilan.

Menurut pengetahuan saya, keadilan melibatkan beberapa perkara lain iaitu etika,

kebebasan manusia, undang-undang dan beberapa perkara lain yang berkait rapat semata-

mata menyedarkan kita atau memberi idea tentang pentingnya peranan yang dimainkan

oleh keadilan dalam kehidupan kita.

Pada pendapat saya, kita memerlukan jiwa keberanian dalam mencari keadilan.

Buktinya, apabila Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh secara mendadak oleh Raja

Melaka, kesetiaan Hang Jebat kepada raja benar-benar tergugat. Hal ini menyebabkan

Hang Jebat menderhaka kepada raja demi untuk membalas dendam ke atas kematian

Hang Tuah. Beliau sanggup menderhaka kepada raja kerana ingin membela kematian

Hang Tuah. Beliau memegang kepada prinsip “ raja adil raja disembah, raja zalim raja

disanggah”. Watak Hang Jebat merupakan watak yang sanggup berkorban dengan terus

terang kerana seorang kawan baiknya, Hang Tuah. Hal ini disebabkan Hang Jebat

merasakan tidak adil dalam tindakan sultan terhadap sahabatnya itu. Beliau tidak berpuas

hati kerana sultan sanggup membunuh Hang Tuah walaupun beliau banyak menaburkan

jasa dan juga sangat taat setia terhadap raja. Dalam keadaan ini, Hang Jebat memilih

jalan nekad iaitu untuk kebahagiaan dirinya dan juga sahabatnya walaupun tindakannya

itu membuat Sultan Melaka murkah terhadapnya. Tindakan terburu-burunya

menyebabkan seluruh istana bertempeliaran lari kerana takut kehilangan nyawa. Hang

Jebat terpaksa bertindak secara kurang ajar kerana sultan telah berlaku tidak adil terhadap

8
temannya yang diketahuinya terlalu jujur dan menurut sahaja setiap yang diperintahkan

oleh sultan untuknya. Pengorbanan yang telah dilakukan oleh Hang Tuah itu tidak

mendapat perhatian dan penilaian dari sultan langsung dan sultan dengan mudah lalu

menjatuhkan hukuman mati dengan mengikut orang-orang yang menurut hawa nafsu

semata-mata.

Namun segala pengorbanan yang dilakukan oleh Hang Jebat tidak mendapat

persetujuan dan penghargaan daripada Hang Tuah . Hal ini disebabkan Hang Tuah

berpegang falsafah yang berlainan dengan Hang Jebat. Perbezaan dan pertentangan

antara falsafah inilah yang akhirnya menyebabkan Hang Jebat mati dengan tidak

berbaloinya di tangan Hang Tuah. Dalam teks ini, saya berasa Hang Jebat sangat kasihan

kerana dia sanggup melanggar waad demi menuntut bela untuk Hang Tuah, namun Hang

Tuah tidak menghargai segala pengorbanan daripada Hang Jebat malah telah berkeras

hati untuk membunuh teman baiknya itu.

Dalam kehidupan seharian kita, saya percaya bahawa semua orang semestinya

mempunyai kawan sebagai teman dan juga tempat kita mengadu kesusahan semasa

berjauhan dengan ahli keluarga. Hubungan persahabatan merupakan prinsip asasi dalam

pembentukan sesebuah masyarakat yang sangat penting. Jika seseorang manusia tidak

mempunyai kawan ataupun hidup bersendirian, mereka memang tidak akan dapat

memenuhi keperluan hidup mereka. Buktinya, Hang Jebat sentiasa menganggap Hang

Tuah sebagai kawan karibnya dan juga dia sanggup mengorbankan segalanya demi

melindunginya. Selain itu, Hang Jebat juga sanggup mengabaikan ketertinggian kuasa

raja demi menegakkan keadilan bagi Hang Tuah. Hang Jebat tidak menyesal dengan

segala tindakan yang telah dilakukan walaupun Hang Tuah sanggup mematuhi perintah

9
raja untuk membunuhnya. Oleh yang demikian, jiwa untuk bersahabat dalam diri

manusia harus dipupuk kerana ia merupakan sumber yang dapat menyebarkan rasa cinta

dan juga kasih sayang. Untuk membina dan memupuk persahabatan yang berkekalan,

kita harus menjadi seorang yang baik dann mempunyai akhlak yang mulia terlebih

dahulu. Berdasarkan kajian yang telah saya buat, saya berpendapat bahawa Hang Jebat

mempunyai sifat semula jadi iaitu tegas, keras hati, lebih radikal, melakukan sesuatu

dengan berhabis-habisan dan seringkali berserah kepada takdir. Hang Jebat tidak takut

mati dan tidak menyesal atas segala perbuatannya terutamanya apabila menuntut bela atas

kematian kawan baiknya iaitu Hang Tuah. Sebab itulah, dua orang sahabat akrab yang

berbeza pendapat dalam mentafsirkan taat setia kepada raja yang membawa kepada

sesuatu pertikaman dan pembunuhan yang penuh tragedi.

Kupasan Dari Segi Watak Hang Tuah

10
Watak Hang Tuah sememangnya terkenal dengan sifat semula jadinya yang

mempunyai ketaatan kepada raja yang mendalam. Dalam teks tersebut, Hang Tuah

memegang kepada falsafah kesetiaan kepada raja. Aspek kesetiaan ini memang banyak

dipaparkan terutamanya melalui watak Hang Tuah. Hang Tuah sebagai hulubalang dan

juga laksamana Melaka memang terkenal dengan kesetiaanya kepada raja. Hang Tuah

sentiasa mencurahkan segala daya dan nyawa demi kesetiaannya kepada raja. Lazimnya,

beliau sanggup menjadi pelindung kepada raja pada setiap masa terutamanya raja

mengalami kesusahan ataupun nyawanya berada dalam keadaan berbahaya. Segala

perintah raja tidak pernah diingkarinya, tidak membantah atau melawan segala perintah

raja, biarpun hampir meragut nyawanya. Pengorbanan yang paling besar yang

dicurahkan oleh Hang Tuah dalam hikayat ini ialah beliau sanggup membunuh saudara

dan juga sahabat sendiri iaitu Hang Jebat.

Apabila mneyedari bahawa Hang Tuah masih hidup dia diperintah supaya

menghapuskanya. Hang Tuah sememangnya amat setia dan menitikberatkan kedudukan

dan kedaulatan raja. Beliau berpegang kepada dengan prinsip “ pantang anak Melayu

menderhaka terhadap raja”. Maka dengan tidak membuang masa terpaksalah berhadapan

dengan kawan karibnya Hang Jebat. Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat

meskipun dengan perasaan yang serba salah dan juga sedih. Berdasarkan kajian yang

telah saya buat, saya berpendapat bahawa kekuasaan mutlak berada di tangan seorang

raja yang menjadi pemerintah yang tertinggi. Raja boleh dianggap oleh rakyatnya

sebagai bayangan daripada Tuhan. Segala perintah yang dikeluarkan oleh pemerintah

tertinggi atau raja sepatutnya sentiasa dipatuhi atau didengari. Kata-kata raja

11
digambarkan sebagai bayangan Tuhan ataupun undang-undang yang seharusnya wajib

dipatuhi.

Selain itu, kekuasaan mutlak seseorang raja itu dan ketaatan rakyat yang tidak

berbelah bahagi juga telah terselit konsep daulat raja. Dengan kata lain, sesiapa yang

menderhaka kepada raja, orang itulah yang akan menerima akibat yang bersifat bala.

Saya juga percaya jika sesiapa yang melanggari perintah yang dikeluarkan oleh raja

ataupun pemerintah tertinggi, mereka akan terkena tulah. Mengikut kepercayaan agama

masing-masing, raja diumpamakan sebagai utusan daripada Tuhan untuk mentadbir

dengan adil dalam pemerintahan sesebuah negara. Kedaulatan ialah suatu konsep yang

bersifat abstrak yang juga menunujukkan raja mempunyai suatu kuasa yang tersembunyi

di sebaliknya.

12
Kesimpulan

Secara kesimpulannya, saya berpendapat bahawa watak Hang Jebat yang

mempunyai sifat kesetiaan kepada kawan sepatutnya dicontohi oleh kita. Beliau sanggup

berbuat apa-apa sahaja demi mempertahankan hak asasi Hang Tuah sampai beliau

sanggup mengorbankan nyawa dirinya. Sahabat merupakan insan yang mulia selain

daripada ahli keluarga yang selalunya menemani kita mengharungi segala kesusahan dan

juga penderitaan. Mereka selalunya membantu kita dari segi semangat ataupun

kebendaan. Oleh itu, semangat kesetiaan kepada kawan seharusnya diterapkan dalam

jiwa setiap insan. Selain itu, sifat Hang Tuah yang mulia iaitu kesetiaan kepada raja

sememangnya terkenal sejak dahulu lagi. Sesebuah negara yang aman dan harmoni

sememangnya adalah berkat daripada kepatuhan rakyatnya terhadap pemerintah mereka.

Oleh sebab itu, raja mestilah mempunyai kuasa yang mutlak dan juga daya kepimpinan

yang tinggi, barulah rakyat boleh mengikuti segala perintah yang dikeluarkan. Jika

perintah seseorang pemerintah tinggi tidak dipatuhi atau diikuti oleh rakyat jelatanya,

maka akan berlaku keruntuhan sesebuah masyarakat itu. Buktinya, kenyataan ini boleh

ditunjukkan dengan sikap kesetiaan Hang Tuah kepada Raja Melaka walaupun terpaksa

menurut perintah raja untuk membunuh kawan baiknya, Hang Jebat.

13
Bibliografi

Abdul Halim Bandan, 1994, Panduan Ulangkaji Komprehensif Sastera Karya

Agung Hikayat Hang Tuah. Cahaya Pantai Publising (M) Sdn.Bhd

Abu Hassan Sham, 1974. Hikayat Hang Tuah. Utusan Melayu

http:// ms. wikipedia org/ hikayat. hang. Tuah

Mohd. Mokhtar.Ab.Majid, 1996, Kesusasteraan Melayu. Federal Publications

Sdn.Bhd

14
15
16
17
18