Anda di halaman 1dari 4

http://twitter.

com/tuanasmawi2u
SKRIP PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PELANCARAN INTEGRASI ICT SRA & PENGUMUMAN
KEPUTUSAN UPSRA 2009 JAWI
PADA 21 OGOS 2009 (JUMAAT)

1. KETIBAAN Y.B MENTERI DI JPM

MENGUMUMKAN KETIBAAN Y.B MEJAR JENERAL DATO’ HJ JAMIL KHIR


BIN HJ BAHAROM , MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH
PERSEKUTUAN DIIRINGI Y.BHG DATO’ HJ CHE MAT BIN CHE ALI ,
PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN .

PARA HADIRIN DIMOHON BERDIRI.

2. LAGU NEGARAKU & LAGU KORPORAT JAWI

PARA HADIRIN SEKALIAN , NYAYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU


KORPORAT JAWI.

3. PEMBUKAAN OLEH JURUACARA MAJLIS

BISMILLAH & HAMDALLAH...

Y.B MEJAR JENERAL DATO’ HJ JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM , MENTERI


DI JABATAN PERDANA MENTERI MERANGKAP PENGERUSI MAJLIS
AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Y.BHG DATO’ HJ CHE MAT BIN CHE ALI


PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
MERANGKAP SETIAUSAHA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH
PERSEKUTUAN

Y.BHG ENCIK FAZLUR RAHMAN BIN ZAINUDDIN


PENGERUSI
TM SMART SCHOOL

Y.BHG ENCIK ZAINUDDIN BIN ISMAIL


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
TM SMART SCHOOL

Y.BHG TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN JAFFAR


TIMBALAN PENGARAH (OPERASI)
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

http://facebook.com/tuanasmawi 1
http://twitter.com/tuanasmawi2u

Y.BHG TUAN HAJI MEHAROMI BIN MUHAMAD


TIMBALAN PENGARAH (PENGURUSAN)
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN TM SMART
SCHOOL

Y.BHG DATO’ / TUAN / PUAN SETERUSNYA RAKAN-RAKAN MEDIA YANG


DIHORMATI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM WRM.WBT

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PELANCARAN INTEGRASI ICT SRA DAN


PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSRA 2009 JABATAN AGAMA ISLAM
WILAYAH PERSEKUTUAN YANG AKAN DISEMPURNAKAN PERASMIANNYA
OLEH Y.B MEJAR JENERAL DATO’ HJ JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM ,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI MERANGKAP PENGERUSI
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN. SAYA BAGI PIHAK
MAJLIS INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN
KEPADA Y.B DATO’ KERANA MELAPANGKAN WAKTU BAGI MENJAYAKAN
MAJLIS INI WALAU PUN Y.B DATO’ MEMPUNYAI JADUAL WAKTU YANG
AGAK PADAT.

4. BACAAN DOA

Y.B DATO’ / Y.BHG DATO’ DAN PARA HADIRN SEKALIAN,

BAGI MEMBERKATI LAGI MAJLIS PERASMIAN PADA PAGI INI , MARILAH


SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN UNTUK MENGAMINKAN DOA.

TERIMA KASIH.

5. UCAPAN ALUAN Y.BHG DATO’ PENGARAH JAWI

PARA HADIRIN SEKALIAN , BAGI MEMULAKAN ACARA MAJLIS DENGAN


SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN Y.BHG DATO’ HJ CHE MAT BIN
CHE ALI , PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
MERANGKAP SETIAUSAHA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH
PERSEKUTUAN UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALUAN.

DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.

TERIMA KASIH.

http://facebook.com/tuanasmawi 2
http://twitter.com/tuanasmawi2u

7. UCAPAN PERASMIAN Y.B DATO’ MENTERI DI JPM

KINI TIBALAH WAKTU YANG NANTIKAN , MAJLIS DENGAN SEGALA


HORMATNYA MEMPERSILAKAN Y.B MEJAR JENERAL DATO’ HJ JAMIL
KHIR BIN HJ BAHAROM , MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH
PERSEKUTUAN UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA
MENYEMPURNAKAN MAJLIS PELANCARAN INTEGRASI ICT SRA JABATAN
AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN. DIPERSILAKAN DENGAN
SEGALA HORMATNYA. (SELEPAS YB MENTERI HABIS BERUCAP)

[ DENGAN ITU JUGA , DIPERSILAKAN Y.BHG DATO’ PENGARAH JAWI


BAGI MENGIRINGI Y.B MENTERI DI JPM BAGI MENYEMPURNAKAN GIMIK
PELANCARAN INTEGRASI ICT DALAM P&P SRA JAWI ]

MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN


KEPADA Y.B DATO’ .

8. PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSRA JAWI.

Y.B DATO’ DAN PARA HADIRIN SEKALIAN,

UNTUK MENAMATKAN DEBARAN ADIK-ADIK PELAJAR YANG MENANTIKAN


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSRA JAWI 2009 . MAJLIS DENGAN SEGALA
HORMAT DAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN Y.BHG DATO’ HJ CHE MAT
BIN CHE ALI , PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH
PERSEKUTUAN BAGI MENGIRINGI Y.B MEJAR JENERAL DATO’ HJ JAMIL
KHIR BIN HJ BAHAROM , MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH
PERSEKUTUAN UNTUK MENGUMUMKAN KEPUTUSAN UPSRA JAWI 2009.
DIPERSILAKAN Y.BHG DATO’.

MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA Y.B DATO’ ATAS


KESUDIAN MENYEMPURNAKAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSRA JAWI
2009 .

9. CENDERHATI KEPADA Y.B MENTERI DI JPM

SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN , MAJLIS DENGAN


SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN Y.BHG DATO’ HJ CHE MAT BIN
CHE ALI , PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA Y.B MEJAR JENERAL
DATO’ HJ JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM , MENTERI DI JABATAN PERDANA
MENTERI MERANGKAP PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH
PERSEKUTUAN.

http://facebook.com/tuanasmawi 3
http://twitter.com/tuanasmawi2u

10. PENUTUP & SIDANG MEDIA

Y.B DATO’ / TUAN / PUAN / PARA HADIRIN SEKALIAN,

DENGAN BERAKHIRNYA PENYAMPAIAN CENDERAHATI ITU TADI , MAKA


BERAKHIRLAH SUDAH MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN INTEGRASI ICT
SRA DAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSRA 2009 JABATAN AGAMA
ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM
WILAYAH PERSEKUTUAN DAN TM SMART SCHOOL.

DENGAN INI SAYA AKHIRI MAJLIS INI UCAPAN WABILLAHITTAUFIQ


WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WRM.

http://facebook.com/tuanasmawi 4